Anda di halaman 1dari 4

Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa.

Kajian linguistik pula untuk melihat bentuk bahasa bahasa dan


ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara bahasa dan penutur serta masyarakat sekeliling. Jadi
semestinya linguistik mempunyai kepentingan dan memberi sumbang yang tersendiri kepada
masyarakat, lebih-lebih lagi kepada pengguna sesuatu bahasa. Antara kepentingan dan sumbangannya
adalah seperti berikut:

1. Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama sekali berkaitan
dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa
2. Kajian linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang cirri- ciri bahasa dan peranan yang
boleh dimainkannya. Contohnya untuk pembangunan sesebuah negara yang akan atau baru merdeka,
satu bahasa perlu diangkat sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai bahasa pembangunan dan
pembagunan. Dalam hal ini juga, bahasa tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan
rakyat yang bersifat pelbagai kaum
3. Seorang kaunselor, selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut, mereka perlu
mahir dan mengetahui selok belok ayat dan perkataan yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit atau
pelanggan mereka.
4. Kepada juru bahasa ataupun penterjemah, mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan
yang baik dalam bidang linguistik. Ini kerana penterjemahan akan melibatkan factor bahasa dan
kebudayaan. Untuk itu, kedua factor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat
disampaikan dengan maksud yang sejelas-jelasnya.
5. Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan bahasa, seperti guru
dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa, pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur
dan sistemnya akan memudahkannya memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa yang
diajar kepada para pelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau
ayat bahasa Melayu.
(Nor Hisham Osman, 2001)

• Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)

• Fonologi

• Morfologi

• Sintaksis

• Semantik

• Manusia menggunakan bahasa untuk :

• menyatakan maksud,

• menjelaskan sesuatu,

• mewujudkan kemesraan,
• mendapatkan kepastian dan

• membuat keputusan. Dalam hal ini,

• Laras Bahasa (LB)

• LB adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsinya.

• Setiap anggota masyarakat akan menggunakan LB yang berbeza mengikut keperluannya.

• Semakin banyak LB yang digunakan, semakin berkesan komunikasi seseorang itu.

• LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan,
hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin.

• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis,
morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya.

• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian.

• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati
oleh semua golongan masyarakat.

• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan
jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya
Daerah Zeni:

• Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepada
nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.

• linguistik dibahagikan kepada dua, iaitu linguistik mikro dan linguistik makro.

• linguistik mikro: objeknya struktur dan elemen bahasa itu sendiri, iaitu ciri hakiki daripada
bahasa itu dengan tidak mengaitkannya dengan ilmu yang lain.

• linguistik makro: objeknya bahasa dalam hubungannya dengan faktor luar bahasa, iaitu kegiatan
manusia dalam masyarakat. Bidang ini meliputi linguistik interdisiplin dan linguistik terapan.

• Linguistik umum: linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataannya secara
umum.

• Linguistik khusus: linguistik yang mengkaji kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu,
atau rumpun bahasa tertentu.

• Linguistik mikro --Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan
leksikosemantik.
• fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi
bersinonim dengan fonemik.

• morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.

• sintaksis: satuan kata dan satuan lain di atas kata, hubungan antara satu dengan lain, dan cara
penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.

• semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.

• leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

• Bagi ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat membantunya melaksanakan tugas dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

• Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya kesusasteraan dengan


berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya.

• Bagi guru bahasa, linguistik jati dan hubungan masyarakat dan budaya penting dalam
pembinaan ketrampilan berbahasa, terutama dalam konteks bahasa merentas kurikulum.
Pengetahuan linguistik juga dapat dijadikan titik tolak dalam menerangkan aturan bahasa
kepada pelajar.

• Bagi penterjemah, pengetahuan linguistik jati dan linguistik gunaan amat membantu dalam
penghasilan karya terjemahan yang baik.

• Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan kamus yang
baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman
kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa,
budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa.

• Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspek penyusunan
ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks.

• Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi dan


konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan
bahasa.

• Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam bidang ilmu
masing-masing

• Dari segi konsep, bahasa bersifat ujaran, unik, bersistem, berobah dan empiris.

• Subdisiplin linguistik merangkumi bidang, sifat, pendekatan, instrumen, ilmu lain, penerapan,
aliran dan teori.
• Analisis linguistik berdasarkan hubungan asosiatif, struktur dan distribusi yang dijelmakan
melalui analisis konstituen terdekat, analisis rangkaian unsur dan analisis proses unsur.

• Linguistik amat bermanfaat kepada ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, penterjemah,
penyusun kamus, penyusun buku, negarawan, dan pengguna bahasa yang lain.

Anda mungkin juga menyukai