Anda di halaman 1dari 3

15 Petanda dilamun Cinta

1. Sukar melelapkan mata


Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal
hingga menganggu tidur anda.

2. Sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah
anda jadi mengelabah dihampiri si dia.

3. Suka ambil tahu


Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan
perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si
dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika
terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun
kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-
kawan anda.
6. Hobi baru….. termenung.
Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia
dan anda bersama.

7. Dating
Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan
keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu
malam sekalipun baru petang tadi berjumpa

8. Rindu.
Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan
mengingati anda kepada si dia.

9. Bergayut di telefon.
Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di
telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar
suaranya untuk melepaskan rindu.

10. Berubah cita rasa.


Kehadiran si dia Berjaya mengubah cita rasa anda mengenai
pelbagai perkara.

11. Memberi hadiah.


Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.
12. Awal ke tempat kerja.
Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapaan
dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.

13. Lebih rajin.


Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan
sebelum ini.

14. Menjaga penampilan.


Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan
mekap hingga nampak mempersonakan.

15. Defensive.
Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda
akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan
timbul permusuhan.

Anda mungkin juga menyukai