Anda di halaman 1dari 15

PENDIDIKAN BERSUMBERKAN

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Disediakan oleh :

Mohamad Raffe Bin Ghalil Abbas


Hafithidayah Binti Ajmain
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

 Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) :

“Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia


seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan
jasmaninya, akhlak dan keterampilannya. Ia
bertujuan untuk menyediakan manusia bagi
menghadapi masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan
dan kepahitan.”
PROF. HASSAN LANGGULUNG (1987) :

 Proses penyiapan generasi muda untuk


mengisi peranan, memindahkan
pengetahuan, dan nilai-nilai Islam yang
diselaraskan dengan fungsi manusia untuk
beramal di dunia dan memetik hasilnya di
akhirat.
TAKRIF AL-QURAN
 Kalam Allah yang melemahkan (upaya manusia) sebagai
suatu mu’jizat yang diturunkan (sebagai wahyu) kepada
Nabi Muhammad SAW yang diperturunkan secara
tawatir (berpindah dari generasi kesatu generasi dengan
terpelihara keaslian dan kepiawaiannya) dan
pembacaannya adalah berstatus ibadah kepada Allah swt.

-Dr Zainudin Jaffar


Spektrum Pemikiran Islam
TAKRIF AS-SUNNAH

 Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah


saw sama ada perkataan, perbuatan, dan
persetujuan.

Dr. Udah @ Budah Mohsin


Fakulti Pengajian Islam, Ukm, Bangi
PENDIDIKAN ISLAM BERSUMBERKAN
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
 Suatuproses pemindahan ilmu pengetahuan dari
seseorang kepada seorang yang lain yang berasaskan al-
Quran dan as-Sunnah agar dapat difahami dan dihayati
dalam bentuk amalan harian dalam kehidupan.

 Al-Quran dan As-Sunnah merupakan kayu ukur


kesahihan sesuatu ilmu islami dan panduan tepat bagi
umat Islam dalam mencapai kesejahteraan hidup di
dunia dan di akhirat.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

 Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan


untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As
Sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai
Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar
dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia
dan kesejahteraan di akhirat
SABDA RASUL SAW :

‫تركـت فيــكم أمــريـن إـن تمــسـكـتم بهـما‬


‫ كتـاب هللا وسـنتي‬,‫ لن تضـلوا أبدا‬.
Maksudnya :
“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua
perkara, jika kamu berpegangteguh dengan
keduanya nescaya kamu tidak akan sesat
selamanya, Kitabullah dan Sunnahku.”
MENGAPA AL-QURAN & AS-SUNNAH
SEBAGAI SUMBER UTAMA?
 Para ulama telah bersepakat menentukan Al-Quran adalah
sumber rujukan yang paling utama dalam mengistinbatkan
sesuatu hukum Islam.
 Manakala As-Sunnah pula merupakan sumber rujukan yang
kedua selepas Al-Quran dalam penentuan hukum Islam.
 Sifat al-Quran sebagai kata-kata dan wahyu Allah, yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir
dan al-Quran pula sebagai kitab terakhir dan penyimpul segala
ajaran Allah SWT secara terus menampilkan ciri globalnya.
 Al-Quran juga berkait langsung dengan as-Sunnah (sama ada
dalam bentuk sabda, aksi, dan perakuan Nabi Muhammad
SAW) yang merupakan sumber hukum dan panduan hidup
manusia.
AL-QURAN DALAM KBSR DAN KBSM

Tilawah Al-Quran & Kefahaman


Akidah Islamiah
Ibadah/Syariah

Akhlak Islamiah
AS-SUNNAH DALAM KBSR DAN KBSM

Hadis Nabawiyyah
Ibadah/Syariah

Sirah Nabawiyyah
Akhlak Islamiah
TAKRIF ISRAILIYYAT

 Pada bahasa : Jamak kepada Israiliyyah.


 Di nisbahkan kepada Bani Israil.

 Pada Istilah Syarak :


Cerita-cerita atau kisah-kisah yang diceritakan kembali
oleh ahli kitab yang telah masuk Islam yang dipetik
daripada kitab-kitab yang terdahulu.
ISU ISRAILIYYAT DALAM P&P
 Ada dikalangan guru Pendidikan Islam yang
terpengaruh dengan sumber-sumber rujukan yang
terdapat dipasaran sehingga tidak menapis
kesahihan sumber tersebut.
 Kebiasaannya guru menceritakan kisah-kisah yang
boleh memberi pengajaran yang baik kepada
pelajar. Tetapi tanpa disedari kisah tersebut adalah
kisah Israiliyyat. Seperti kisah bahtera Nuh as,
kisah Nabi Ayyub as, kisah Al-Qamah dengan
ibunya dll.
PERSOALAN
 Bagaimanakah cara untuk memastikan
sumber Tafsir Al-Quran dan Hadis yang
diajar di sekolah benar kesahihannya?

 Perlukah kisah-kisah Israiliyyat


diceritakan kepada pelajar untuk diambil
pengajaran?
KESIMPULAN

Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber


utama dalam Pendidikan Islam untuk
melahirkan insan yang berjaya dan
bahagia dalam kehidupan di dunia dan di
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai