Anda di halaman 1dari 21

Soalan 23: Bincangkan kaitan antara pembangunan ekonomi dan

hubungan etnik di Malaysia.

Oleh : Losinin Johalin (Universiti Malaysia Sabah)

1.0 Pendahuluan

Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang unik dari

segi perkembangan ekonomi dan hubungan etniknya. Ini adalah kerana

kedua-dua perkara ini berkembang seiring dan sentiasa saling mempengaruhi

di antara satu sama lain. Pembangunan ekonomi Malaysia sejak Kesultanan

Melaka sehingga ke hari ini berkembang berasaskan kepada penglibatan

secara langsung kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Begitu juga, pola

ekonomi juga ditentukan oleh peranan yang dimainkan oleh kaum itu sendiri.

Dalam kajian kepustakaan ini, kami cuba meninjau hubungan di antara

pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik yang berlaku di Semenanjung

Tanah Melayu secara mendalam berdasarkan kepada peringkat-peringkat

sejarah bermula sejak pemerintahan Kesultanan Melaka hinggalah ke hari ini.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan

kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan

kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri. Untuk mencapai perpaduan dan

kemakmuran

bukanlah

satu

perkara

yang

mudah.

Ini

adalah

kerana

memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza

dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan

sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau

kekitaan

di

kalangan

masyarakat

sering

1

menghadapi

cabaran

serta

masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „

the road to a

cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the

Malay phrase, is full of “ onak dan duri”. Kenyataan di atas ternyata dapat kita

simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina

negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Cabaran ini bukanlah mudah

untuk membangunkan Malaysia dari segi ekonomi tanpa mengambilkira faktor

polarisasi kaum yang masih berlaku di tengah-tengah masyarakat kita.

Selepas Tragedi 13 Mei 1969,

kerajaan telah merancang dan melaksanakan

beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Dasar Pembangunan

Sosial

(DPN)

bagi

menunjangi

hubungan kaum sehingga 1990.

pembangunan

ekonomi

Malaysia

dan

Pembangunan ekonomi jelas mempunyai hubungan yang rapat dengan kualiti

hubungan etnik di negara kita. Ini dapat dilihat melalui usaha kerajaan untuk

mewujudkan peluang yang adil dan maksimum kepada semua bangsa untuk

bergerak maju ke hadapan dalam bidang ekonomi dan pembangunan negara.

2.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Kehadiran Masyarakat

Pelbagai Etnik Sejak Abad Ke-15

Sebelum membicarakan tentang pembangunan ekonomi negara masa kini

serta pengaruhnya terhadap hubungan etnik di Malaysia, elok kiranya kita

singkapkan sedikit tentang sejarah pada abad ke-15 dengan kemunculan

Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa

2

lingua

franca

dan

perdagangan Melayu.

pedagang-pedagang

asing

menerima

hegemoni

Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang

mengunjungi Melaka dapat diperhatikan melalui penerimaan dan restu Sultan

dan

Pembesar

Melayu

terhadap

mereka.

Mereka

menggunakan

dan

menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti pedagang Gujarati, Chulia

dan peminjam wang India (Chettiars). Dasar ini juga mengelakkan kelahiran

Melayu kaya yang bakal

menggugat kestabilan pemerintah. Perkara ini

dielakkan kerana hanya golongan pemerintah pada ketika itu yang wajar

mempunyai kedudukan ekonomi yang baik.

Hubungan ekonomi di Melaka pada ketika itu adalah mengikut peraturan

ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun

Melaka. Rakyat jelata Negeri Melaka dan pedagang asing terpaksa menerima

syarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.

Sepanjang

pemerintahan

sultan-sultan

Melaka,

tidak

terdapat

sebarang

penentangan sama ada dari rakyat Melaka sendiri mahupun pedagang-

pedagang asing yang datang ke Melaka kerana dasar perniagaan yang

dilaksanakan oleh Sultan sangat disenangi oleh mereka.

Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya

perdagangan bebas untuk seketika. Portugis menjalankan dasar monopoli dan

pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Mereka memaksa kapal-kapal

singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangan

dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal. Selain

3

daripada itu, pedagang-pedagang juga dikehendaki mendapatkan surat izin

sebelum

dibenarkan

untuk

berdagang

di

Melaka.

Keadaan

ini

telah

menyebabkan pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh

dan Pedir.

Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada tahun

1641. Pelbagai dasar monopoli tambahan telah

diperkenalkan oleh pihak

berkuasa Belanda. Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan

dieksport

dari

Melaka

dengan

tujuan

untuk

menetapkan

harga

jualan

barangan berkenaan. Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti

lada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.

Pihak Belanda telah mengenakan duti sebanyak 10% dikenakan ke atas

barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport. Untuk mengaut

keuntungan yang besar, pihak Belanda juga telah memaksa pedagang-

pedagang singgah ke Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka. Pihak

Belanda

juga

telah

mengadakan

ikatan

perjanjian

ekslusif

dengan

pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil

negeri mereka khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang

ditetapkan

dan

menghadkan

urusan

perdagangan

dengan

pedagang-

pedagang India. Tindakan pihak Belanda sedikit sebanyak tidak disenangi

oleh pemerintah tempatan, rakyat jelata dan pedagang-pedagang yang

singgah untuk berniaga di Melaka. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah pihak

Inggeris menguasai Tanah Melayu pada ketika itu.

4

Penguasaan Francis Light ke atas Pulau Pinang pada 1786, Melaka pada

1795, dan Singapura pada 1819 telah mengubah senario ekonomi Tanah

Melayu. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada

1826 dan ia menarik pedagang asing,

Ketiga-tiga

kelompok

pedagang

ini

termasuk pedagang Cina dan India.

tinggal

dalam

penempatan

yang

berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasi berasaskan kaum. Oleh

sebab itu, tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina

dan India).

Pada abad ke-19 lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan

Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi)

dan perlombongan.

Pada awal abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang

Cina

dalam

sektor

perlombongan

dan

bidang

komersil

lain

yang

menguntungkan tetapi buruh India dan Cina masih dibawa masuk dalam

bilangan

yang besar untuk memajukan sektor pertaniah dan perlombongan

ini. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya dua pola ekonomi iaitu

kawasan

pantai

barat

telah

dimajukan

dengan

pelbagai

kemudahan.

Sementara itu, di pantai timur pula masih menumpukan kepada tanaman sara

diri.

Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang

menetap di kawasan bandar. Orang Melayu pula telah terpinggir di luar

bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri seperti tanaman padi dan buah-

buahan sahaja. Sebenarnya senario ini adalah disengajakan oleh British

5

dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman untuk keperluan sendiri

dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar negeri.

3.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Keadaan Hubungan

Etnik Abad Ke-17

Sultan yang memerintah Melaka telah berusaha untuk menarik lebih ramai

pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini wujud

interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India. Hubungan

mereka

harmonis,

saling

hormat-menghormati

dan

bersama-sama

menyumbangkan tenaga untuk memajukan ekonomi Melaka.

Tambahan

pula

kerajaan

Melaka

di

bawah

pemerintah

yang

bijak

menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada

semua

bangsa

untuk

menikmati

keuntungan

perdagangan

di

Melaka.

Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan

daripada kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang

tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan

Cina. Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina)

terjejas dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal

pelabuhan-pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing

ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara

India dan China.

6

Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu

tunduk

kepada kuasa baru ini. Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini

memaksa pedagang tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang

mengamalkan

dasar

perdagangan

bebas.

Keadaan

ini

juga

memaksa

pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka

terpaksa bekerja mengusahakan tanah dengan aktiviti pertanian, penternakan

dan perikanan.

Akibatnya, orang-orang Melayu, India dan Cina yang

dahulunya bersatu padu dan hidup dalam satu masyarakat yang harmonis

mula renggang dan lupa kepada kehidupan yang baik pada masa lampau.

Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu

luar

bandar

yang

mengusahakan

tanah

pertanian

dan

penternakan.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih

oleh orang India

4.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Keadaan Hubungan

Etnik Abad Ke 19

Pada akhir abad ke-18 adalah zaman pertapakan kuasa Inggeris di Tanah

Melayu dengan penguasaan Pulau Pinang pada 1786. Ini menyaksikan

perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas dan kebanjiran

ramai pedagang asing termasuk dari India (pedagang Chulia) dan Cina.

Kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-18 sebahagiannya disumbangkan oleh

pedagang Chulia. Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang

baik dengan British. Dasar British ini telah meningkatkan status ekonomi

kaum Cina berbanding kaum lain. Walau bagaimanapun penglibatan orang

7

Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama

ekonomi antara kaum Melayu dan Cina. Ini dapat diperhatikan di negeri

Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun

1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854). Saudagar

Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut.

Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan

yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut.

Keadaan di Sabah dan Sarawak mengalami perubahan dari segi pola kegiatan

ekonomi yang agak sama. Orang-orang Cina yang datang ke negeri-negeri ini

semasa pemerintahan British di sini membuat penempatan kecil di kawasan

strategik dan membuka pusat-pusat perniagaan kecil yang akhirnya menjadi

pekan, bandar dan bandaraya. Sementara itu penduduk pribumi pula berada

di

kawasan-kawasan

pantai

yang

mengusahakan

aktiviti

perikanan.

Ini

didominasikan oleh orang-orang Melayu Brunei, Bajau, Iranun, Suluk, Melayu

Sarawak dan Bugis. Orang-orang Dusun, Kadazan, Rungus, Murut, Iban dan

Melanau pula mengusahakan pertanian dan penternakan. Di Sabah dan

Sarawak, pola ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan etnik seperti di

Semenanjung Malaysia. Masyarakat Sabah dan Sarawak saling memahami

peranan mereka masing-masing.

Di Johor,

kerjasama telah mulai wujud di antara Cina dan Melayu di Johor.

Temenggong

Johor,

Temenggong

Ibrahim

menggalakkan

orang

Cina

membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir. Di bawah

8

sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua Cina yang

dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap

batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka. Kangcu akan menerima surat

kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan

memungut cukai.

Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam

perkembangan

ekonomi

Negeri-negeri

Melayu,

peranan

elit

pemerintah

Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan

urusan memperuntukkan konsesi kepada pelabur.

Dengan bermulanya pentadbiran British, peranan pemerintah Melayu ini telah

diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass)

pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British. Kaum

Cina

juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai

peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga menjadi orang tengah dalam

perniagaan. Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu

diri.

Pada akhir abad ke-18 buruh-buruh India mulai datang dan menetap di

Negeri-negeri Selat. Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan

pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan

Kerja Raya. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam

perniagaan di

Negeri-negeri Selat. Selepas pengenalan

sistem Residen di Negeri-negeri

Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan

Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga

9

dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi. Bilangan buruh India ketika ini

amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke- 19 dengan

perkembangan pesat sektor perladangan getah.

5.0 Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Keadaan Hubungan

Etnik Abad Ke 20

Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi

Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam

ekonomi milik British. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar

dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan

sebagai

buruh

kasar

dalam

sektor

perladangan

dan

perlombongan.

Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang

berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.

Di sudut lain, pada awal

abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama

lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan

penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang

Cina dalam sektor ini. Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan

pada

zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis. Kerajaan

telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampung-

kampung baru” (New Villages) di bawah rancangan Briggs.

Sementara itu, hubungan orang-orang Melayu dengan India dari sudut

ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan

10

orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Hubungan ini

menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan

politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan. Konflik ini

berlanjutan sehingga sekian lama.

Kedudukan ekonomi orang India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun.

Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan

keretapi maut. Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah

dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti

Komunis India.

Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka

diberikan upah yang sama dengan buruh Cina. Tuntutan-tuntutan lain adalah

tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru

sekolah di estet. Berdasarkan kemajuan ekonomi yang dialami oleh ketiga-

tiga kaum pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga

berbeza. Ia mengakibatkan berlaku konflik yang agak rumit dan membawa

kepada polarisasi kaum dan kemerosotan perpaduan.

Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri

Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis. Orang Melayu pula

tertumpu di kawasan luar bandar

yang berkait dengan pertanian sebagai

contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu

menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%. Kaum

India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap di

bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

11

6.0

Latar

Belakang

Perkembangan

Ekonomi

Malaysia

dalam

Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Hubungan Etnik

Selepas Merdeka

Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik

Melayu diinstitusikan.

Pada tahun 1955 dan 1956

UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi di

bawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan

bersejarah” (historic bargain).

Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan

akan

diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai

balasan bukan Melayu

bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu,

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu

sebagai raja berperlembagaan.

Semua

kompromi

Persekutuan

1957.

ini

kemudiannya

dimaktubkan

Walaupun

semua

kehendak

dalam

Perlembagaan

dipersetujui

sewaktu

perlembagaan

diterima

tetapi

selepasnya

ia

adalah

satu

senario

yang

berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang

dalam pilihanraya 1963 dan 1969. Provokasi-provokasi ini terus mewujudkan

ketegangan antara kaum. Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak

puas kian memuncaktimbul dan telah membawa kepada Tragedi 13 Mei.

Peristiwa pahit ini telah membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan

Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi

mengukuhkan perpaduan negara serta Dasar Ekonomi Baru (DEB).

12

7.0 Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan

Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)

Pembangunan ekonomi Malaya selepas merdeka adalah berasaskan beberapa

rancangan pembangunan 5 tahun. Rancangan pembangunan negara boleh

dibahagikan kepada dua fasa, pertama (1956-1970) dan kedua (1970-1990)

yang berasaskan Dasar Ekonomi Baru.

Rancangan Malaya Pertama

bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan

ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar. Selain itu,

ia

juga

rancangan

ini

memfokuskan

kepada

mempelbagaikan

keluaran

pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah

serta

menambahkan

peluang

pekerjaan

bagi

mengurangkan

kadar

kemiskinan.

 

Dasar pembangunan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan

selepas

merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat

Tanah Melayu.Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan

untuk

perbelanjaan pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan

dihalakan

kepada

pertahanan

dan

keselamatan

dalam

negeri

(bagi

membendung ancaman komunis). Walau bagaimanapun untuk membantu

orang Melayu di luar bandar, kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi

seperti berikut:-

13

RIDA

(Rural

Industrial

Development

Authority)

berfungsi

untuk

memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial,

ekonomi dan infrastruktur.

FELDA (Federal Land Development Authority)

pada 1956 untuk

membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi

pertanian dan penempatan

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu

Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar

ditubuhkan.

FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.

1961

Jawatankuasa

Pembangunan

Kampung

ditubuhkan

bagi

melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan

dan pelaksanaan program pembangunan.

Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20

juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan

kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.

Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling

tabung simpanan Melayu.

Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai

urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.

14

Kedudukan

ekonomi

Cina

amat

teguh

selepas

merdeka

disebabkan

kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan

Cina

untuk

mengumpul

modal.

Konsep

membantu kaum Cina mengumpul modal

perniagaan

ala

kongsi

telah

dan mengukuhkan modal di

kalangan komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di

bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang

baik.

Kaum India adalah satu komuniti yang tidak mempunyai suara politik dan

lemah dari segi ekonomi dan sering ditindas oleh kerajaan British. Dasar

kerajaan

yang

baru

merdeka

untuk

mengambilalih

ladang-ladang

milik

pengusaha

asing

mempunyai

kesan

yang

serius

ke

atas

buruh

eset.

Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka

dan meninggalkan

negara. MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan

membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-

operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. Antara 1961-1969, NLFCS telah

membeli 18 estet. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal

undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100

ekar.

8.0 Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik

Mei 1969 Hingga 1990

Sejak Tragedi 13

Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus

mengelakkan

perbalahan

kaum

di

15

Semenanjung

Tanah

Melayu

dan

mengukuhkan hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Untuk itu parti

Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia

menyaksikan

penyertaan

politiking.

Tujuan

utama

lebih

banyak

rancangan

ini

parti

politik

dan

mengurangkan

adalah

untuk

memperteguhkan

sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic

corporatism”.

Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun

semula masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Ia mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan

pembangunan sosio-ekonomi dan, dalam masa yang sama, menentukan

perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksama

untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan.

Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha

untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa

dan agama.

Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan

Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat

dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuannya

adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi

luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada

getah dan bijih timah. Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kepada kerajaan

bahawa

timbulnya

masalah

perbalahan

kaum

adalah

disebabkan

oleh

ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum. Pembahagian

16

buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada

tahun-tahun 1960an dan didapati golongan yang paling menganggur ialah

orang-orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India.

Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan

dalam perniagaan berdaftar. Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih

menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan iaitu Dasar Ekonomi

Baru (DEB) ini. DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia

dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum

seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan. DEB berkembang dibawah

Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985

dan Kelima, 1986-1990.

Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah

untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi

membasmi kemiskinan dan

menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,

memodenkan

kehidupan

masyarakat

luar

bandar

dan

mempertingkatkan

penyertaan

kaum

bumiputera

dalam

bidang

perusahaan dan perniagaan.

Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an

apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan

penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.

17

Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa

perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah

ekonomi.

Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada

berniaga sebagai individu kepada kumpulan.

Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi

Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum

India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan

cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000.

Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk

memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional

yang akan menggantikan DEB.

9.0 Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar

Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-

2010)

Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat

tempoh Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB pada 1990.

DPN yang termasuk dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP

2) meliputi tempoh masa antara 1991-2000.

DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang

18

perlu

dihadapi

oleh

rakyat

Malaysia

untuk

muncul

sebagai

negara

berteknologi tinggi menjelang abad ke-21. Dasar-dasar yang menggantikan

DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum

di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai

banyak kelemahan. Di sini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan

semua

pihak

bagi

memastikan

apa

sahaja

dasar

membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat

mana-mana komuniti.

10.0 Penutup

yang

diperkenalkan

tanpa meminggirkan

Sebagai kesimpulannya, sejak dari pemerintahan kesultanan Melaka hingga

ke hari ini, Malaysia terutamanya Semenanjung Tanah Melayu

telah melalui

banyak perubahan dari segi pembangunan ekonomi dan telah memberikan

pengaruh kepada hubungan etnik

serta kualiti kesamarataan dan keadilan

pengagihan kekayaan negara kita. Agak berlainan dengan keadaan di Sabah

dan Sarawak, pembangunan ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan

etnik yang serius. Kaum-kaum di kedua-dua negeri ini masing-masing

memainkan peranan dalam menentukan pola perusahaan. Disebabkan pola

ini, maka telah berlaku sejak abad ke 18 di mana sistem pertukaran barang

(Sistem Butter) di antara „orang-orang darat‟ yang mengusahakan sektor

pertanian

dan

orang-orang

laut‟

yang

mengusahakan

perikanan.

Pembangunan ekonomi dan kesannya terhadap hubungan etnik di Malaysia

banyak dipengaruhi oleh faktor pemerintahan dan dasar yang dibuat sejak

19

kesultanan Melaka, dasar Portugis, Belanda, British dan pihak kerajaan

selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Akibatnya, hubungan etnik di

Malaysia menjadi sangat kompleks. Adakalanya membawa kepada tragedi

yang tidak diingini. Kini, apa yang penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia

yang bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan masing-masing ke

arah meningkatkan lagi kemajuan diri dan ekonomi negara serta sedia

bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan cara yang sihat di

samping memelihara hubungan etnik di Malaysia agar kemakmuran dan

keamanan negara dapat dikecapi dan terus terpelihara.

11.0 Rujukan

1. Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abdul Rahman Haji Embong. 2000. Negara Bangsa: Proses dan

Perbahasan.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 36

Panduan Prasiswazah

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Modul Hubungan Etnik.

Shah Alam: Penerbit UiTM.

4. Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos. 2006. Hubungan Etnik. Bangi:

Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

20

5.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala

Lumpur:

ISTAC.

6. Shamsul Amri Baharuddin,2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia

7. Abdul

Aziz

Bari.

Masalah. Kuala

2000.

Perlembagaan

Malaysia:

Asas-Asas

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

dan

8. Andaya, B & Andaya, L. 2001. A History of Malaysia. 2nd edition.

Honolulu:

University of Hawaii Press

9. Azmi Aziz & Shamsul A. B. 2004. The Religious, the Plural, the Secular

and the

Modern: A Brief Critical Survey on Islam in Malaysia. Inter-

Asia Cultural

Studies, volume 5, number 3, December

10. Crouch,

Harold.

1996.

Government

and

Ithaca: Cornell University Press

Society

in

Malaysia.

11. Jomo, K. S. 1998. Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di

Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

12. Rahimah Abdul Aziz & Mohamad Yusoff Ismail. 2002. Masyarakat,

Bahasa dan

Perubahan. Bangi: Penerbit UKM

21