Anda di halaman 1dari 12

PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER

1 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Pengalaman Seorang Usahawan eBay Beginner

Nama Saya Farid...

Nama saya Farid. Saya seorang pekerja eksekutif di syarikat swasta seperti
kebanyakan orang lain di Kuala Lumpur. Rutinnya, bangun pagi, bersiap dan
memandu ke pejabat. Petang balik. Dan untuk ditambahkan sedikit berkenaan
latarbelakang saya, saya sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Boleh dirumuskan, saya ini orang biasa. Tidak kaya, tidak miskin. Tetapi sebagai
seorang warga kota, kita sentiasa mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan
dan memberi kesenangan kepada keluarga.

Mencari Peluang Online – Cerita Kehidupan Sebelum eBay

Sebagai seorang pekerja biasa, saya mencari peluang menambah pendapatan yang
tidak mengganggu tugas di pejabat. Saya fikirkan mungkin Internetlah jawapannya.
Saya mula memberanikan diri berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet pada
tahun 2003. Sejak itu, bermulalah era untuk menambahkan pendapatan melalui
Internet. Pelbagai info-produk yang dibeli secara digital.

Ebook tak perlu cakaplah, pelbagai ebook yang dibeli dan dibaca. Orang kata kalau
hendak berjaya harus berusaha, maka bermacam-macamlah yang telah saya cuba
dalam usaha untuk berjaya. Google Adwords, Adsense, PPC dan banyak lagi. Pernah
juga terjebak dalam pelaburan internet, antaranya Swisscash.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
2 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Kalau dikira-kira semula sudah lebih RM5,000.00 dikorbankan sejak melibatkan diri
dalam dunia perniagaan Internet. Antaranya digunakan untuk menghadiri kursus-
kursus yang dikendalikan oleh pakar Internet tempatan dan Antarabangsa. Tapi
malangnya masih tidak menampakkan hasilnya. Saya akui, saya kecewa dan hampa.
Penat pula jangan ceritalah. Mana tidaknya, setiap hari tidur lewat sekitar jam 3 pagi,
esoknya pagi-pagi perlu bangun untuk ke pejabat.

Setelah beberapa lama dalam dunia perniagaan internet ini, akhirnya saya berjumpa
jugalah dengan mereka yang lama dalam dunia “Internet Marketing” (IM) seperti
Suhaimy (juga dikenali dengan Shuth) dan Iszuddin (juga dikenali dengan Kidino). Dari
menolong mereka membuat seminar, saya kemudiannya berkenalan pula dengan
geng IM yang lain seperti Gobala Krishnan, Zamri Nanyan, Irwan Dahnil dan lain-lain.

Melalui hubungan persahabatan yang terjalin dengan mereka, timbul pula idea untuk
menerbikan ebook bersama Shuth. Maka lahirlah Rahsia Blogger pada tahun 2006,
diterbitkan di bawah syarikat Truewealth Publishing (syarikat Azizi Ali). Buku tersebut
sekarang dalam cetakan kedua. Namun begitu, hasil yang diharapkan masih tidak
kelihatan kerana persaingan sangat sengit dalam dunia IT, Adsense dan Adwords.
Duit sudah bagaikan air mencurah keluar tapi kurang pula yang masuk. Jadi terfikir
pula untuk buat perniagaan yang lebih real. Sesuatu yang boleh dipegang dan dirasa.

Dari Online Ke Menternak Kambing...

Saya tak ingat dari mana datangnya ilham ini tetapi pada 2007, saya menjadi seorang
penternak kambing secara sambilan. Saya gunakan tanah di kampung dan upah
pemuda di kampung untuk tengok-tengokkan kambing saya.

Hasilnya agak memberansangkan. Bermula dengan 7 ekor kambing membiak menjadi


40 ekor. Pada masa yang sama, idea untuk menghasilkan ebook untuk menceritakan
pengalaman saya sebagai penternak kambing juga timbul. Maka terhasillah Rahsia
Kambing. Saya sangkakan panas hingga ke petang. Siapa pula menjangka hujan di
tengahari. Dalam kes saya, bukan sahaja hujan, boleh saya katakan ribut badai yang
datang melanda.

