Anda di halaman 1dari 20

PERKHEMAHAN

Mendirikan Khemah
• Didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat
• Kalau ketika angin bertiup kuat pastikan arah angin di
belakang khemah.
• Jika kawasan perkhemahan berkawasan pasir, tanah
lembut atau angin bertiup kuat gantikan paku pacakan
khemah dengan kayu yang kuat kira-kira 10 -15 cm
ukur lilit, setinggi 1 meter.
• Paku khemah atau kayu pacak apabila di pacak
hendaklah bersudut tepat dengan tali atau penegang
dan bersudut 45 darjah dengan tanah.
• Bersihkan tapak khemah hendaklah dibersihkan dari
objek tajam
• Apabila hujan tali khemah hendaklah dikendurkan.
• Jarak diantara khemah kira-kira 6 hingga 8 meter.
Pembahagian Tugas

Semasa mendirikan khemah tidak semua ahli


memasangnya, kerja-kerja lperlu di buat secara serentak
seperti mengambil air,buat gadget, memasak dan lain-
lain.
PEMILIHAN TAPAK KHEMAH
Ciri-Ciri
• Tanah yang rata dan selesa berbaring
• Ada perlindungan dari bukit atau pokok
menghalang ancaman angin.
• Dekat dengan punca air.
• Mempunyai pemandangan yang indah dan
lapang melihatnya.
• Mendapat cahaya matahari.
• Mempunyai jalan perhubungan yang baik.
Larangan

• Jangan berkhemah dekat dengan sungai atau


anak sungai di kawasan hulu atau kawasan
berbukit
• Elak dari kawasan semak atau belukar.
• Jangan berkhemah di atas tanah yang lembab
• Elak dari tanah tebing yang curam.
• Elakkan pohon mati atau pohon besar atau
kawasan yang terdedah dengan matahari panas
sepanjang hari.
• Elak dari denai binatang.
• Elak dari kaki bukit yang curam.
• Elak dari kawasan lidah air (cantuman 2 sungai)
Sistem Memasak
• Sistem Pusat
• Sistem Kumpulan masing-masing
• Sistem Berpasangan

Waktu Memasak
Waktu memasak dinasihatkan waktu siang, masak air
bila-bila masa yang terluang.

Memasang Dapur
Membuat tungku daripada kayu atau batu yang
sesuai.
Keselamatan Semasa Memasak
- Jarak diantara khemah dengan dapur kira-kira
10 meter
- Padam api, apabila selesai memasak
- Jauh dari bahan-bahan beracun

Lindungan Angin Semasa Memasak


- Lindung sebalik banir pokok, busut, atau
membuat lubang
- Buat pengadang seperti kepigan zink, kotak atau
anak-anak pokok.
TEKNIK MEMASAK

Memasak Makanan Tin


• Isikan makanan tersebut pada bekas yang telah
dipanaskan dan untuk menambahkan selera
boleh letakan cili atau bawang.

Memasak Makan Segera


• Sila baca peraturan yang tercatat sebelum
memasak

Memasak Air
• Rebus sehingga mendidih
Memasak Nasi
• Setelah dibersihkan, campurkan air bersih sehingga 2 cm
dari paras beras dengan api yang sederhana dan tutup
dengan rapat.
• Perlu awasi api supaya ianya tidak padam dan berasap
• Jika sudah mendidih kacau beras itu. Jika air mulai kering,
kecilkan api dapur atau suraikan api sehingga tinggal
bara, tutp dengan rapat. Elakkan nasi dari bau hangit.

Memanggang
• Makanan yang sesuai dipanggang adalah ikan dan daging
mentah, kaedah memanggang dengan menggunakan
kayu untuk mencucuk dan buluh untuk menyepit atau
kawat mata punai. Api bara amat sesuai untuk
memanggang kerana api tidak menyambar dan bahan
tidak hangus.
Kraf Perkhemahan

• Gadget @ Alat-alat kecil


i. Tempat Menggantung barang
Diperbuat dari pohon kecil yang banyak cabang. Ia
bertujuan menggantung kole messtin sudu dan lain-lain

i. Para letak barang


Diperbuat daripada beberapa batang kayuuntuk meletak
barang-barang seperti pek,kasut dan makanan, ia boleh
dibuat berbagai bentuk 3 segi atau 4 segi

i. Alas tanah
Beberapa batang kayu disusun dan dialas dengan kayu lain
supaya tidak mencecah tanah. Ia sesuai meletak pek, kasut
dan barang-barang lain
iv Tempat jemur kasut
Tempat jemur kasut Cabang kayu yang dipacak
di atas tanah

v. Penyapu Sampah
Ranting-ranting kayu yang kecil dan teguh diikat
dengan sebatang kayu yang panjang

vi. Tempat Lilin


Tin kosong yang ditebuk di atas dan disebahagian
badan tin, ia juga boleh dibuat dengan buluh

