Anda di halaman 1dari 1

BIDANG 1 : PERKEMBANGAN DIRI

TAJUK :

Kasih saying ditafsirkan sebagai amalan menjaga sesuatu benda atau bahan yang dimiliki
oleh Alam sekitar . Kasih saying menyebabkan seseorang itu mempunyai perasaan cinta
yang mendalam serta berkekalan terhadap sesuatu . Contohnya, seorang individu begitu
menyayangi tanaman yang ditanaminya dan dia akan sentiasa menjaga tanaman tersebut
dengan menyiram tanaman dan membersihkan tanaman tersebut.
Dengan ini, amalan menjaga khazanah alam juga boleh menimbulkan kesan yang
negative jikalau masyarakat menyalahgunakan khazanah alam untuk kepentingan diri
sendiri, sebagai contoh menebang pokok tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku iaitu
habitat haiwan yang menetap di sana akan musnah. Dengan teknologi moden yang sedia
ada, masyarakat menggunakannya tanpa berfikir panjang tentang kesannya, misalnya
tenaga nuclear yang dihasilkan boleh menyebabkan pencemaran alam berlaku. Perkara
ini juga akan menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat menikmati keindahan
alam sekeliling.

Nilai –nilai lain yang boleh dikaitkan ialah Amanah. Sebagai penghuni bumi,semua
diamanahkan untuk menjaga alam sekitar dengan baik dan dengan sempurna. Dengan
adanya nilai amanah pada diri seseorang individu, kita boleh menimbulkan kepercayaan
dan keyakinan orang lain terhadap diri kita. Contohnya, melakukan sesuatu perkara
dengan hati yang ikhlas dan jujur dapat memperoleh hasil yang sempurna. Misalnya, saya
diamanahkan untuk menjaga pokok-pokok di rumah anak yatim dan saya menjaganya
dengan hati yang ikhlastanpa perasaan malas atau tidak mementingkan diri sendiri dan
hasilnya pokok tersebut berbuah.

Seterusnya, nilai Bertanggunjawab juga boleh memupuk semangat masyarakat untuk


Berkerjasama untuk memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Manusia perlulah mempunyai
sikap bertanggungjawab dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar supaya sumber
alam semulajadi akan terpelihara daripada pencemaran. Misalnya, manusia perlu
menggunakan sumber alam dengan bijak. Seterusnya, manusia perlu dipupuk untuk
memelihara alam sekitar supaya kualiti alam sekitar lebih terjamin. Contohnya, manusia
perlu membaik pulih alam dengan mencari alternatif lain untuk menggantikan sumber
alam asli yang semakin berkurangan.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjaga keistimewaan alam


semula jadi yang dicipta oleh tuhan dan kita harus menghargainya. Kita tidak boleh
membiarkan segelintir masyarakat menghapuskan ataupun menjejaskan khazanah alam .

Anda mungkin juga menyukai