Anda di halaman 1dari 10

MASALAH MURID-MURID DALAM PEMBELAJARAN

Antara factor-faktor yang mempengaruhi murid –murid dalam pembelajaran ialah :

Faktor –faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar.

Sikap yang kurang minat terhadap pelajaran.

Minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan


belajar .Murid-murid yang kurang minat dalam pembelajaran adalah amat sukar untuk
menarik perhatian ketika guru mengajar, sebaliknya Seseorang murid yang mempunyai
minat dan sikap positif terhadap pembelajaran akan menumpukan perhatian terhadap
aktiviti pengajaran guru,

Cara untukmengatasi masalah tersebut, guru- guru boleh menggunakan set induksi yang
menarik. Dengan ini dapat menarik perhatian murid-murid, lebih-lebih lagi wujudnya
suasana menarik dalam bilik darjah, guru juga boleh menyediakan alat bantu mengajar
yang berkaitan serta dapat menarik perhatian murid, Menggunakan pelbagai rangsangan
untuk mengekalkan minatmurid terhadap pembelajaran, serta membangkitkan naluri
ingin tahu murid dengan menggunakan teknik mennyoal dan kaedan inkuiri-penemuan.

Kurangnya Motivasi Dalaman

Motivasi dalaman, dikenali juga sebagai motivasi intrinsic, adalah diwujudkan daripada
rangsangan dalaman. Motivasi dalaman ini merupakan kesediaan belajar yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran .
Ia mendorong murid-murid ke arah mencapai sesuatu matlamat pembelajaran. Jika
seseoprang murid kurangnya motivasi dalaman ini adalah sukar untuk proses peringkat
permulaan dalam pembelajaran.

Mengikut Bruner (1966) , kanak-kanak yang baru masuk sekolah telah mempunyai dua
jenismotivasi dalaman , iaitu intrinsic ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan .
Kedua-dua intrinsic ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakan dan
meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan lebik aktif , mudah, seronok dan berkesan.

Kurang kemahiran asas dan pengalaman

Untuk mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, murid-murid hendaklah


memperoleh kemahiran asas atau penglaman yang berkaitan ; misalnya untuk belajar
operasi bahagi, seseorang murid hsrus menguasai asas operasi darab terlebih dahulu .
Begitu juga bagi murid yang berpengalaman dalam kehidupan di luar bandar akan lebih
bersedia dalam topik pertanian daripada murid-murid di dalam bandar . Justeru itu ,
kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan factor penting yang mempengaruhi
kesediaan belajar seseorang.

Kurang peka dan tumpuan semasa belajar.

Keadaan suasana dalam pembelajaran tidak sistematik, suram dan kurang tindakbalas
daripada pelajar. Dalan hal sedemikian rupa murid kurang tumpuan terhadap
pembelajaran.

Untuk mengatasi masalah tersebut guru hendaklah merancang pengajaran mengikut


kebolehan dan pengetahuan yang sedia ada . Hubungkaitkan kemahiran asas yang telah
dikuasai oleh murid dengan kemahiran baru yang akan dipelajari.

Gangguan emosi dengan ingatan.

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat , seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain.
Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama, iaitu
seronok ( gembira) atau kurang seronok ( sedih ) , dan cemas ( risau ) atau
tenang.Biasanya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan
mempunyai kecenderongan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang lebih
sedih atau kurang seronok.
Tentang factor cemas dan risau yang mempengaruhi pembelajaran pula ada kajian-kajian
yang berkaitan . Misalnya , Serason (1952) dalam kajiannya mendapati perasaan trhadap
peperiksaan ada kaitan rap[at dengan keberkesanan pembelajaran . Mengikut rumusan;

– didalam apa situasi pembelajaran, sama ada tenang atau cemas, murid yang
mempunyai emosi stabil memperoleh keputusan pembelajaran lebih baik
daripada murid di bawah emosi tekanan dan cemas.
– Di bawah situasi pembelajaran yang tenang , emosi yang stabil menunjukkan
kemajuan dalam pembelajaran , sedangkan emosi yang kurang stabilnya , kerana
ketegangan situasi pembelajaran, menunjukkan kemerosokkan prestasi dzlam
pembelajaran mereka.

