Anda di halaman 1dari 25

AZIEAH BTE ALI

NOOR MAZLINA BTE SUMAA


NOR AZILAH BTE MUHADI
 Kemahiran berbahasa yang berhubung dengan kemahiran
lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar
dan bertutur.
 Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar
mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti
cerita , arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan
perbincangan.
 Kemahiran mendengar memerlukan seseorang itu:
 Mendengar dengan teliti.
 Memahami
 Menilai atau mentafsir maklumat, idea dan isi bahan yang
didengar.
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi yang
dilahirkan daripada alat-alat sebutan manusia.
Bertutur - kemahiran menyebut dan membunyikan
bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata
atau ayat dalam intonasi, nada, jeda, kefasihan dan
sebagainya.
Menurut keterangan drpd sukatan pelajaran, bagi
tiap2 darjah bahan2 sukatan pelajaran dibahagikan
kpd 3 aspek kemahiran penting:
1. Kemahiran lisan
2. Bacaan dan pemahaman
3. Kemahiran menulis
Pelajar drpd semua peringkat, iaitu sekolah rendah
dan menengah harus diberi kemahiran bahasa secara
lisan terlebih dahulu sblm mempelajari kemahiran
yang lain.
Untuk membolehkan seseorang pelajar itu menyebut
perkataan atau ayat dgn betul. Sebutannya jelas dan
tepat serta dituturkan dlm bentuk pertuturan yg biasa.
Untuk melatih seseorang itu mendengar dan
memahami pertuturan orang lain dgn baik.
Untuk membolehkan seseorang itu berinteraksi dgn
orang lain secara tepat bagi menyatakan kehendak,
perasaan, pengalaman, dan berupaya mengutarakan
pendapat dan pandangan yg jitu dan berkesan.
Bertutur dengan nada, intonasi dan tekanan yg betul.
Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan
merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan
yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.


- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen
linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek
pengamatan pendengaran.
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan
murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-
sebutan atau pengujaran murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai


perkara-perkara yang didengarnya dengan
menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan
”auding”.
Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang
baik untuk ditiru oleh murid-murid.
Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan
untuk murid.
Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan
intonasi terutama kelemahan khusus murid-
murid.
Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan
serta merta.
Guru menggabungjalinkan lisan dengan
kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Guru mewujudkan situasi-situasi yang
menggalakkan murid berinteraksi melalui susun
atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
A. Aktiviti perbualan
 Terbahagi kpd 2:
- secara tidak langsung
 Murid2 dan guru boleh berbual tentang perkara2
biasa (percutian, pameran dsb)
- secara langsung
 Guru mengajar pelajaran itu berdasarkan sesuatu
tajuk. (terancang dan formal)
TAJUK: MEMBELI DI PASAR BUAH-BUAHAN
Boleh menggunakan BBM (bahan maujud/ gambar)
Guru boleh membina pasar olok2 di dalam kelas.
Guru mengemukakan soalan2 yg menerbitkan hal2 yg
berkaitan dgn pasar buah-buahan.
Murid menceritakan kembali isi2 perbualan dan guru
memilih isi penting yg perlu dibincangkan dgn lebih
dalam.
B) Aktiviti menyanyi
 Bagi kanak2, menyanyi adalah satu bentuk bermain
dan berehat. (mrk terhibur dan menenangkan
fikiran)
 Menyanyi membantu guru mencapai matlamat (krn
nyanyian memerlukan penyebutan bunyi yg jelas
dan betul, mengikut rentak dan irama serta
disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada
tertentu)
Sesuatu yg menghiburkan. Ia menyerupai aktiviti
permainan bahasa, di samping latihan bahasa dapat
dilakukan dgn menarik.
Mempertingkatkan motivasi kerana menyanyi
tertumpu kpd penglibatan kanak2 sepenuhnya.
Membantu kanak2 mengingat kembali bahasa yg
dipelajari dgn lebih baik. Rentak, irama dan melodi
boleh menerapkan perkataan2 yg dipelajari di dalam
otak secara berkesan.
Menyumbang ke arah pengajaran yg lebih menarik.
Elakkan drpd memilih lagu yg tidak mempunyai
susunan kata yg betul dan salah dari tatabahasa.
Tidak juga mengandungi bahasa kuno, dan loghat
kedaerahan. Pilih lagu yg mengandungi bahasa
sehari-hari.
Mempunyai melodi yg senang diingati dan dipelajari.
Sebaik-baiknya lagu yg dipilih mengandungi cerita.
(kisah seseorang, pandangan dan pendapat tertentu)
A. Persediaan (menentukan jenis lagu yg sesuai dgn
murid dan objektif pengajaran)
B. Penyampaian (penggunaan BBM (cth: kad
imbasan/senikata lagu))
C. Penutup menyanyikan kembali lagu dan uji
kemahiran aspek2 bahasa yg dipelajari.
D. Kerja susulan (perbincangan/ulasan)
c) Aktiviti bercakap melalui telefon

Aktiviti ini lebih mementingkan aspek


berkomunikasi.
Perkara2 yang ditekankan ialah cara bercakap, cara
menyatakan sesuatu, cara menyatakan perasaan,
cara ,menjawab soalan, cara bertanya dsb.
Melatih murid2 mendengar dgn baik, memahamkan
isi pertuturan dgn berkesan.
Melatih murid2 mengeluarkan idea dan bercakap
secara spontan.
Melatih murid2 menggunakan ayat2 yg mudah dan
senang difahami.
 Drpd senang kpd yg lebih susah (cth: perkara yg mudah-
mengajak kwn berkelah, perkara yg lebih susah-
melapor, membuat aduan)
A. Permulaan
 guru mengadakan soal jawab tentang cara orang
berhubung/alat yang digunakan untuk berhubung.
B. Penyampaian
 Penggunaan BBM (telefon mainan)
 pita rakaman-guru memperdengarkan perbualan antara
dua orang individu
 Guru menerangkan cara hendak berkomunikasi melalui
telefon.
C. Penutup
 Bincangkan bersama murid tentang isi perbualan
yang dipelajari.
 Guru membincangkan kesalahan2 yang dilakukan
semasa berhubung.
D. Gerak kerja lanjutan
 Murid2 boleh bertukar-tukar nombor telefon/guru
sendiri memberikan nombor telefonnya, kemudian
murid boleh berhubung antara satu sama lain di
rumah.
D. Aktiviti Berlakon
Kanak2 hanya perlu beraksi atau melakukan sesuatu
pergerakan sambil bercakap.
Contoh aktiviti: bermain guli, bermain pondok,
berjumpa doktor, menjadi askar dsb.

Tujuan Aktiviti Berlakon:


Membolehkan kanak2 bertutur dgn gaya, intonasi,
suara, nada dan sebutan yang betul.
Membolehkan kanak2 menggunakan bahasa dalam
situasi dan konteks tertentu yang betul.
Membolehkan kanak2 berhubung dgn orang lain
untuk menyatakan perasaan, kehendak dan
pengalaman.
 Lakonan berdasarkan permainan (bermain bola
sepak/bermain layang2)
 Lakonan spontan (lakonan yg tidak dirancang/tanpa skrip:
menjual ikan di pasar, mengenakan hukuman kpd orang
yg bersalah)
 Lakonan bersenikata
- Lakonan tidak bersengaja: kanak2 berlakon secara bebas
dgn menggunakan ayat/perkataan sendiri
- Lakonan bersengaja: murid2 berlakon berdasarkan
ayat/perkataan yg disediakan oleh guru.
 Lakonan patung (puppet)
- berbagai-bagai bentuk dan gaya bahasa lisan yg dapat
diperkenalkan.
- Murid2 juga boleh mengambil bahagian dgn selepas itu
dgn menggunakan bahasa mrk sendiri.
Sesi pernyataan (permulaan)
- Guru membincangkan secara ringkas isi dan jalan
cerita, peranan watak dan cara melakonkannya.
Sesi berlakon
- Pada peringkat ini murid sepatutnya telah tahu tugas
dan peranan masing2.
- Murid2 tidak perlu diganggu semasa berlakon,
biarkan mrk menggunakan bahasa sendiri dgn bebas
dan guru hanya memerhati dan mengenalpasti
kesalahan dan kelebihan yg berlaku.
- Komen boleh dibuat selepas sesi lakonan.
Sesi perbincangan
- Diadakan selepas berlakon.
- guru menyatakan kesalahan2 yg dilakukan.
- Perkara yg dinilai termasuklah penggunaan bahasa
dan kelancaran berkomunikasi.
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran lisan,
penggunaan BBM adalah berdasarkan kepada
keperluan sesuatu aktiviti.
Guru sepatutnya mempunyai kemahiran untuk
menyediakan aktiviti pengajaran lisan yang berkesan
untuk mencapai objektif yang dirancang sama ada di
dalam atau luar bilik darjah.
Guru2 sendiri haruslah memahami sepenuhnya
tujuan, objektif pengajaran lisan dan sentiasa
berusaha memperbaiki mutu pengajaran mrk.
Kamarudin Hj. Husin, (1999). Pengajaran Lisan:
Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Mohd. Sidin Ahmad Ishak, (1992). Keterampilan


berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2010/03/
pengajaran-kemahiran-mendengar-bertutur.html.
Diakses pada 7 September 2010.

Anda mungkin juga menyukai