Pekerja yang saya upah untuk menjaga kambing menyatakan keinginan untuk
berhenti. Dia ada tanggungjawab lain yang perlukan perhatiannya. Oleh kerana tiada
siapa yang akan menjaga kambing, perusahaan menternak kambing saya diserahkan
kepada rakan lain.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
3 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Tiada lagi pendapatan sampingan. Hanya melalui penjualan ebook Rahsia Kambing
dan Rahsia Blogger yang masih memberi pendapatan walaupun tidak banyak.

Mencari Peluang Bisnes Semula... dan akhirnya eBay!

Saya kembali ke petak pertama (square one, bak kata orang putih). Saya mencari-cari
peluang dan ruang yang lain untuk tambah pendapatan. Ada juga yang mengajak
untuk membuat MLM atau Unit Trust. Tapi itu bukanlah cara saya, kerana saya tidak
berapa suka berjumpa dengan orang dan memujuk-mujuk mereka untuk beli itu dan
ini, atau melabur dan menyimpan dengan cara tertentu.

Sehinggalah pada satu hari, saya terselak akhbar The Sun dan menjumpai iklan
mengenai satu kumpulan terpencil (atau underground) yang menjalankan perniagaan
di eBay.

Memang telah lama saya tahu pasal eBay. Tapi pada hemat saya, mungkin eBay tidak
boleh memberikan pulangan yang banyak. Tetapi oleh kerana yang lain-lain telah saya
cuba, saya bukakan minda dan bertanyakan kepada pengiklan ini tentang program
mereka.

Dipendekkan cerita, pada Disember 2009, saya mula mendalami dan mempelajari
perniagaan eBay.

Getah Rambut Pun Orang Beli di eBay?!

Sebenarnya saya telah pun mendaftar di eBay sejak tahun 2005. Tapi saya tidak
pernah melakukan apa-apa pun dengan akaun itu kerana tidak tahu cara. Malahan,
saya tidak ada sesiapa untuk merujuk atau bertanyakan soalan. Yalah orang bercakap
memang senang, “jual itu, jual ini, dapat duit,” tapi cara yang sebenar-benarnya untuk
melakukannya mungkin berbeza? Pening juga.

Namun apabila sudah berjumpa dengan kumpulan “underground” ini, mereka


mengajar dari A sehingga Z tentang berniaga di eBay. Sedikit sebanyak saya mula
faham. Melalui pembelajaran tersebut, barulah saya tahu bahawa eBay ini bukan
untuk dropshipping semata-mata dan bukan juga menjual produk digital seperti ebook
dan sebagainya. Perniagaan eBay yang baik akan memfokuskan kepada produk fizikal
yang benar-benar dikehendaki dan dibeli orang setiap hari.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
4 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Saya sendiri tidak menyangka yang produk pertama yang saya jual adalah getah
pengikat rambut yang berwarna-warni. Getah tersebut saya beli di Petaling Street.
Saya beli secara borong, bungkus semula kemudian dijual dengan harga USD0.40
hingga USD1.00 termasuk kos penghantaran.

Lebih mengejutkan, saya berjaya jual produk ini di eBay. Siapa sangka getah
pengikat rambut yang murah ini pun orang beli secara online.

Tapi saya bukan ingin membuat duit dengan menjual produk ini. Getah pengikat
rambut dijual pada harga yang sangat rendah dengan margin keuntungan yang kecil.
Namun ini membuka mata saya kepada potensi membuat duit di eBay. Sebenarnya, ini
adalah salah satu strategi yang diajar untuk kami menjadi mahir dalam penjualan
produk di eBay. Ianya memberikan pendedahan kepada kami tentang cara menjual
produk di eBay, dan membina keyakinan dan semangat untuk terus berusaha.

Selain itu, kami juga diminta untuk membeli beberapa produk di eBay supaya kami
dapat melihat dan mempelajari sendiri bagaimana produk lain dibungkus dan dikirim
kepada kami.

Beralih ke Produk Lebih Menguntungkan... dan Teknik Rahsia

Seperti saya katakan tadi, saya bukannya nak buat duit dengan menjual gelang getah.
Ianya produk yang bagus tetapi margin keuntungan kecil.

Pada bulan Januari, 2010, saya mula menjual produk yang saya fikir benar-benar
boleh membuat duit untuk menambahkan pendapatan. Produk seterusnya yang saya
jual adalah patung mainan yang dijadikan sebagai hobi mengumpul atau lebih dikenali
sebagai collectible toys.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
5 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Rajah 1: Gambar dari Toyhaven.blogspot.com kerana saya tidak mempunyai simpanan gambar

Saya diajar strategi untuk menjual patung ini. Sebenarnya, daripada menjual set
lengkap, sebagaimana saya membelinya, lebih menguntungkan sekiranya saya buka
dan pisah-pisahkan produk ini.

Saya diajar untuk menjual bahagian-bahagian patung ini secara berasingan – topi
dijual pada satu harga, kasut dijual pada harga yang lain, kepalanya dijual dengan
harga yang lain pula dan begitulah berikutnya.

Ya, saya mencabut kepalanya dan bahagian-bahagian lain yang terdapat pada patung
berkenaan.

Rajah 2: Permainan patung askar yang dipisah-pisahkan

Saya juga diajar strategi harga penghantaran produk kepada pelanggan, di mana
dengan mengenakan caj penghantaran juga boleh memberikan keuntungan.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
6 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Pada mulanya saya rasa sukar untuk percaya adakah orang yang mahu membeli.
Maklumlah saya beli patung tersebut dengan harga RM500.

Melalui penjualan collectible toys tersebut saya memperoleh sebanyak USD180 X


RM3.40 (pada ketika itu) = RM612.00. Setelah menolak modal dan kos penghantaran,
dapatlah saya keuntungan bersih lebih kurang RM80.00.

Mulalah saya terfikir potensi menjual permainan ini. Kalau sebuah patung dijual boleh
memberikan keuntungan RM80, 10 buah patung sudah tentu RM800. Kalau 100 buah
patung sudah cecah RM8000. Wah!

Saya pun mula menjalankan perniagaan saya melalui eBay ini dengan lebih serius
secara sambilan dan memperoleh pendapatan dari RM300 hingga RM700 sebulan
secara sambilan.

Tidaklah saya berniaga di eBay ni secara terus-menerus. Ada juga sebulan dua yang
saya berhenti seperti pada bulan puasa dan dua minggu pertama bulan Syawal.
Maklumlah mood hari rayaG

Duit Paypal Semakin Banyak...

Sekarang, sekurang-kurangnya nampak jugalah duit masuk dalam akaun Paypal.


Kalau dahulu yang nampak hanya duit keluar saja.

Rajah 3: Akaun Paypal saya pada 11 Oktober 2010

Seronok bila nampak berapa jumlah duit yang mula masuk walaupun secara sambilan
saja. Di atas merupakan screen shot diambil untuk jualan hingga 11 Oktober 2010.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
7 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Tidaklah banyak tapi bolehlah daripada tidak ada langsung. “It’s better than nothing”,
kata orang. Pendapatan sampingan yang boleh diperoleh dengan mudah dan cepat.
Hanya duduk di rumah dalam dua ke tiga jam saja. Jika rasa penat atau malas, boleh
berhenti dan tangguhkan sebentar. TAPI kita harus beringat, bila kita bertangguh duit
pula tidak masuk. Kenapa harus bertangguh untuk perkara yang mudah dan tidak
memenatkan?

eBay vs. Yang Lain-lain...

Ya, saya berat sebelah. Tak dulu saya pernah juga menulis ebook, membuat website
untuk Adsense, membeli trafik dengan Adwords dan lain-lain. eBay lebih baik.

Kenapa? Pertama sekali, saya tak perlu membina website. Itulah yang paling ketara.
Dulu semasa saya tak tahu perkara ni, saya sangkakan membina website itu mudah.
Mungkin bagi sesetengah orang. Sebenarnya membina website memerlukan beberapa
kemahiran lain. Selain daripada HTML, mengetahui grafik dan Photoshop, anda juga
perlu tahu FTP, berkenaan web hosting dan juga nama domain.

Dengan eBay tak perlu tahu itu semua.

Bila menulis ebook pula, kita perlu menjadi seorang yang kreatif dah pandai menulis.
Kalau untuk mendapatkan pasaran antarabangsa, kita perlu pandai berbahasa
Inggeris dengan baik. Iyalah, kan tulisan kita ini untuk dibaca orang. Kalau kita tidak
menulis dengan baik, bagaimana orang ingin membaca dan faham?

Ada juga yang membuat forex, tetapi saya tidak berapa untuk melabur di pasaran yang
begitu aktif. Kalau anda tidak tahu, dengan forex, anda boleh untung dan rugi apabila
harga pasaran naik mahupun turun. Malahan ianya juga memerlukan pemahaman
pasaran dan trend yang tinggi.

MLM, Unit Trust atau Insurans saya memang dah tolak tepi. Saya bukanlah jenis orang
yang minat untuk membuat temujanji, keluar berjumpa orang atau membuat
presentation. Apatah lagi untuk memujuk rayu kawan-kawan menganggotai sesuatu
program atau melabur dengan cara-cara tertentu. Kalau jumpa kawan-kawan
meminum teh tu mungkin lah.

Tambahan pula, saya lihat eBay ini lebih mudah dipelajari dan kadar kejayaan
seseorang yang belajar eBay boleh diramal.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
8 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Antara Permasalahan Dengan eBay

Tetapi eBay pun ada kekurangannya. Bukan semuanya baik belaka. Walau
bagaimana pun ianya adalah masalah yang telah diatasi oleh kumpulan “underground”
ini untuk ahli-ahli mereka.

Masalah yang biasa bagi orang yang baru, mereka tidak tahu atau tidak mempunyai
produk untuk dijual. Saya juga dulu. Saya diajar untuk menjual gelang getah
tersebut. Dan permainan patung itu, itu juga cadangan mereka yang mana mereka
bekalkan kepada saya terus. Rupa-rupanya, terdapat banyak barang yang saya boleh
perolehi seperti aksesori kereta, aksesori wanita, barangan elektronik, permainan,
barangan dapur, peralatan memancing, dan lain-lain. Semuanya boleh diperolehi pada
harga borong walaupun saya membeli pada kuantiti yang sedikit.

Malahan saya sentiasa dimaklumkan tentang produk yang hangat di pasaran, senang
dijual dan boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi.

Satu lagi isu adalah berkenaan bahasa Inggeris. Saya sangkakan ini akan menjadi
masalah kepada saya. Tetapi rupa-rupanya tidak. Bahasa Inggeris hanya digunakan
dalam dua keadaan apabila berniaga di eBay; Pertama apabila menulis iklan produk di
eBay. Kedua, apabila berurusan dengan pelanggan sekiranya ada pertanyaan.

Menulis iklan di eBay sangat mudah kerana kebanyakan produk yang kita jual datang
bersama maklumat lengkap, dalam bahasa Inggeris juga. Malahan, satu taktik yang
biasa saya guna adalah menggunakan balik tulisan untuk produk yang sama, yang
telah dijual orang di eBay itu sendiri. Tetapi mungkin perlu juga sedikit olahan.

Dari segi melayani pelanggan, kadang-kala pelanggan akan bertanyakan soalan


sebelum membuat belian. Di sini, bahasa Inggeris yang mudah ringkas sudah
mencukupi. Yang penting pelanggan memahami apa yang kita sampaikan. Dengan
penerangan yang baik, mereka mungkin beli produk kita. Dan ini telah berlaku banyak
kali kepada saya.

Masalah lain yang saya fikirkan dulu adalah berkenaan harga penghantaran atau
shipping. Saya lihat rata-rata peniaga eBay yang berjaya adalah dari USA sendiri.
Mereka membekal kepada pelanggan di USA dan berupaya menawarkan harga
shipping yang rendah. Susah untuk saya berjual kepada pelanggan di USA, Eropah,
Kanada, Australia atau New Zealand sekiranya harga shipping lebih mahal daripada
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
9 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

produk itu sendiri. Siapa yang logik akalnya mahu membeli gelang getah pada harga
$1.00 USD tetapi perlu membayar shipping $5.00 USD?

Tetapi rupa-rupanya ada cara untuk mendapatkan kadar harga shipping yang murah
daripada syarikat kurier. Malahan melalui kumpulan ini, runding dengan syarikat kurier
juga dijalankan di mana mereka menawarkan harga shipping yang lebih menarik!

Bayangkan, saya pernah menghantar dokumen ke Penang pada harga RM 6.50.


Tetapi menghantar produk ke USA hanya berharga RM 2.00.

Malahan, dengan menggunakan syarikat kurier antarabangsa ini, saya tidak lagi perlu
ke pejabat pos. Syarikat kurier ini akan datang ke pejabat atau ke rumah saya
mengutip produk yang perlu saya hantar ke pelanggan.

Jimat masa beratur, masa memandu, duit minyak dan duit untuk tempat letak kereta.

Betulkah Boleh Buat Duit di eBay?

Melalui pengalaman saya menjual produk di eBay, produk-produk yang diiklankan di


sini sememangnya boleh terjual. Ini kerana eBay merupakan pusat berkumpulnya para
peniaga dan juga pembeli yang ingin mencari pelbagai barangan.

Dahulu saya ingat kita perlu menjual produk yang unik atau antik sahaja, tapi kini tidak
semestinya. Apa-apa sahaja boleh dijual di eBay. Bukan setakat menjual malah boleh
menambahkan pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa. Yang penting
anda perlu belajar dahulu strategi untuk menjadi penjual yang berjaya di eBay.

Persoalan yang sering timbul di kalangan mereka, kenapa mereka beli di eBay?

1. Di tempat mereka seperti US, UK, Australia dan lain-lain negara maju, untuk
membeli barangan yang mereka inginkan di kedai akan dikenakan caj yang
tinggi disebabkan kos sewa kedai, kos buruh, dan cukai yang dikenakan. Tapi di
eBay caj yang dikenakan amat rendah.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
10 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

2. Penukaran nilai mata wang – seperti contoh jika sebatang pen di Malaysia
berharga RM1 dan kita menjualnya di USA dengan harga USD1, maka bila
ditukar kepada matawang Malaysia harga tadi sudah menjadi RM3.

3. Negara maju lebih mempercayai pembelian secara online kerana negara


mereka menggalakkan jual beli secara online.

4. eBay merupakan tempat yang boleh dikatakan 99% selamat, kerana mereka
yang berurusan di eBay adalah mereka yang benar-benar membuat
perniagaan., bukan untuk melakukan penipuan.

Disebabkan itulah eBay kini mempunyai lebih 100 juta orang pelawat pada 2009 dan
penjualan di eBay mencecah hampir USD60 billion. Ini bermakna hampir USD2,000.00
setiap satu saat dibelanjakan di ebay.

Cuba anda bayangkan jika anda menjual di eBay dan 1% dari keseluruhan pelawat
ebay tahun 2009 melawat kedai anda. Anda akan mendapat 1,000,000 orang pelawat
dan dari pelawat itu anda bayangkan pula jika 1% yang membeli produk anda yang
berharga USD5. Anda sudah memperoleh USD50,000.00 dan apabila ditukar kepada
matawang Malaysia akan menjadi RM170,000.00 dan daripada jumlah tersebut 30%
adalah untuk untung bersih anda. Maka anda akan memperoleh pendapatan bersih
sebanyak RM51,000.00. FUHHHBANYAK TU!

Barulah saya tahu kenapa ramai yang bercakap bahawa eBay merupakan lubuk duit
dan baru juga saya faham sekarang mengenainya setelah mempelajari sistem yang
telah dicipta oleh kumpulan underground eBay ini.

Pendapatan Sampingan Mahupun Pengganti Gaji...

Melalui khidmat nasihat selepas menyertai kursus yang diberikan beserta sokongan
untuk menjual produk, menambahkan keyakinan saya lagi untuk meningkatkan
pendapatan sampingan. Setidak-tidaknya lepaslah untuk membayar duit kereta, duit
minyak dan juga tol. Alangkah seronoknya...

Walaupun baru 6 bulan saya menceburi perniagaan eBay, saya sudah tidak kekok
untuk berurusniaga di peringkat antarabangsa, walaupun bahasa Inggeris saya
tungang-langgang.
PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
11 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Demikianlah sedikit sebanyak cerita perjalanan perniagaan eBay saya. Ini baru sahaja
permulaannya. Ianya pilihan anda sama ada mahu menjalankan perniagaan eBay
sebagai pendapatan sampingan mahupun untuk pendapatan tetap, untuk menyara
hidup dan keluarga.

Saya berharap cerita saya ini sedikit sebanyak membuka mata anda terhadap potensi
pendapatan dengan eBay. Dan saya alu-alukan emel atau panggilan telefon anda
sekiranya anda mahukan maklumat lanjut tentang menjalankan perniagaan eBay.

Berikut merupakan ringkasan perjalanan perniagaan eBay saya.

BULAN PERKARA TINDAKAN

November Mula menyertai kelas yang Komputer disediakan sebuah untuk seorang
2009 dikendalikan kumpulan underground peserta dan mula menerima ilmu yang berkaitan
eBay.

Disember Mula membeli produk Untuk mengumpul feedback dan mengetahui


2009 cara-cara produk dibungkus dan dihantar kepada
pelanggan.

Menghadiri kelas selanjutnya.

Jan 2010 Mula menjual produk Mengambil gambar produk yang ingin dijual –
collectible toys, kemudian menjualnya.

Feb 2010 Membeli produk Mencari sumber produk yang boleh dijual semula

Menjual secara sedikit-sedikit Mencari barang di jualan gudang dan pelbagai


sumber

Mac 2010 Berehat Penat dan berehat untuk sebulan

April 2010 Akaun suspended Pengalaman yang pedih apabila akaun digantung
untuk 4 minggu kerana ada laporan dari sumber
yang tidak diketahui

Jun 2010 Mula menjual semula JUAL, JUAL JUAL!


PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN EBAY BEGINNER
12 oleh Farid Sulaiman - http://ProUsahawan.com

Jom Minum Teh – Saya Belanja!


Ini adalah kisah benar. Dan saya adalah orang yang benar-benar wujud, bukannya
watak yang direka-reka. Sekiranya anda ada keraguan tentang eBay, tentang cerita
ini, tentang saya sendiri malahan, saya alu-alukan emel atau panggilan telefon.

Mungkin kita boleh pergi minum teh di kedai mamak dan bersembang.

Saya memang gemar membantu orang-orang baru untuk memulakan perniagaan di


eBay. Pada saya ianya adalah perniagaan yang mudah dipelajari dan rendah risiko
(berbanding MLM, forex, unit trust, insurans, perniagaan Internet lain, dll).

Kadang-kala saya rasa ianya pilihan yang lebih baik berbanding membeli lesen
francais.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, ingin tahu bagaimana untuk memulakan
perniagaan eBay adan, saya alu-alukan emel dan panggilan telefon anda. Anda boleh
menghubungi saya, atau rakan saya menggunakan maklumat di bawah:

Khairil
+6014-233 8332 – khairil@prousahawan.com

Farid (saya)
+6019-277 2827 – farid@prousahawan.com

Kalau berkesempatan, lawatilah juga website tentang Progam Latihan dan


Pembangun Perniagaan eBay – http://ProUsahawan.com