Anda di halaman 1dari 24

SEKAPUR SIREH

Permainan adalah satu aktiviti sukan yang digemari hampir semua


peringkat usia di dunia. Terdapat banyak permainan yang dimainkan
pada dewasa ini. Apatah lagi permainan pada masa kini, bukan sahaja
sekadar mengeluarkan peluh malah boleh dijadikan satu sumber
pendapatan.

Memilih permainan bola sepak sebagai satu kertas kerja


menjadikan saya memahami serba sedikit sejarah, peraturan, cara
dimainkan dan sebagainya. Kerja kursus ini adalah gabungan hasil
pengalaman saya dan rujukan yang telah dibuat.

Terima kasih saya kepada pensyarah PJ saya, En. Mohd Nahar


Bin Mohamad Wazir yang banyak membantu saya secara amnya
dalam penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-
pensyarah PJ yang lain, yang telah banyak memberi bimbingan serta
tunjuk ajar tentang kefahaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jasa
anda tidak dilupakan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan yang membantu memberi serba sedikit gambaran
tentang tugasan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang
memahami keadaan saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, segala yang baik datangnya dari Allah dan


kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri. Dengan izin-Nya,
dapatlah saya menyiapkan kerja kursus dengan baik walaupun
terdapat rintangan.

Sekian.
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka
Surat

Pengenalan 3
• 1.0 Pengertian
− 1.1 Pengujian
− 1.2 Pengukuran
− 1.3 Penilaian

• 2.0 Perbezaan Pengujian, Pengukuran,


5
dan Penilaian

Bahagian A ( Ujian Psikomotor)


• 1. Pengenalan
6
• 2. Ukuran Dan Lakaran Gelanggang
7
Permainan Bola Sepak
• 3. Sistem Permainan Bola Sepak
9
• 4. Format Pertandingan Permainan Bola Sepak
12
• 5. Peraturan Permainan Bola Sepak
14
• 6. Ujian Psikomotor
15
• 7. Kriteria Penilaian
18

Bahagian B 22

Lampiran 24

Rujukan 26

2
Pengenalan

1.0 Pengertian

1.1 Pengujian

Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan


yang selaras yang perlu dijawab, atau satu prosedur yang sistematik
bagi mengukur perubahan seseorang individu atau pelajar.

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk menilai tahap individu.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan,


diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan
pemeriksaan jawapan. Melalui proses pengujian ini, seseorang guru
dapat mengetahui penguasaan murid terhadap kemahiran yang
dipelajari.

1.2 Pengukuran

Pengukuran membawa maksud sebagai suatu proses mendapatkan


penjelasan secara melalui angka tentang sebanyak mana individu
atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan
instrumen.

Pengukuran juga merujuk kepada proses pemarkahan terhadap


jawapan murid yang bertujuan untuk mengukur sesuatu kemahiran
secara kuantitatif. Proses ini memerlukan guru memeriksa (dengan
membaca atau mendengar) tindak balas murid dan mengagihkan
markah dalam bentuk angka. Markah pula diagihkan mengikut skim
pemarkahan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh guru. Markah
tersebut biasanya dijumlahkan sebagai jumlah markat mentah atau
diperatuskan.

3
1.3 Penilaian

Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses membuat


pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai
mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Penilaian juga merupakan satu proses yang dianggap sistematik


semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama
ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Penilaian ini diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran


dan markah yang telah diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

2.0 Perbezaan Antara Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian.

Pengujian Pengukuran Penilaian


Tujuan Menentukan tahap Membuat pengkelasan Memberi

4
pencapaian bagi pencapaian dan maklumat
sesuatu kedudukan murid tentang
pembelajaran dalam pembelajaran. pencapain objektf
pelajaran, kaedah
mengajar dan
kurikulum.
Cara Melalui Melalui pelbagai cara Berdasarkan data
pemerhatian atau mengumpul data kuantitatif dan
soalan-soalan kuantitatif penghuraian
ujian kualitatif
Masa Selepas pelajaran Selepas pelajaran Sebelum,
semasa, dan
selepas pelajaran
Liputan Terhad kepada Meliputi satu Dari satu
satu kemahiran peringkat pelajaran teretntu
atau pelajaran pembelajaran hingga ke seluruh
kurikulum
Keputusan Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan
prestasi suatu pencapaian secara pencapaian
kemahiran atau relatif keseluruhan
penguasaan tetapi tidak
pembelajaran semestinya
yang spesifik membayangkan
prestasi
seseorang
individu

BAHAGIAN A : UJIAN PSIKOMOTOR


(KEMAHIRAN)

PERMAINAN : BOLA SEPAK

5
1. Pengenalan

Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan yang paling popular di dunia
pada masa kini; tidak kira yang muda atau yang tua, lelaki atau
wanita. Dipercayai bahawa permainan bola sepak diperkenalkan di
Rom dan kemudian dibawa ke England pada abad ke-9. Sungguhpun
demikian, permainan bola sepak mula berkembang pesat sebagai satu
sukan hanya bermula pada abad ke-19.
Pada awal permainan bola sepak di England, masih belum ada
peraturan tentang permainan tersebut. Bola sepak ketika itu terlalu
kasar sehingga boleh mendatangkan kecederaan parah. Sehinggalah
tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England (F.A.) ditubuhkan yang juga
merupakan pertubuhan bola sepak pertama di dunia. F.A. telah
menggubal beberapa garis panduan (ketika itu) untuk menjadikan bola
sepak suatu permainan yang menarik. Pada tahun 1870, peraturan
sebelas pemain untuk satu pasukan diperkenalkan. Pada tahun 1871,
Piala F.A. diperkenalkan yang dijalankan secara kalah mati.
Pertandingan ini merupakan pertandingan kalah mati tertua dan masih
bertahan sehingga kini, manakala Piala F.A. merupakan piala yang
tertua dalam sejarah bola sepak.
Pada tahun 1904, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
ditubuhkan di Paris. Permainan bola sepak mula menular ke seluruh
dunia, sehinggalah wujudnya Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia
yang berlangsung empat tahun sekali merupakan pertandingan paling
berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan
rumah pada edisi pertama pertandingan Piala Dunia pada tahun 1930
dan merupakan juara edisi pertama.
Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke
negara ini oleh askar British pada abad ke-19 ketika mereka datang
bertugas. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditubuhkan pada tahun
1927. FAM merupakan badan bola sepak kebangsaan dan
bertanggungjawab mengawal perkembangan bola sepak di Malaysia
melalui persatuan bola sepak di peringkat negeri.

2. Ukuran Dan Lakaran Gelanggang Permainan Bola Sepak

6
7
3. Sistem Permainan Bola Sepak

Bola sepak dimainkan seramai 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat


beberapa sistem permainan yang dimainkan dalam permainan ini yang
dsebut formasi. Formasi merupakan sesuatu pembentukan asas bagi
sesebuah pasukan untuk meraih kemenangan. Namun begitu, tanpa
kebijaksanaan pemain mencernakan formasi yang dibentuk oleh
jurulatih belum menjamin kejayaan pasukan itu. Pemilihan formasi
biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor seperti:
i. Kelemahan dan kelebihan pemain-pemain yang ada.
ii. Kelemahan dan kelebihan pasukan lawan.
iii. Corak dan jenis permainan – menitikberatkan pertahanan
atau serangan.
iv. Sistem permainan pasukan lawan.

8
Antara formasi yang biasa diamalkan dalam permainan bola
sepak adalah:

a) 4 – 4 – 2
Formasi ini telah diguna pakai oleh kebanyakan
jurulatih. Formasi ini agak seimbang
sebenarnya. Terdapat dua jenis corak yang
boleh digunakan iaitu menyerang dan bertahan.
Untuk menyerang, dua pemain pertahanan di
kiri dan kanan akan turut serta menyerang
apabila pasukan mereka dalam situasi
menyerang. Untuk bertahan pula, seorang
pemain tengah akan berada di kawasan
pertahanan untuk membantu barisan
pertahanan. Pemain tengah ini digelar tengah
bertahan atau defensive midfield.

b) 4 – 2 – 4
Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada
2 orang pemain tengah yang menjadi
penghubung antara pertahanan dan penyerang.
Dua pemain tengah ini bertindak sebagai player
maker di mana pemain memerlukan kepekaan
yang tinggi. Dua penyerang di kiri dan kanan
bertindak sebagai sayap yang bermaksud akan
memulakan serang dari tepi. Dua pemain akan
turut bersama untuk membantu bahagian
pertahanan ketika diserang.

c) 4 – 3 – 3
Formasi ini merupakan formasi menyerang. Tiga
pemain tengah memerlukan kecergasan yang
tinggi untuk turun naik dalam sesuatu
permainan. Apabila bertahan, hanya seorang
penyerang yang berada di tengah padang.
Apabila serangan balas, penyerang ini bertindak
sebagai penyudah.

9
d) 1 – 4 – 3 – 2
Formasi ini lebih berat kepada bertahan.
Seorang pemain menjadi ‘sweeper’ dan yang
lain menjaga pemain lawan masing-masing
untuk bertahan apabila serangan dilakukan oleh
pihak lawan. ‘Sweeper’ ini bergerak bebas dan
tugasnya adalah untuk mengganggu dan
merebut bola daripada pihak lawan.

e) 4 – 5 – 1
Formasi ini lebih bertindak sebagai melakukan
serangan balas. Hanya seorang pemain berada
di depan. Pemain ini bertindak sebagai
penyudah dan pengganggu kepada pertahanan
lawan. Kecergasan diperlukan untuk formasi
begini.

10
4. Format Pertandingan Permainan Bola Sepak

Terdapat tiga jenis format pertandingan yang diadakan.


Antaranya format liga, format kalah mati, dan format timbal balik.

a. Format Liga

Untuk format ini, ada dua jenis iaitu secara satu pusingan dan
secara dua pusingan. Bagi satu pusingan, biasanya diadakan
untuk pertandingan yang besar seperti Sukan Olimpik, Sukan
Sea, dan juga untuk Piala Dunia. Selesai sahaja format ini, mana-
mana pasukan yang layak untuk pusingan seterusnya akan mara
ke pusingan kalah mati. Manakala format dua pusingan untuk
liga-liga di semua negara, di mana ada bermain d tempat sendiri
dan ada bermain di tempat lawan. Untuk format ini agak panjang
tempoh yang diambil dan biasanya mengambil masa sembilan
ke lapan sepuluh bulan. Kelebihannya, terdapat masa rehat
untuk pemain-pemain.

b. Format Kalah Mati

Untuk format ini, hanya satu pusingan dijalankan. Mana-mana


pasukan yang kalah dalam sesuatu pertandingan dikira
tersingkir. Seperti Piala F.A. England, format ini telah diguna
pakai sejak 1871. Format ini juga diguna pakai sebagai
kesinambungan untuk format liga satu pusingan. Mana-mana
pasukan yang mempunyai gol lebih dikira pemenang. Sekiranya
seri sehingga habis masa tambahan, tendangan penalti
dilakukan.

11
c. Format Timbal Balik

Format ini dijalankan dua pusingan, iaitu bermain di tempat


sendiri dan di tempat lawan. Untuk memilih pemenang, mana-
mana pasukan yang mempunyai jaringan yang lebih dikira
pemenang. Sekiranya seri 0 – 0, sehingga tamat masa
tambahan, tendangan penalti dilakukan. Namun begitu, satu
situasi seri yang boleh menyebabkan sesebuah pasukan itu
diisytihar pemenang (sehingga tamat permainan 90 minit) iaitu
dengan format kiraan gol di tempat. Contoh;

England 3 - 0 Greece
Greece 4 - 1 England

Untuk situasi di atas, kedua-dua pasukan terikat jaringan 4 – 4.


Namun begitu, England diisytihar pemenang kerana mempunyai
jaringan di tempat lawan.

Malaysia 1 - 2 Indonesia
Indonesia 1 - 2 Malaysia

Untuk situasi ini pula, permainan perlu dilanjutkan sehingga ke


masa tambahan kerana jaringan di tempat lawan yang sama.
Sekiranya kekal, tendangan penalti dilakukan.

Perancis 3 - 2 Itali
Itali 2 - 1 Perancis

Untuk situasi ini, Itali dikira pemenang kerana mempunyai


jaringan yang banyak di tempat lawan berbanding Perancis
walaupun pasukan ini seri 4 – 4.

12
5. Peraturan Permainan Bola Sepak

 Satu pasukan diwakili oleh sebelas (11) orang pemain semasa


permainan.
 Permainan diadili oleh seorang pengadil (referi) dan dibantu dua
orang pengadil garisan serta seorang pengadil simpanan.
 Lentingan syiling dilakukan untuk menentukan pihak mana yang
perlu membuat sepak mula.
 Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, hanya tiga
pertukaran pemain dibenarkan. Pemain yang digantikan tidak
boleh masuk semula sebagai pemain. Untuk perlawanan
persahabatan, tiada had untuk pertukaran pemain.
 Setelah gol dijaringkan, sepak mula di tempat permulaan dibuat
oleh pasukan yang tidak menjaring.
 Pemain yang dibuang padang (kad merah) tidak boleh diganti
dengan pemain lain.
 Ofsaid dikira apabila pemain mendahului pemain pertahanan
lawan sebelum bola dihantar.
 Untuk lontaran ke dalam, pemain tidak dibenarkan memijak
garisan, kedua-dua kaki mestilah memijak tanah, dan lontaran
bermula dari belakang kepala.
 Jaringan gol hanya sah apabila bola melintasi keseluruhan
garisan gol, iaitu antara tiang dan bawah palang gol.
 Lemparan atau sepakan oleh penjaga gol selepas menyambut
bola dan juga sepakan gol, hendaklah dilakukan melebihi
kawasan penalti.
 Dalam perlawanan rasmi, tempoh masa permainan ialah 90
minit (45 minit bagi setiap separuh masa), rehat 10 ke 15 minit,
dan masa tambahan pula 30 minit (15 minit bagi setiap separu
masa).
 Sekiranya kedua-dua pasukan terikat jaringan sehingga habis
masa tambahan, tendangan penalti dilakukan. Hanya 5
tendangan bagi setiap pasukan dan sekiranya masih lagi terikat
hingga habis 5 tendangan tersebut, tendangan ‘sudden-death’
dilakukan yang bermaksud siapa gagal mejaringkan gol, pasukan
tersebut kalah.

13
 Terdapat dua jenis tendangan percuma, iaitu ‘direct freekick’
dan ‘indirect freekick’. Hanya ‘direct freekick’ yang dibenarkan
untuk tendangan terus ke dalam gol.

6. UJIAN PSIKOMOTOR (KEMAHIRAN)

Nama Ujian : Ujian Kemahiran Bola Sepak

Alatan Ujian : Bola, skital, bangku, jam randuk

Prosedur Ujian

Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dua ujian kecergasan


dan tiga ujian kemahiran dijalankan.

A. Ujian Kecergasan

a. Lari ulang – alik 10 meter (30 saat)


- Murid akan diuji jumlah larian yang boleh diambil
dalam masa 30 saat.

b. Lari pecut 50 meter


- Murid akan diambil masa untuk larian ini.

B. Ujian Kemahiran

i. Kemahiran Menyepak

Latihan Menyepak Dan Menghantar Bola


• X menghantar bola kepada Y
melalui 2 skital. Y menghantar
balik kepada X yang
kedua untuk meneruskan latihan.
Selepas menghantar bola pemain

14
tukar tempat.

• Murid akan diuji pada ketepatan


menyepak dan menghantar dengan
tepat bola ke arah pemain lain.

Latihan Menyepak Ke Penjuru


• Pemain cuba memasukkan bola
melalui ruang antara hujung
bangku dan tiang gol.
• Pemain akan diuji pada ketepatan
memasukkan bola ke penjuru gol.
• Pemain akan diberi 10 percubaan.

ii. Kemahiran Menggelecek Bola

a. Latihan Menggelecek Bola (20 meter)


• Murid membawa bola mengelilingi
skital.
• Murid akan diambil masanya untuk
latihan ini. 20 m
• Setiap skital yang terkena bola
akan dipotong separuh markahnya.

b. Latihan Menggelecek Bola (30 meter)


• Murid membawa bola mengelilingi
skital.
• Murid diberi masa 20 saat untuk
30 m
untuk menghabiskan larian.
• Murid akan diambil markahnya
pada tempat dia berhenti.
• Setiap skital yang terkena bola akan
dipotong separuh markahnya.

iii. Kemahiran Menahan Bola

a. Kemahiran Menahan Dan Menyepak

15
• Murid menahan bola yang disepak oleh rakan dan
menyepak semula.
• Markah diambil pada setiap bola yang ditahan
dengan baik dan tidak tersasar.
• Sebanyak 15 percubaan diberikan.

iv. Kemahiran Menjaga Gol

a. Kemahiran Menjaga Gawang


• Murid memastikan tidak melepaskan bola
masuk ke dalam gawang gol.
• Markah diambil bagi setiap bola yang ditahan.
• Sebanyak 10 percubaan diberikan.

7. KRITERIA PENILAIAN

A. Kemahiran Menyepak

Nama Ujian

16
• Ujian menyepak dan menghantar bola
• Ujian menyepak ke penjuru

Objektif

• Menguji kemahiran menyepak dan ketepatan menghantar bola.


