Anda di halaman 1dari 4

ARAHAN

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
[15 markah]

‘Kluster’, ialah sebuah sekolah terbaik dari setiap kategori sekolah, yang telah
dipilih dan diberi kuasa autonomi walaupun sekolah itu dalam kategori
pendidikan khas, pedalaman atau sekolah Orang Asli. Perkataan yang paling
sesuai untuk menggambarkan tentang kedudukan sekolah kluster dalam hierarki
sekolah sebagai ‘terbaik dalam kalangan yang terbaik’. Perkara ini perlu semua
pihak sedari. Kalau sekolah tersebut ialah kluster sekolah berasrama penuh,
maka sekolah yang terpilih itu merupakan sekolah yang terbaik dalam kalangan
sekolah berasrama penuh di dalam Malaysia. Sekolah kluster di pedalaman
mungkin hanya sebuah, tetapi ada para pelajar-pelajarnya yang mencapai
kejayaan sehingga ke peringkat daerah, negara atau antarabangsa. Adalah
diharapkan kecemerlangan sekolah kluster seharusnya bukan dalam lingkungan
daerah atau tempatan sahaja. Tetapi perlu mematuhi penanda arasan
antarabangsa yang setaraf dengan sekolah antarabangsa dan sekolah swasta.
Dalam hal ini, sebanyak 300 sekolah kluster telah dipilih untuk dipromosikan ke
negara luar di bawah program Jabatan Pendidikan Swasta.

JAWAPAN YANG DICADANGKAN


KESALAHAN 1
Dari (Ayat 1)
SEBAB KESALAHAN
Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan maksud
tempat, masa dan arah. Untuk menyatakan maksud punca, kata sendi nama daripada hendaklah
digunakan.
PEMBETULAN
daripada

KESALAHAN 2
menggambarkan tentang kedudukan sekolah kluster (Ayat 2)
SEBAB KESALAHAN
Kata kerja aktif transitif menggambarkan perlu diikuti oleh objek atau penyambut dan tidak boleh
diikuti oleh kata sendi nama tentang.
PEMBETULAN
menggambarkan kedudukan sekolah kluster

KESALAHAN 3
perlu semua pihak sedari (Ayat 3)
SEBAB KESALAHAN
Frasa semua pihak sedari ialah frasa kerja pasif diri ketiga. Struktur binaan frasa kerja pasif diri
ketiga mestilah terbina daripada kata kerja berawalan di- dan diikuti oleh frasa sendi nama oleh
serta frasa nama atau boleh juga diikuti oleh frasa sendi nama
PEMBETULAN
Perlu disedari oleh semua pihak
KESALAHAN 4
kluster sekolah berasrama penuh (Ayat 4)
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan pengunaan Hukum D –M. Berdasarkan Hukum D-M, unsur yang diterangkan haruslah
mendahului unsur yang menerangkan.
PEMBETULAN
Sekolah kluster berasrama penuh

KESALAHAN 5
di dalam (Ayat 4)
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata sendi nama “di dalam” yang berfungsi sebagai kata arah dan
menunjukkan tempat. Kata sendi nama yang sesuai ialah “dalam” yang menunjukkan lingkungan
yang tidak mempunyai jarak.
PEMBETULAN
Dalam

KESALAHAN 6
para pelajar-pelajarnya (Ayat 5)
SEBAB KESALAHAN
Kata bilangan tak tentu para sudah membawa maksud jamak. Jadi, kata nama pelajar yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
PEMBETULAN
para pelajar

KESALAHAN 7
Adalah diharapkan (Ayat 6)
SEBAB KESALAHAN
Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja diharapkan
PEMBETULAN
Dengan ini diharapkan

KESALAHAN 8
Tetapi perlu mematuhi penanda arasan antarabangsa yang setaraf dengan
sekolah antarabangsa dan sekolah swasta (Ayat 7)
SEBAB KESALAHAN
Kata hubung tetapi (Ayat 7) tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat. Oleh itu, ayat ini harus
digabungkan dengan ayat sebelumnya (Ayat 6) dengan meletakkan tanda koma (,) selepas
perkataan “sahaja” untuk menjadikan ayat ini gramatis.
PEMBETULAN
… daerah atau tempatan sahaja, tetapi perlu mematuhi …

KESALAHAN 9
negara luar (Ayat 8)
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan pengunaan Hukum D –M. Berdasarkan Hukum D-M, unsur yang diterangkan haruslah
mendahului unsur yang menerangkan.
PEMBETULAN
luar negara
KESALAHAN 1
adalah mereka
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata pemeri “adalah”. Kata pemeri “adalah” hanya boleh
digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama.
PEMBETULAN
ialah mereka

KESALAHAN 2
rindukan keluarga
SEBAB KESALAHAN
“Rindu” ialah kata adjektif yang memberi pengertian konsep perasaan. Setiap
kata adjektif yang berbentuk demikian hendaklah diikuti oleh kata sendi nama
“akan”. PEMBETULAN
rindu akan keluarga

KESALAHAN 3
kerana tinggal sebumbung
SEBAB KESALAHAN
“Kerana tinggal” ialah klausa keterangan. Subjek dalam ayat tersebut tidak
dimasukkan.
PEMBETULAN
kerana mereka tinggal

KESALAHAN 4
latarbelakang
SEBAB KESALAHAN
“latar belakang” merupakan kata majmuk tidak mantap yang mesti dieja terpisah.
PEMBETULAN
latar belakang

KESALAHAN 5
ditempatkan pada
SEBAB KESALAHAN
Kata sendi nama “pada hanya digunakan untuk menyatakan masa. Jadi, untuk
menunjukkan tempat, kata sendi nama “di” harus digunakan.
PEMBETULAN
ditempatkan di

KESALAHAN 6
di dalam mengharungi
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata sendi nama “di dalam”. Kata sendi nama “di dalam”
hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud
lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak bukan unsur mujarad.
PEMBETULAN
dalam mengharungi
KESALAHAN 7
 mengkagumkan
SEBAB KESALAHAN
“mengkagumkan” terhasil melalui proses pengimbuhan apitan meN-…-kan
dengan kata dasar “kagum”. Dalam bahasa Melayu apabila kata dasar yang
bermula dengan huruf p, t, k, dan s mengalami proses pengimbuhan apitan meN-
…-kan atau awalan meN-…, maka huruf awal pada kata dasar hendaklah
digugurkan.
PEMBETULAN
mengagumkan

KESALAHAN 8
Bintang-bintang berkerdipan
SEBAB KESALAHAN
“berkerdipan” terhasil daripada proses pengimbuhan dengan apitan “ber-…-an”
yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak. Oleh
itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu
digandakan.
PEMBETULAN
bintang berkerdipan

Anda mungkin juga menyukai