Anda di halaman 1dari 1

Tayamum

Tayamum bermaksud menggunakan tanah yang baik dan bersih untuk


menyapu muka dan dua tangan (hingga ke siku) ketika ketiadaan air atau
tidak berupaya menggunakan air.Tayamum adalah ganti bagi wudhuk dan
juga mandi wajib iaitu ia mengambil tempat keduanya.

Syarat sah tayamum

1) Menghilangkan najis terlebih dahulu.

2) Menggunakan debu tanah yang suci dan bukan debu musta’mal.

3) Sudah berusaha mencari air tetapi gagal atau air cuma cukup untuk
diminum sahaja.

4) Sudah masuk waktu solat (Tayamum tidak boleh dilakukan sebelum


masuk waktu solat).

Rukun tayamum

1) Menepuk kedua-dua tapak tangan pada debu untuk kali pertama bagi
menyapu muka.

2) Membaca niat di dalam hati : “Sengaja aku bertayamum untuk


mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala.”

3) Menyapu muka dengan debu tanah dengan sekali tepukan.

4) Menepuk kedua-dua tapak tangan ke debu untuk menyapu tangan.


Mulakan dari jari tangan kanan hingga ke siku, kemudian turun semula ke
ibu jari. Ulangi cara yang sama pada tangan kiri.

5) Tertib, mengikut urutan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai