P. 1
KGT Tingkatan 2. Migrasi Penduduk ke Ampang dan Kesannya

KGT Tingkatan 2. Migrasi Penduduk ke Ampang dan Kesannya

|Views: 1,362|Likes:
Dipublikasikan oleh Rebecca 滢 Low

More info:

Published by: Rebecca 滢 Low on Oct 19, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2012

pdf

text

original

SENARAI KANDUNGAN

1. Penghargaan ----------------------------------------------------------------------2. Pendahuluan-----------------------------------------------------------------------3. Objektif Kajian -------------------------------------------------------------------4. Kawasan Kajian-------------------------------------------------------------------5. Kaedah Kajian --------------------------------------------------------------------6. Dapatan Kajian--------------------------------------------------------------------• Konsep Migrasi Penduduk • Pola migrasi Penduduk di Kawasan Kajian • Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Kawasan Kajian • Kesan Migrasi Dalaman penduduk di Kawasan Kajian • Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk 7. Rumusan---------------------------------------------------------------------------8. Lampiran ----------------------------------------------------------------------------9. Rujukan-------------------------------------------------------------------------------

1

PENGHARGAAN
Rasa syukur saya ditujukan kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Pn. Lee Siow Wei kerana sudi memberi nasihat dan cadangan kepada saya semasa saya menjalankan kajian ini. Beliau juga memberi cadangan tentang isi kandungan borang soal selidik untuk saya rujuki. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga saya kerana memberi saya sokongan sama ada dalam aspek kewangan ataupun moral. Saya amat bersyukur atas bantuan mereka. Tanpa mereka, mustahil kajian ini dapat disiapkan pada masanya. Di samping itu, saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada rakanrakan saya terutamanya Priscilla, Dawn dan lain-lain lagi kerana memberi cadangan kepada saya menjayakan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan rasa syukur kepada responden kerana sudi memberi kerjasama dengan saya.

2

PENDAHULUAN
Laporan kajian saya adalah tentang migrasi dalaman penduduk di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, Selangor. Saya memilih ia sebagai kawasan kajian kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal saya, membolehkan saya menjalankan kajian di sini pada masa lapang. Selain itu, di sini juga terdapat banyak kegiatan ekonomi yang berpotensi menarik minat penduduk dari luar negeri untuk ke sini. Saya telah mengambil tempoh sebanyak 5 minggu untuk menyiapkan kajian ini.

3

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah antara objektif untuk membuat kajian ini: • • • • • Mendefinisikan konsep migrasi dengan tepat Menyatakan pola migrasi di kawasan kajian Menyatakan faktor migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian Menyatakan kesan positif dan negatif migrasi dalaman penduduk terhadap kawasan kajian Mengenal pasti langkah-langkah yang harus diambil untuk mengatasi migrasi dalaman di kawasan kajian

4

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, Selangor. Ampang terbahagi kepada dua bahagian, Ampang Jaya, Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan Ampang terletak antara sempadan Kuala Lumpur dan Selangor. Ampang Jaya meliputi kawasan seluas 143.5 km dan mempunyai populasi sebanyak 721411 orang. Kawasan yang mempunyai populasi yang kelima terbanyak di Malaysia. Ampang mempunyai beberapa buah pusat membeli-belah yang berskala kecil misalnya, Ampang Point dan Spectrum dan beberapa buah pusat perubatan seperti Gleneagles Medical Centre dan Pantai Hospital. Ampang amat terkenal dengan masakan Cina iaitu Yong Tau Fu. Zoo Negara juga terletak di Ampang. Ampang terletak 6.1 km dari Kuala Lumpur dan 34.9 km dari Shah Alam, pusat perindustrian Selangor.

