Anda di halaman 1dari 2

b). Berikan sebab-sebab/rasional anda memilih rekabentuk seperti dalam (a).

Rostrum ini mempunyai rekabentuk yang ringkas. Ia hanya memerlukan sedikit


bahan/kayu untuk membentuk rangka supaya tidak terlalu berat untuk dialihkan.
Rostrum ini juga direka seperti almari pasang siap. Setiap bahagian boleh dibuka
dan dipasang semula. Termasuk bahagian atas rostrum yang boleh dialihkan
apabila keempat-empat penahan logam dialihkan. Apabila semua bahagian boleh
diceraikan, maka ia senang untuk disimpan. Antara ciri-ciri menarik rostrum ini
ialah:-

Terdapat lubang untuk memasukkan wayar microfon


supaya tidak mengganggu pengguna ketika berucap.

Rekabentuk yang berbentuk segiempat pada bahagian


atas memudahkan pengguna meletakkan bahan
bacaan untuk digunakan semasa berucap.

Untuk melaraskan ketinggian rostrum, terdapat


beberapa lubang yang boleh dipilih mengikut
kesesuaian/ketinggian pengguna.

Logam/keluli berbentuk L digunakan untuk menahan


bahagian atas rostrum supaya kekal dengan
ketinggian tersebut.

Bahan logam itu diikatkan dengan rantai supaya tidak


hilang

Terdapat 2 tempat penyimpanan barang untuk


kegunaan pengguna.

Rostrum ini dipasangkan roda supaya mudah


dialihkan.
d). Senaraikan bahan yang sesuai digunakan

1. Kayu sebagai bahan utama. Kayu perlulah daripada jenis yang ringan.

2. Plastik sebagai bahan untuk mencantikkan rostrum. Ia dipasangkan di setiap


permukaan rangka, bahagian depan dan belakang.

3. Logam/keluli untuk membuat bahan berbentuk L sebagai pelaras ketinggian. Ia


boleh juga dibeli atau ditempah di kedai menjual logam.

4. Roda pasang siap untuk dipasang dibahagian bawah rostrum

5. Cat atau varnish untuk mencantikkan rostrum.

6. Rantai/tali untuk memegang pelaras ketinggian.

e). Senaraikan alat-alat yang diperlukan dalam menyiapkan rostrum ini.

1. Pahat-Untuk membuat dan mencantikkan lubang.

2. Gerudi-Untuk membuat lubang

3. Tukul

4. Gergaji

5. Paku

6. Skru

7. Gam kayu

8. Berus cat/varnish

9. Pemutar skru

Anda mungkin juga menyukai