Anda di halaman 1dari 5

FACEBOOK : Abdul Rahman Bin Nordin

KEAJAIBAN SAINS DI DALAM ALQURAN


- meninjau perkembangan janin insan

Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara agama
dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat untuk menerima hakikat boleh
ada satu titik pertemuan di antara agama dan sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai
kononnya pokok yang mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru,
selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak baginda ‘alaihissalam
ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat
samada mahu atau tidak menerima ilmu sains daripada orang-orang Islam.

Pihak Gereja memfatwakan bahawa usaha mengkaji ilmu sains adalah punca kepada dosa asal
(‘original sin’) Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab
Injil Perjanjian Lama (‘Old Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah dari
pohon terlarang itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas Allah
subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru, suatu
masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.

Akhirnya apabila golongan tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat
berjaya mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang
bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua perkara
yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan mengurangkan
pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi.

Justeru, jika and membincangkan isu agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan
terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahawa Islam amat
menghormati ilmu dan para cendikiawan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu sebagai
saksi bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala sebagaimana firmannya (surah 3: ayat
18) bermaksud:

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),


bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang
yang berilmu (mengakui dan menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Dan Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Suci juga berfirman (surah 47: ayat 19)
bermaksud:

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad)


bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan
mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa
orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan
keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."

Al-Quran dengan jelas menyatakan sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan
berbanding malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan
kepadanya. Kisah-kisah di dalam al-Quran bercanggah dengan kisah-kisah Bible. Umat Islam
percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut al-Quran, hakikat bahawa Adam alaihissalam
diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan bukannya punca baginda ‘alaihissalam
dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita berbincang tentang Islam dan sains dengan pemikir
barat, mereka lebih menjurus untuk berdebat dengan andaian yang sama dengan pandangan
agama mereka (Kristian) terhadap ilmu itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat terkejut
bila mereka didedahkan dengan fakta-fakta dari al-Quran dan Hadis.

Salah seorang daripada mereka ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan ‘Obstetrics’
dan ‘Gynecology’ (Kajian Janin), dan Profesor di bidang molekul dan Genetik Manusia di Kolej
Perubatan Baylor, Houston, Amerika Syarikat. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor
Simpson bertegas untuk mengesahkan  ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Namun, kami telah
berjaya meyakinkan beliau. Kami bentangkan kepadanya ayat-ayat al-Quran yang
membincangkan tentang perkembangan janin. Kami buktikan kepadanya bahawa al-Quran
menyatakan tentang pembentukan kromosom (‘chromose’) dan daya-pewarisan (‘hereditary’)
hanya berlaku setelah benih (dari air mani) bercantum dengan telur wanita (‘ovum’).
Sebagaimana yang kita tahu, ‘chromosome’ sememangnya menentukan bentuk fizikal yang
akan diwarisi oleh bayi itu nanti seperti warna mata, kulit, rambut, dan sebagainya.

Justeru, banyak keadaan yang akan diwarisi oleh seseorang manusia sudahpun ditetapkan di
dalam kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk ketika peringkat awal lagi (peringkat
‘nutfah’) dalam pembentukan janin. Dengan kata lain, bentuk dan keadaan seorang manusia
sudahpun ditetapkan ketika peringkat awal lagi- peringkat ‘nutfah’. Allah subhanahuwata’ala
Yang Maha Suci dan Maha Agung menyatakan fakta ini di dalam al-Quran (Surah Abasa, 80:
ayat 17-19) bermaksud:

"Binasalah hendaknya manusia (yang engkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah
ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya, serta
dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi bertanggungjawab".

Ketika 40 hari didalam kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk
secara berperingkat-peringkat. Kita boleh melihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa organ-
organ mula dibentuk dan diatur, dan janin itu nampak seperti terpusing. Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda yang bermaksud:

"Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu
dalam masa 40 hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:

"Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan
membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, "Ya
Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?" dan Allah akan menentukan jantinanya
sebagaimana yang Dia suka"

(Riwayat Muslim).

Profesor Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa
ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan
pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu
persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah memberikan
satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari. Sebagaimana
yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini tidak mungkin disabdakan
berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu.

Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun,
pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah
ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam,
boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan
anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu.
Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada
buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang
berkenaan.

Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara
fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya
wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-
Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu
datangnya dari Allah.

Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka
berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu
bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha
Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.

Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata


tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada
mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui
dan meyaksikan tiap-tiap sesuatu?"

(Surah Fussilat, 41: Ayat 53)

Setelah menyedari melalui contoh-contoh keajaiban sains di dalam al-Quran dan daripada
maklumbalas para saintis sendiri, marilah kata tanya beberapa soalan ini:

a) Adakah satu kebetulan sahaja bahawa penemuan terbaru sains di pelbagai bidang itu telah
dinyatakan dengan tepat tentangnya di dalam Al-Quran?

b) Mungkinkah al-Quran itu ditulis oleh Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam  atau oleh
suatu yang bukan-manusia?

Hanya ini sahaja jawapan yang munasabah: al-Quran itu adalah perkataan Allah
subhanahuwataala yang diwahyukanNya. Al-Quran ialah perkataan-perkataan Allah secara
langsung (‘literal’) yang Dia wahyukan kepada nabiNya Muhammad sallalahu’alaihiwasallam
melalui malaikat Jibrail alaihissalam. Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam menghafal
wahyu-wahyu itu. Kemudiannya sahabat-sahabat baginda sallalahu’alaihiwasallam pula
menghafal ayat-ayat itu, menulisnya dan mengulang-kaji hafalan mereka dengan Nabi
Muhammad sallalahu’alaihiwasallam.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam mengulang-kaji hafalan al-Quran


itu dengan malaikat Jibaril alaihissalam setiap tahun di bulan Ramadan. Di tahun terakhir
hidupnya, baginda mengulangkaji hafalan dengan Jibrail sallalahu’alaihiwasallam sebanyak dua
kali. Sejak dari hari Al-Quran diwahyukan sehingga ke hari ini, ramai orang-orang Islam yang
menghafal kesemua ayat-ayat Al-Quran, perkataan demi perkataan. Sesetengahnya berupaya
menghafal al-Quran ketika berumur 10 tahun lagi. Justeru, bukan suatu yang pelik bila
ditegaskan bahawa tiada satu pun isi al-Quran yang telah berubah sejak zaman berzaman
sehinggalah sekarang.

Al-Quran yang diturunkan 14 kurun yang lalu telah menyatakan dengan tepat fakta-fakta yang
baru sahaja ditemui oleh ahli sains. Ini jelas membuktikan Al-Quran itu adalah firman-firman
Allah yang diwahyukan olehNya kepada Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam Selain dari
itu, ia juga membuktikan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam adalah seorang Rasul dan
Nabi yang diutuskan Allah subhanahuwata’ala.

Tidak munasabah untuk mengatakan seseorang manusia pada 1400 tahun lalu tahu tentang
penemuan sains yang hanya ditemui hari ini dengan pertolongan alat-alat canggih dan kaedah-
kaedah yang sukar.

Anda mungkin juga menyukai