Anda di halaman 1dari 6

PSS SMT Kuala Klawang http://librarysmtkk.blogspot.

com

5 April - 5 Mei 2010

Sepanjang bulan April telah berlangsungnya Bulan Pusat


Sumber Sekolah yang bertemakan ’Ilmu pemangkin
Kecemerlangan’. Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat
pengumpulan maklumat dan menjadi nadi kepada
kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

PSS juga akan berusaha membentuk masyarakat


berbudaya ilmu, gemar membaca dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat. Untuk merealisasikan hasrat
tersebut serta berpegang kepada prinsip bahawa ilmu
pengetahuan dan maklumat bukan sahaja diperolehi dalam
bilik darjah tetapi daripada pelbagai sumber.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan yang melibatkan


semua guru dan pelajar SMTKK. Antara aktiviti yang telah
dilaksanakan adalah seperti Kursus Pembinaan Blog,
Pertandingan Berbalas Pantun, Master Malaysia,
Pertandingan Drama Sinopsis Buku, Pameran Pendidikan dan
Kerjaya yang melibatkan beberapa agensi luar, antaranya
IPT, Jabatan Muzium Negara, Jabatan Kesihatan, AADK, dan
pameran serta jualan buku.

Objektif Bulan Pusat Sumber ini adalah untuk


menggalakkan penggunaan pelbagai kemudahan dan bahan
P&P di kalangan para pelajar. Selain itu juga para pelajar dan
guru dapat menonjolkan bakat melalui program-program
yang dilaksanakan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat


meningkatkan pengetahuan pelajar dan menjana minda
pelajar agar berfikiran lebih luas dalam mengeluarkan idea-
idea yang bernas.

1
PSS SMT Kuala Klawang http://librarysmtkk.blogspot.com

Majlis Perasmian Program Bulan PSS 2010


Majlis perasmian Bulan PSS 2010 dijalankan
pada 5 April 2010. Majlis tersebut diadakan
secara ringkas di Dewan KASIH SMTKK. Majlis
tersebut dimulakan dengan Nyanyian lagu
Negaraku, persembahan nyanyian koir
Pengawas Pusat Sumber SMTKK, penyampaian
sajak oleh pemenang pertandingan mencipta
sajak sempena pameran bulanan bertemakan
Kemanusiaan, seterusnya perasmian oleh Pn
Hjh Fatimah bt Md Akhir, Pengetua SMTKK dan
diakhiri dengan persembahan Montaj
perasmian bulan PSS 2010.

Pertandingan Jejak Maklumat


Pertandingan Jejak Maklumat dijalankan pada 14
April 2010 bertempat di sekitar Pusat Sumber
Sekolah. Pertandingan jejak maklumat diadakan
pada pukul 4.00 petang mengambil waktu
kokurikulum dengan dimulakan di tapak
Pertandingan Jejak
perhimpunan SMTKK. Objektif utama pertandingan
Maklumat
ini diadakan adalah usaha dalam memupuk
semangat berpasukan dan menguji ketangkasan
pelajar menjejaki maklumat yang dikehendaki.
Dalam pertandingan tersebut, pelajar diberi kertas
soalan yang jawapannya perlu dicari berdasarkan
pembayang di sekitar laluan berbumbung
perpustakaan, kantin, papan maklumat panitia dan
taman herba SMTKK. Soalan-soalan yang diberikan
dalam aktiviti tersebut merangkumi pengetahuan
tentang mata pelajaran sains dan matematik,
sodoku dan pengetahuan am. Program tersebut
berjalan lancar dan berakhir pada pukul 5.40
petang.

2
PSS SMT Kuala Klawang http://librarysmtkk.blogspot.com

Pertandingan Master Malaysia


Pertandingan Master Malaysia
Pertandingan Master Malaysia dijalankan pada
7 April 2010 bertempat di bilik kantin sekolah.
Permainan ini melibatkan 4 peserta bagi setiap
kumpulan. Permainan ini adalah berbentuk
pengetahuan am dan Sejarah Malaysia di mana
buah dadu akan dilambung dan apabila ia jatuh
ke satu soalan, maka peserta perlu menjawab
soalan tersebut. Permainan ini dapat mencabar
pengetahuan pelajar samada pengetahuan am
ataupun sejarah. Pertandingan ini merupakan
yang kedua kali diadakan di SMTKK yang
menggunakan permainan Master Malaysia yang
disumbangkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan. Pertandingan ini diadakan pada
pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30
petang.

Pameran Pendidikan dan Kerjaya

Aktiviti Bulan PSS 2010 diteruskan pula dengan


pameran PSS yang dijalankan pada hari Isnin, 26 April
2010 bertempat di Dewan KASIH. Program ini
melibatkan beberapa agensi Kerajaan seperti Agensi
Dadah Kebangsaan Daerah Jelebu, Jabatan Muzium
Negara, Jabatan Kesihatan Jelebu, Universiti Teknologi
MARA Kuala Pilah dan ILP Pedas yang mempamerkan
pelbagai maklumat pendidikan dan kerjaya berkaitan
agensi masing-masing. Selain itu, agensi swasta juga
turut terlibat iaitu daripada Kolej PTPL. Program ini
Pameran Pendidikan dan Kerjaya
mendapat kerjasama erat dengan pihak kaunselor
yang turut membantu menjayakan program dengan
menjemput agensi luar tersebut.

3
PSS SMT Kuala Klawang http://librarysmtkk.blogspot.com

TEMA: “Bahasa Kreatif


Memukau Khalayak”

29 Mac – 3 Mei 2010

Sepanjang bulan April telah berlangsung Program Bulan Bahasa


Dan Sastera 2010 SMTKK anjuran Panitia Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Majlis pelancaran telah diadakan semasa
perhimpunan pagi pada 29 Mac 2010 dan dirasmikan oleh
pengetua SMTKK yang bertemakan "Bahasa Kreatif Memukau
Khalayak".

Tujuan program tersebut diadakan adalah sejajar dengan


pelaksanaan dasar baharu dalam sistem pendidikan iaitu Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris.

Antara objektif program ini adalah mencungkil bakat dan


daya kreatif para pelajar dalam aktiviti bahasa dan sastera,
menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Meningkatkan penguasaan dan menambah
pengetahuan para pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, memupuk minat pelajar terhadap unsur
sastera yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dan menyediakan wakil sekolah ke pertandingan di peringkat
daerah dan sebagainya.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah teka silang


kata, pertandingan deklamasi sajak, mencipta dan berbalas
pantun, Jigsaw Puzzle, Haiku Writing, pertandingan minus one
(Bahasa Inggeris), Spell it-right dan Public Speaking.

Program Bulan Bahasa dan Sastera SMTKK 2010 ini dapat


mencapai objektif yang digariskan dengan penglibatan aktif
semua guru, para pelajar serta sokongan pihak pentadbiran dan
Persatuan Ibu bapa dan Guru SMTKK. Semoga harapan untuk
memperkasakan Bahasa Melayu dan meneguhkan kemahiran
serta penggunaan Bahasa Inggeris dapat direalisasikan.

4
PSS SMT Kuala Klawang http://librarysmtkk.blogspot.com

Kokurikulum Menjana Minda Yang Sihat,


Kurikulum Gemilang dan Sahsiah Terbilang

~ 7 Mac— 24 April 2010 ~


Syabas … Bulan Kokurikulum SMTKK berjaya
diadakan. Melalui program ini, hubungan sesama
semua warga sekolah dapat dieratkan.
Objektif:

 mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar dalam


bidang kurikulum dan kokurikulum

 Menarik minat pelajar dalam setiap pertandingan yang


dijalankan
Melalui program tersebut, dapat melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

AKTIVITI BULAN KOKURIKULUM ...

Persembahan Silat 24
Pertandingan Photoshop 7
April
Mac

Pertandingan Catur 10
Mac

Rubik’s Cube Puzzle 7


April

Dikir Barat 23
April

Koir Patriotik 24
April

Pertandingan Kawat Kaki 24


April
NGO & GO

5
PSS SMT Kuala Klawang http://librarysmtkk.blogspot.com

10 – 11 MEI 2010

Pada 10 – 11 Mei 2010 telah berlangsungnya


Perkhemahan Perdana KRS peringkat
daerah yang melibatkan beberapa buah
sekolah. Perkhemahan ini telah
dilaksanakan di Kem Rimba Ilmu, Juasseh.
Perkhemahan perdana ini
merupakan aktiviti kokurikulum tahunan
bagi tahun 2010. 200 orang pelajar telah
terlibat dengan perkhemahan ini. SMTKK
telah menghantar 8 orang wakil pelajar, dan
4 orang guru pengiring untuk menyertai
perkhemahan tersebut. Aktiviti yang
dilakukan adalah seperti aktiviti
kebudayaan, membina gadget, orienteering,
dan kawad kaki.
Daripada aktiviti perkhemahan
tersebut pelajar lebih bersedia untuk hidup
berdikari dan memahami kemahiran untuk
berkhemah.

Anda mungkin juga menyukai