Anda di halaman 1dari 9

NOOR AZLINA ABDUL SAMAD

760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008

Pendahuluan
Pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat manusia.Ianya
boleh berlaku sama ada secara formal,informal dan juga non formal.Maka tidak hairanlah
ketika ramai individu mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran walaupun sudah
mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan sendiri.Tujuan utamanya ialah untuk meningkat
pencapaian akademik seterusnya melonjakkan prestasi kerja kearah tahap yang lebih
cemerlang.Menurut Ely (1936) dalam karyanya ‘Journal of Adult Education’ pembelajaran
dewasa sebagai bidang pendidikan yang merangkumi matlamat masyarakat, sejarah, program
pendidikan yang spesifik, penyelesaian masalah, isi kandungan pendidikan dan pemudah
cara.
Kaedah yang digunakan dalam sistem pembelajaran dewasa ialah melalui
pembelajaran atas talian atau e-pembelajaran.Ianya merupakan salah satu daripada sistem
pembelajaran teradun yang disediakan oleh Universiti Terbuka Malaysia.E-pembelajaran atau
pembelajaran secara atas talian bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan peralatan elektronik untuk menyampaikan kandungan dan maklumat serta
berinteraksi melaluinya.Hodgins dan Conner ( 2000 ) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai
penggunaan teknologi dalam pembelajaran termasuk penggunaan peralatan digital,kelas
maya,pembelajaran melalui sidang video dan penggunaan komputer yang mempunyai
capaian internet.Matlamat utama penggunaan e-pembelajaran ialah bagi memudahkan
pembelajaran mudah dicapai.Maksud pelajar boleh belajar dan juga mendapatkan maklumat
tanpa ada halangan dari segi masa dan tempat.Aplikasi Digital Library sebagai contoh
membolehkan pelajar mendapatkan buku rujukan tanpa perlu ke perpustakaan yang sebenar.

.Dalam penulisan ini akan dibincangkan masalah-masalah tersebur serta kesannya


kepada pelajar dan langkah untuk mengatasinya.

1
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
Masalah – masalah yang dihadapi oleh pelajar dewasa yang mengikuti pengajian secara e-
pembelajaran.

1.Kemahiran teknologi maklumat yang lemah.


Belajar melalui sistem e-pembelajaran memerlukan kemahiran teknologi maklumat
yang baik.Perkembangan teknologi maklumat sebenarnya bergerak dengan terlalu
pantas.Pelajar dewasa yang bekerja dan mengikuti pengajian secara e-pembelajaran ini
mungkin kurang mahir dalam aspek teknologi maklumat.Antara faktor yang menyumbang
kepada masalah ini ialah penggunaan teknologi maklumat yang minimum di tempat
kerja.Pelajar juga mungkin menggunakan peralatan teknologi maklumat yang sudah tidak
berapa sesuai.Contohnya sistem operasi komputer masih lagi menggunakan Windows
98.Mengikuti pengajian secara e-pembelajaran ini perjumpaan dengan pensyarah juga adalah
terhad.Tugasan-tugasan akan dihantar secara atas talian.Di sini kemahiran memuat turun dan
muat naik bahan pembelajaran amat diperlukan. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business
@ The Speed of Thought menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah
pembelajaran tradisional.Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat
mengikut kapasiti masing-masing.Dikalangan pelajar dewasa juga masih wujud sindrom
technophobia iaitu kebimbangan terhadap penggunaan teknologi.Perasaan ini perlu
dihindarkan sama sekali semasa mengikuti e-pembelajaran.Faktor lain yang menyumbang
kepada kelemahan dalam aspek teknologi maklumat ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang
agak lemah dikalangan pelajar.Umumnya aspek dalam teknologi maklumat adalah dalam
Bahasa Inggeris sepenuhnya sama ada dari sistem operasi dan perisian yang
digunakan.Kemahiran teknologi maklumat dalam mengikuti e-pembelajaran bukan sekadar
tahu menggunakan komputer tetapi aspek teknikal juga perlu diberi perhatian
serius.Kekurangan ilmu ini boleh merencatkan pembelajaran.Sebagai contoh terdapat pelajar
yang tidak mengetahui perkara asas komputer seperti perisian , sistem operasi , anti virus dan
juga menggunakan perisian Microsoft Office dengan cekap.

2.Sukar membahagikan komitmen antara kerjaya , peranan sebagai pelajar dan


tanggungjawab kepada keluarga.

2
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
Secara umumnya pelajar dewasa berusia 28 tahun ke atas.Dalam program Kursus
Dalam Perkhidmatan di IP Perlis direkodkan pelajar berusia hingga 44 tahun.Di sini
komitmen tinggi amat diperlukan.Dari perbincangan yang dijalankan terdapat peserta kursus
yang menyatakan sukar menyesuaikan diri terutama pada peringkat awal kursus.Dalam
konteks guru yang mengikuti pengajian secara e-pembelajaran,tugas hakiki di sekolah juga
perlu dilaksanakan.Masalah utama di sini ialah terdapat pelajar dewasa yang perlu
melaksanakan dua tugas dalam satu masa.Tugasan di tempat kerja dan e-pembelajaran
berkemungkinan perlu disiapkan dan dihantar pada satu tarikh yang sama.Pengabaian juga
mungkin berlaku antara tugas sebagai pelajar dan pekerja.Ini boleh mengganggu proses
pembelajaran dan prestasi di tempat kerja juga menurun.Masalah utama dari segi aspek
komitmen di sini ialah dari segi pengurusan masa.Konsep e-pembelajaran ialah pembelajaran
atas talian secara maya di mana gangguan persekitaran seperti karenah anak-anak secara tidak
langsung boleh mengganggu tumpuan.Sebagai pelajar beberapa perkara rutin perlu
dilaksanakan seperti menghadiri kuliah,tutorial dan juga menyiapkan tugasan.Perubahan rutin
harian ini juga boleh menjadi satu kejutan budaya kepada para pelajar.Konsep pembelajarn
kendiri atau bebas juga merupakan satu amalan dalam mengikuti pembelajaran atas
talian.Komitmen dari segi pengurusan masa merupakan antara kelemahan yang sering timbul
dikalangan pelajar.Sidang video merupakan antara kaedah dalam pembelajaran atas
talian.Ianya memerlukan pelajar berada di suatu tempat pada masa yang tepat.Kegagalan
berbuat demikian akan merencatkan proses pembelajaran. Bagi sesetengah ahli keluarga yang
memahami situasi yang sedang dihadapi, tiada banyak masalah yang akan timbul Tapi bagi
sebahagian yang lain lagi, ahli keluarga menuntut perhatian penuh, maka tercetus la konflik-
konflik dalam diri. Dalam menjayakan pengajian, mereka hendaklah berkompromi dengan
pasangan masing-masing untuk sama-sama membantu.Selain itu mungkin juga timbul sifat iri
hati memikirkan mungkin pasangan akan mengabaikan mereka kerana sibuk dengan
pengajian

3.Teknologi dan penyampaian maklumat atas talian


Umumnya pembelajaran atas talian memerlukan penggunaan teknologi maklumat
yang terkini.Ini bagi memudahkan penyampaian isi pelajaran dapat dilaksanakan dengan

3
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
berkesan.Teknologi maklumat sebenarnya berkembang dengan terlalu pesat dan perlu
diikuti.Dalam melaksanakan e-pembelajaran halangan dari segi teknologi ini sering
menimbulkan masalah kepada pelajar.Antaranya ialah capaian internet yang terlalu
perlahan,talian yang sibuk,ancaman virus dan juga masalah teknikal.Masalah teknikal
sebegini boleh merendahkan lagi motivasi dikalangan pelajar.Seterusnya mungkin hingga ke
tahap fobia dengan teknologi maklumat.
Isu lain berkaitan teknologi dan penyampaian maklumat atas talian ini ialah dari segi
keupayaan pelayan ( server ) untuk menampung maklumat yang semakin
bertambah.Daripada perbincangan pelajar yang menggunakan sistem talian mengatakan
masalah teknikal teknologi maklumat ini boleh mengganggu kelancaran proses belajar.Dalam
sesetengah kes pelajar perlu menjawab soalan secara atas talian atau mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan namun dengan capaian internet yang perlahan pelajar akan
cepat bosan.Bagi pelajar yang berada di luar bandar masalah ini amat ketara.Sebagai mana
kita tahu dewasa ini internet boleh dicapai dengan sambungan talian telefon ataupun tanpa
wayar ( wireless ).Di kawasaan luar bandar terutamanya kawasan pedalaman kemudahan ini
amat terhad.Secara tidak langsung terdapat maklumat yang disampaikan secara atas talian
tidak sampai kepada pelajar.Alternatif lain ialah pelajar terpaksa mencari kawasan yang
mempunyai capaian internet.Ini secara tidak langsung melibatkan pula kos dari pengangkutan
yang terpaksa ditanggung oleh pelajar.
Untuk mendapatkan sumber teknologi terkini juga sebahagiannya memerlukan kos
yang agak tinggi.Sebagai capaian internet menggunakan Celcom Broadband kos permulaan
adalah dalam lingkungan RM 400.Ditambah lagi dengan bayaran tetap bulanan.Bagi individu
berkeluarga pastinya akan bertambah lagi perbelanjaan.Ini akan merumitkan sedikit
pengurusan dari segi kewangan.

Kesan- kesan daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar dewasa yang mengikuti
pengajian secara e-pembelajaran.

1.Tidak dapat menerima maklumat atau isi pembelajaran dengan baik

4
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
Sistem e – pembelajaran adalah tertumpu kepada kemahiran teknologi maklumat yang
perlu ada pada pelajar.Contohnya memuat turun bahan,membaca dan mengirim emel kepada
rakan sekuliah.Namun disebabkan kemahiran yang dimiliki agak lemah maklumat mungkin
tidak sampai sepenuhnya kepada pelajar.Ini memungkinkan tidak berlaku proses
pembelajaran dalam diri pelajar.Fobia menggunakan komputer akan memburukkan lagi
keadaan.Ini berlaku kerana pelajar takut berlaku kesilapan.Sebagai contoh OUM selalunya
meletakkan sebarang pengumuman dalam MyLMS.Jika pelajar tidak mengaksesnya maka
maklumat tidak akan sampai kepada pelajar.Kesannya sangat tidak baik seperti gagal
menghantar tugasan pada waktu yang telah ditetapkan.Selain itu MyLMS juga merupakan
satu platform kepada pelajar untuk mengadakan perbincangan secara atas talian.Pelajar yang
fobia komputer mungkin memandang remeh perkara ini.Kesannya ialah pelajar sendiri akan
rugi kerana ilmu pengetahuan tidak berkembang

2.Merendahkan tahap motivasi dan semangat untuk belajar.


Umum mengetahui bahawa pembelajaran dewasa melibat latar belakang yang berbeza
dari segi umur,jenis pekerjaan,kemahiran dimiliki serta faktor dalaman seperti motivasi
belajar.Perasaan rendah diri mungkin wujud di kalangan pelajar yang agak lemah dalam
kemahiran teknologi maklumat.Mereka akan mengelakkan diri daripada terlibat dengan
aktiviti e-pembelajaran seperti sidang video dan perbincangan atas talian.Pembelajaran
dewasa mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sama ada faktor dalaman atau
luaran.Tekanan yang dihadapi oleh pelajar dewasa boleh menyebabkan motivasi diri
menurun.Secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran.Sistem pembelajaran
elektronik juga merupakan satu sistem yang kompleks.Masalah dari sistem seperti capaian
internet yang perlahan boleh menyebabkan pelajar menjadi cepat bosan dan tugasan akan
menjadi terbengkalai.Kesudahannya semangat untuk belajar menjadi semakin pudar.

3.Tekanan perasaan ( stress )


Melaksanakan dua tugas dalam satu masa iaitu belajar dan bekerja merupakan bukan
suatu tugas yang mudah.Umumnya menyambung pelajaran melalui sistem atas talian tidak
bermaksud tugas hakiki diketepikan terus.Sebagai contoh guru yang melanjutkan pelajaran
secara jarak jauh masih perlu menjalankan tugas mengajar di sekolah.Bagi yang memegang

5
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
jawatan penting seperti guru disiplin,setiausaha sukan,guru kelas dan sebagainya beban kerja
sudah pasti akan bertambah.Bagi yang bijak mengurus masa sudah tentu tidak terasa beban
namun sebaliknya bagi yang lemah pengurusan masa.Di sini boleh menyebabkan tekanan
perasaan dikalangan pelajar dewasa.Jika tidak dapat ditangani dengan baik tekanan ini
banyak menimbulkan kesan yang negatif seperti murung dan juga melepaskan kemarahan
bukan pada tempatnya.Tekanan jika tidak dapat diuruskan dengan baik boleh menimbulkan
banyak implikasi sama ada terhadap pelajar ataupun pembelajaran itu sendiri.Contohnya
ialah pengabaian terhadap tugas yang diberikan dan hilang semangat untuk belajar.

4.Penurunan prestasi akademik dan prestasi kerja


Membuat keputusan melanjutkan pelajaran bukan alasan untuk mengurangkan
peranan di tempat kerja.Namun berdasarkan masalah komitmen yang telah dihuraikan tadi
berkemungkinan sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada prestasi kerja dan juga
prestasi akademik.Ini kerana terdapat pelajar dewasa yang melanjutkan pelajaran telah
mengabaikan tugas hakiki.Contoh yang mudah ialah dikalangan guru yang melanjutkan
pelajaran mungkin mengajar sambil lewa,tidak menghadiri aktiviti sekolah dan kerja murid
tidak diperiksa.Alasannya ialah perlu menyiapkan tugasan universiti.Perkara sebegini tidak
seharusnya berlaku jika pelajar dapat membahagikan masa antara tugas sebagai pelajar dan
pekerja.Jika berterusan kesannya ialah prestasi kerja pasti akan menurun pada tahap yang
tidak sepatutnya.Ini akan merugikan diri sendiri dan juga organisasi.Dari aspek pengajian
juga turut mengalamai kesan negatik.Ketidakseimbangan dalam mengurus kerjaya dan
pembelajaran menyebabkan pencapai akademik juga berada pada tahap yang tidak
baik.Tugasan secara atas talian mungkin tidak dapat disempurnakan pada masa yang telah
ditetapkan.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dewasa yang
mengikuti pengajian secara e-pembelajaran

1.Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat


Belajar secara atas talian atau e-pembelajaran memerlukan individu melengkapkan
diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan juga internet yang secukupnya sesuai dengan

6
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
peredaran masa.Dengan itu pelajar seharusnya berusaha untuk meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan dan juga kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.Pelbagai cara boleh
dilakukan oleh pelajar dewasa bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga kemahiran
teknologi maklumat.Antaranya ialah dengan menghadiri kursus pendek,bertanya dengan
rakan yang lebih mahir dan meningkatkan tahap pembacaan.Selain itu amalan penggunaan
komputer yang berterusan juga amat digalakkan.Ini kemahiran teknologi maklumat tidak
tertumpu kepada teori semata-mata.Penggunaan yang kerap dapat membantu memahirkan
lagi pelajar.Dengan meningkatkatnya kemahiran teknologi maklumat maka pembelajaran atas
talian akan menjadi lebih menyeronokkan.Secara tidak langsung dapat membantu
melonjakkan prestasi pelajar.

2.Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan.


Perumpamaan ada mengatakan mereka yang gagal merancang adalah merancang
untuk gagal.Di sini jelas bermaksud dalam melaksanakan sesuatu terutamanya dua tugas
dalam masa yang sama,perancangan teliti perlu dibuat.Sebagai pelajar dewasa yang bekerja
kita perlu menyediakan satu jadual yang sistematik.Perkara-perkara penting hendaklah
diutamakan tanpa mengabaikan tugas sampingan.Tarikh akhir sesuatu perkara seperti tarikh
menghantar tugasan hendaklah dikenalpasti.Pakar-pakar motivasi sering memberi penekanan
kepada aspek pengurusan masa bagi mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang.Ini
kerana masa merupakan sesuatu yang amat berharga.Pelajar dewasa perlulah melaksanakan
sesuatu tugas berdasarkan kepentingannya.Ini bermaksud perkara yang utama dan penting
perlulah didahulukan.Jadual yang disediakan juga hendaklah dipatuhi sepenuhnya.Bagi
pelajar dewasa yang melanjutkan pelajaran bersama pasangan masing-masing bolehlah saling
ingat mengingati perkara-perkara yang penting dalam aktiviti e-pembelajaran.

3.Mengubah gaya hidup


Golongan dewasa bekerja yang mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran
perlu memahami memahami mengapa mereka berbuat demikian.Ini terdapat segelintir pelajar
dewasa tidak memahami dengan jelas matlamat mereka.Mengubah gaya hidup adalah salah
satu cara untuk mencapai kejayaan belajar secara atas talian.Disiplin diri amat penting supaya
menyambung pengajian itu bukanlah satu usaha yang sia-sia.Pelajar dewasa hendaklah
memahami selain bekerja mereka juga sekarang telah bergelar pelajar.Sikap yang negatif

7
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008
seperti berbual kosong,menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan juga kurang
membaca perlu dielakkan.Ini kerana selain pembelajaran secara atas talian,sistem
pembelajaran OUM juga merangkumi pembelajaran kendiri iaitu pelajar membaca modul
yang disediakan.Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan implikasi terutama semasa
perbincangan atau menjawab soalan secara atas talian.Disamping menjalankan tugas hakiki
sebagai pekerja,pelajar dewasa juga pada masa yang sama perlu sentiasa memahami tugas
sebagai pelajar.Sistem pembelajaran terutamay MyLMS hendaklah sentiasa dipantau.Ini bagi
membolehkan maklumat sentiasa kemas kini.

Kesimpulan
Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat.Terpulanglah
pada kita semua untuk merebut peluang yang datang.Melanjutkan pelajaran pada usia dewasa
tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat mencapai keputusan yang
cemerlang.Kebanyakan masalah yang telah dibincangkan adalah banyak berpunca dari faktor
dalam pelajar itu sendiri.Oleh itu perkara utama yang perlu difikirkan ialah matlamat sebenar
melanjutkan pelajaran.Pelajar perlu mengetahui dengan jelas kenapa mereka memilih untuk
belajar secara atas talian ataupun e-pembelajaran.Pelajar boleh mendapatkan maklumat awal
berkaitan sistem yang digunakan dalam pembelajaran secara elektronik daripada rakan-rakan
ataupun melalui pembacaan.Persediaan awal penting supaya pelajar lebih bersedia apabila
mengikuti pembelajaran.Perancangan yang teliti juga membolehkan sesuatu perkara dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.Pelajar juga perlu melibatkan diri dengan aktif dalam apa
jua aktiviti yang dijalankan sama ada secara atas talian atau bersemuka.Mereka perlu
menanggap bahawa belajar merupakan satu proses yang menyeronokkan.Secara tidak
motivasi diri sentiasa berada pada tahap terbaik dan kecemerlangan akan tercapai.

RUJUKAN

Hamedah Wok Awang ( 2002 ) Cerita-cerita Motivasi Untuk Guru.Pahang:PTS


Publication & Distributor Sdn.Bhd.

James Wright ( 2007). The Primacy ICT And e-Learning Co-ordinators


Manual.London:Paul Chapman Publishing.

8
NOOR AZLINA ABDUL SAMAD
760708-01-6764
KDP 14M KPM-OUM
JULAI 2008

Michale Poherty et.al ( 2001 )Write For Business,Skilss For Effective Report Writing In
English.England:Longman.

Mohd. Nasir Markom et.al ( 2004 ) Andragogi: Mengajar Orang Dewasa Belajar. Kuala
Lumpur :PTS  Publications & Distributors Sdn Bhd

Ryan Watkins (2008). Preparing E-Learners for Online Success. Retrieved at: September 01,
2008. http://www.learningcircuits.org/2005/sep2005/watkins.htm

20 September 2008. Pengurusan


Stress.internet.http://www.usm.my/education/kaunseling/tip.htm

Anda mungkin juga menyukai