5

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam proses membuat Kajian ini. Antaranya ialah: • Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang berlaku di Ampang. • Soal Selidik Saya telah membuat soal selidik terhadap 20 orang penduduk yang menetap di Ampang untuk mengenalpasti pola migrasi di Ampang dan juga menetahui faktor tolakan dan tarikan migrasi di Ampang • Rujukan Saya telah merujuk kepada buku-buku dan laporan mengenai migrasi penduduk untuk membuat laporan atas migrasi penduduk di Ampang

6

DAPATAN KAJIAN
8.1 KONSEP MIGRASI DALAMAN
Migrasi ialah proses penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain yang melintasi sempadan sama ada kekal atau sementara. Manakala migrasi dalaman ialah penghijrahan dalam negara yang melintasi kawasan mukim, daerah, bandar dan negeri. Contohnya: Penduduk dari negeri Johor berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi ataupun untuk melanjutkan pelajaran di unversiti yang bertaraf antarabangsa.

7

8.2 POLA MIGRASI PENDUDUK DI TAMAN DATO AHMAD RAZALI
Pola migrasi Taman Dato Ahmad Razali adalah dari luar bandar ke bandar dan bandar ke bandar. Ini dapat dilihat melalui perolehan responden yang diedarkan di kalangan penduduk. Kebanyakan mereka berasal daripada bandar ataupun luar bandar. Nama responden dan tempat asal mereka: Nama Responden Tempat Asal Wong Siew Kei Johor Kok Mei Leng Seremban Tee Yan Meng Senawang, Negeri Sembilan Chong Xi Jie Kampung Broga, Semenyih Ng Bee Leng Sungai Pelek, Negeri Sembilan Syamil Muzammil Kedah Adam Joseph Petaling Jaya Muhammad Afiq Taman Maluri, Kuala Lumpur Alia binti Muhammad Abu Georgetown, Pulau Pinang Tan Kar Yan Kuching, Sarawak Serena Low Taman Conaught Wong Shann Torng Kota Kinabalu Esther Wong Wai Ling Seremban Alilia binti Muhammad Hanafiah Petaling Jaya Teh Sze Ye Selangor Lee Qian Yi Kampung Broga, Semenyih Wendy Low Jia Hui Sandakan Eng Kok Heng Petaling Jaya Eng Kok Kiong Kuala Selangor Michael Low Beng Eow Sabah Sumber Responden (lampiran) Berdasarkan contoh yang disertakan di atas, 9 daripada 20 orang responden berasal dari luar bandar manakala yang selebihnya, iaitu 11 orang responden, berasal dari bandar lain.

8

Bilangan Respondan yang Berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali mengikut Pola Migrasi
Luar bandar ke bandar Bandar ke bandar 45% 55%

9

8.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN DATO AHMAD RAZALI
Antara faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Ampang adalah seperti arahan majikan. Contohnya, seorang pekerja yang bekerja di cawangan Hoan Leong Bank di Petaling Jaya berpindah ke cawangan di Taman Dato Ahmad Razali atas arahan majikan. Ini secara langsung menyebabkan keluarga untuk berpindah ke sana juga. Oleh itu, keluarga juga salah satu faktor yang menyebabkan penduduk berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. Selain itu, terdapat juga beberapa orang responden berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali atas sebab perkahwinan. Contohnya, isteri mengikut suaminya berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali atas kehendak keluarga suami. Selain itu, kemudahan asas dan petempatan baru juga menarik minat penduduk untuk berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali. Ampang, sebagai bandar yang besar mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti, hospital, kelab, restoran, pusat membeli-belah dan lain-lain lagi. Saya amat berbangga terhadap negara saya kerana mempunyai kemudahan sebegini yang banyak memudahkan rakyatnya dalam memastikan kehidupan seharian berjalan dengan lancar. Selain itu, terdapat juga beberapa orang yang berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali untuk mendapatkan kadar upah yang tinggi. Pakar-pakar seperti doktor, dan akauntan amat diperlukan di Ampang kerana peranannya sebagai bandar. Kestabilan politik di Taman Dato Ahmad Razali juga mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. Kestabilan politik yang baik menyebabkan banyak orang berpindah ke sini. Saya amat bersyukur kerana Malaysia mempunyai kestabilan politik yang baik berbanding dengan kerajaan negara lain. Di samping itu, terdapat juga penduduk berpindah ke Taman Dato Ahmad Razali atas sebab untuk menjalankan persaraan mereka.

