Anda di halaman 1dari 24

Keterangan

Bentuk Logo

Logo ini terdiri dari sebuah bulatan penuh yang bergabung dengan sebuah bulatan bujur yang
disulami dengan bentuk bintang bersegi empat belas yang berbingkai warna merah berlatar
belakangkan warna putih serta bertulisan arab warna hitam yang bermaksud ASYRAAF.
Sebahagian bulatan penuh yang bergabung dengan bulatan bujur itu berlatarkan warna
kuning. Dibahagian bawah yang seakan bentuk bulan sabit itu berwarna biru dan bertulisan
perkataan "MALAYSIA" berwarna putih, manakala dibahagian atas bulatan bujur yang
bergabung dengan bulatan penuh yang berwarna hijau dan terdapat tulisan perkataan
"Persatuan Kebajikan Asyraaf" berwarna putih..

Bentuk Bendera

i) Bendera berbentuk segi empat tepat.

ii) Saiz bendera Panjang 6 kaki X Lebar 3 kaki.

iii) Akan mempunyai logo tersebut ditengah-tengahnya bendera.

iv) Latar belakang bendera Putih.

Tafsiran

i) Bentuk

1. Bulat menunjukkan golongan muda sebagai penggerak.

2. Bujur menunjukkan golongan tua yang bersemangat.

3. Bujur bergabung bulat menunjukkan golongan tua yang menunjuk ajar golongan muda

4. Bintang bersegi empat belas menunjukkan empat belas negeri dalam Malaysia.

5. Bulan sabit Hijau dan Biru bertindih bermaksud Islam dan perpaduan tidak boleh
dipisahkan.

ii) Warna

1. Hijau diatas menunjukkan Islam agama rasmi negara dan wajib dijunjung oleh setiap
Muslim

2. Kuning ditengah menunjukkan raja sebagai identiti kemelayuan.

3. Putih menunjukan keikhlasan hati dalam melaksanakan tugas.

4. Merah menunjukkan keberanian yang tinggi dalam menegakkan kebenaran.


5. Biru menunjukkan perpaduan sesama sendiri, mengelakkan perpecahan.

6. Hitam menunjukan keyakinan dalam menjalankan amanah

iii) Tulisan

1. Tulisan Persatuan Kebajikan Asyraaf bermaksud nama persatuan ini.

2. Tulisan MALAYSIA bermaksud negara Malaysia

1.0

Pengenalan.

Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang


guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor
utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai
subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan bilik darjah
haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek utamanya.
Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru untuk mengkaji
latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.
Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
mengurus sebuah bilik darjah, maka dalam kajian ini penulis cuba
mengkaji “Aplikasi Sosiologi Dalam Pengurusan Bilik Darjah”. Skop
kajian lebih tertumpu kepada mengkaji struktur sosial di dalam bilik
darjah iaitu guru dan pelajar.
Kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu; bahagian
pertama, mengkaji latarbelakang pengurusan bilik darjah; bahagian
kedua, mengkaji teori-teori sosiologi yang boleh diguna pakai dalam
pengurusan bilik darjah dan bahagian ketiga, menghuraikan
mengenai aplikasi teori sosiologi dalam menangani isu pengurusan
bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialah rumusan.
Dalam bahagian pertama, huraian kajian lebih memfokuskan
kepada komuniti di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah,
latarbelakang dan peranan setiap anggota komuniti. Dalam konteks
ini, subjek yang dikaji terdiri daripada guru dan pelajar. Selain itu,
teknik-teknik pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru
di dalam bilik darjah turut diterangkan.
Dalam bahagian kedua pula, tumpuan kajian adalah mengenai
teori-teori sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalam
pengurusan bilik darjah. Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas
dan aplikasi pengunaannya diterangkan secara mendalam dalam
bahagian yang seterusnya.
Manakala, dalam bahagian ketiga pula huraian menjurus
kepada pengunaan teori sosiologi dalam menangani isu-isu
pengurusan bilik darjah. Dalam bahagian ini kajian juga menumpu
pada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan
bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampir keseluruhan sub topik yang
dihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topik dalam bahagian
pertama.
Bahagian terakhir pula ialah rumusan. Bahagian ini memberi
kesimpulan keseluruhan mengenai tajuk dan skop kajian yang dikaji.
Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat digunakan oleh para
guru dan juga para pelajar bidang perguruan dalam memahami
konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke arah
menghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dengan lebih berkesan.
Latar Belakang Pengurusan Bilik Darjah

2.1

Pengenalan

2.2 Konsep Bilik Darjah

 . Ciri-Ciri Sekolah Berkesan

Ciri disitilah sebagai tanda atau sifat yang khusus pada sesuatu yang membezakan
dengan yang lain. Dalam kajian awal behubung dengan konsep sekolah berkesan di
kebanyakan negara, telah dapat mengenalpasti lima hingga tujuah ciri yang difikirkan
membezakan sekolah berkesan daripada sekolah yang kurang dan tidak berkesan.
Pada tahun tujuh puluhan, terdapat lima ciri yang dikemukakan oleh para penyelidik.

Brookpver dan Lezotte (1979) dan Broojkover (1979), telah meletakkan ukuran asas
sekolah berkesan sebagai tanada, iaitu (1) memberi penekanan kepada penguasaan
kemahiran asas di kalangan pelajar, (2) janagkaan tinggi terhadap pelajar, (3)
kepemimpinan pentadbiran yang kuat, (4) pemantauan tentang kemajuan pelajar, dan
(5) iklim yang kondusif untuk belajar. Ternyata kelima-lima ciri tersebut berhubungan
dengan aspek-aspek kepemimpinan dan peranan aspek keguruan.

Sekitar tahun lapan puluhan, terdapat beberapa orang penyelidik lain seperti Gauthier
(1982), Shoemaker(1982) dan Villanova (1984) telah mengenal pasti beberapa set dan
seterusnya mengembangakan ciri-ciri tersebut seperti berikut, iaitu (1) persekitaran
sekolah yang selamat dan tersusun, (2) misi sekolah yang jelas, (3) kepemimpinan
pengajaran, (4) jangkaan tinggi, (5) peluang belajar, (6) sering membuat pemantauan
ke atas pelajar, dan (7) perhubungan positif antara sekolah dan rumah.

Manakala Purkey dan Smith (1983), membuat satu kajian secara literatur, dan
mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan Smith telah membahagikan 13 ini
kepada dua struktur, antaranya strukrtur pertama terdapat sembilan ciri sekolah
berkesan yang berkaitan dengan struktur organisasi, dan struktur kedua terdiri
daripada empat ciri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait
pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah. 

1. Penekanan kepada pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik;

1. Kepemimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau
guru-guru lain;

1. Kestabilan staf;

1. Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran;

1. Penglibatan dan sokongan ibu bapa;

1. Pengiktirafan tentang kejayaan akademik;

1. Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran akademik
dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik; dan

Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.

 Manakala pembolehubah proses pula dimaksudkan oleh Purkey dan Smith adalah
seperti:

1.  
2. Perancangan kolaboratif dan perhubungan kerja yang baik dan berkesan;

1. Perasaan komuniti;

1. Matlamat yang jelas dan jangkaan tinggi; dan


1. Disiplin berdasarkan peraturan yang jelas dan dilaksanakan dengan adil.

 Abdul Karim bin Mohd. Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah
sekolah menengah luar bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah
berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri tersebut ialah: (1) kemahiran
kepemimpinan pengetua, (2) persepsi peranan pengetua, (3) pengalaman sebagai
pengetua, (4) strategi pembangunan yang digunakan oleh sekolah, (5) penglibatan ibu
bapa, (6) jangkaan guru terhadap pelajar, (7) sikap guru terhadap pelajar, (8)
pandangan guru terhadap sekolah, (9) disiplin pelajar, (10) penggunaan sumber
sekolah, (11) persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan, dan kepuasan guru
dengan pelajar.

Sementara Rahimah dan Zulkifli (1996) pula menggunakan empat kriteria untuk
mengukur iklim sekolah berkesan, antaranya termasuklah (a) Perhubungan
interpersonal, (b) Pengajaran dann pembelajaran, (c) pentadbiran, dan (d) Kemudahan
fizikal. Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai
iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding
dengan sekolah yang tidak berkesan.

Dalam konteks yang lain, terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan untuk
membandingkan sekolah berkesan di 27 buah negara yang menggunakan beberapa
kategori pembolehubah (Scheerens dan Boskeer, 1997). Apa yang dimaksudkan
dengan pembolehubah ialah pembolehubah input dan output dan pembolehubah
proses. Pembolehubah input dan output adalah melibatkan ibu bapa, saiz kelas dan
pendidikan perguruan yang telah dan akan diterima oleh seseorang guru. Sementara
pembolehubah proses merangkumi kepemimpinan pengetua, penglibatan pengetua,
penilaian guru, masalah di sekolah, prosedur penilaian dan fokus kepada kemahiran
penyelesaian masalah. Dalam hubungan yang sama, konteks pembolehubah bilik
darjah merangkumi masa untuk mengajar, masa untuk bacaan, kerja rumah, startegi
pengajaran, penilaian kemajuan dan penilaian keperluan.

  

3.2 Citra Arkitektur: Merangka Matlamat-Matlamat Sekolah

Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian


matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang
ada di sekolahnya. Sekolah-sekolah yang efektif biasanya mempunyai matlamat dan
misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga
staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi
mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Beberapa objektif diselaraskan dengan
setiap daripada skopnya mudah dikelolakan dan ini merupakan cara terbaik bagi
menuju arah hala matlamat.

Dalam merangka matlamat-matlamat sekolah, data pencapaian prestasi pelajar yang


lepas dan tanggungjawab guru-guru perlu diambil kira serta digabungkan untuk
menuju ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan. Sumbangan serta penglibatan
guru-guru dan ibubapa amat penting ke arah pencapaian matlamat. Pencapaian
matlamat yang ditetapkan seharusnya boleh dijelaskan dalam UPSR (Brookover,
Schweitzer, Schneider, Beady, Fliid, Wisenbaker, 1978; Clark, 1980, Bossert et al,
1982).

3.5 Citra Doktor: Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar

Sekolah yang efektif dari segi pengajarannya memberi penekanan yang utama
terhadap piawaian dalam ujian (standardized testing). Ujian-ujian ini digunakan untuk
mendiagnosis program pendidikan dan mengesan kelemahan pelajar, untuk menilai
semula program pendidikan hasil daripada perubahan dan pembaharuan yang
dilaksanakan dalam program pengajaran, dan bagi guru-guru memberi tugasan kepada
pelajarnya di bilik darjaha. Guru besar bolehlah memainkan peranan penting dalam
bidang ini dengan berbagai cara. Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan
dalam melaporkan kemajuan pelajar, menggunakan markah ujian untuk membuat
keputusan tentang penyelesaian masalah pelajaran di sekolah, berbincang secara
terbuka dan dengan guru secara individu.

Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara
terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padar
(Edmonds, 1979; Stallings, 1980; Stallings dan Mohlman, 1981; Brookover et al,
1982; Purkey dan Smith, 1982, Hallinger dan Murphy, 1987).

3.6 Citra Pengawas: Mengawal dan Melindungi Waktu Pengajaran

Kajian yang telah dijalankan oleh Stallings (1980) dan para pengkaji lain mengenai
peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran telah menarik perhatian tentang
pentingnya mengawal dan melindungi waktu pengajaran dari gangguan. Pengurusan
serta susun atur bilik darjah yang baik dan kemahiran pengajaran guru akan memberi
kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Begitu juga, jika waktu
pengajaran kerapkali diganggu dengan kelewatan pelajar masuk ke kelas,
pengumuman dari pembesar suara, guru atau pelajar dipanggil ke pejabat dan
sebagainya. Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan
melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan (Wynne, 1980,
Stallings, 1980; Stalling dan Mohlman, 1981; Bossert et la, 1982).