• Menguji kemahiran menyepak bola ke penjuru gol

Alatan

• Bola
• Skital
• Bangku

Skor

• Bilangan bola yang dihantar dengan tepat dan tidak tersasar.


• Bilangan bola yang masuk ke dalam gol.

Skor 10 – 9 8–7 6–5 4–3 2–0


Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menyepak dan
Menghantar Bola
Ujian Menyepak Ke
Penjuru
Keputusan Sangat Baik Sederhana Lemah Sangat
Baik Lemah

B. Kemahiran Menggelecek

Nama Ujian

• Ujian menggelecek bola sejauh 20 meter


• Ujian menggelecek bola sejauh 30 meter

Objektif

• Menguji kemahiran menggelecek.

17
Alatan

• Bola
• Skital
• Jam randuk

Skor

• Jumlah masa yang diambil ketika menggelecek.


• Bilangan skital yang dilalui

Skor 16 – 20 21 – 25 26 – 30 31 – 35 36 – 40
saat saat saat saat saat
Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menggelecek
Bola (20 meter)
Skor 1–3 4–6 7–9 10 – 12 13 – 15
Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menyepak Ke
Penjuru
Keputusan Sangat Baik Sederhana Lemah Sangat
Baik Lemah

C. Kemahiran Menahan

Nama Ujian

• Ujian menahan dan menyepak bola.

Objektif

• Menguji kemahiran menahan bola dengan baik dan tidak


tersasar.

Alatan

• Bola

18
Skor

• Jumlah bola yang ditahan dengan baik.

Skor 1–3 4–6 7–9 10 – 12 13 – 15


Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menahan dan
Menyepak Bola
Keputusan Sangat Baik Sederhana Lemah Sangat
Baik Lemah

D. Kemahiran Menjaga Gol

Nama Ujian

• Ujian menjaga gol.

Objektif

• Menguji kemahiran menjaga gol dengan baik.

Alatan

• Bola

Skor

19
• Jumlah bola yang berjaya ditepis atau diselamatkan.

Skor 1–3 4–6 7–9 10 – 12 13 – 15


Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menjaga Gol
Keputusan Sangat Baik Sederhana Lemah Sangat
Baik Lemah

BAHAGIAN B : KOGNITF ( SOALAN UJIAN )

10 soalan aneka pilihan tentang permainan yang dipilih.

1. Berapa orang pemain dalam sesebuah pasukan bola sepak?

A 7 orang pemain
B 9 orang pemain
C 11 orang pemain

2. Badan yang mengawal aktiviti permainan bola sepak


A MIFA
B FIFA
C PAFA

3.

20
Gambar di atas merupakan sejenis kemahiran. Kemahiran ini
dipanggil

A Kemahiran Menggelecek
B Kemahiran Menyepak
C Kemahiran Menahan

4. Berapakah tempoh masa bagi setiap separuh masa bagi permainan


bola sepak?
A 30 minit
B 45 minit
C 90 minit
5. Berapa jumlah pengadil yang diperlukan dalam seseuatu
perlawanan?
A 2 orang
B 3 orang
C 4 orang

6. Piala yang tertua dalam sejarah bola sepak ialah


__________________.

7. FAM merupakan singkatan bagi


__________________________________.

8. Juara Piala Dunia bagi edisi pertama ialah pasukan


_______________.

21
9. Bola yang disahkan gol apabila bola
______________________________.

10. Lihat situasi di bawah:


Malaysia 1 - 0 Singapura
Singapura 3 - 2 Malaysia

Berdasarkan situasi ini, pasukan yang layak ke pusingan


berikutnya ialah pasukan _____________________________.

LAMPIRAN

Bahagian kaki yang digunakan untuk menyepak bola.

22
Cara tendangan dilakukan.
Cara untuk menggelecek.

23
Cara untuk menjaga gol.
RUJUKAN

Hj Gapor Ahmad, 2007, Kejurulatihan dan Sains Sukan, Utusan


Publication & Distributors, KL

Mohd Sufian Bin Omar Fauzee, 2001, Psikologi Sukan: Aplikasi Teori
dan Praktikal, Utusan Publication & Distributors, KL

Ramesh, R. 1993, Bola Sepak, Penerbitan Fagoes, KL

Boon Tong, Teng. 2001, Panduan Pengajaran Kemahiran Asas


Permainan, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd, Selangor

24