Anda di halaman 1dari 11

Jiwa dijaga sihat seperti tubuh dapat dilihat menerusi tingkah laku mulia seseorang

MANUSIA mempunyai dua badan iaitu jasmani (tubuh kasar) dan rohani (tubuh halus). Kedua-dua unsur ini saling
melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Demi mendapat kebahagiaan hakiki, rohani dan jasmani
perlu diletakkan di landasan diredai Allah .

Rohani atau disebut juga batin, jiwa atau kalbu, sangat berkait rapat dengan tindak-tanduk manusia. Jika rohani
tidak sihat atau sakit, sudah tentu tindak-tanduk manusia akan menyeleweng daripada landasan syariat.

Oleh itu, menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap manusia menjaga dan memelihara jiwa supaya tidak
dilanda pelbagai penyakit.

Dr Hamzah Ya’qub dalam buku “Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mukmin” mengutarakan pengenalan
mengenai penyakit rohani iaitu:

-Sifat buruk dan merosak dalam batin manusia yang mengganggu kebahagiaan.
-Sikap mental yang buruk, merosak dan merintangi peribadi memperoleh keredaan Allah.
-Sifat dan sikap dalam hati yang tidak diredhai Allah , sifat dan sikap mental yang cenderung mendorong peribadi
melakukan perbuatan buruk dan merosak.

Gambaran di atas menunjukkan mereka yang mengalami penyakit rohani, tingkah laku atau akhlaknya dipengaruhi
gejala tidak sihat dan menyalahi peraturan digariskan Islam seperti dengki, pemarah, riak, takbur, terlalu cinta hal
keduniaan dan suka berprasangka buruk.

Penyakit rohani yang dikira paling bahaya ialah munafik yang menyembunyikan kekufuran dalam hatinya dan
menyatakan iman dengan lidahnya seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari
kemudian, padahal mereka sebenarnya bukan orang beriman. Mereka hendak menipu Tuhan dan orang beriman,
dan tiadalah mereka tipu melainkan diri mereka sendiri, akan tetapi mereka tiada sedar. Di hati mereka ada
penyakit, dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih, kerana mereka telah berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 9-
10)

Sukar mengenal orang munafik kerana mereka sangat bijak dan licik dalam menyembunyikan sifat itu. Namun,
Rasulullah SAW pernah memberi tanda orang munafik melalui sabda Baginda bermaksud:

“Sesiapa yang ada padanya empat sifat dia benar-benar munafik, sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia
ada satu sifat munafik. Sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia dusta, apabila dipercayai dia
khianat, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila bertengkar dia melampaui batas.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebanyakan manusia apabila jasmaninya terkena penyakit ia bergegas berjumpa doktor atau mencari ubat supaya
penyakitnya cepat sembuh dan tidak menderita lebih lama. Namun mereka tidak begitu jika rohaninya yang sakit.

Seharusnya perasaan takut juga dirasai apabila rohani dijangkiti penyakit. Kita perlu segera berusaha
menyembuhkannya sebelum penyakit itu merebak lebih teruk. Demikian orang beriman akan bertindak segera
apabila rohaninya dijangkiti penyakit.

1
Usaha penyembuhan paling baik ialah bermuhasabah diri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang cerdik ialah yang memeriksa dirinya, bersedia untuk beramal sebagai bekal untuk mati dan orang
yang lemah ialah yang selalu menurutkan keinginannya dan mengharapkan pelbagai angan kepada Allah .” (Hadis
riwayat Tirmizi)

Apabila selalu mengikut telunjuk nafsu, keinginan hati dan melupakan segala suruhan Allah , tentu seseorang
mengalami kerugian besar sama ada di dunia atau akhirat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan saling
berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran.” (Surah al-
Asr, ayat 1-3)

Penyakit rohani juga boleh diubati melalui taubat dan beristighfar. Bertaubat bermakna sedar dan serta-merta
berhenti daripada memiliki sifat mazmumah itu, membencinya dengan sepenuh hati dan tidak mungkin akan
mengulanginya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang yang apabila telah berbuat kejahatan atau menganiaya diri mereka sendiri, maka mereka ingat
kepada Allah dan mereka memohon ampun atas dosanya.” (Surah Al-Imran, ayat 135)

Selalu berdoa memohon perlindungan Allah apabila diganggu syaitan, boleh mengelak daripada terkena
cengkaman penyakit rohani sebagai suruhan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Dan jika engkau diganggu oleh satu gangguan dari syaitan, maka mohon perlindungan kepada Allah kerana
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu.” (Surah al-Fussilat, ayat 36)

Sebagai mukmin yang selalu ingat kepada-Nya, hendaklah kita menjauhi kemungkaran hati yang bukan saja
menyebabkan jiwa dibalut kegelisahan, malah boleh mencetuskan pergaduhan dan memecah belah masyarakat
harmoni.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh
membuat mungkar dan melarang berbuat makruf dan mereka menggenggam tangannya. Mereka lupa kepada
Allah , maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itulah orang yang fasik.” (Surah at-Taubah,
ayat 67)

2
Oleh itu, dalam mencari kebahagiaan sebenar dan keredaan Allah , seorang Muslim perlu sentiasa menyuburkan
jiwanya dengan sifat mahmudah yang dimiliki junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat.

Apabila rohani bersih murni, terpancar pada dirinya sahsiah dan akhlak terpuji yang disukai Allah malah, sepanjang
hidupnya dipenuhi dengan melakukan amalan soleh dan sentiasa menjaga tingkah laku supaya mendapat
keredaan Allah selain disenangi masyarakat sekeliling.

3
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.
Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan
kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan
berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh,
mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup
berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan
warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan
mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum
menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan,
semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!
“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya
itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih
cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan
dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau
pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan
dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa
manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca
daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak
atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita
tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan
sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa
kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup
kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk
dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita
menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan
kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua
kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah
kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara
yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan
4
memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:

"Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan Saidina
Ali memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan
ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba
tanpa keredhaan penciptaNYA.

5
BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar
pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-
masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang
sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin
sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi
tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.”

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

6
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh
dengan api gemuruh.
"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan
keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka."

BARISAN KEDUA BELAS


Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

7
Mengapa ibadah solat tidak membangunkan insane.
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba
check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang
agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak
sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam
Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut
orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu
terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood
baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih
dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu
bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang
ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang,
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali
sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa,
berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah
jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak
terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah
mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz
didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi

8
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah
didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak
mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya
itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap
gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun
ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu
dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung
ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-
ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung
tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap
yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain
jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-
tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama
membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali
daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH

Dimanakah solat kita?Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan
kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?Moga kita bersama harapkan solat kita itu
benar-benar menjadi tiang agama.Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat
kita? Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

9
MARI BERSYUKUR
Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita
bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan
sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang,
adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika
kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah
kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan
minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala?
Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan
leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita
dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan
sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira.
Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: "Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau
berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

10
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!”
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang
terbaik untuk hamba-hamba-Nya..

Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan
kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang
khilaf.

11

Anda mungkin juga menyukai