Anda di halaman 1dari 10

Suntikan Doktor ketika Puasa

Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mend
apatkan rawatan, doktor
telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana sun
tikan itu?
Mazlan, KL

Jawapan: Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan keti
ka siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapa
t ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami h
al ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk da
lam darurah dan tidak membatalkan puasa.

--------------------
Boleh lewat niat puasa sunat

SOALAN:
Saya ingin bertanya mengenai puasa sunat. Saya tersedar pukul 6 pagi, terus saya
rasa saya nak berpuasa sunat bulan Syaaban. Adakah sah puasa saya?

JAWAPAN:
Niat bagi puasa sunat boleh dilewatkan, tempohnya ialah sehingga tergelincir mat
ahari. Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi
masalah asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat t
idak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan
puasa.
Waktu yang seharusnya berniat bagi setiap puasa ialah malam hari atau berniat se
belum masuk waktu subuh. Namun, ulama dalam fiqh seperti Imam Ahmad bin Hambal,
Abu Hanifah dan Imam al-Syafie meriwayatkan daripada Abi al-Darda dan Abi Thalhah
dan lainnya berpendapat harus berniat di siang hari.
Ini berdasarkan riwayat daripada Aisyah yang bermaksud: Aisyah r.a. telah memberi
tahu: Rasulullah SAW telah berkata pada suatu hari: Wahai Aisyah ada apa-apa di s
isi engkau untuk dimakan? Aisyah menjawab: Wahai Rasulullah tidak ada apa-apa di
sisiku untuk dimakan. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku berpuasa. Kemudian
baginda telah datang kepada kami (isteri-isteri baginda) lalu kami berkata: Wahai
Rasulullah kami telah dihadiahkan dengan hais (sejenis makanan yang diperbuat d
aripada minyak sapi dan tepung gandum ) . (riwayat Muslim).
Falsafah sebelum tergelincir matahari adalah kerana separuh daripada hari itu di
a telah menahan dirinya dari makan dan minum. Kedua, jika ingin berniat selepas
tergelincir matahari bermaksud sudah lebih daripada setengah hari sedangkan seti
ap amalan itu perlukan niat dan tidak berlaku lagha (sia-sia).
Ada beberapa persoalan lain dalam puasa sunat yang perlu diketahui umum. Di anta
ranya adalah:
* Persoalan berkaitan dengan hukum menyempurnakan puasa sunat. Boleh atau tidak
baginya memutuskan puasa sunat itu?
Jumhur ulama berpendapat tidak wajib disempurnakan malahan sunat baginya menyemp
urnakan puasa tersebut. Jika dia memutuskan atau membatalkan puasanya maka tidak
wajib dia menggantikan puasa tersebut.
Ini berdasarkan riwayat Abdullah bin Umar yang menyatakan yang bermaksud: Tidak m
enjadi dosa bagi mereka yang ingin memutuskan puasa selagi mana puasa itu bukan
puasa nazar atau puasa ganti Ramadan .
Ibn Abbas menjelaskan dalam satu riwayat yang bermaksud: Sekiranya ada di kalanga
n kalian yang berpuasa sunat, kemudian dia mahu memutuskan (membatalkan) lakukan
lah

Wanita yang berpuasa sunat dengan izin suaminya


Syarat puasa sunat sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan iaitu Islam, bali
gh, berakal, suci dari haid dan nifas serta disyaratkan dengan niat dan meminta
izin suami bagi wanita yang berumahtangga.
Maka di antara syarat sah puasa sunat bagi wanita adalah meminta izin suaminya.
Ini jelas dalam tegahan Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Ibn Majah yang bermaksud:
Rasulullah SAW telah menegah para isteri dari berpuasa sunat tanpa izin suami me
reka . (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm:560 ).
Di dalam kitab al-Majmu karya fiqh mazhab al-Syafieyyah dinukilkan yang bermaksud
: Tidak harus bagi seorang isteri berpuasa sunat sedang suaminya ada di sisi. (al-
Majmu , jld:6, hlm; 453-454)
Kesimpulannya
Kita disunatkan berpuasa setiap bulan. Seboleh-bolehnya jangan berlalu bulan tan
pa kita berpuasa, sama ada dengan puasa tiga hari setiap bulan, puasa Isnin dan
Khamis atau puasa-puasa lain yang disunatkan.
Menurut ulama, puasa sunat harus dilakukan pada mana-mana hari di sepanjang tahu
n kecuali di bulan Ramadan, hari raya dan hari-hari Taysriq. Namun, digalakkan m
emilih hari-hari khusus yang disunatkan oleh Rasulullah SAW kita berpuasa.

--------------------
Melakukan Persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Soalan :
Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin men
getahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Isla
m kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bu
lan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan
hubungan tersebut?
2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa
2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?
3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang te
rsebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis aga
ma untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?
4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut da
lam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua
dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang bel
um dilaksanakan)?

Jawapan :
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenak
an kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk da
lam puasa yang wajib.
Niatnya ialah :
" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffara
h tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepad
a Lembaga Zakat.
4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada' sehar
i puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau k
e tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada' sehari puasanya dan membayar se
cupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

--------------------
Qadha Puasa

Soalan :
Bagaimana caranya jika saya ingin menggantikan puasa saya 7 tahun yang lepas. Sa
ya pernah menggantikan puasa tetapi tidak penuh dan kini saya sudah lupa berapak
ah jumlah gantian puasa yang saya lakukan. Apa yang saya pasti , ia tidak pernah
lebih dari 8 hari. Bagaimana saya ingin menggantikan puasa itu dan berapakah fi
dyah yang perlu saya bayar? Bolehkah jika saya ingin membayar fidyah itu dengan
duit dan bukan beras. Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya agak keliru. S
aya bercadang ingin menggantikan semula semua puasa-puasa saya.

Jawapan :
Fidyah yang perlu dibayar ialah sebanyak 224 cupak. ( 1 cupak = 600gm)
Fidyah hendaklah diberikan kepada fakir miskin (seorang atau beberapa orang)
Fidyah beras boleh diganti dengan nilaian wang bergantung kepada harga beras yan
g dimakan seharian oleh individu tersebut.
Jumlah gantian puasa ambil kiraan maksimum hari yang ditinggalkan. ( hari tidak
berpuasa x tahun yang perlu diganti)
Sekiranya puasa yang diganti itu terlebih jumlahnya ia dikira sedekah.

--------------------
Permasalahan haid dan puasa

Soalan :
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya mengenai puasa. Saya mempunyai haid yang dalam sebulan norma
lnya 7 hari kemudian dia akan berhenti dan saya akan terus mandi dan sembahyang
selang dalam seminggu lebih kemudiannya dia akan datang kembali dengan keadaan y
ang cuma lendir yang berwarna coklat.
Adakah dalam bulan Ramadhan ini puasa saya sah atau tidak jika antara waktu yang
sudah berhenti dengan yang datang lendir berwarna coklat itu saya teruskan berp
uasa. Adakah antara masa berhenti itu dengan waktu datang lendir saya kena mengq
adakkan puasa. Jawapan amat saya harapkan.
Terima kasih.

Jawapan :
Tempoh kedatangan darah haid ialah paling cepat sehari semalam, kebiasaan selama
7 hari dan paling maxima 15 hari.
Darah haid datang dalam pelbagai bentuk, ada merah kehitam-hitaman, merah pekat,
coklat kehitaman, kuning pekat, ada juga ciri lain di mana ia keluar dalam keda
an berketul dan ketika ia banyak keluar, akan terasa sedikit hangat. Bau darah i
ni biasanya agak hanyir berbanding dengan darah biasa. Sekiranya tidak dapat men
genal pasti ciri-cirinya rujuklah kepada pakar/doktor.
Apa yang saya maklum dari persoalan saudari ialah saudari biasa datang haid 7 ha
ri, selepas itu ( 8 hari @ lebihi lagi) dalam kedaan suci. Dalam perkiraan saya;
lendir berwarna coklat hanya keluar pada hari keenam belas dan seterusnya ( jik
a perkiraan adalah dari tarikh hari pertama darah haid saudari datang ). maka je
laslah di sini darah itu bukan darah haid, saudari wajib solat dan berpuasa. Ant
ara waktu berhenti haid dan datang lendir coklat tidak perlu Qada puasa kerana s
audari sedang dalam suci. Pastikan perkiraan maxima bilangan hari kedatangan dar
ah tersebut untuk mengenal pasti samada ia darah haid @ darah Istihadah ( darah
penyakit).
Jika lendiran berterusan, dapatkan nasihat pakar bagi menyelesaikan masalah sebe
lum lebih banyak mudharatnya.

--------------------
Pengsan semasa puasa
Soalan :
Assalamualaikum,
Saya ada kemusykilan mengenai puasa.
Saya menghidapi penyakit sawan yang baru dikesan bulan Julai tahun ini.
Berikutan dengan pembatalan puasa akibat tidak sedarkan diri, bagaimanakah kedud
ukan sawan dalam konteks puasa?
Terima kasih.

Jawapan :
Seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri sepanjang hari dalam bulan Ramad
han adalah batal puasanya, tetapi seandainya hanya pengsan seketika maka tidak m
erosakkan ibadah puasanya.

--------------------
Mandi Junub Di Bulan Ramadhan

Soalan :
Assalamualaikum,
Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada ma
lam hari pada
bulan Ramadan?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu seb
elum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah
solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makr
uh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkar
a yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.
Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan di
rinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka d
irinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbandi
ng dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.
Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan R
amadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk wakt
u subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada mala
m hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga
keluar air mani.
Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitaka
n oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermak
sud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudi
an baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu lu wa al-Marjan, j
ld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim) .

--------------------
Hukum Memakai Kanta Sentuh di Bulan Puasa
Soalan:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa sekiranya saya
memakai kanta sentuh (contact lens) di bulan puasa kerana saya akan menitikkan
ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak
membatalkan puasa.

--------------------
Memberus Gigi Selepas Azan Subuh

Soalan :
Assalamualaikum,
Adakah sah puasa saya sekiranya saya memberus gigi selepas azan subuh berkumanda
ng untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan :
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tida
k membatalkan puasa.

--------------------
Menggunakan inhaler pada semasa berpuasa

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini per
lu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat
bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajip
an berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secup
ak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' h
anya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berp
uasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa ters
ebut.
Harap sedia maklum.
-------------------------------
Kedudukan puasa wanita dalam keadaan haid

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah kedudukan puasa bagi wanita yang telah kekeringan haid pada waktu malam b
ulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar?
Jawapan.
Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya pu
asa seseorang. Antaranya:
1-Islam
2-Berakal
3-Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
4-Dilaksanakan pada waktunya
Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan,
sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi ha
das). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada m
alam harinya.
Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas bes
ar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pad
a malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dar
i haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang di
wajibkan ke atasnya termasuklah puasa.
Wallahu A'lam.

--------------------
Gastrik di bulan puasa

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah wajib bagi seseorang yang mempunyai penyakit gastrik membayar fidyah sela
in wajib menggantikan puasanya yang tertinggal?

Jawapan.
Mereka yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit gastrik serta tidak mampu me
neruskan puasanya, maka dalam keadaan ini seseorang itu di bolehkan berbuka puas
a. Bagaimanapun, puasa yang ditinggalkannya itu wajib diganti pada bulan-bulan y
ang lain tanpa perlu membayar fidyah.
Tetapi sekiranya doktor atau pakar perubatan mengesahkan penyakit gastrik yang d
ialami boleh membahayakannya atau memudaratkannya, sekiranya dia berpuasa sekali
pun di luar bulan Ramadhan maka dia wajib untuk membayar fidyah bagi puasa yang
ditinggalkanya. Sebagaimana yang didtetapkan, bilangan fidyah bagi sehari puasa
yang ditinggalkan ialah sebanyak secupak beras menyamai 675gram.
Umumnya, pembayaran fidyah tanpa perlu mengqadakan (menggantikan) puasa dikenaka
n kepada golongan yang mempunyai penyakit yang tiada harapan lagi untuk sembuh s
erta orang tua yang uzur yang tidak berupaya untuk puasa.
Wallahu A'lam.

--------------------
Orang pitam sah berpuasa?

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Jawapan
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terb
enamnya matahari.

Wallahu A'lam.

--------------------
Makan dengan tidak sengaja ketika sedang berpuasa

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukum seseorang yang makan secara tidak sengaja atau terlupa ketika sedan
g berpuasa?

Jawapan
Sah puasanya, kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w ya
ng bermaksud "Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan b
erbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t ke
padanya".

Wallahu A'lam.

--------------------
Bersahur ketika azan subuh berkumandang

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkuman
dang?

Jawapan
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa m
akanan yang berada di dalam mulutnya.

Wallahu A'lam.

--------------------
Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Bolehkah ustaz senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?

Jawapan
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti ber
ikut:
Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puas
a ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tida
k.
Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
Puasa pada 9 haribulan Muharram.
Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

--------------------
Niat sekali dalam puasa qada'

Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Bolehkah saya niat puasa qada' sekali sahaja pada hari pertama untuk puasa qada
7 hari berturut-turut?
Jawapan
Tidak harus kerana sepuluh puasa qada' itu adalah puasa yang berlainan seperti o
rang tinggal sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh Subuh itu adalah l
ain di antara satu sama lain. Maka hendaklah berniat pada membuat tiap-tiap semb
ahyang yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

--------------------
Berpuasa dan berhari raya mengikut hari di Mekah

Soalan
Assalamualaikum wrm wrbt.
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut hari di Mekah atau negeri yang
lain kerana negeri tersebut kelihatan anak bulan lebih awal?

Jawapan
Tidak harus kita berpuasa atau berhari raya mengikut negeri-negeri tersebut kecu
ali negeri tersebut berada dalam satu matla'.
Wallahu A'lam.

--------------------
Meninggalkan puasa kerana mengandung

Soalan
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukumnya bagi seorang wanita yang mengandung meninggalkan puasanya di bul
an ramadhan atas sebab mengkhuatiri kesihatan diri yang tidak berupaya melakukan
kerja-kerja hariannya?

Jawapan
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila kh
uatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dala
m keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW be
rsabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puas
a dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) pua
sa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui bo
leh berbuka puasa.
Wallahu A'lam.

Anda mungkin juga menyukai