Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

NURUL SHAFIQAH ALIA BINTI RUSLI (880329-08-5934)

PISMP PENDIDIKAN KHAS 3

BINA INSAN GURU (CERAMAH GURU INOVATIF)

Ceramah ini telah dijalankan pada hari Isnin, 18 Oktober 2010 bertempat di
Dewan Tun Fatimah,IPG Kampus Perempuan Melayu. Program ini dianjurkan oleh
PISMP Semester 6 Ambilan Januari 2008 sebagai memenuhi pro forma Bina Insan
Guru bagi semester ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada guru
pelatih mengenai bagaimana untuk menjadi guru yang inovatif.

Ceramah mengenai “Guru Inovatif" ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar b.
Abdul. Kepentingan pengetahuan mengenai guru inovatif ini kepada guru pelatih adalah
untuk mengetahui bagaimana untuk membina inovasi dalam sistem pendidikan. Ia juga
menjadi panduan kepada guru dalam menjalankan tugas agar tidak alpa dan leka
terhadap tanggujawab sebagai pendidik.

Pelbagai input positif yang diperolehi melalui ceramah ini, selain mendedahkan
bakal guru seperti saya ini tentang bagaimana untuk menjadi guru yang kreatif ia juga
memberi informasi tentang isu-isu semasa yang melibatkan inovasi dalam pendidikan.
Ceramah ini juga menerangkan perbezaan antara inovatif dan kreatif. Semua orang
mampu menjadi seorang yang kreatif namun tidak semua orang mampu menjadi
inovatif.

Ceramah ini juga membantu guru pelatih membina pemikiran yang positif dan
motivasi kendiri profesion perguruan. Motivasi untuk menjalankan tanggungjawab
dengan penuh keikhlasan dan dedikasi serta sentiasa berlandaskan hukum agama dan
negara. Melalui ceramah ini juga, guru pelatih diberi kesedaran dalam menghayati
konsep kerja sebagai satu ibadat serta hidup untuk berbakti kepada negara dan
masyarakat.
Apa yang dapat dilihat sepanjang ceramah ini ialah, majlis telah dijalankan
secara tersusun mengikut jadual yang telah dirancang. Kami tidak menunggu lama dan
sesi ceramah serta soal jawab berjalan lancar. Masalah dari segi teknikal dan urusetia
majlis juga tidak timbul dan menjadikan bengkel ini tamat pada masa yang telah
dirancang tanpa mengganggu aktiviti guru pelatih mahupun pensyarah yang terlibat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merancang
dan mengurus bengkel ini. Sesungguhnya pengalaman yang mereka timba melalui
program ini dapat mereka kongsikan bersama rakan yang lain agar dapat dijadikan
panduan dan bimbingan pada masa akan datang.

Aktiviti perbincangan yang dijalankan juga berjalan dengan baik. Segala


pandangan dari setiap kumpulan diterima dan di kongsi bersama. Di sini saya pelajari
bagaimana seorang guru mampu menjadi seorang guru yang inovatif melalui ICT dan
sebagainya. Sebagai bakal guru saya perlu banyak belajar untuk menjadi guru yang
kreatif dan inovatif agar dapat menarik minat murid untuk belajar.

Secara tuntasnya, diharapkan program ini memberi banyak informasi dan


pengalaman baru kepada guru pelatih. Sesungguhnya ilmu yang diperolehi begitu
berguna untuk masa depan apabila sudah bergelar guru kelak. Mudah-mudahan
maklumat ini menjadikan kita lebih peka dan prihatin terhadap isu sekeliling dan hak-
hak terhadap bidang pendidikan di negara ini. Guru yang berilmu bakal dihormati dan
disanjung oleh semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai