Anda di halaman 1dari 2

SET 2

Soalan 1: Memindahkan Maklumat


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan


Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1 Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan
ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan-
rakan pelajar.
Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2 Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai
setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

3 Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa “Kalau tidak dipecahkan
ruyung di mana boleh mendapat sagunya”.

Soalan 3: Membina Ulasan


Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas
memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka
dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu..
Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka
sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. “Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh
kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam,” kata Devan.
“Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali
mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak,”
kata Jais.
“Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus
biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa.”
kata Devan.
“Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita
tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita,” kata
Jais.
“Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil
tindakan sewajarnya,” kata Devan pula.

Anda mungkin juga menyukai