Anda di halaman 1dari 8

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT ) DALAM P&P

Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P


Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang
dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan
sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran


Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan
dalam pembelajaran:
 berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran
 memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang
pelbagai keupayaan
 meningkatkan motivasi murid
 membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
 membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
 membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang
lama atau terlalu mahal untuk dikumpul
 mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
 membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
 meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
 memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan
yang minima
 meningkatkan kemahiran ICT

1
Syarat Untuk Memanfaat ICT Dalam P&P
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut
perlu diberi perhatian :
 Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara
bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan
kurikulum
 Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum
atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P
 Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta
aktiviti pembelajaran yang sesuai

Penggunaan ICT Dalam P&P

Cakera Internet Aplikasi


padat
CD Rom
Perisian Kursus Pencarian maklumat Pemprosesan Data
Pendidikan – search Engine 1 - Microsoft Word
(Tutorial) – browsing + - Microsoft
Courseware pangkalan data + publisher
membangun laman - Page Maker
web – home page
design
Pangkalan Data Komunikasi Hamparan
– Database - Forum elektronik
- email - Microsoft Excel
- chat
Ensaiklopedia / Muat turun – Persembahan
Maklumat / Download - Microsoft Power
Sumber point
Multimedia

2
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Maksud Multimedia
Multimedia ialah gabungan persembahan satu atau lebih elemen seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi. Bahan multimedia juga boleh digabungkan dengan
konsep interaktif. “Interaktif” bermakna pengguna boleh bertindak balas dan mengambil
bahagian dalam aktiviti berkenaan.

Kepentingan Dan Kesan Ciri-Ciri Bahan Multimedia Terhadap Audien

 Bahan multimedia yang mempunyai paparan grafik yang menarik dapat memberi
kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang
segera
 Bahan multimedia yang bercorak interaktif mampu menarik perhatian audien.
Audien akan lebih menumpukan perhatian terhadap maklumat yang hendak
disampaikan. Latihan secara interaktif berasaskan komputer lebih berkesan,
lebih menjimatkan untuk jangkamasa panjang dan mampu meningkatkan
motivasi audien kerana multimedia mampu menyediakan kemudahan seperti
interaktiviti serta kesan audio visual yang lebih menarik.
 Dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang
lebih dinamik dan bermutu di mana guru-guru dan pelajar-pelajar tidak terikat
dengan kaedah pengajaran konvensional. Pendekatan pembelajaran berasaskan
multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang
statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan
interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain dari teks seperti audio,
video, animasi dan grafik. Konsep pembelajaran baru iaitu edutainment mampu
memindahkan isi pelajaran ke bentuk permainan dan hiburan yang pasti
menjanjikan keseronokan kepada pelajar. Contohnya ujian, latihan atau penilaian
yang menarik dan interaktif. Ia juga menyediakan pangkalan data dan laluan
capaian terus ke halaman-halaman web yang bersesuaian bagi mendapatkan
maklumat-maklumat.

3
PANDUAN PEMBINAAN PERISIAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN

Penyediaan bahan P&P

1. Menganalisis masalah – mengumpul data, menganalisa dan menentukan


keperluan supaya pembinaan bahan multimedia lebih sistematik dan terancang.
Beberapa soalan perlu dibincangkan sebelum membangunkan sesuatu bahan
multimedia. Contoh-contoh soalan:
 Apakah tajuk yang hendah disampaikan?
 Siapakah kumpulan sasaran?
 Apakah pendekatan yang ingin digunakan? Contoh : pendidikan, motivasi,
penerangan dan sebagainya.
 Apakah yang anda ingin pengguna dapat setelah menonton persembahan ini?
 Bagaimana untuk mencapai matlamat dengan sumber yang sedia ada?

2. Mengenalpasti dan merancang penyelesaian


Selepas menganalisis masalah, kita perlu kenal pasti dan merancang penyelesaian.
Langkah-langkah berikut perlu dilakukan:
 Lakukan sumbangsaran untuk mengenal pasti masalah dan merancang
penyelesaian.
 Tulis apa-apa sahaja idea yang difikirkan
 Kemudian pilih idea-idea yang terbaik
 Idea-idea yang terbaik ini akan digunakan dalam rekabentuk bahan multimedia

4
3. Membangunkan papan cerita dan skrip - Tujuannya untuk mengambarkan
perancangan senario dalam menyampaikan cerita.

Contoh papan cerita

No.slaid :
Audio :
Video :
Teks :
Animasi :
Butang :

Papan Cerita:

 Membuat lakaran menggunakan tangan dan komputer


 Di sini aksi, imej dan penceritaan berkembang.
 Papan cerita yang terperinci menyediakan maklumat yang dapat membantu
pengurus projek menghalusi jangkaan kos dan masa sesuatu kerja
 Papan cerita boleh mendefinisikan prototaip dan seterusnya produk berkenaan

CASPER DAN WARNA

Mengapa Casper?
 Akan menjadikan persembahan yang dihasilkan lebih menarik dan berkesan
 Akan menjadikan persembahan lebih berfokus kepada isi kandungan yang ingin
disampaikan
 Akan menjadikan persemabahan memenuhi standard sesebuah persembahan
multimedia

5
PRINSIP PEMBINAAN BAHAN PERSEMBAHAN BERSAMA CASPER
Terdapat 6 prinsip yang perlu diambil perhatian sewaktu membina bahan ICT untuk
digunakan dalam proses p&p. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
 Contrast / Berlawanan
 Alignment / Susun atur
 Simplicity / Permudahkan
 Proximity / Jarak
 Emphasis / Keutamaan
 Repetition / Pengulangan berkesan
A. Contrast / Berlawanan
Sesebuah persembahan yang menarik perlulah mempunyai unsur yang
berlawanan dari segi warna, imej dan tipografi yang digunakan. Guru harus bijak
menggunakan unsur ini supaya matlamat P&P dapat dicapai.
B. Alignment / Susun atur
Imej dan tipografi yang hendak dimasukkan sebagai bahan persembahan
hendaklah disusun dengan baik. Susun atur yang kemas dengan perancangan
teliti dapat menghasilkan sebuah persembahan yang mantap dan berkesan.
C. Simplicity / Permudahkan
Jangan padatkan sesebuah persembahan anda dengan imej atau tipografi
sehingga boleh mengganggu penumpuan pelajar. Uruskan persembahan anda
semudah yang mungkin tetapi memberi impak yang berkesan kepada pelajar.
D. Proximity / Jarak
Segala imej dan teks yang digunakan dalam persembahan hendaklah disusun
dengan baik dengan menambil kira jarak antara satu sama lain.
Pastikan jarak antara teks dan grafik berada dalam kedudukan yang selesa.
 Jarak antara teks dengan teks
 Jarak antara teks dengan grafik
 Jarak antara grafik dengan grafik
E. Emphasis / Keutamaan
Sesebuah persembahan haruslah mampu menarik perhatian pelajar terhadap apa
yang hendak difokuskan oleh guru. Isi yang hendak difokuskan dalam
persembahan hendaklah lebih menonjol dan jelas daripada item yang lain.

6
F. Repetition / Pengulangan berkesan
Sesebuah persembahan sebaik-baiknya wujud pengulangan yang berkesan dari
segi:
 Warna ( latarbelakang dan teks )
 Jenis dan saiz “font”
 Imej dan bentuk

Peranan Warna Dalam Penghasilan Persembahan Multimedia


Warna yang digunakan hendaklah sesuai dengan bahan yang hendak
dipersembahkan dan dengan kumpulan sasaran. Warna memainkan peranan sebagai
penegasan, “mood” sesebuah persembahan dan membangkitkan keceriaan
persesmbahan tersebut.
Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh digunakan dalam proses pembinaan
sesebuah persembahan multimedia, antaranya:
 Warna panas
 Warna sejuk
 Warna hangat
 Warna nyaman
 Warna pucat
 Warna gelap
 Warna cerah
 Warna semula jadi, dan
 Monokrom
Sebelum menyediakan sesebuah persembahan pembina hendaklah
mempertimbangkan penggunaan warna-warna yang sesuai dengan isi dan matlamat
penyampaiannya agar persembahan yang disediakan lebih bermakna dan mencapai
objektifnya.

7
Kesimpulan

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang


bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak
bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu
mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi
multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran
ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.
Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh
digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini
adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan
animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah
kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan
pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti.

Anda mungkin juga menyukai