Anda di halaman 1dari 7

Kajian ict

PENGENALAN

Penggunaan teknologi elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang selaras dengan

kemajuan teknologi tersebut. Bermula dengan penggunaan radio dalam pendidikan pada tahun 1930-an diikuti

dengan penggunaan televisyen pada tahun 1950-an, dan komputer pada tahun 1960-an (Mohamad, 2004).

Pengunaan komputer, khususnya, telah mengalami perkembangan yang pesat setelah terciptanya

komputer peribadi atau PC pada akhir tahun 1970-an. Kemampuan teknologi komputer dalam mengendalikan

maklumat digital terutamanya dalam bentuk multimedia dan diintegrasikan dengan kemampuannya dalam

komunikasi atau rangkaian digital menjadikan teknologinya begitu penting dalam pengendalian maklumat dan

komunikasi (ICT) (Mohamad, 2004).

ICT ialah singkatan daripada information and communication technology iaitu teknologi maklumat dan

komunikasi yang bermaksud satu kepelbagaian set alat-alat dan sumber teknologi untuk berkomunikasi, mencipta,

menyimpan dan juga untuk menguruskan maklumat. Teknologi ini merangkumi komputer, internet, teknologi

penyiaran (radio, dan televisyen), dan aspek-aspek telekomunikasi terutama telefon.

Beberapa aplikasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendapat maklum balas yang

baik kepada organisasi (Paul, 2001). Perkembangan teknologi di seluruh dunia secara berperingkat akan memaksa

komuniti untuk mengikut perkembangan teknologi dengan menggunakan ICT apabila melaksanakan strategi-

strategi diorganisasi.

Maklumat dan teknologi komunikasi dalam pengurusan pembelajaran mendatangkan sedikit sebanyak

kontroversi (Paul, 2001). Iaitu akibat daripada anjakan zaman dari zaman dahulu ke zaman moden iaitu zaman era
teknologi. Pelbagai cabaran yang timbul dalam dunia pendidikan berikutan dengan perubahan masa tersebut.

Munculnya era teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih ini, kehidupan manusia semakin mencabar

dan memaksa manusia bersaing dan bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi untuk mencapai cita-cita

masing-masing.

Latar Belakang Masalah

Kajian ini cuba mengupas beberapa isu tentang ciri-ciri penggunaan ICT serta tahap kepenggunaannya

dalam proses pembelajaran pelajar. Isu-isu ini secara langsung berkaitan dengan kesediaan pengetahuan ICT kepada

guru pelatih di KUSZA sebelum bergelar guru. Seperti mana yang kita ketahui perkembangan ICT dalam dunia

pendidikan masa kini sangat hebat. Oleh yang demikian, para guru pelatih perlu mengetahui cara penggunaan ICT

demi masa depan.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran serta corak

pembelajaran pelajar melalui penggunaan ICT. Satu kajian yang menyeluruh untuk melihat sejauh manakah

fenomena teknologi maklumat yang berkembang dengan pesatnya di negara ini mempengaruhi pembelajaran

pelajar. Hal ini adalah kerana kebanyakan para pelajar masih menggunakan ICT untuk tujuan-tujuan tertentu, tidak

begitu meluas lagi seperti mana yang diharapkan.

Tumpuan corak penggunaan ICT di Institusi penagajian tinggi lebih kepada untuk menyiapkan kerja

kursus yang diberikan oleh para pensyarah. Dari segi penggunaan ICT untuk tujuan berkomunikasi, kebanyakan

para pelajar menumpukan corak penggunaan kepada ‘chit-chat’ sahaja. Namun begitu, segelintir pelajar sudah

mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian komputer.


Penggunaan ICT tidak terbatas di kalangan pelajar sahaja, bahkan penggunaannya turut meliputi

sebahagian besar sistem pentadbiran KUSZA. Oleh yang demikian, penggunaan ICT telah lama wujud di kalangan

pelajar KUSZA. Penggunaan ICT didapati agak meluas di kalangan pelajar KUSZA sama ada yang mengambil

kursus khas dalam bidang teknologi maklumat yang menggunakan khidmat komputer secara menyeluruh ataupun

yang mengambil kursus dalam bidang keagamaan.

Walaupun terdapat ramai di kalangan pelajar yang mempunyai pengetahuan serta mahir dalam bidang ICT, masih
ada pelajar-pelajar yang tidak mengaplikasikan kemudahan penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka.
Walaupun wujud kursus yang disediakan oleh pihak KUSZA bagi mereka yang bukan dalam bidang IT , ianya masih
lagi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar yang masih ‘mentah’ dalam penggunaan komputer. Ini
disebabkan kursus yang diserapkan kepada para pelajar ini hanya menekankan aspek pengetahuan asas komputer
sahaja. Asas-asas yang diajarkan kepada pelajar masih belum mencukupi untuk menjadikan pelajar berani mendekati

penggunaan kemudahan ICT.