3.7. Citra Penjaga: Selalu Kelihatan di Kawasan Sekolah

Dalam konteks ini guru besar memberi petunjuk kepada guru-guru dan para pelajar
mengenai prioriti di sekolah. Walaupun guru besar tidak mempunyai banyak masa
senggang dalam tugasnya tetapi guru besar berupaya memperuntukkan waktu untuk
berada di kawasan sekolah (visibility) dan membuat rondaan di bilik darjah. Dengan
cara ini interaksi di antara guru besar dangan guru-guru serta para pelajar dapat
ditingkatkan. Ini akan memberi kesan yang positif terhadap tingkah laku pelajar dan
pengajaran di bilik darjah (Clark, 1980, Brookover et al, 1982).

3.7. Citra Keibubapaan: Intensif Kepada Guru

Guru besar dengan budi bicaranya boleh membuat beberapa pilihan terbuka mengenai
pemberian insentif kepada guru-guru. Pergerakan gaji secara menegak atau melintang
dalam Sistem Saraan Baru (SSB) dan mecalonkan nama bagi memegang jawatan
sebagai penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong
kanan kokurikulum, penyelia petang ataupun guru pakar merupakan pilihan alternatif
yang terbuka untuk guru besar memberi insentif dan motivasi kepada guru-guru.

Walau bagaimanapun, satu kajian mengenai kesan relatif antara insentif berbentuk
wang dengan pujian dan penghargaan telah dijalankan dan didapati insentif berbentuk
wang sedikit sahaja mengatasi pujian dan penghargaan sebagai ganjaran. Ini
mencadangkan bahawa guru besar seharusnyua menggunakan kedua-dua kaedah
dengan cara yang terbaik dengan memberi insentif atau pujian serta penghargaan
kepada guru yang berhak menerimanya (Latham dan Wexley, 1981).

3.8. Citra Penyokong: Menggalakkan Peningkatan Profesional

Pengetua atau guru besar boleh menggunakan pelbagai cara sebagai sokongan kepada
guru-guru dalam usaha memajukan pengajaran. Guru besar boleh mengenal pasti
keperluan, merancang atau memaklumkan kepada guru-guru tentang peluang-peluang
kursus untuk memajukan perkembangan profesional mereka. Sehubungan dengan itu
guru besar boleh menggalakkan guru-guru menyertai seminar atau bengkel di luar
sekolah serta mendapatkan tenaga pakar dari luar sekolah untuk tujuan pembangunan
staf yang berkait rapat dengan matlamat-matlamat sekolah (Clark, 1980, Brookover et
al, 1982; Little, 1982).

3.9. Citra Penyuguh: Menyediakan Ganjaran Untuk Pelajar

Fungsi terakhir guru besar dalam kepemimpinan pengajaran adalah untuk memajukan
dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar. Guru
besar berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah dan
pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan. Justeru itu, para pelajar sentiasa
diberi peluang menerima ganjaran sebagai tanda menghargai peningkatan pencapaian
akademik mereka dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan
pencapaian akademik mereka dengan lebih cemerlang. Hadiah yang diberikan tidak
perlulah yang mahal-mahal tetapi yang pentingnya pelajar-pelajar ini dihargai dan
dipuji dihadapan guru-guru dan rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar yang berpotensi
cemerlang dalam bidang akademik perlu diberi peluang dihargai dan dipuji di kelas
dan di perhimpunan mingguan sekolah (Brookover et al, 1979, Wynne, 1980;
Hallinger, 1984).

4. Kesimpulan

Suka saya menyimpulkan kertas kerja ini dengan sebuah potret yang telah dirumuskan
oleh Sara Lighfoot dalam bukunya The Good High School (1984). Sara telah
melakukan kajian etnografi terhadap enam buah sekolah yang dianggapnya paling
berkesan di Amerika Syarikat. Lihat Ilustrasi potret berikut:

Dalam tiap-tiap sekolah yang dikaji, kami dapati beberapa gambaran berkenaan
kebaikan pendidikan.. Kami dapati bahawa sekolah yang baik mempunyai ideologi
yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari tekanan-tekanan
luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Apa yang dipersepsikan sebagai
kepimpinan terasing sebenarnya disemak oleh perkongsian dan pakatan antaran
ahli-ahli yang mempunyai kemesraan dan kepercayaan yang unggul antara satu
dengan yang lain. Kami juga mendapati bahawa sekolah yang berkesan memberi
ruang kebebasan kepada guru-guru untuk menyuarakan kehendak dan kebebasan
mereka, menyediakan ruang yang luas bagi penyertaan dan tanggungjawab dan
melengkapkan mereka supaya tidak dipandang secara stereotaip seperti yang biasa
digambarkan terhadap profesion keguruan pada masa kini.

Dalam sekolah yang berkesan pelajar-pelajar melaui proses pendidikan dan


pemerhatian yang baik dari guru. Guru-guru mengenali setiap murid dengan
secara rapat serta memahami kehendak-kehendak golongan remaja sebagai satu
perkembangan psikologi yang naturl. Keselesaan perhubungan dengan pelajar-
pelajar dalam peringkat remaja ini disemai dengan perhubungan mesra dan
kejinakan, terutama ketika menghadapi keadaan tingkah laku pelajar yang
mengancam. Sekolah yang berkesan mempamerkan struktur authoriti yang teguh
dan bersepadu yang memberi sokongan dan keabsahan terhadap tindakan disiplin
yang dilakukan oleh guru. Walaupun golongan dewasa dan pelajar dalam sekolah
menumpukan perhatian mereka kepada dimensi sosial dan psikologi yang bergerak
dalam persekitaran mereka, sekolah yang berkesan juga terlibat dengna tindakan-
tindakan yang rasional, jelas serta mementingkan aktiviit-aktiviti bercorak
akademik, dan kurikulum. Tumpuan terhadap keinteletualan lazimnya dilakukan
untuk melahirkan kesamaan (equity) di kalangan kumpulan-kumpulan pelajar di
samping memberi tumpuan yang serius terhadap kecemerlangan akademik.
(Halaman 25-26).

Blog.....................................................mula..............................................................................

PENGENALAN.

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.
Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid
supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya.

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi
yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai
bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu
keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam
di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

DEFINISI PENGURUSAN.

Istilah pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang


pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk
ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum.

Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan


sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.

Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan
moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja
melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.Takrif
pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai
objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja
dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja


bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu
proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli
organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk
mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan


kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui
dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan
menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik
dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di
dunia dan di akhirat.
Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau
kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.

DEFINISI BILIK DARJAH.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran


merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seseorang guru.

Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau
pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk
konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan
mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus
bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.
Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan
mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks
yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik
darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.

Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang
tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

FAKTOR- FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH.

1) Manusia.

Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan
murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi,
tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.
2) Kebendaan.

Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik
darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang
pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang
menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.

3) Operasi.

Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam
bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

ASPEK- ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah.

Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan
fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.
Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran.
Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab
inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.

Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi,


merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk
murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan
sempurna.

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud
begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang
boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.

Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru
perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik
darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik
biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah
tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus
dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif
serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan
kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat
mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka
dengan guru dan sesama mereka.

Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu
sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap
kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut
pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang lebih dinamik.

Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal
dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti
atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh
guru.

1. Meja guru.

Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah.
Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang
menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru,
dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.

2. Kerusi dan meja murid.

Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga
harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat
duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur
lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah
disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi
bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.

Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya
perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara
mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid
yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang
pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan
kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam
peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.

Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki
kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan
kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di
kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat
memotivasikan pelajar.

Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi
setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui
pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara
individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan
yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami
tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah
yang betul dan tepat

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut
dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru
kepada muridnya.

Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin
pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan
ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi
merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik
darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa
wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya
tidak wujud komunikasi.

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis.


Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima
maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk
kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.

Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk
menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina
daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau
reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan
persefahaman yang wujud antara mereka.

Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi
di bilik darjah ialah:

1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.

Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi.


Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan
harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat
mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang
disenangi oleh guru dan rakan lain.

2. Menggunakan bahasa yang berkesan.

Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau
maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang
berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret
akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.

3. Kesediaan untuk mendengar.

Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat.
Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah,
guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang
diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid
akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui
bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.

4. Menghormati perasaan orang lain.


Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor.
Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati
perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi
dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar
akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk
berkomunikasi di bilik darjah.

5. Menyesuaikan diri dengan situasi.

Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan
dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian
dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri
daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan
sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran
dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat
dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat
dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi
pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.

Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan
refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada
dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.

Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan


pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.

Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:

1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.

Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk


menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid
belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan
kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi
tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaan
berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid
yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang
hanya pasif didalam kelas.

2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.

Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk
digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran
supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.

Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:

1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang


diajar dalam bilik darjah.
2. Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan
digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif
dalam pembelajaran murid- murid.
3. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir
dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.
4. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk
mencapai kejayaan.

Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam
kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik
Islam khususnya dan para pendidik umumnya.

Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan,
syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.

3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid

murid.

Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan
kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia
ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah
ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah
disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih
mudah difahami.

4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.

Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu
murid. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di
dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai,
sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir
daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa
tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan
terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid
yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.

5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.

Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran
hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar
merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu
mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari
melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul.

Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat
yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses
pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti
ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan
perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya
berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan
aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya
bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan
oleh guru.

Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.

Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama
bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah
pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula
mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan
dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal
persekitaran bilik darjah.

Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan
kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan
untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.

Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat
melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu
untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.

Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah
disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru
perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan
membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan
menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh
persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang
melibatkan hubungan dengan masyarakat.

Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:

1. Guru kurang berfungsi.

Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam
membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif.
Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah
mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan
perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku
pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah,
seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

2. Wujud kumpulan tertentu.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok
bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi
pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang
pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya
perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.

3. Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan
melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun
corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai.
Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah
seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

4. Halangan komunikasi.

Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya,
murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik.
Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan
murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap
guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan
inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.

Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik
darjah.

1. Ganjaran perlakuan yang baik.

Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran.
Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana
dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.

2. Penggunaan bahasa isyarat.

Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi
tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng-
geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid
memberi perhatian kepada guru.

3. Mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan
dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya
menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta
mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.

4. Gunakan kaedah kaunseling.

Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu
merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang
ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.

KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.

Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik
darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil
daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid
seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan.

Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah
bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran
berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan
guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya
dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik
darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.

Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang
tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan
pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah
bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru
supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan
suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran
yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.

Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang
guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin
dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif
dan matlamat dapat dicapai.

KESIMPULAN:
PENGURUSAN

BILIK

DARJAH

IKLIM

KOMUNIKASI

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

DISIPLIN

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap
segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku
pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.

Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang
cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah
yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama
yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia
dan akhirat.

Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan
pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat
dicapai. insyaAllah.
RUJUKAN:

1. Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor,


Utusan Publication& Distrib.
2. Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
3. Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan
Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru
dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
5. http://dukeamienerev.blogspot.com
6. Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal &
Aplikasi Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.
7. Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur:
Helnemann Asia.

-------------------------------------------------------------tamat---------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai