Anda di halaman 1dari 2

APA ITU KOLAGEN?

Merupakan sejenis protein yang bermolekul makro. Kolagen


sangat penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.
Kolagen terdapat dalam kulit, tulang dan gigi.
Isoflavone merupakan bahan utama dalam ekstrak protein soya,
struktur molekulnya hampir sama kepada estradiol, iaitu sejenis
estrogen yang dirembeskan oleh tubuh manusia. Ia merupakan
sejenis phytoestrogen (estrogen tumbuhan) yang memainkan
peranan penting dalam memelihara kesihatan tubuh wanita.
Fungsi utamanya seperti:

 Memperbaiki kerosakan kulit.


 Anti penuaan.
 Memperbaiki masalah gangguan haid.
 Melegakan sindrom menopaus (putus haid).
 Mencegah osteoporosis ( pereputan tulang ).
 Mencegah penyakit kardiovaskular dan servaskular ( otot dan saraf ).
 Mencegah kanser payudara.
 Meningkatkan kualiti kehidupan seks.

FUNGSI-FUNGSI KOLAGEN

 Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan


Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Lebih dari 71% protein dalam
sel-sel kulit terdiri dari kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan,
pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan
penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan
dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan
kedutan dan mencegah proses penuaan.

 Memulihkan masalah kulit


Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka,maka ia akan
menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan ke
kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut,
pengecutan epithelium, kedutan dan garis-garis halus.

 Mencantikkan dan menyuburkan rambut


Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut.
Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada
epidermis serta rambut dan kuku. Kekurangan kolagen dapat menyebabkan rambut
kelihatan kering dan bercabang, kuku ,menjadi kusam dan mudah pecah.

 Menegangkan payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara
sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak,
yang merupakan peranan sebagai penyokong bagi pembentukkan payudara. Kolagen
merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak
dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk
menyokong dan menegangkan payudara agar cantik dan menawan.

 Melangsingkan badan ketika tidur


Pembakaran lemak adalah proses yang diperlukan untuk melangsingkan badan.
Kolagen hidrolisis dapat meningkatkan proses pembakaran lemak, tetapi harus
dijalankan dalam keadaan tidur. Dengan mengambil kolagen hidrolisis, anda dapat
melangsingkan badan semasa tidur.

 Menguatkan tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka
tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah
osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca dari kehilangan kolagen yang
membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium,
magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya
tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang
mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat
memperlambatkan osteoporosis.

 Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen


Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.
Dengan fungsi ini, secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun,
membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

 Melambatkan proses penuaan kulit


Kolagen penting untuk memelihara kecantikan dan keceriaan kulit. Gejala-gejala
penuaan secara wajar semakin ketara apabila usia meningkat kerana kandungan
kolagen dalam kulit semakin berkurang dan kulit yang mengalami kekurangan air
akan mengakibatkan kulit kering dan kusam.