Begitu juga apa yang berlaku dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan oleh para

pensyarah KUSZA, di mana para pelajar hanya menggunakan khidmat ICT untuk mencari bahan serta menyiapkan

kerja khusus semata-mata. Tiada inisiatif untuk mereka menggunakan kelebihan yang terdapat dalam ICT untuk

dimanfaatkan dalam keseluruhan pembelajaran mereka. Demikian hal terjadi disebabkan sistem pembelajaran yang

berteraskan kepada buku dan kitab sahaja.

Keadaan sedemikian di KUSZA adalah berlainan berbanding situasi di sekolah sama ada di sekolah

rendah mahupun di sekolah menengah, di mana penggunaan ICT walaupun tahapnya telah diperkembangkan

namun, masih lagi tidak memberangsangkan. Masih terdapat pihak sekolah yang belum menyediakan kemudahan

ICT yang secukupnya bagi para pelajar.

Perbezaan penekanan dalam penggunaan ICT di kalangan sekolah-sekolah didapati agak ketara di

kawasan bandar berbanding di kawasan luar bandar. Malahan kalau dikaji secara mendalam akan terdapat pelajar
khususnya yang berasal dari kawasan luar bandar yang ternyata masih belum menyentuh hatta belum lagi mengenal

komputer walaupun telah menghabiskan alam persekolahan mereka.

Permasalahan Kajian
Beberapa permasalahan yang timbul dalam kajian ini telah digariskan oleh
penyelidik dalam mengkaji lebih jauh tentang penggunaan ICT di kalangan pelajar
BAB 4
DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan keputusan-keputusan yang telah diperolehi daripada daripada

kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap penggunaan ICT dalam

pembelajaran. Kajian telah memilih seramai 43 responden iaitu, 7 lelaki dan 36 perempuan yang terdiri daripada

pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, semester (6) di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

Dapatan kajian adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, penguasaan, serta tujuan dan

aplikasi ICT oleh pelajar dalam pembelajaran mereka. Pandangan mereka berkenaan tahap kesedaran ICT telah

dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik.

Soal selidik merangkumi 4 bahagian iaitu, latar belakang responden, kekerapan penggunaan kemudahan

ICT dalam pembelajaran responden, tujuan dan aplikasi terhadap kemudahan ICT serta tahap kesedaran penggunaan

ICT.

Sebanyak 43 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dalam membendung situasi mereka

selama 1 minggu untuk mmemberikan respon. Sebanyak 40 borang soal selidik telah dikembalikan kepada

penyelidik mengikut tempoh yang diberikan . Jumlah 40 borang soal selidik mewakili 100% responden.

Jadual-jadual berikut adalah pecahan keputusan yang diperolehi berdasarkan soal selidik:
Penganalisa Data
Pengumpulan data telah dilakukan berdasarkan skor-skor yang diperolehi daripada jawapan keseluruhan

aspek. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan data dengan peratusan sebagai penilaian statistik. Berikut

adalah dapatan yang diperolehi daripada data tersebut:-

i.

Pengumpulan data telah dilakukan berdasarkan skor-skor yang diperolehi daripada jawapan keseluruhan

aspek. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan data dengan peratusan sebagai penilaian statistik. Berikut

adalah dapatan yang diperolehi daripada data tersebut:-

i. Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Profil para responden dalam jadual ini terdiri daripada 40 orang pelajar iaitu 6 orang pelajar lelaki dan 34

orang pelajar perempuan. (47.5%) daripadanya berumur 20 tahun dan (37.5%) berumur 21 tahun. Manakala baki

yang selebihnya adalah sebanyak (12.5%) yang berumur 22 tahun dan (2.5%) yang berumur 25 tahun. Kebanyakan

responden terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 21 ke bawah. Dari segi penempatan pula,
sebanyak (57.5%) ataupun seramai 23 orang pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Dan yang selebihnya sebanyak

(42.5%) atau 17 orang pelajar lagi tinggal di kawasan luar bandar.

Taraf sosio-ekonomi responden


Berikut pula adalah dapatan kajian mengenai taraf sosio-ekonomi para responden

ii. Berdasarkan jadual di atas, pekerjaan bapa responden mencatat angka tertinggi dalam bekerja dengan kerajaan
iaitu sebanyak (35%) angka terendah pula adalah sebanyak (2.5%) dalam bidang swasta. Manakala bagi pekerjaan
ibu responden pula angka tertinggi iaitu sebanyak (70%) mewakili suri rumah, dan angka terendah adalah dalam
bidang petani dan sendiri dengan masing-masing (5%). Dari segi pendapatan pula, kebanyakan responden
meletakkan sebanyak (52.5%) yang mewakili RM500-RM1000 perolehan sebulan.

Keseluruhannya responden adalah terdiri dari kalangan mereka yang taraf sosio- ekonomi dipertengahan

dan golongan yang sederhana berdasarkan data-data yang diperolehi oleh penyelidik.

iii.
Pendedahan responden terhadap ICT
Penyertaan Kursus ICT Sebelum KUSZA

Anda mungkin juga menyukai