10

Bilangan Responden 10 12 0 2 4 6 8
Be Ke

Faktor yang Mem pengaruhi Migrasi D alam an P enduduk di Am pang

F aktor-faktor

rsa ra lua rg a Ma jik Pe an rka hw ina Go n Ke ve mu rn an da ha n A Ka sas da Pe rU tem pa h pa tan Ba ru

11

8.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN DATO AHMAD RAZALI
Kesan Positif Antara kesan positif yang telah terjadi akibat migrasi dalaman penduduk di Taman Dato Ahmad Razali adalah bilangan penduduk akan bertambah. Ini seterusnya akan merancakkan ekonomi di sana kerana pelbagai jenis kegiatan ekonomi dijalankan. Antaranya adalah perubatan, perbankan, restoran, hiburan dan lain-lain lagi. Selain itu, pasaran di Taman Dato Ahmad Razali akan meningkat melalui migrasi dalaman penduduk kerana terdapatnya banyak penduduk yang membeli barang ataupun menggunakan kemudahan di Ampang. Akhirnya, migrasi dalaman orang asing seperti orang Indonesia akan menampung keperluan buruh di tempat pembinaan. Kita harus berbangga akan negara kita kerana mempunyai faktor-faktor yang berpotensi untuk menarik minat orang dari negara lain datang ke Malaysia. Kita haruslah menghargainya supaya Malaysia dapat berkembang menjadi sebuah negara yang bertaraf antarabangsa. Kesan Negatif Migrasi dalaman bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada Ampang, malah ia juga membawa beberapa keburukan. Antaranya adalah kegiatan masalah sosial yang dilakukan oleh pemuda seperti vandalisme. Ini seterusnya akan menjejaskan nama baik Taman Dato Ahmad Razali. Selain itu, peningkatan penduduk di Taman Dato Ahmad Razali yang akan mengakibatkan masalah pengangguran. Kebanyakan penduduk yang datang ke Taman Dato Ahmad Razali adalah pakar dalam bidang masing-masing. Dengan ini, persaingan akan berlaku dan orang yang paling berbakat akan mendapat kerja tersebut. Setelah itu, pengangguran berlaku. Kedatangan penduduk ke Taman Dato Ahmad Razali juga akan mengakibatkan tanah ataupun bangunan dibiarkan kerana perkembangan yang keterlaluan. Contohnya, Ampang City yang terletak di Taman Ampang Utama merupakan sebuah pusat membeli-belah yang makmur pada 10 tahun yang lalu. Namun begitu, ia telah menjadi bangunan yang terbiar kerana Ampang Point telah ditubuhkan.

12

8.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN DATO AHMAD RAZALI
Bagi mengelakkan kesan negatif migrasi dalaman penduduk di Taman Dato Ahmad Razali, tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi mengelak daripada memburuk. Antara tindakan-tindakan yang dicadangkan adalah: Kuat kuasa undang-undang dan Penubuhan Rukun Tetangga Tindakan ini diambil untuk membanteras gejala sosial yang sering dilakukan oleh remaja. Remaja yang ditangkap didapati membuat gejala sosial harus diberi denda ataupun kaunseling supaya orang lain tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi. Tujuan Rukun Tetangga ditubuhkan adalah untuk mengatasi masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja yang menduduki di Ampang. Wujudkan Peluang Pekerjaan Oleh sebab pengangguran kian berlaku di Taman Dato Ahmad Razali, pihak yang berkenaan seperti kerajaan ataupun syarikat harus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada umun. Kerajaan harus mengadakan promosi ataupun pengenalan supaya dapat menarik minat orang asing untuk melabur dalam Ampang. Dengan ini, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kadar pengangguran pula akan menurun. Disewa atau dijual dengan harga yang rendah / percuma Bagi ‘menghidupkan semula’ tanah terbiar ataupun bangunan terbiar, penyewa ataupun penjual digalakkan menjual atau menyewa kedai mereka dengan harga yang rendah kepada peniaga yang bermodal rendah untuk menjalankan perniagaan. Dengan ini, dapatlah tempat terbiar dapat dihidupkan semula Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjayakan projek ataupun rancangan yang dianjurkan supaya nama negara dapat diharumkan di pentas antarabangsa.

