Anda di halaman 1dari 5

Fenomena Setinggan dan Kesan Sosial Terhadap Penduduk di Kuala Lumpur

Pengenalan-CARI sumber ckit?

Fenomena setinggan tidak lagi asing di negara ini berikutan perkembangan pesat dalam bidang industri

dan secara tidak langsung telah meningkatkan peluang pekerjaan. Keadaan ini telah memberi perubahan

kepada struktur sosial dan ekonomi negara .Peluang pekerjaan yang meningkat di pusat-pusat bandar

telah meningkatkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Hal ini mengakibatkan penduduk

di bandar semakin bertambah dan sektor perumahan tidak lagi mampu menampung kepesatan penduduk

yang terlalu ramai dan seterusnya menyebabkan wujudnya penempatan segera yang tidak tersusun atau

lebih dikenali sebagai setinggan. Fenomena ini amat ketara di Kuala Lumpur kerana merupakan lubuk

rezeki untuk penduduk di negara ini. Kebanyakan penempatan setinggan wujud di kawasan pantai, bekas-

bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab kereta api dan kawasan-kawasan pinggiran bandar yang

belum dibangunkan. Fenomena setinggan ini telah lama mendatangkan masalah kepada negara kerana ia

dikaitkan dengan imej yang kurang menyenangkan kepada semua pihak. Imej tersebut seperti keadaan

bangunan buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tidak mempunyai kemudahan infrastruktur

serta menjadi tempat pendatang asing berkumpul. Masalah yang wujud memberikan penempatan

setinggan sebagai tempat yang mendatangkan masalah kepada semua pihak. Berdasarkan kepada senario

ini, pengkaji ingin mengupas isu permasalahan ini dengan lebih lanjut melalui kajian ini.
Pernyataan permasaalahan

Kajian yang akan dibuat adalah berkaitan dengan bidang sosiobudaya. Perumahan setinggan merupakan

masalah yang perlu diambil perhatian dan diatasi dengan segera. Selain itu, perumahan setinggan telah

menimbulkan pelbagai masalah sosial terhadap masyarakat dan pembangunan negara.

Kepentingan Kajian

Kajian ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap masalah-masalah sosial yang wujud di

sebalik perumahan setinggan yang wujud. Ia bukan sahaja mempunyai imej yang tidak enak dipandang

seperti bangunannya buruk dan tiada kemudahan asas yang sempurna tetapi juga wujud masalah sosial

dalam kalangan penduduk setinggan tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang

menyeluruh kepada semua pihak agar ia menjadi agenda yang utama dalam memastikan negara ini bebas

dari masalah sosial yang semakin menjadi-jadi.

Pihak-pihak yang terlibat seperti pemaju juga boleh menggunakan kajian ini sebagai rujukan

dalam usaha untuk menangani masalah berkaitan setinggan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat

membantu pihak berkuasa untuk merancang sebuah kawasan atau Bandar yang tersusun agar kawasan

yang kosong tidak wujud seterusnya berpotensi menjadi penempatan setinggan.

Pelajar-pelajar IPT juga boleh mendapat faedah daripada kajian yang dilakukan. Mereka boleh

menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan tambahan jika ianya berkaitan dengan kajian mereka.

Pelajar-pelajar juga boleh membuat kajian secara mendalam bagi meningkatkan lagi intipati kajian ini dan

seterusnya membuktikan bahawa masalah setinggan mewujudkan masalah sosial dan menyedarkan

masyarakat berkaitan hal ini.


Semakan Literatur

Menurut Mohamed Ismail (2005:57) dalam kajian beliau yang bertajuk Setinggan dan Permasalahannya

Serta Penyelesaian Ke Arah Setinggan Sifar menyatakan setinggan merupakan fenomena biasa yang

wujud di bandar-bandar utama seluruh negara khususnya negara-negara sedang membangun. Ia sering

dikaitkan dengan ketidakupayaan sektor perumahan untuk bertindakbalas kepada keperluan golongan

penghijrah luar Bandar yang kebanyakannya tergolong dari golongan yang kurang pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman. Stok perumahan yang ada tidak mampu untuk dibeli atau disewa oleh

golongan berpendapatan rendah yang menghuni di bandar.


Metologi Kajian

Pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif untuk kajian yang akan dijalankan. Kaedah kualitatif yang

diguna oleh pengkaji untuk mengumpulkan maklumat adalah melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan

menggunakan data sekunder dari jurnal, buku dan internet. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual

untuk mendapatkan data primer dari responden melalui soalan yang ditanya. Pengkaji menjangkakan

responden akan memberi kerjasama dan jawapan terhadap soalan yang akan ditanya. Pengkaji juga

menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat keadaan yang sebenar masalah yang berkaitan setinggan

yang sedang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Masalah kajian

Masalah utama yang dijangka oleh pengkaji ialah kesukaran mendapat jawapan yang tepat berkaitan

masalah sosial yang timbul akibat dari penempatan setinggan. Kemungkinan mereka akan

menyembunyikan fakta yang benar semasa kajian dijalankan. Masalah berkaitan dari segi keikhlasan

semasa memberi jawapan menyukarkan pengkaji menganalisis jawapan tersebut.

Kesimpulan
1. Bab 2. Kawasan Kajian/Tempat kajian
a. Nyatakan tempat kajian anda secara terperinci
b. Nyatakan cirri-ciri fizikal tempat kajian seperti: lokasi, fisiografi,iklim,tanih etc
c. Nyatakan cirri-ciri kemanusia seperti penduduk; bandar, tahap pembangunan dll
d. Berikan maklumat lain yang mungkin dapat membantu menjadikan KP anda lebih menyeluruh
dan lengkap
e. Sertakan peta/gambarajah bagi menunjukkan kawasan kajian anda.
f. Kesimpulan

kawasan/tempat kajian

Anda mungkin juga menyukai