Anda di halaman 1dari 2

SONGKET TENUN

Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama
dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan
songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah
berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga
atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali
dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu
mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di
antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia
tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus
daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif
songket:

Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih

Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:

Susunan bunga penuh


Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak

Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu
menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang
dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat butang� disediakan.
Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di
keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan
dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau
jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua
urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan
diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan
menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai
proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-
celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang
telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja
yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang
dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan
dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan
pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat
tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak
songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai