Anda di halaman 1dari 12

EKONOMI BURUH

EGEE 2104

KERTAS KERJA
BERKUMPULAN

TUTORIAL 4

DISEDIAKAN OLEH :
: NOR ASMA BT AB RAZAK (EEE090109)
: HAJRAH BINTI SAFRI (EEE090136)
: ABU HUZAIFAH BIN ABU BAKAR (EEE090002)

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN FATIMAH BINTI SAID
Soalan 1(a) huraikan bagaimanakah pekerja menentukan umur optimum persaraan

Untuk menentukan umur persaraan,andaian perlu di buat iaitu seorang pekerja itu
haruslah sudah keluar dari pasaran buruh dan tidak akan kembali bekerja dalam pasaran. Untuk
menerangkan bagaimana seorang pekerja menentukan umur optimum persaraan,gambarajah
keluk garis belanjawan dan keluk puas sama(KPS) di bentuk seperti di bawah1 :

V80 F

V70 A u1

V65 u2

V60 E

0 10 20 tahun persaraan

Andaikan seorang pekerja bersara pada umur 60 tahun, jangka bersara beliau adalah selama 20

tahun. Berdasarkan gambarajah di atas, nilai penggunaan ke atas pendapatan yang diperolehi

apabila pekerja bersama pada umur 60 tahun ialah v60, dan jangka masa bersara ialah 20

tahun( dapat digambarkan pada titik E). nilai v80 menunjukkan jangkaan pendapatan yang

diterima sekiranya pekerja tersebut tidak bersara. Kepuasan pekerja akan tercapai apabila keluk

puas sama u1 tangen dengan garis belanjawan FE pada titik A dengan nilai pendapatan v70 dan

tempoh bersara 10 tahun. Pada titik ini,pekerja akan mendapat kepuasan kerana pendapatan yang

di perolehi lebih tinggi dari v60 dan tempoh bersara hanyalah 10 tahun sahaja.keluk utiliti u2

tidak menunjukkan kepuasan kerana nilai pendapatan pada masa itu hanyalah v65 sahaja(lebih

rendah dari v70 pada tahun yang sama)2

1
1 topics in labor supply (m/s 80),nota tambahan dari Puan Fatimah Binti Said
2
The retirement decision (m/s 80) nota tambahan dari Puan Fatimah Binti Said
1(b) kesan ke atas umur persaraan pekerja apabila :

i. Kadar upah meningkat

Penggunaan ($)

V2 F

R U1

V1

u2

0 5 10 20 E tahun persaraan

Apabila kadar upah meningkat, garis belanjawan bergerak ke atas dari FE ke GE. Pekerja
bergerak dari P ke R. Pendapatan jangka hayat pekerja apabila dia bersara pada umur 60 tahun
iaitu pada titik E tidak dipengaruhi oleh peningkatan kadar upah tetapi berlaku jika dia
menangguhkan persaraan. Peningkatan upah menghasilkan kedua-dua kesan pendapatan dan
kesan penggantian. Pekerja yang mendapat upah tinggi mempunyai peluang besar dan masa
lapang yang lebih, maka mereka mahu bersara lebih awal. Pada masa yang sama, peningkatan
upah akan menaikkan harga pencen, maka pekerja akan tangguhkan persaraan. Kesan
penggantian mendominasi dan pekerja yang mendapat upah tinggi akan memendekkan jangka
masa persaraan dari 10 tahun kepada 5 tahun.
ii. Bayaran pencen meningkat

Penggunaan ($)

u1

U2

F R

P H

0 5 10 20 I tahun persaraan

Apabila bayaran pencen meningkat, garis belanjawan bergerak ke atas dari FE ke FH. Nilai

pendapatan dikaitkan dengan tiada persaraan pada titik F adalah tidak dipengaruhi oleh

peningkatan bayaran pencen3. Persaraan awal meningkat ke titi H jika pekerja bersara pada umur

60 tahun. Peningkatan pencen menghasilkan kedua-dua kesan pendapatan dan kesan penggantian

(berfungsi dalam arah yang sama). Peningkatan faedah pencen juga meluaskan peluang pekerja,

Peningkatan permintaan untuk masa lapang dan mendorong mereka bersara awal (jangka masa

bersara panjang).

2(a) Huraikan

i. Teori Pasaran Buruh Dual

3
Richard V.Burkhauser,”The Pension Acceptance Decision of Older Workers.”Journal of Human Resources
14(Winter 1979):63-75;Olivia S.Mitchell and Gary S.Fields,’’The Economic of Retirement Behavior,”
Fungsionalisme adalah teori bahawa pekerja dibezakan berdasarkan pada keutamaan

peribadi, kemampuan, dan usaha kerja. Ketidaksetaraan pendapatan berlaku kerana beberapa

pekerjaan mengutamakan sosial yang lebih penting "fungsi" dari orang lain. Dilihat dari

perspektif ini, kemiskinan merupakan masalah individu yang dihasilkan dari bakat terhad atau

usaha kerja. Jika orang miskin, itu kerana mereka tidak mempunyai motivasi dan disiplin untuk

bekerja keras atau, kerana mereka telah gagal untuk tinggal di sekolah dan memperoleh

kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Pekerjaan dan

ganjaran pendapatan membentuk semula jadi individu yang didasarkan pada pilihan peribadi

mereka. Sebaliknya, teori pasaran buruh dual memfokuskan perhatian pada struktur sosial dari

perubahan modal usaha manusia atau pekerja.

Teori pasaran buruh dual juga mengklasifikasikan pasaran buruh kepada pasaran buruh

utama dan pasaran buruh kedua (Piore 1979; Massey et al. 1993). Pasaran buruh utama adalah

golongan pekerja dengan pekerjaan yang baik seperti berpendapatan yang tinggi, faedah,

keselamatan kerja, dan prospek yang baik untuk mobiliti ke atasmya. Sektor ini boleh

dibahagikan kepada pekerja-pekerja jangka panjang iaitu yang bertanggungjawab meningkatkan

perkhidmatan-perkidmatan dan pekerja asas yang lebih rendah. Pasaran ini juga dicirikan oleh

kaedah pengeluaran berintensifkan modal serta penggunaan buruh mahir dan terlatih. Pasaran ini

biasanya dilaksanakn di dalam syarikat-syarikat besar dan kesatuan-kesatuan sekerja yang mana

pembangunan syarikat yang sangat baik dalam pasaran buruh dalaman. Manakala pasaran buruh

kedua ialah golongan pekarja yang pendapatan rendah, risiko kerja besar, keselamatan kurang

dan sedikit latihan. Tidak ada hadiah selain dari upah.

Pasaran ini dicirikan oleh kaedah pengeluaran berintensifkan buruh iaitu penggunaan

buruh tidak mahir dan tidak terlatih. Hieraki pekerjaan paling rendah juga terdapat dalam pasaran
buruh kedua. Buruh dalam pasaran buruh utama menikmati tahap sosial dan kadar upah yang

tinggi serta syarat kerja yang lebih baik berbanding dengan buruh dalam pasaran buruh kedua.

Menurut Piore (1979), permintaan terhadap buruh asing dalam masyarakat perindustrian moden

wujud akibat dari kekurangan buruh dalam pasaran buruh kedua bagi memenuhi hiraki pekerjaan

yang paling rendah. Massey et al. (1993) pula melihat kekurangan buruh hiraki pekerjaan rendah

disebabkan masalah motivasi serta perubahan sosial dan demografi masyarakat. Dalam

masyarakat perindustrian moden, individu didapati kurang bermotivasi untuk memenuhi

kekosongan jawatan dalam pekerjaan hieraki rendah disebabkan status sosial yang rendah dan

kekurangan peluang untuk meningkat. Di samping itu, kemerosotan kadar kelahiran, pencapaian

tahap pendidikan yang lebih tinggi di kalangan wanita dan peningkatan kadar penceraian

merupakan perubahan faktor sosial dan demografi dalam masyarakat moden yang mewujudkan

kekurangan buruh dalam hiraki pekerjaan yang paling rendah. Sebagai akibatnya majikan

terpaksa bergantung kepada buruh asing dan seterusnya ini menggalakkan migrasi antarabangsa.

2(a) Huraikan

ii. Pasaran buruh dalaman dan pasaran buruh luaran


Pasaran buruh dalaman menjadi semakin penting dalam batas-batas sosial dalam organisasi.

Andaian klasik menunjukkan bahawa para pekerja tidak dengan mudah berganti pekerjaan dan

memaksimumkan potensi pendapatan mereka sebahagian besar tidak benar - "maklumat,

peluang, ganjaran, dan mobiliti yang membezakan struktur dan bentuk pelbagai industri

pekerjaan, dan tetapan organisasi." (Scott hal 188). Pasaran buruh dalaman adalah "suatu unit

pentadbiran, seperti kilang, di mana harga dan peruntukan tenaga kerja ditetapkan oleh aturan

dan prosedur pentadbiran". (Doeringer dan Piore dikutip oleh Scott p. 188). Biasanya ada

struktur hirarki pekerjaan dengan yang entry level di bahagian bawah disambungkan ke pasaran

tenaga kerja luaran. Faktor apa yang membawa pada penciptaan pasaran buruh dalaman?

Williamson (1981) menunjukkan syarikat sangat ditentukan oleh pengkhususan pekerjaan. Jika

pekerjaan memerlukan kepakaran khusus yang tidak mudah dipindahkan ke pekerja-pekerja lain,

organisasi boleh membantu mengurangkan aliran luaran tenaga kerja khusus diciptakan oleh

hierarki dalaman yang membolehkan keuntungan kemajuan dan meningkat dan insentif.

Pasaran buruh dalaman ini biasanya memiliki tingkat kredibiliti yang lebih tinggi dan pelaburan

yang dirasakan oleh syarikat dan pekerja. (Scott p. 189). Teori Marxis berpendapat bahawa

pasaran buruh dalaman merupakan alat yang fleksibel dalam peningkatan kawalan sosial tenaga

kerja melalui media pekerjaan, peraturan, prosedur promosi, dll Hierarki juga memisahkan

pekerja menjadi orientasi status yang membuat mereka lebih jinak dan kecil kemungkinannya

untuk organisasi terhadap pengurusan (Baron , 1984). Pasaran ini menunjukkan bahawa setiap

jawatan kosong berpangkat tinggi dipenuhi oleh pekerja dalam firma berbanding mengambil

pekerja baru iaitu dengan menaikkan pangkat pekerja bawahan.

Pasaran buruh luaran ialah proses memenuhi jawatan kosong dalam syarikat diperingkat

bawahan melalui pengambilan pekerja di luar firma. Pasaran ini melibatkan perekrutan untuk
memenuhi jawatan kosong dalam suatu organisasi terutama oleh persaingan terbuka. Hal ini

berbeza dengan pasaran tenaga kerja dalaman, di mana jawatan kosong diisi dengan

mempromosikan pekerjaan yang ada kepada pekerja di peringkat rendah.

Contoh aplikasi pasaran buruh dalaman dan pasaran buruh luaran

Gambar rajah di bawah menunjukkan pasaran buruh dalaman dan luaran bagi Tentera Laut

Diraja Malaysia. Pasaran ini adalah hierarki yang menunjukkan peringkat pangkat pegawai

TLDM yang bermula daripada pegawai kadet dan laksamana Armada. Pasaran buruh luaran

terdiri daripada 2 bahagian iaitu di bahagian pegawai kadet dan leftenan. Pegawai kadet boleh

memohon untuk memasuki organisasi TLDM melalui kelayakan SPM dan setarafnya. Leftenan

pula boleh memasuki jawatan melalui pentauliahan pemohon selepas melepasi proses kenaikan

pangkat dengan berkelayakan ijazah sarjana muda dan setaraf. Untuk pasaran buruh dalaman, ia

diperolehi melalui tingkat bawahan hingga atasan tanpa melibatkan pasaran luar firma.

Pasaran Buruh Tentera Laut


Laksamana Armada

Laksamana

Laksamana Madya

Laksamana Muda

laksamana Pertama

Kepten

Komander

Leftenan Komander

Leftenan Pasaran Buruh Luaran

Leftenan Madya

Leftenan Muda

Pegawai Kadet Kanan

Pegawai Kadet 4 Pasaran Buruh Luaran

Soalan 2(b)
4
4 PALAPES LAUT,Universiti Malaya
Penemuan umum menunjukkan perolehan kaum wanita meningkat pada kadar yang
perlahan bagi setiap tahun pengalaman bekerja berbanding dengan kaum lelaki meskipun
latar belakang pendidikan mereka adalah sama. Bagaimanakah teori pasaran buruh dual
menerangkan fenomena tersebut.

Teori pasaran buruh dual menerangkan bahawa, walaupun wanita dan lelaki diberi peluang

pendidikan formal yang sama tetapi wanita memperolehi pengalaman kerja yang rendah kerana

mereka memiliki tempoh kerja dalam pasaran buruh yang berkurangan daripada pekerja lelaki

(Joseph 1983). Oleh yang demikian, pekerja wanita memperolehi gaji yang lebih rendah.

Keputusan yang dibuat oleh wanita untuk tidak bekerja secara berterusan dalam pasaran buruh

adalah disebabkan oleh pandangan masyarakat mengenai tanggungjawab wanita terhadap

keluarga. Wanita memperoleh kebiasaan dan kepercayaan mengenai peranan mereka yang lebih

bertanggungjawab kepada keluarga, khususnya menjaga anak-anak yang masih kecil.

Menurut Barron dan Norris, teori pasaran buruh dual menjelaskan tentang tumpuan pekerja

wanita kepada sektor sekunder dan pekerja lelaki kepada sektor primer. Oleh itu, pekerjaan

dalam sektor sekunder yang bergaji rendah dan melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan

kemahiran. serta berada di hierarki bawah dalam sesebuah organisasi adalah sesuai dengan

wanita yang bercadang untuk tidak bekerja secara berterusan dalam pasaran buruh. Kelayakan

asas kemasukan dalam bidang pekerjaan sekadar pendidikan formal. Kerana itu kualiti tenaga

kerja yang dibekalkan adalah berbeza disebabkan corak taburan pasaran buruh yang berbeza.

Wanita menyertai pekerjaan yang memerlukan pengalaman kerja yang sedikit atau tiada

langsung seperti pembantu rumah, tukang masak dan pelayan restoran. Pekerja lelaki pula

bertumpu dalam sektor primer, iaitu memilih pekerjaan yang memerlukan kemahiran, bergaji
tinggi dan berpeluang untuk maju dalam kerjaya seperti arkitek, jurutera, juruukur, pengurus dan

penyelia ladang. Golongan wanita menjangkakan akan menghadapi tanggungjawab terhadap

keperluan keluarga. Dengan itu, mereka menyertai pekerjaan yang tidak mendatangkan kerugian

jika berhenti daripada bekerja pada bila-bila masa. Untuk membolehkan kaum wanita berada di

peringkat yang lebih tinggi dalam hierarki organisasi atau dapat melakukan pekerjaan dalam

sektor primer, mereka mesti sanggup menghadiri latihan yang berkaitan dengan tugas mereka.

Terdapat diskriminasi daripada majikan antara pekerja lelaki dan wanita. Kebanyakan

majikan lebih mengutamakan golongan lelaki dalam sektor pekerjaan yang lebih mengutamakan

tenaga fizikal seperti pasaran buruh utama. Pada pandangan mereka, pekerja wanita dianggap

sebagai kaum yang lemah serta tidak mampu membuat pekerjaan tertentu, maka secara tidak

langsung, golongan wanita akan terus dipinggirkan dalam sektor pekerjaan. Masalah juga akan

wujud sekiranya pekerja wanita yang telah berkeluarga hamil. Apabila tiba masa bersalin,

mereka akan membuat permohonan cuti bersalin yang agak lama. Hal ini akan menyebabkan

kerugian kepada masyarakat untuk mengambil pekerja sementara bagi menggantikan mereka.

Dalam memenuhi pasaran buruh, majikan akan lebih memilih pasaran buruh utama yang lebih

proaktif dan dapat menyumbangkan masa yang lebih dan komitmen yang sepenuhnya dalam

kerjaya berbanding pasaran buruh kedua.

SENARAI RUJUKAN

1) Fatimah Said & Saad Mohd. Said. (2002). Ekonomi Pasaran Buruh. AY, Kota Bharu:
Kelantan.
2) Fatimah Said & Saad Mohd. Said. (2006). “Perkembangan Pasaran Buruh Malaysia”.
Dalam. Fatimah Kari, Evelyn Devadason, Hanira Hanafi & Yong Sook Loo
(eds.) Applied Economics Issues in Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, ms. 193-206.

3) http://www.mohr.gov.my/ismk/pdf/migrasi_2vol2.pdf

4) Richard V.Burkhauser,”The Pension Acceptance Decision of Older Workers.”Journal of Human Resources


14(Winter 1979):63-75;Olivia S.Mitchell and Gary S.Fields,’’The Economic of Retirement Behavior,”