13

Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya faham tentang konsep migrasi dalaman penduduk di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, Selangor. Selain itu, saya juga mendapati pola migrasi di Taman Dato Ahmad Razali kebanyakkannya adalah bandar ke bandar dan luar bandar ke bandar. Maklumat tersebut saya perolehi daripada 20 orang yang disoal selidik. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti faktor faktor yang menarik minat orang datang ke Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. Antaranya adalah kadar upah yang tinggi, perkahwinan, keluarga, arahan majikan, kemudahan asas yang lengkap dan lain-lain lagi. Di samping itu, melalui kajian ini saya dapat menyenaraikan kesan positif dan negatif migrasi dalaman penduduk ke Taman Dato Ahmad Razali. Antara kesan postif yang dapat saya senaraikan adalah kemasukan buruh yang banyak, penduduk bertambah manakala kesan negatif adalah tanah terbiar dan pengangguran. Walau bagaimanapun, kesan negatif yang disebutkan di atas dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang, mewujudkan Rukun Tetangga dan menjual kedai dengan harga yang rendah. Melalui kajian ini, saya berasa amat bangga kerana tempat saya tinggal mempunyai begitu banyak faktor yang dapat menarik minat orang ramai datang ke sini untuk berkembang. Kita harus menghargainya dan tidak menyalahgunakannya. Kita juga harus bekerjasama agar Taman Dato Ahmad Razali, Ampang dapat berkembang menjadi salah satu bandar yang makmur dan canggih.

14

15

RUJUKAN
Internet
• http://www.scribd.com/doc/30925743/DAPATAN2010

16

• • • •

http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/20/contoh-kerja-kursusgeografi-pmr-2010-tajuk-kedua-migrasi-dalaman/ http://en.wikipedia.org/wiki/Ampang- Ampang, the Wikipedia Free Encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Ampang,Selangor –Ampang, Selangor, the WIkipedia Free Encyclopedia http://maps.google.com.my/maps?q=kuala+lumpur&rls=com.microsoft:enus:IE-SearchBox&oe=UTF8&rlz=1I7GGLL_en&redir_esc=&um=1&ie=UTF8&hq=&hnear=Kuala+Lumpur, +Federal+Territory+of+Kuala+Lumpur&gl=my&ei=OZQDTJapLIOzrAfRoIH GDg&sa=X&oi=geocode_result&ct=image&resnum=1&ved=0CAwQ8gEw AA – Ampang, Google Map http://www.scribd.com/doc/31188683/Kerja-Khusus-Migrasi-DalamanPenduduk-2010

Buku Rujukan
• SUCCESS GEOGRAFI PMR, Mohammad Ismail dan Khaw Ah Seng, Penerbitan Oxford Fajar

Orang Sumber
1. Michael Low Beng Eow 2. Eng Kok Kiong 3. Eng Kok Heng 4. Wendy Low Jia Hui 5. Lee Qian Yi 6. Alilia binti Muhammad Hanafiah 7. Esther Wong Wai Ling 8. Wong Shann Torng 9. Serena Low 10. Alia binti Muhammad Abu 11. Wong Siew Kei 12. Adam Joseph 13. Syamil Muzammil 14. Ng Bee Leng 15. Chong Xi Jie 16. Tee Yan Meng 17. Kok Mei Leng 18. Muhammad Afiq

17

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->