Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN SME TUGASAN MEI2010

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSS2103: SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada
menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New
Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan selepas
tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan
yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan
relevan.

Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat
tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan

1
SOALAN TUGASAN

Pelajar dikehendaki menghasilkan satu analisis tentang perkembangan sosio-ekonomi negara


bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan dan era selepas merdeka hingga
masa kini. Pelajar seharusnya berupaya menghasilkan sebuah penulisan ilmiah dengan
mengetengahkan perbincangan yang jelas beserta fakta berpandukan soalan-soalan berikut.

 Kedudukan geopolitik mempengaruhi sosio-ekonomi rakyat pada


era Kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan.

 Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah memberikan impak kepada


sosio-ekonomi penduduk pada masa itu. Buktikan.

 Perkembangan sosio-ekonomi bertambah baik khususnya taraf hidup


masyarakat pada era selepas merdeka hingga masa kini. Bincangkan.

Setiap fakta yang dikemukakan haruslah dinyatakan dengan jelas sumber rujukan yang
berkaitan.

[ 30 markah]

2
PANDUAN SME TUGASAN MEI2010

PANDUAN PELAJAR

1. Pelajar dinasihatkan terlebih dahulu merujuk kepada modul kursus khasnya bagi topik
1,2,3,6,8 dan 10

2. Sebagai pelajar sejarah, sumber internet tidak harus dijadikan sandaran utama.
Namun, sumber tersebut boleh digunakan sebagai sumber sampingan. Anda
dinasihatkan menggunakan buku-buku rujukan, bahan-bahan dan dokumen di
muzium dan arkib, artikel, dan sumber-sumber yang berwibawa.

3. Bahan-bahan sumber yang dicadangkan adalah seperti;

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1985. Asia Tenggara Tradisional: Politik dan
Kebudayaan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.

Amarjit Kaur, 1984. “An Historical Study of Transport in Malaya”, Historia. Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

___________, 1991.”Semenanjung Tanah Melayu Abad ke-19: Satu Tinjauan


Ekonomi”, Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur: DBP

Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azmi Khalid, 1997. “Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersil?” dalam
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (ed.). Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai
Perspektif. Kuala Lumpur: DBP.

Blythe, W.L., 1953. Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. Malayan Branch
Royal Asiatic Society.

Gullick, J.M., 1987. Malay Society in the Late Nineteeth. Singapore: Oxford
University Press.

Haris Mohd Jadi, 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP

Kratoska, Paul, H., 1997. The Japanese of Malaya: A Social and Economic History.
Honolulu: University of Hawai’i Press.

Mohd Amin Hassan, 1992. “Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu: Bijih
Timah dan Getah”, Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: DBP

3
Ruslan Zainuddin, 2003. Kursus Komprehensif Fajar Bakti, Sejarah Malaysia, Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sandhu K.S., 1969. Indians in Malaya. London: Cambridge University Press.

Yap Beng Ling, 1989. “Stratifikasi Sosial dan Masyarakat Melayu”, Masyarakat
Melayu: Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur: DBP

Zainal Abidin Abdul Wahid et al, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan, Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: DBP

4. Setelah membaca modul dengan teliti, anda dinasihatkan memulakan bacaan buku
rujukan dengan memilih buku-buku yang umum terlebih dahulu. Sebagai contoh anda
dinasihatkan membaca buku Malaysia Warisan dan Perkembangan oleh Zainal
Abidin Abdul Wahid et al. dan Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia oleh Azmah
Abdul Manaf.

5. Buat satu rangka jawapan yang bersandarkan kajian melalui bacaan sebelum
mengadakan perbincangan dengan tutor. Contoh :

 Pengenalan /pendahuluan

 Sosio-ekonomi era Kesultanan Melayu Melaka

 Sosio-ekonomi era penjajah

 Sosio-ekonomi era selepas merdeka hingga masa kini

 Penutup/kesimpulan

6. Anda boleh menggunakan sistem nota kaki/nota hujung dalam penulisan dan pastikan
senarai bibliografi ditulis menggunakan format APA yang betul.

4
PANDUAN SME TUGASAN MEI2010

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan
yang bersifat ilmiah. Sebagai contoh perlu menggunakan sistem nota rujukan sama ada
nota kaki atau nota hujungan. Pelajar juga wajib melampirkan senarai bibliografi.
Perkara yanga paling asas, sistem nota rujukan yang digunakan dan senarai bibliografi
yang dilampirkan perlu seragam.

2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar seperti yang terkandung


dalam panduan pelajar..

5. Tutor perlu menasihati pelajar jangan mengambil jalan mudah dengan hanya merujuk
kepada sumber internet. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik penulisan ilmiah
dan menulis rujukan sama ada buku atau laman web atau jurnal dan bahan-bahan
sumber lain dengan betul. Guna gaya APA. Tutor perlu menerangkan kepada pelajar
bahawa dalam disiplin sejarah, sumber yang berwibawa adalah teras yang menentukan
sesuatu penulisan itu baik atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai