Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap

pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam

bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja

menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan,

penampilan dan tingkahlaku serta etika.

Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan

perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran

dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan

kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam

mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin

disampaikan oleh pengucap.


DEFINISI UCAPAN

Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang

dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu yang

hendak disampaikan telah dilakukan.

Menurut Abdul Mua’ti Ahmad, (1994) menyatakan bahawa pengucapan umum

mengggunakan anggota verbal dan bukan verbal. Manakala menurut Rahimah Yeop

(2001) , pengucapan awam ialah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang

pengucap dan sekumpulan pendengadengan bertujuan untuk memindahkan dan

menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke empat, ucapan ialah apa

yang diucapkan, perkataan (kata-kata) yang diucapkan; cara menyebut sesuatu

kata,lafaz,sebutan;kata.-kata yang mengandungi harapan supaya selamat.

Selain itu, menurut Maimunah Haji Omar (1993), ucapan merupakan sebahagian

daripada perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Disamping itu, ucapan dapat

diertikan sebagai apa – apa yang diucapkan atau cara menyebut atau cara melafazkan

sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui

pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Lazimnya, ucapan akan disampaikan

dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan

majlis rasmi

Anda mungkin juga menyukai