Anda di halaman 1dari 4

ORANG YANG MENCINTAI KAMU…

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintaimu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak
peduli. Baginya, yang penting kamu bahagia dan tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan
hatinya kamu sentiasa yang sempurna walaupun kamu merasakan tidak.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu apa sahaja yang kamu lalui
sepanjang hari.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Slmat Pagi', 'Slmat
Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas
SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah menyatakan cintanya, dalam cara
yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata
cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke


majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk
mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu. Bahkan kejadian yang mungkin kamu sendiri telah lupakannya.
Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga baginya. Dan saat itu matanya
pasti berkaca kerana ia tahu saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang pernah
kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu
suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu.

10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia
akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan
kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, sayang akan kamu.

11. Jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu
akan berlangsung. Dan saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS 'Good Luck'
untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.

13. orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap
ditelefon dengan kamu sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu akan selalu ingin berada dekat dengan kamu
dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu.

15. Jika satu masa kamu terpaksa berpindah atau pergi ke tempat yang lain, dia
akan sentiasa mengingatkan kamu untuk berwaspada dan jauh di hatinya dia
benar-benar takut kehilangan kamu. Tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku
terhadap kamu.

16. Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara SENGAL


seperti menelefon kamu 100 kali sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam
dengan mengirimkan SMS. Sebenarnya ketika itu dia memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
perkara-perkara yang membuat kamu pening kepala. Nemun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf
dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarkan sesuatu, dia akan begitu gembira
kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu itu.

20. Jika kamu melihat telefonnya, maka NAMA kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu
telah kirimkannya beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Kerana baginya
setiap pemberianmu adalah berharga walaupun SMS.

21. Jika kamu cuba JAUH DARINYA atau MENOLAKNYA, dia akan
menghindarimu dan akan menghilang dari kehidupan kamu walaupun perkara
itu membunuh hatinya.

22. Jika satu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan,
dia akan menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang
lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan walau hatinya meronta ingin tahu, kerana dia tak mahu kamu
terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia akan pergi tanpa
menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA.

Anda mungkin juga menyukai