Vii. Penggantung Baju


Kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1/3 meter
digantung dengan tali ditengah kayu
vii. Sudip
Kayu dipotong kira kira 1 kaki dan salah satu bahagian
hujungnya ditarah dan dibentukkan hingga leper.

viii. Pelindung Dapur


Tin biskut atau tun minyak tahah di potong bahagian
sisi di sebelah atas atau pacakan anak pohon kayu
agar menlindungi arah angin

ix. Tempat sudu.garpu/berus gigi


Lubang kecil berbentuk panjang ditebuk pada tin
kosong atau botol plastik supaya sudu dan garpu
boleh diselit pada lubang tersebut diletakan berus
gigi lubang itubhendaklah dibesarkan sedikit sehingga
muat
i. Ampaian kain
Selain tali rafia, dahan kayu atau palang kayu
boleh digunakan untuk menjemur kain

xi. Tempat pinggan


Kayu disusun dengan sebegitu rupa supaya
pinggan diselit dicelahnya.

xii. Bangku Panjang


Kayu panjang diletakkan di atas pancang atau di
atas palang tiang
KEBERSIHAN

Tandas
• Jarak dengan kawasan perkhemahan 100 meter, dimana
dalaman lubang kira 4-5 meter dan dihadang dengan
kain guni, plastik atau daun palma. Najis perlu ditutupi
supaya tidak berbau. Jauhi dari kawasan punca air
bersih.

Lubang Sampah
• Lubang Sampah Kering- sampah yang boleh di
bakarseperti plastik getah dll hendaklah dibakar dalam
lubang tersebut, sampah yang tidak boleh dibakar
seperti tin, kepingan zink hendaklah dikemekkan dahulu
sebelum di kambus dan sebelum meninggalkan kawasan
perkhemahan.
• Lubang Sampah Basah- sampah jenis sisa-sisa makanan
atau bahan makanan yang rosak perlu di kambus
sebelum meninggalkan kawasan

Kebersihan Air
• Air yang mengalir di jamin kebersihan dari air bertakung,
air perlu di masak sehingga mendidih atau di isi dengan
tablet iodan - 1 biji =1 liter air.

• Kebersihan Diri
• Kebersihan tubuh badan sentias bersih seperti
membuang kuku yang panjang, membasuh tangan
sebelum menyentuh makanan.
Kerbersihan Makanan
• Guna bekas makanan dan bekas memasak yang bersih.
• Makanan yang buru atau busuk hendaklah di buang.
• Jauhkan dari serangga dan kekotoran
• Tentukan kebersihan diri sebelum memasak.
• Basuh dahulu makanan yang hendak di masak atau di
makan terus.

Kebersihan Khemah
• Jangan masuk ke dalam khemah dengan keadaan badan
yang kotor, bersihkan tapak kaki dahulu.
• Sebarang sampah dan kekotoran hendaklah dibersihkan,
pakaian atau peralatan yang kotor, basah hendaklah
dikeluarkan.
• Pintu khemah hendaklah di buka pada sebelah pagi,
supaya udra bersih masuk ke dalam khemah dan
menghilangkan kelembapan.
• Keselamatan Api
• Jangan membiarkan api tanpa pengawasan.
• Jangan merokok dan menyala api di dalam
khemah. Hanya lampu suluh sahaja dibenarkan.
Padamkan api dengan segera jika angin kuat
bertiup ke arah khemah.
• Jangan membuang pontong rokok dan bara api
merata tempat.
• Jangan memasang api tanpa tujuan.
Keselamatan Air

• Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat


batu licin, lereng curam,kayu-kayu merbahaya dan arus
laju.
• Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu berenang.
• Apa bila mandi di sungai sentiasa mengadap ke arah
hulu sungai.
• Jangan turun ke dalam sungai, jika arus laju.
• Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau
pelampung.
Keselamatan di Kawasan Perkhemahan
• Berkhemah di tempat yang selamat
• Buang objek tajam yang berada kawasan
perkhemahan.
• Perlu diwujudkan pasukan kawalan
(sentri).
• Wujudkan sistem kecemasan seperti
password, tandaan boundry.
• Tabur sulfur (belerang) di keliling kawasan
atau khemah.

Anda mungkin juga menyukai