Anda di halaman 1dari 9

Tahukah anda Keluasan NERAKA?..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi
s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang
kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari
padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,
sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap
pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"


Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke
pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah


diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-
Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"


Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar
nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu
orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam
pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


tazkirah seminit.....

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan

tidak
akan terurai kecuali menerima kehendak
Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan


tidak
akan hilang kecuali berjinak dengan
Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan


tidak
akan hilang kecuali seronok mengenali
Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan


dan tidak
akan tenang damai kecuali berlindung,
bertemu
dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan


dan tidak
akan padam kecuali redha dengan suruhan
dan
laranganNya serta qadha dan qadarNya
serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan


tidak akan
terbendung kecuali kecintaan kepadaNya
dan
bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah


keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
Andai
dunia dan isinya diberikan kepada
manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat
hati
si hamba itu..

"sesungguhnya hati-hati kita diikat kuat dengan Dzat Rahman Dan


Rahimnya Allah dalam memberi ketenangan kecukupan dan keluasan hati
untuk menerima takdir qado dan qadarNya..."
Buatmu Serikandi Cinta Allah

Assalammualaikum...

"KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA


BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA
SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN...."

Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu "wanita akhir zaman" kerana aku jua sepertimu memiliki rasa
yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA
namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah...

Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan
hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada
tandingan iaitu Al-Qur'an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat
yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah
perjuang agama yang Haq..

Benarlah kata pepatah "Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi
dunia"Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW
lalu bertanya:"siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya
lelaki itu lagi :"kemudian siapa?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu:"kemudian
siapa?"jawab baginda :"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi:"kemudian siapa?"jawab
baginda:"kemudian itu,bapamu!"(HR.Bukhari)

Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah...Inilah yang
membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca...kerana aku sendiri resah
seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka....kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi
Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya....

"Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?"persoalan demi persoalan semua jawapannya ada
pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-
Qur'an dan As-sunnah.

Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???

Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah
kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:

"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara
(orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan
penduduknya adalah wanita"(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain
dari keduanya)

Tetapi mengapa ??jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah
lelaki,pembunuh,perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka.Adakah hukum Allah tidak adil?
diskriminasikah undang-undang dunia?tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama yang
bermaksud:

"Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi".

Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda
Rasulullah SAW,yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima
waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati
suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-
mana pintu Syurga yang kamu kehendaki".

Lihatlah,betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki,sedangkan
wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak.Janji Allah itu pasti dan benar.

Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya penduduk syurga yang
paling sedikit adalah wanita".(HR.Muslim dan Ahmad)

Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-
ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita.Berusahalah untuk menyuntik vaksin
Al-Qur'an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah,masih belum terlewat bagi kita
memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,kerapkanlah mentadabbur ayat-ayat Allah
mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya.

Firman Allah dalam Al-Qur'an:

"Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang
keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"(At-Tahrim ayat :6)

Dalam hadith lainnya,Rasulullah SAW menegaskan tentang sintom-sintom wanita penginap


neraka,Baginda bersabda:".....Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini
telanjang,melenggak-lenggokkan kepala mereka ekrana sombong dan berpaling dari ketaatan
kepada Allah dan suaminya,kepala mereka seakan-akan bonggol Unta.Mereka ini tidak masuk
Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak
perjalanan sekian dan sekian".

Saudariku Serikandi Cinta Allah,hindarilah sintom-sintom ini,semoga Alalh menyelamatkan kita dari
neraka,jangan gusar menjadi wanita.Adunkan diri kita dengan hiasan wanita solehah yang digambarkan
oleh baginda junjungan:"Dunia adalah perhiasan yang mempersonakan,dan sebaik-baik
perhiasan dunia adalah wanita solehah".

Ketahuilah wahai saudariku,jalan menuju syurga itu tidak dihiasi dengan kuntuman bunga,sebaliknya
ditaburi dengan ranjau duri yang amat dasyat untuk diselami manusia...sedangkan jalan ke neraka
ditaburi kesenangan dan keindahan palsunya duniawi.Namun dihujungnya pasti ada laba lumayan yang
akan kau perolehi hasil membeli mahar tertinggi memiliki nikmat syurga yang abadi...

Rasulullah SAW pernah mengingatkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab
neraka,ketika baginda selesai khutbah hari raya yang terkandung didalamnya perintah untuk bertaqwa
kepada Allah S.W.T dan anjuran untuk mentaatiNya.Bagindapun bangkit mendatangi kaum wanita,lantas
menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda:

"Bersedekahlah kalian! kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakar jahanam!" maka
berdirilah seorang wanita yang duduk diantara wanita -wanita lainnya yang berubah
kehitaman kedua pipinya,iapun bertanya:"Mengapa demikian, wahai Rasulullah? Baginda
menjawab:"kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!"(HR. Bukhari)

Saudariku Serikandi Cinta Allah,moga kita sama-sama dapat mengislah diri agar kita bukanlah calon isi
neraka sebaiknya cuba membayar tingginya mahar SyurgaNya.Memang bukan mudah untuk menjadi
Serikandi Cinta Allah di akhir zaman namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil..moga ada lagi pewaris
Aisyah ..Fatimah di akhir zaman ini...peringatan ini jua buat diriku yyang selalu tersilap dalam percaturan
kehidupan duniawi yang palsu ini...

wa Allah hu a'lam...

 
Jan 9, '08 7:20 AM
Pantun Untuk Orang Yang Malas Solat. ;)....... for everyone

pantun istimewa nie ana ambil dari email untuk pedoman kita semua.

Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati  betapa selama  ini
mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan....

Apasal la engkau malas sembahyang,


Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,


Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,


Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,


Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,


Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,


Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!
Umum : SAJAK - " Dajjal"
Posted by Administrator on 2006/4/11 6:16:54 (423 reads)

Kearifan umat telah pupus dihakis,


materialisme, hedonisme dan egoisme
mereka tidak lagi memahami isyarat demi isyarat
bukankah bebal namanya, jika mereka tidak menyedari
dajjal telah lama lahir, kini
ia telah telah telanjur dewasa, sakti dan sadis
keadilan, kebenaran, kamanusiaan mutlak monopoli sang dajjal
sesiapa yang tidak mengikut telunjuknya, akan menggigit telunjuk
sesiapa yang berani mengangkat muka, akan diboikot
sesiapa yang berani melawan, akan diserang
sesudah dia menakluk Afganishtan
dia mengganyang Iraq, hingga hancur berkecai
sedang menunggu giliran Syria, Iran, Lybia dan Sudan
bukan mustahil Indonesia, Malaysia dan Brunai akan disekali-harungkan
saja
leceh, buat kerja remeh dua tiga kali.

Ingat,
sasaran utama dajjal ini hanyalah Islam
dia tidak akan berhenti mengganas
sebelum umat mempertuhankan mereka.

Sekarang,
di muka bumi ini, tidak ada satupun yang
berani menentangnya, kalau ada
setakat bersungut-sungut di belakang, itupun
sekadar sandiwara politik untuk mengekalkan kuasa para bonekanya,
yang begitu, memang hala-halal saja.

Malangnya,
walaupun Amerika telah mengisytiharkan kedajjalannya
sebahagian besar penguasa umat menyanjungnya, sebagai
dewa penyelamat untuk mengekal tahta mereka, kalau
umat melihat Amerika punca segala kehancuran tamadun Islam
penguasa melihatnya sumber segala kemajuan
bagi mereka
dajjal, hanyalah kisah nenek kebayan, yang
telah lama ketelan zaman.
Sebenarnya,
punca bala dan musibah umat ini, kerana
hampir mustahil mencari penguasa tanah syahadah seorang muslim yang
sejati
surah dan hadist akan meluncur dari bibir mereka dan tali barutnya
semata-mata untuk menghukum pengkritiknya
semata-mata untuk menyingkir pembangkang
semata-mata untuk menghalalkan menangkap dan kalau perlu membunuh
para pengungkit kezaliman mereka
lalu, kriteria kepimpinan yang layak, adil dan penuh hikmah kebijaksanaan
lalu, persaudaraan sesama muslim yang mengatasi kecintaan diri sendiri
lalu, arahan berjihad mempertahankan maruah dan keadaulatan umat
telah lama mereka padam dari al-Qur'an dan Sunah.

Sahabatku, sedarkah kalian


para penguasa tanah syahadah sekarang
telah sengaja meng-antik-an a-Qur'an dan Sunah
kitab suci yang selalu mereka belek-belek
demokrasi, sekularisme, materialisma dan yang mutakhir globalisasi
zikir yang selalu diwirid-wiridkannya
modenisasi, pembangunan, kemewahan dan kebebasan tempadan
matlamat akhir mereka, tidak lain tidak bukan
bagaimana mengekalkan dinasti mereka hingga ke akhir zaman.

Anda mungkin juga menyukai