Bagaimanapun, selain dari faktor peribadi, kecerdasan mental pula merupakan factor
penting yang mempengaruhi ingatan . Secara umumnya , murid yang mempunyai
kecerdasan tinggi pula mempunyai daya ingatan yang tinggi.
Mudah lupa

Mengikut Teori Kesanan ( Trace Theory ) yang diutarakan oleh ahli-ahli psikologi gestalt,
iaitu selepas aktiviti pembelajaran , imejnya akan tertinggal dalam otak . Sekiranya
latihan tidak lagi diadakan dalam sesuatu tempoh masa ,kesan yang tertinggal dalam otak
akan beransur kabur, dan dengan peredaran masa semakin lama ., kesan itu akan hilang
dalam ingatan atau dilupai.Terdapat banyak peristiwa dan pengalaman yang dialami
adalah dilupai dalam ingatan mengikut peredaran masa demikian. Misalnya, selepas baru
menonton suatu tayangan drama. Kita masih boleh mengingat kembali sebahagian besar
isi ceritanya. Tetapi, ingatan ingatan isi cerita akan semakin menjadi kabur semakin lama
mengikut tempoh masa beredar, hingga akhirnya tidak dapat mengingatnya lagi selepas
beberapa bulan atau tahun kemudian.

Cara-cara meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan lupaan.

– mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya


mudah diingati oleh murid-murid.. sehubungan ini, guru boleh mengaitkan bahan
pembelajaran baru dengan pengetahuan yang sedia ada serta gunakan alat Bantu
mengajar yang sesuia untuk meningkatkan kefahaman mereka, dan seterusnya
membentuk konsep dengan tepat.
– Mengajar dengan menggunakan panjan bahan pembelajaran yang berpatutan dan
memberi masa yang cukup untuk mengekalkan dalam ingatan dengan aktiviti
sokongan sebelum bahan pembelajaran baru diperkenalkan.
– Mengjar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar . Gunakan teknik
motivasi yang sesuai supaya murid merasa seronok semasa pembelajaran .
menggalakkan murid dengan memberi ganjaran serta elakkan hukuman yang akan
membunuh semangat murid-murid serta mengurangkan daya ingatan.

Kurang kemhiran berfikir

Adalah menjadi tanggapan umum bahawa perkembangan intelek akan membawa


perkembangan kemahiran berfikir. Bagaimanapun, untuk meningkatkan
kemahiranberfikir, teknik menyoal harus sring digunakandalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna ,selain daripada menggunakan soalan bertumpu untuk
mengembangkan daya intelek murid, guru digalakkan pul mengembangkan soalan
bercapah untuk membimbing murid berfiki secara analitik, kritik dan rsional.

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara


analitis ,kritis dan rasional boleh didapati daripada CoRT Thinking Programme yang
disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang
murid boleh dipertingkatkan melalui tekni8k-teknik seperti berikut:

– Mengadakan perbincangan di antara murid-murid dalam satu kumpulan kecil


dengan mempertimbangkan sesuatu ideaatau isu semasa dari segi kebaikannnya
dan kelemahannya.
– Menggunakam tekik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu
alternatif , kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesia atau
mendapat sesuaturumusan.
– Membimbing murid-murid supaya mempertimbangkan semua factor dalam proses
pilihan atau semasa membuat keputusan.
– Membimbing murid-murid meneliti segala akibat ( berikutan sesuatu tindakan )
yang berlaku dalam jangka masa pendek serta masa jangka panjang.

Rangsangan psikologi

Rangsangan psikologi merangkumi unsur-unsur termasuk analitik atau global, gerak hati,
refleksi dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan.murid yang mempunyai gaya
pembelajaran analitik ialah murid yang suka belajar sesuatu dengan secara teliti. Murid
jenis ini suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Manakala , murid
yang mempunyai gaya pembelajaran yang global suka belajar sesuatu dengan secara
keseluruhan, iaitu dia suka mengamati aspek-aspek atau perkara secara menyeluruh atau
holistik. Gaya pembelajaran yang mempunyai unsure gerak hati merujuk kepadagaya
pembelajaran murid yang bergantung kepada angina atau moodnya. Jika anginnya baik,
murid ini akan belajar bersungguh-sungguh ; kalau tidak, dia akan berangan-angan dan
tidak memberi tumpuan.

Untuk jadikan pembelajaran yang berkesan, guru harus sedar bahawa setiap orang murid
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu tiada satu sahaja kaedah mengajar
yang sempurna untuk mengajar semua mueid dalam satu kelas. Jadi strstegi pengajaran
yang diguynakan hendaklah bercorak pelbagai jenis. Sehubungan dengan itu , strategi
pengajaran yang berkesan ialah strategi berpusatan murid dan bahan . Bagaimanapun ,
mengikut kajian , strategi yang paling sesuai yang digunakan untuk mengatasi masalah
pelbagai perbezaan gaya pembelajaran murid – murid ialah pembelajaran masteri yang
meitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara perseorangan , berpasangan ,
kumpulan dan keseluruhan kelas . Pembelajaran masteri ini pula amat mementingkan
aspek perbezaan individu serta penggunakan pelbagai alat bantu mengajar.
ii) Sebutkan 9 cabaran guru Wawasan 2020, sebut dengan jelas.

Wawasan 2020 merupakan satu hasrat kerajaan untuk melihat sebuah negara maju
dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, politik, sosial dan
sebagainya. Namun, untuk melaksanakan negara maju, makmur, aman dan sentosa sudah
tentulah kita perlu menempuh dengan pelbagai onak dan ranjau. Tidak semestinya
kejayaan dan pembangunan yang dicitakan itu akan diperolehi dengan mudah. Perlu
menempuh pelbagai cabaran dan halangan. Kerajaan telah menggariskan 9 cabaran
Wawasan 2020 yang perlu ditempuhi.
Cabaran yang perlu kita tempuhi ialah untuk mewujudkan negara Malaysia
bersatu. Ini merupakan cabaran dan perkara penting dalam membina sebuah negara
maju. Ini kerana, negara maju akan terhasil apabila rakyatnya saling bersatu padu,
bekerjasama, bertoleransi, saling hormat menghormati dan banyak lagi. Apabila kata
sepakat dan persetujuan dicapai maka suatu kerja yang sukar akan menjadi mudah.
Apabila rakyat bersatu padu maka amat sukarlah pengkhianat membolosi negara untuk
memporak-perandakan masyarakat.
Di samping itu, cabaran seterusnya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang
berjiwa bebas dan maju. Ini kerana, kebebasan kepada rakyat untuk membuat
keputusan juga penting. Sekiranya kehendak rakyat disekat atau dihalang maka jiwa
mereka akan memberontak. Lama-kelamaan kemajuan yang diinginkan kurang mendapat
kerjasama dan tidak akan berjaya. Oleh itu, rakyat perlu diberi kebebasan untuk memilih
dan melakukan apa yang diingini selagi tidak menyalahi undang-undang negara.
Cabaran seterusnya adalah untuk mewujudkan masyarakat demokratik yang
matang. Walaupun rakyat diberi kebebasan untuk memilih dan membuat sesuatu
keputusan tetapi mereka perlu berfikir dengan akal yang logik dan fikiran yang waras.
Keputusan atau fikiran yang mengikut perasaan semata-mata tidak boleh diguna pakai.
Contohnya dalam pemilihan seseorang pemimpin perlu dinilai dari pelbagai segi agar
tampuk pemerintahan kelak akan memajukan semua rakyat.
Cabaran yang keempat adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika. Ini kerana tanpa akhlak dan tingkahlaku yang baik kemajuan sesebuah
negara boleh runtuh. Ini terjadi apabila adanya gejala sosial secara berleluasa maka
pelbagai wabak penyakit yang tidak ditemui ubatnya timbul. Secara tidak langsung mutu
kerja dan kualiti tidak dapat ditingkatkan.
Untuk menghadapi Wawasan 2020, kita juga menghadapi cabaran untuk
mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Ini kerana rakyat semakin tamak
dan berlumba-lumba untuk membina kekayaan tanpa berfikir kepada insan yang kurang
bernasib baik. Senario hari ini melihat orang yang berharta semakin berlimpah- ruah
harta dan rezekinya. Sedangkan golongan yang kurang mampu berlumba-lumba
mengharapkan bantuan tanpa ingin berusaha dengan titik peluh sendiri. Alangkah
bangganya pemimpin dan rakyat seandainya golongan yang berada menolong golongan
yang kurang bernasib baik. Manakala, golongan yang kurang mampu ini bercita-cita
ingin memajukan diri tanpa meminta ehsan dari orang lain. Ini bermakna ada pertalian
diantara kedua golongan. Apabila sikap toleransi ini berjaya dipupuk tidak mustahil
hasrat kerajaan pada tahun 2020 akan tercapai.
Malah, negara juga menghadapi cabaran dalam mencapai hasrat 2020 iaitu
untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Cabaran saintifik bermaksud
halangan dalam melakukan sesuatu mengikut kaedah dan sains. Ini terjadi apabila
sesetengah individu masih belum dapat menerima perubahan masa kini yang
menjimatkan masa, tenaga dan kewangan. Contohnya dalam bidang pembangunan telah
terdapat kaedah moden untuk menggaul simen. Namun, masih ada individu yang tetap
menggunakan kaedah lama di mana mengambil masa, tenaga dan pengeluaran kewangan
yang banyak. Manakala progresif bermakna perubahan menuju ke arah pembaikan dan
kemajuan negara. Sikap ini penting bagi kita merealisasikan Wawasan 2020.
Cabaran seterusnya ialah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi. Ini kerana apabila negara menuntut kepada kemajuan dan
pembangunan maka, pekerja dan rakyat terpaksa bertungkus-lumus bekerja untuk
mencapai hasrat kerajaan. Jadi, masa banyak dihabiskan untuk bekerja dan kerja yang
belum disiapkan. Akibatnya, rakyat tidak berpeluang mengenali dan bertanya khabar
sesama mereka sama ada jiran dan saudara. Apabila sesuatu musibah berlaku terhadap
seseorang individu mereka tidak mengetahui dan mengambil berat. Sikap mementingkan
diri bermaharajalela dikalangan rakyat. Kempen masyarakat penyayang yang dicetus
pemimpin hanya sekadar laungan tanpa diimplikasi oleh rakyat.
Negara juga menghadapi masalah untuk mewujudkan masyarakat yang adil
dalam bidang ekonomi. Apabila negara semakin maju dan membangun maka rakyat
menuntut kepada sumber pendapatan yang tinggi. Maka, pelbagai cara akan dilakukan
untuk meningkatkan taraf hidup tanpa memikirkan sumber baik atau salah disisi undang-
undang. Gejala rasuah dan sebagainya semakin berleluasa. Ini akan menyukarkan
kerajaan untuk mendidik rakyat agar bersikap adil dalam mencari rezeki.
Untuk mewujudkan masyarakat yang makmur, dinamik, giat dan gentar
juga menjadi masalah kepada kerajaan dalam mencapai hasrat Wawasan 2020. Hasrat
tersebut tidak akan tercapai andainya masyarakat sendiri terumbang-ambing dalam
menuju hala tuju hidup sebenar. Seandainya sikap tersebut disemai dikalangan muda-
mudi nescaya kita akan menjadi rakyat yang bersikap mulia.
Oleh itu, seandainya kita rakyat yang betul-betul sayangkan tanahair, maka
seharusnya sama-sama memastikan agar Wawasan 2020 tercapai tanpa sebarang cabaran.
Ini semua penting agar kita dapat mengecapi nikmat kemajuan dan pembangunan negara
di masa akan datang.

SOALAN 4:
Apakah peranan atau sumbangan guru dalam era globanisasi kini?

Sebelum tahun 2000, guru merupakan insan yang mulia, disegani, disanjungi, dan
dihormati oleh masyarakat. Masyarakat memandang tinggi dan mengangkat darjat warga
pendidik diseluruh pelusuk tanahair. Namun kini, semua sudah berubah. Penghormatan
dan sanjungan masyarakat terhadap para guru semakin hilang. Kadangkala guru dicop
pengkhianat anak-anak bangsa sendiri.‘Dulu lain sekarang lain’ merupakan ungkapan
yang sesuai diletakkan pada kenyataan di atas. Penat lelah guru dalam mencurahkan ilmu
kepada pelajar seolah-olah tidak dihargai oleh masyarakat.. Guru takut untuk terus
bergelar sebagai seorang guru. Sedangkan mereka mempunyai peranan yang cukup besar
dalam arus globanisasi kini.
Sememangnya tidak dinafikan, guru pada masa ini memainkan peranan yang
cukup besar dalam mendidik pelajar. Mereka bertanggungjawab dalam dalam membina
masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan. Dalam gelombang arus kemodenan
yang semakin rancak ini, pelajar perlulah diajar dengan ilmu teknologi maklumat, sains
dan sebagainya dimana amat penting untuk masa akan datang. Mungkin pada masa ini,
ilmu teknologi maklumat yang penting dinegara kita namun pada masa akan datang
muncul lagi ilmu baru yang lebih diperlukan dari masa sekarang. Justeru, guru perlulah
peka dalam mendidik pelajar. Terdapat segelintir pelajar yang mendapat ilmu
menyeleweng dari landasan yang betul. Disekolah mereka mendapat ilmu yang berguna
namun diluar waktu sekolah terpengaruh dengan ‘ilmu barat’ dan pelbagai anasir buruk
yang tidak bertepatan ke arah pembangunan negara. Maka, kita selaku guru dimana orang
kedua selepas ibu bapa perlulah bersungguh-sungguh dalam mencurahkan ilmu
pengetahuan demi kehidupan mereka dimasa akan datang.
Di samping itu, guru juga berperanan dalam merealisasikan kemajuan negara.
Pelajar yang dididik pada hari ini adalah pemimpin untuk hari esok. Masa depan negara
ditangan mereka. Jatuh bangun negara di bawah acuan pelajar hari ini. Seandainya ilmu
yang di ajar bertepatan dengan kemajuan negara maka, negara kita sudah pasti akan terus
mengalami pembangunan pesat lebih dari hari ini. Contohnya ilmu sains dan teknologi
yang amat penting untuk kemajuan negara. Hasrat Wawasan 2020 akan tercapai
seandainya pelajar yang dididik dengan ilmu yang mencukupi. Umpamanya, pelajar
kursus jurutera yang dididik dengan ilmu agama kemungkinan akan membina sebuah
negara maju yang berlandaskan kepada syariat Islam. Maka, sudah pasti negara ini akan
mencapai kemajuan seandainya pelajar hari ini di asuh dengan ilmu yang betul.
Di samping itu, guru juga bertanggungjawab untuk menyedarkan pelajar
tentang peranan mereka pada hari ini dan akan datang. Kederan ini penting bagi
mengelakkan mereka terjerumus ke arah perkara yang sia-sia. Pada hari ini, mereka
berperanan dengan menimba ilmu sebaik mungkin. Pada hari esok, mereka berperanan
menggerakkan agama, bangsa dan agama ke arah ynag lebih maju serta berlandaskan Al-
Quran dan Hadis selari dengan kemajuan negara. Mereka tidak sepatutnya terjebak
dengan kancah maksiat dan menyalahi undang-undang. Nmaun, kebanyakan pelajar hari
ini, semakin berani mencuba perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri. Akhirnya
masa depan mereka terumbang-ambing kerana tidak mengetahui peranan sebenar yang
terpikul di bahu mereka.
Walaupun kita telah merdeka selama 48 tahun, namun guru perlu memupuk
semangat kecintaan kepada negara di kalangan pelajar. Kemerdekaan, kemajuan dan
pembangunan negara pada hari ini perlu berterusan untuk selamanya. Mereka perlu di
ajar agar tidak menjadi perosak dan pengkhianat negara. Tetapi, sebagai pejuang bagi
mengekalkan kemerdekaan dan kalimah Allah yang telah lama bertapak di tanahair.
Seandainya pelajar tidak di pupuk dengan semangat ‘patriotisme’ maka tidak hairanlah
suatu hari nanti kemerdekaan hari ini akan musnah.Anak bangsa menagih simpati di
negara sendiri. Betapa, sedihnya kita seandainya negara yang telah merdeka, dijajah
kembali. Bukan senang untuk mendapat kemerdekaan ini. Maka, guru perlulah
menitikberatkan seamngat kecintaan tanahair dan berbangga dengan tanahair sendiri
bukannya berbangga dengan negara barat yang ingin merosakkan anak bangsa kita.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan Wawasan 2020, guru hendaklah menyemai
semangat perpaduan kaum dikalangan pelajar. Semangat ini penting agar kaum-kaum
yang terdapat di negara kita dapat bersatu padu, bertoleransi, bertimbang rasa dalam
merealisasikan hasrat tersebut. Sebarang perbuatan jenayah dan unsur mengkhianati
negara dapat diatasi seandainya ada sifat-sifat teresbut. Kesedaran perpaduan kaum akan
menyelamatkan kita dari sebarang pengkhianatan anasir luar. Maka, guru perlu
menitikberatkan semangat ini agar sama-sama dapat menyelamatkan tanahair seandainya
sesuatu perkara buruk berlaku. Bikan hanya dengan menuding jari semata-mata. Seperti
kata pepatah ‘cubit paha kanan paha kiri terasa jua’. Ini penting agar keselamatan, hasrat
dan kemajuan untuk pembangunan negara akan berhasil.
Oleh yang demikian, guru selaku pendidik anak bangsa haruslah berusaha
menyumbangkan peranan di era globanisasi ini. Ini semua agar martabat kita sebagai
pendidik akan dijulang kembali.

Anda mungkin juga menyukai