Anda di halaman 1dari 14

Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih
pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang
dikenal pasti adalah seperti berikut;

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam
jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada
keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa
punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan,
bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap
mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan
anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping
antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan
remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga
yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai
contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang
terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain
yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya
yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada
kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang
mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga
merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak
yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak
teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan
sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta
tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa
kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti,
mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-
kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para
remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang
kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka
terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka
merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak
langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta
guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan
terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang
perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru,
strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa
saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak
cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan
keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan


akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat


sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang
sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-
pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar
ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-
pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan
sikap terbuka dan positif.

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-
mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
Friday, March 09, 2007
Permasalahan Moral Di Kalangan Remaja; Silap Siapa?
Disclaimer: This issue will be written in Bahasa Melayu because it will discuss about some matters which are
currently happening in Malaysia. If you really want to know and want me to translate this entry to you, please
email me privately.

SAYA berasa sangat terpanggil untuk mengupas isu berkenaan permasalahan moral di kalangan remaja setelah
saban hari dimomokkan dengan pelbagai karenah remaja yang semakin menakutkan di akhbar-akhbar utama
negara. Jujurnya saya mengambil berat dan sensitif dengan hal ehwal remaja lantaran pelbagai faktor.
Pertama saya menyedari bahawa saya juga berada di kalangan mereka, sebaya dan kedua saya sekadar ingin
membuat gambaran terhadap para pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Sesungguhnya, pada
masa akan datang itu bukanlah seabad, atau sealaf yang akan datang, tetapi hanyalah sekitar 10 tahun atau 20
tahun yang akan menjelang. 

Kemuncaknya, saya telah dimaklumkan oleh seorang kenalan yang memberitahu bahawa sekolah lama saya
sendiri telah termuat di dalam akhbar tempatan lantaran telah berlakunya kes buli di kalangan pelajar di sana.

Sepanjang lima tahun saya menuntut di sekolah tersebut belum pernah berita buli atau salah laku pelajar
terpampang di dalam akhbar. Saya menyedari ketika saya menuntut di sana, telah terdapatnya kes salah laku
pelajar, tetapi bagi saya kejadian tersebut tidaklah sampai mencederakan pelajar yang terlibat dan masih pada
tahap terkawal. Guru-guru juga mengambil pendekatan tegas dan tidak berkompromi terhadap permasalahan
ini.

Justeru, apabila kes seperti ini terjadi, perkara tersebut telah menjadi satu indikator kepada saya berkenaan
dengan mutu dan nilai akal budi para remaja ketika ini secara mutlak.

Namun, perlu diingatkan terlebih dahulu di sini bahawa seringkali terdapatnya media masa yang begitu banyak
tersalah tafsir dan begitu lapar dengan berita-berita sensasi, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku di sekolah
yang dikatakan bagus dan indah pada pandangan masyarakat sekitar. Bukanlah saya mahu mendabik dada
menghamburkan pujian berlebihan menyatakan bekas sekolah saya itu tersangatlah bagus, namun saya percaya
bahawa begitulah yang terjadi dan kadangkala kejadian kecil telah sengaja diperbesar-besarkan dan perkara
yang salah dan tidak dikaji dengan teliti telah dibetulkan dan seolah-olah benar belaka. Saya menyokong
kebebasan bersuara di kalangan masyarakat, namun perkara yang lebih penting ialah memastikan suara-suara
yang kita laungkan itu bersifat benar dan tidak ditokok tambah secara membuta tuli. 

Saya amat tertarik untuk mengupas suatu kes yang telah menggemparkan masyarakat nasional iaitu berkenaan
kes pergaduhan ala samurai yang berlaku di sebuah sekolah di Manir, Terengganu. Perkara pertama yang
bermain di benak pemikiran saya ialah jika dahulu kita menyangka wabak kebejatan moral hanya menyerang
remaja di kawasan bandar, kini kita tidak boleh mempunyai mentaliti sebegitu lagi. Remaja yang tinggal di
bandar-bandar kecil juga tidak terkecuali dan tidak terlepas, malah ada yang lebih parah. Saya pernah
membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga ada mengatasi
kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan. 

Tidak lama selepas itu kita digemparkan pula dengan kajian oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Khaidzir Ismail. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar
perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat. Daripada
887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!

Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol,
menonton video lucah, poteng sekolah dan sebagainya! Seperti biasa, kerajaan di bawah Kementerian
Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat cuba memandang enteng dan sunyi terhadap permasalahan ini.

Hasil kajian oleh Dr. Khaidzir Ismail antara lain membuktikan bahawa kebanyakan mereka datang daripada
keluarga yang bermasalah. Saya ternanti-nanti, apakah reaksi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap
kajian ini? Adakah kebimbangan mereka setanding atau mengatasi tahap kebimbangan jika anak-anak mereka
tidak mendapat keputusan 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak mencapai 10 atau 11
A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Sejujurnya, saya amat yakin dan percaya bahawa institusi keluarga merupakan institusi yang cukup penting dan
ampuh dalam melahirkan remaja yang berkualiti dan berjaya. Saya amat menyanjung tinggi terhadap institusi
kekeluargaan dan amat percaya bahawa setiap perkara yang membentuk sikap dan diri remaja itu
kebanyakannya merupakan acuan ibu bapa mereka. Saya tidak menolak bahawa terdapat juga remaja yang
berjaya yang datang daripada keluarga yang bermasalah, benar, tetapi bagi saya lumrahnya mereka hanyalah
mewakili sebilangan kecil remaja dan berapa ramaikah remaja yang mampu bertatih menanggung onak, duri
dan rintangan untuk berjaya? Mereka masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya
daripada keluarga. Mereka sewajarnya diberi kasih sayang, tunjuk ajar serta model yang terbaik ke arah
pembentukan peribadi yang mulia, bukannya dengan cara mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam
keluarga.

Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan remaja yang lahir dalam keluarga yang bermasalah. Mereka
memiliki potensi, intelektual, bakat, dan sinar yang terang, namun telah dimalapkan oleh permasalahan yang
dicipta sendiri oleh kedua ibu bapa mereka. Kelak, saya bimbang bahawa gejala ini akan terus menerus
berlarutan pada generasi demi generasi. 

Saya memerhatikan bahawa impak sistem pendidikan terhadap nilai akal budi di kalangan remaja masih belum
cukup berkesan dan mendalam. Kita menyaksikan bahawa matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral
merupakan antara matapelajaran wajib dipelajari di sekolah rendah atau menengah, namun kes juvana, rogol,
vandalisme dan sebagainya terus menerus meningkat. Bukanlah saya mahu menyatakan bahawa kandungan
subjek-subjek tersebut tidak relevan dan tidak selari dengan kehendak semasa. Tidak. Tetapi apa yang sangat
membimbangkan saya ialah para pelajar hanya mempelajari subjek-subjek sebegini hanya untuk melengkapkan
gred A di dalam sijil peperiksaan mereka.

Saya menyanjung tinggi pelajar yang memperoleh keputusan yang gemilang terbilang di dalam peperiksaan
mereka, namun apalah gunanya gred A yang berderet-deret sekiranya nilai-nilai murni, hukum-hakam agama
serta perilaku-perilaku bermoral yang diterapkan oleh subjek-subjek tersebut langsung tidak mampu terperap
pada diri mereka?

Pokok pangkalnya ialah pada institusi keluarga juga. Pertama, kita menyedari bahawa sudah tercipta budaya
kini, masyarakat melakukan transfomasi ke arah mementingkan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Bagus
dan selayaknya pujian perlu dihamburkan kepada mereka. Namun, bagi saya ada sesuatu yang tidak kena jika
terjadinya kes anak remaja membunuh diri lantaran gagal melakar kejayaan di dalam peperiksaan. Tekanan
berlebihan oleh masyarakat termasuk oleh keluarga mereka sendiri telah membebankan para remaja dan
hasilnya, akan lahirlah para remaja yang tidak berjiwa dan hanya menuntut ilmu bagi memperoleh
kepentingan-kepentingan yang sementara. Keluarga, atau masyarakat seharusnya memberi lebih banyak
peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan potensi diri mereka untuk berjaya. Kejayaan tidak
hanya tercipta di medan peperiksaan yang menguji sejauh mana kemampuan mengaplikasikan formula dan
kemahiran menghafal semata-mata. Malah kejayaan juga perlu diukur melalui pemerkasaan akal dan budi
dalam membentuk remaja yang bersahsiah.

Remaja yang memiliki kerohanian yang suci bestari, disusuli dengan kemampuan dan kawalan emosi dan jasadi
yang cocok dan seimbang serta dilengkapkan dengan keintelektualan tahap tinggi melangit, merupakan impian
peribadi saya dalam melihat generasi seusia saya kelak yang memacu kepimpinan dan kemajuan negara. Saya
akan berasa gembira dan berbangga sekiranya Malaysia memiliki sejuta doktor, malah hati saya akan berbunga
ria sekiranya Malaysia memiliki sejuta jurutera. Namun pada akhir dan zahirnya, kebanggaan saya itu tidak
akan ke mana-mana sekiranya di kiri dan kanan saya terdapat berjuta-juta masyarakat yang rosak peribadinya.

Sekadar memetik kata-kata Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, "Tamadun yang sebenarnya ialah keadaan
hidup insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakat."

Sekadar berkongsi rasa,

Amar Razali,
Nashville, TN.
Tip Menangani Buli Di Sekolah

Pengarang : Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Zurhana Muhamad, Yusof Boon, Shahrin Hashim
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 
Harga : RM 22.50
ISBN : 978-983-3586-54-7

Sinopsis

Terdapat banyak pendekatan yang sudah diambil,tetapi situasi buli dan gengsterisme masih berlaku.
Kita boleh mengambil pendekatan menghukum pelajar secara fizikal termasuk membuang mereka
dari sekolah. Bagaimanapun, itu hanyalah tindakan jangka masa pendek. Mereka yang dikenakan
hukuman mungkin akan tercicir dari sistem persekolahan dan bakal menimbulkan masalah lain pula
dalam negara. Mereka juga mungkin terjejas secara psikologi dan menjadi bertambah ganas. Pada
masa yang sama, mereka yang dibuli mungkin hilang keyakinan diri ataupun ada yang bertukar
menjadi pembuli pula. Semua pihak perlu terima hakikat bahawa usaha bagi menghapuskan gejala
buli bukan mudah dan akan mengambil masa, lebih-lebih lagi jika sikap suka membuli ini bermula
dari rumah. Lebih sukar lagi jika pelajar yang terlibat terlalu liar. Kajian-kajian mengenai buli
dimuatkan dalam buku bagi memaklumkan kepada pembaca mengenai buli secara lebih terperinci. 

Buku ini mengandungi 9 bab dan memuatkan cara bagi mengurangkan gejala buli seperti Program
Anti Buli yang bertujuan memupuk kesedaran murid tentang perbuatan buli serta Program
Kemahiran Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Berisiko Tinggi yang dikhususkan kepada guru
bimbingan dan kaunseling. Buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang berminat hendak mengkaji
buli. Begitu juga ia berfaedah kepada kaunselor-kaunselor sekolah, ibu bapa, pelajar-pelajar IPTA/
IPTS yang berminat hendak mengetahui buli dengan lebih mendalam mengenai buli. Semoga buku ini
menjadi titik permulaan kepada para penyelidik bagi mencari dan memahami apa buli itu sebenar.

Isi Kandungan

Prakata

Bab 1 : Tingkah Laku Distruptif


Bab 2 : Memahami Tingkah Laku Buli
Bab 3 : Pengaruh Perlakuan Buli di Kalangan Remaja
Bab 4 : Implikasi Buli
Bab 5 : Teori Perkaitan Perlakuan Buli
Bab 6 : Intervensi dan Pencegahan Buli
Bab 7 : Fenomena Buli dan Keselamatan Pelajar
di Sekolah
Bab 8 : Gengsterisme
Bab 9 : Ciri-ciri, Aktiviti dan Intervensi Gengsterisme
Rujukan
Indeks
Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar
1.0
PENGENALAN
Banyak yang telah kita dengar tentanggejala sosial. Berbagai gejala sosial
telah melanda masyarakat kitadanaktiviti yang terlibatbegitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, makakegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapatperhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita
tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang
melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatanjenayah
membabitkanpelajar dan remajabenar-benar membimbangkankita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang
amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman
inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah
persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga
belajar
banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya
daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah
para
remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup
daripada alam kanak-kanak kepada alamyang lebih matang dan dewasa (Bettelheim,
1950).
Mereka bukan sekadarnakaldengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri
atau
berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah ,
lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita..
Mereka kini sudah berani melakukanperbuatan jenayah berat seperti menganggotai
kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa
senjata api
mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalismepenyalahgunaan
dadah , minum minuman keras, terbabit video lucahdan sebagainya. Keadaan
seperti
ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiranbandar, malah
disekolah luar bandar.
2.0
REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI
Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu
masa yang
amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi
dengan gejala sosial akan bermula.Memahami siapa remaja adalah penting bagi
mengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini keranafaktor
personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi
tingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasal
dari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar
menjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja
merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk
berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam
pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara
zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di
antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu
konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja
terhadap kehidupannya.Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti
adalah merupakan persoalan utama bagi remaja.Persoalan seperti "Siapakah
saya?",
"Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang
membawa
maksudidentiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.
Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904),zaman remaja ialahjangka
masa seseorang itu mengalamiberbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).
Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta
emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga
masyarakat.
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan
apakah
kesan-kesan disebaliknya.De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai
tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada
umumnya
bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan.
Manakala menurutAdams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11
tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18
tahun)
dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada
masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan
yang
berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses
pembentukan
orientasi masa depan.
Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan
bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam
dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada
peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal,
mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk
mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan
masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan
dan tekanan emosi dalam diri remaja.Jika diteliti secara mendalam zaman remaja
sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada
tahap
ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat

3.0
PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA
Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja
dari
aspek biologi. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau
tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini
berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki
dan
perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan
individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti
kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh.Dari segi
kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk
menyesuaikan
diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas
kejantinaan
diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep
kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya.
Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain.
Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila
dibandingkan
dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam
masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada
sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok
remaja.
Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap
yang
berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman
sekarang,
terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah
kolej
di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan
peratusan
orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat, dan kadar pelajar
perempuan
yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar
lelaki. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor
utama
ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan
pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar
lelaki.
Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu
dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta.Baligh pula merupakan
perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila
tahap
hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat
daripada
bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah
dalam
badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku.Lonjakan
ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling
satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilahmewujudkan kesedaran tentang
kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat
setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat
di
satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala
ini
dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-
pemimpin
masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan
terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program
seperti
pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk
mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan
membawa
mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.
8.0
PENUTUP
Melihat kepada permasalahandan gejala sosial yang melanda para pelajardan
remajakita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya
sudah
sampai ke tahapyang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara
dangenerasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukanoleh pelbagai
pihak mengenaisikap dan tingkahlaku pelajardan remaja tetapi kajiannya lebih
bersifattujuan akademik dantertumpu kepadapunca masalah danbiasanya
bersifat umum sahaja. Di sebabkanterlalu banyakpunca yang diramalkan ,
tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.Meskipun ada cadangan
mengenaicara mana mengatasi masalah, namun iahanya berakhirdi meja
perbincangan,forum atau seminar. Memang ada program yangdirangka untuk remaja
dan pelajar tetapi ianya hanya memberimanfaat kepada segelintirmereka sahaja
danlebih bersifat komersial..Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakatperlulah
berganding bahu dan bekerjasamadalam memikul tanggungjawabmendidik anak-
anak
dan para pelajar.
Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnyamempunyai ciri-ciri yang ada dalam
masyarakatmakro. Oleh itu adalah wajarsupaya pelajar didedahkan akan kesan
burukdalammasyarakatmalalui interaksimereka di sekolah. Kerajaan juga
perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruhuntuk menyedarkan remaja dan
pelajar supaya menghindarkandiri dalamapa jua bentukgejala burukyang boleh
merosakkandiridan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu
didedahkan denganpengetahuan undang-undangagar merekagementar dengan
hukuman.Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara.Mereka adalah asetkekayaan semulajadi yang bakal memegang
peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini.Namun
demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa
panjang.
Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan
di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak
ternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di
sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada
pelbagai
pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah
terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin
yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah
dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun
berbagai-
bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah
disebabkan
oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan
antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala
tindak-
tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat.
Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang
daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah.
Ini
menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di
kalangan
pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang
mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk
mengambil
berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin
mengejar kebendaan semata-mata.
Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan.
Jadi
tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan
rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
S
elain
itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng
sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara
rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan
mereka
tanpa berfikir panjang.Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang
untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap
munasabah bagi
mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah
untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas
menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan
masalah
ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak
tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak
diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi
pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu
tindakan
tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang
tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan
penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik
buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan
daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi
timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini
adalah
dengan mengetatkan peraturan sekolah.Hukuman yang lebih berat seperti digantung
sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi
kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.Sistem pengesanan
amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-
pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih
berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng
sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu
boleh
dilaksanakan.Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-
anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-
anak
mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut
dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng
sekolah.
Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar
dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam
berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini
dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan.
Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di
kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan
kempen
yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah.Ini
sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-
pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah,
lagikan tajam.Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalammenangani
masalah
ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna
pada
masahadapanjuga,langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan.
Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil.Jadi, sama-sama
kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.
9.0
RUJUKAN
9.1
Rujukan Utama (Pautan Luar)
http://www.scribd.com (Akses 5 Jun 2009)
http://asnahhamid.blogspot.com/ (Akses 5 Jun 2009)
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php (Akses 5 Jun 2009)
Mingguan Malaysia“Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007
Utusan Malaysia (30 September 2002)
http : //www.brandeis.edu/gradjournal (akses 5 Jun 2009). Prof. Madya Dzulkifli
Abdul Razak. Dadah: Senario Sejagat Yang Membimbangkan.
http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 5 Jun 2008).
http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml
(akses 5 Jun 2009).
9.2
Rujukan Sukender
Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti
Adalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.
Jamal Darus, 1989. Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura:
Sempurna Jaya
Publishing.
Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung.
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and Row
Publishers.
McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford
Press.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd.
T. Marimuthu, 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Terry F. Pettijohn. 1998. Psychology: A connectext. Fourth Edition. Dushkin/Mc
Graw-Hill.
Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan
Pustaka.
Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. “Hubungan Antara
Tingkahlaku
Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja”.
Dr Tam Cai Lian. 2007. Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Mingguan Malaysia.
Muka
Surat 8.16 Disember 2007.
Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro
Ahad.
Muka Surat 28. 9 Disember 2007.
Margot Trotter Davis. 2004. Spirituality in Adolescent Decision to use drugs: A
review of the literature and theory.

Anda mungkin juga menyukai