Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Permasalahan penyakit Tidak Berjangkit terutamanya penyakit kardiovaskular (CVD) yang


mengancam kita dan dunia pada hari ini adalah amat serius dan membimbangkan. Laporan
Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan pada 2005, menyatakan bahawa 60%
(iaitu kira-kira 35 juta) dari jumlah kematian di dunia disumbang oleh penyakit-penyakit kronik
(penyakit kardiovaskular sebanyak 30%, kanser sebanyak 13%, kecederaan sebanyak 9%,
penyakit pernafasan yang kronik sebanyak7%, diabetes sebanyak 2% dan lain-lain penyakit
kronik sebanyak 9%). Selain daripada penyabab utama kematian, penyakit tidak berjangkit juga
menyumbang kepada beban penyakit (disability life years) dunia iaitu kira-kira 61% dalam tahun
2005 .

Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang


menyumbangkan kepada beban penyakit negara. Laporan KKM juga menunjukkan peningkatan
tren penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular .

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit (kardiovaskular, kanser, diabetes dan lain-lain)


mempunyai faktor risiko yang sama seperti peningkatan darah tinggi, peningkatan paras gula
darah, kegemukan, paras lemak darah yang tinggi, tabiat merokok, pemakanan yang tidak sihat
dan cara hidup yang tidak aktif. Peningkatan faktor risiko ini boleh menyumbang ke arah
peningkatan penyakit tidak berjangkit.

Penyebab utama epidemik penyakit tidak berjangkit adalah disebabkan oleh beberapa faktor
risiko gaya hidup iaitu pemakanan tidak sihat, merokok, tidak aktif secara fizikal dan stres yang
di manifestasi melalui faktor risiko biologi seperti lebih berat badan dan obesiti, hipertensi, pre
Diabetes dan paras lemak darah yang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan cara
hidup tidak cergas dan tidak aktif (sedentary) telah menyumbang kepada 1.9 juta kematian di
dunia setiap tahun dan didapati sebanyak 60% penduduk dunia tidak aktif secara fizikal. Di
Malaysia, prevalens tidak aktif secara fizikal di kalangan dewasa berumur 19 tahun dan ke atas
masih tinggi iaitu 43.7% pada tahun 2006 walaupun kajian menunjukkan tren penurunan
(prevales pada tahun 2005 adalah 60.1%, prevales pada tahun 2003 adalah 88.5% dan prevalens
pada tahun 1996 adalah 88.4%).

Di Malaysia, kajian faktor risiko NCD pada tahun 2005/2006 (MyNCDS-1) menganggarkan
terdapat kira-kira 11.6 juta orang dewasa mempunyai sekurang-kurang satu faktor risiko
penyakit yang boleh diubah yang antaranya adalah diet tidak sihat (kadar prevalen 72.8%), tidak
aktif secara fizikal (kadar prevalen 60.1%), merokok (kadar prevalen 25.5%), obsiti (kadar
prevalen 16.3%), hipertensi (kadar prevalen 25.7%), gula darah abnormal (kadar prevalen
11.0%) dan hiperkolesterolemia (kadar prevalen 53.5%). Kajian Adequacy audit ke atas
pengurusan Diabetes dan Hipertensi di fasilti kesihatan pada tahun 2005 pula menunjukkan
kualiti rawatan masih tidak memuaskan contohnya peratus pesakit diabetes terkawal hanya 10%
dan peratus pesakit hipertensi terkawal hanya 28% sahaja.

Bagi memastikan masalah serius berkaitan penyakit tidak berjangkit ini dapat ditangani dengan
berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengujudkan satu cawangan khas - Bahagian
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan satu Unit Pencegahan dan
Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang serupa diujudkan di Jabatan Kesihatan Negeri.
Fungsi  utama bahagian dan unit ini ialah bagi merangka polisi, strategi polisi, strategi serta
memantau pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit
dapat diuruskan secara optima di setiap peringkat.

 Oleh itu, adalah diharapkan agar implementasi Perkhidmatan Intervensi Faktor Risiko NCD
dapat mengekang dan mengurangkan prevalen faktor risiko NCD dan seterusnya dapat
menurunkan beban penyakit NCD.

Anda mungkin juga menyukai