Anda di halaman 1dari 15

Pendahuluan

Guru mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan


pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru juga
bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati
serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada
perkembangan moral pada pandangan pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah.

Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari
memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang
mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan
suci itu ialah para guru atau pendidik.

Para guru sebagai ejen kepada keberkesanan pendidikan oleh itu tidak dinafikan guru
banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih
lagi dalam membentuk sahsiah pelajar kerana walau sebaik manapun sistem pendidikan,
maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika ejen
menyampaikan tidak efektif.

Sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa
dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,
tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian
Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan
mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai
yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk
meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota
masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan
dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah,
pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi dan
cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan
juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani

1
masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang
bermoral tinggi.

Rajah 1: Masalah Salah Laku Remaja

Insan Bermoral

Konsep insan bermoral berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan bermoral ialah
seorang individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral juga merujuk kepada
individu yang mempunyai perlakuan atau tingkahlaku yang baik yang boleh diterima
oleh masyarakat umum,dengan mematuhi satu set peraturan yang prespektif dan
ditetapkan oleh autoriti tanpa sebarang soal. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa
ada perlakuan individu yang dilakukan secara terpaksa. Ini kerana kemoralan itu
melibatkan aspek-aspek kerohanian, pemikiran dan dijelmakan dalam bentuk perlakuan.
Sebagai contoh seseorang itu tidak dianggap bermoral sekirannya membantu seseorang
dalam kesempitan mencuri untuk mendapatkan wang. Walaupun membantu seseorang
adalah amalan yang baik tetapi sikap mencuri itu adalah tingkah laku yang tidak
bermoral. Walaupun niat untuk menolong orang adalah yang berada di dalam kesusahan,

2
merupakan satu nilai yang baik, tetapi dari aspek perlakuan mencuri itu merupakan
perlakuan yang tidak bermoral maka individu seperti ini bukanlah insan yang bermoral.

Insan yang bermoral merupakan individu yang mempunyai tingkahlaku yang baik dan
dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Seorang insan yang bermoral tidak akan
melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang dengan nilai normal dan
peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan yang bermoral lahir daripada amalan nilai
murni berasaskan kepada demensi dan pegangan prinsip moralnya. Ketekalan moral yang
selari dengan peraturan masyarakat merupakan faktor utama untuk membentuk insan
yang bermoral. Ketekalan moral ialah kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan
prinsip moral. Berasaskan ketekalan moral sesorang dapat mengenali dri sendiri serta
sentiasa beristiqomah dalam amalannya. Ketekalan moral juga dapat menguatkan
pegangan walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Rajah 2
menjelaskan secara ringkas model profil insan bermoral.

Insan Bermoral

Mempunyai prinsip Mengamalkan nilai-


hidup yang diterima nilai berdasarkan
oleh keluarga, prinsip hidupnya
masyarakat dan negara setiap masa walau di
mana berada

Berpegang teguh
dengan prinsip hidup

Rajah2 : Model Profil Insan Bermoral

3
Seorang insan yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti :

• Berbudi pekerti, mempunyai tingkah laku yang mulia, serta berbudi bahasa.
• Tidak suka menunjuk-nunjuk, tidak angkuh dan tidak sombong dalam pergaulan
dengan orang lain.
• Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan
kelemahan diri sendiri.
• Insan yang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati.

Ciri-ciri insan bermoral

Terdapat beberpa ciri insan yang bermoral iaitu :

• Menghormati autoriti iaitu ibu bapa, guru, pemimpin negara atau agama.
Insan yang bermoral harus menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan amalan yang
bermoral dan bolleh diterima oleh masyarakat. Mereka akan menghormati agama dan
kepercayaan orang lain serta menyanyangi nyawa mereka dan menghargai nyawa orang
lain. Orang yang berpendidikan moral dapat membuat keputusan moral secara
autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesan serta akibatnya.

• Mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain.


Insan yang bermoral ialah orang yang mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang
perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan
orang lain harus dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

• Melakukan sesuatu secara bebas


Insan yang bermoral ialah insan yang dapat melakukan sesuatu scara bebas tanpa
sebarang tekanan tetapi berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang
rasional, Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoalkan akan
dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.

4
• Mempunyai emosi atau motivasi moral
Insan yang bermoral juga haruslah mempunyai emosi atau motivasi moral untuk
melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar
untuk bertindak sekirannya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.
 Mempunyai iltizam
Insan bermorfal ialah insan yang mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut
dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral
yang asas.

Peranan Guru Melahirkan Insan Yang Bermoral


Guru sering juga disebut pendidik. Guru ialah orang yang mengajar atau orang yang
kerjanya mengajar atau memberikan pelajaran di sekolah. Secara khususnya guru ialah
orang yang bertanggungjawab menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Seorang guru telah diamanahkan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang
bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Guru harus mendidik dan memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam
agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Ini dapat membina satu
panduan hidup yang menjadi insan yang bermoral.

Perubahan tingkah laku seseorang individu boleh berlaku secara formal dan tidak formal.
Perubahan tingkah tingkah laku individu ini secara formal dapat dilihat melalui system
pendidikan yang digubal selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan untuk
menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju. Kita mahukan kehidupan rakyat
yang maju, yang seimbang, bertunjangkan ilmu pengentahuan dan bermoral tinggi. Ini
selaras dengan falsafah pendidikan negarayang berusaha untuk memperkembangkan
individu secara menyeluruh dan mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan jasmani.

5
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha


berterusan ke arah memperkembangankan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. "
Rajah 3 : Falsafah Pendidikan Negara

Guru perlu memainkan peranan yang penting dan merupakan agen utama dalam
melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia. Insan yang bermoral perlu
meliputi tiga dimensi iaitu;
• Penakulan
• Emosi
• Tingkah laku
Rajah di bawah menggambarkan insan berakhlak mulia

6
Rajah 4: Model Insan Menyeluruh

Organisani Pendidikan Moral di sekolah mengandungi lima bidang pembelajaran yang


menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nlai murni di kalangan murid. Bagi
membolehkan nilai-nilai murni dipupuk secara berterusan ke dalam diri murid, bidang
pembelajaran dan nilai yang sama diajar di setiap tahun iaitu dari tahun 1 hinggalah ke
tahun 6. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi
pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan
mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid. Lima bidang yang di
maksudkan ialah;

• Nilai berkaitan dengan perkembangan diri


Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan
kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh kesedaran
hati nurani seseorang insan.

7
• Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga
Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap
anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.

• Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat


Peranan dan tanggungjawab diri sebagai anggota masyarakat yang menghayati
kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

• Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar


Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

• Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara


Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia kepada
negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan dan
keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Di dalam bidang pendidikan guru mempunyai peranan yang penting untuk membentuk
generasi yang beriman dan beramal dengan nilai-nilai yang diterima masyarakat Peranan
guru amat penting dalam membentuk insan yang bermoral dan berakhlak mulia pada
masa akan datang. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan malah guru
mendidik untuk membentuk insan yang bertrampilan dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan spiturtual.
Guru merupakan insan yang terpilih untuk membentuk manusia menjadi makhluk yang
sayang pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Guru adalah
kerjaya yang suci bersih dan mensucikan dan membersihkan orang lain juga. Guru juga
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjana insan mulia generasi akan
datang. Terdapat beberapa peranan guru dalam melahirkan insan yang bermoral dan
berakhlak mulia seperti yang digambarkan dalam rajah 3 di bawah.

8
Guru

Mu’allim Mursyid

Murabbi Mudarris

Mu’addib

melahirkan

Insan bermoral dan berakhlak mulia

Rajah 5 : Peranan Guru Melahikan Insan Bermoral

Antara peranan guru dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia ialah:

(i) Guru Sebagai Mu’allim

Mu’allim bermaksud menyampaikan ilmu. Tugas seorang guru ialah menyampaikan ilmu
pengentahuan yang betul dan bermanafaat atau pun proses pemindahan maklumat yang
benar kepada seseorang. Ilmu pengentahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan
seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan
menyampaikan ilmu pengentahuan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses
melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.

9
Guru adalah pendidik dan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan
seseorang pelajar.Maka murid berperanan menerima didikan daripada guru dan menjadi
seseorang insan yang berguna dan berjasa kepada negara.Murid bukan sahaja menerima
ilmu daripada guru maka perlu belajar menjadi seseorang yang bermoral dan
berguna.Guru yang juga merupakan pendidik merupakan seseorang yang sesuai dalam
mendidik dan menyuburkan jati diri murid sebab mereka mempunyai pengalaman dan
ilmu yang tinggi.Dengan kemajuan dan perkembangan pendidikan negara, terdapat ramai
guru terdesak menguasai pelbagai kemahiran generik demi mendidik murid agar mereka
dapat menjadi bakal yang menerajui dan mewarnai masa depan negara.Jadi tidak
dinafikan bahawa guru banyak berkorban dalam melahirkan generasi yang berilmu dan
berguna kepada negara.Sebagai rakyat kita juga harus menghormati guru sebab mereka
berperanan dalam mendidik dan membimbing murid agar menjadi insan yang berguna
kepada negara.

Sebagai guru Pendidikan moral kita harus merancang aktiviti dan kaedah yang sesuai
dengan tahap dan kebolehan murid. Menurut Teori Pembelajaran Peniruan yang
diasaskan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa faktor-faktor kognitif memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembelajaran seseorang individu. Dalam kajian yang
dibuat oleh Albert Bandura dapatlah dirumuskan bahawa tingkah laku kanak-kanak hasil
periruan tingkah laku permodelan orang lain. Ini dilakukan dengan memerhati gerak
balas yang terhasil daripada rangsangan persekitara. Berdasarkan teori ini maka dapatlah
dikatakan bahawa murid-murid akan sentiasa memerhati tingkah laku gurunya dan
seterusnya meniru guru tersebut. Maka sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan
tingkah laku yang baik kerana guru akan menjadi model kepada murid-muridnya.

Guru merupakan orang yang menyebar ilmu. Terdapat lima bidang yang harus diajar
dalam Pendidikan Moral sekolah rendah seperti yang telah diterangkan di atas. Sebagai
contoh semasa mengajar bidang pembelajaran 1 iaitu nilai yang berkaitan dengan
perkembangan diri yang bertajuk Kepercayaaan Kepada Tuhan, guru haruslah
meyakinkan bahawa Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

10
Guru juga harus mengerjakan solat dan puasa seperti yang ditutut oleh agama. Murid
akan meniru perlakuan guru.

(ii) Guru sebagai Mudarris

Murabbi bermaksud pengajar atau pendidik. guru memainkan peranan yang penting
dalam memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Seorang guru tidak harus hanya
memberi ilmu kepada pelajar dari segi akedemik sahaja tetapi juga harus memainkan
peranan dalam membentuk sahsiah pelajar. Guru perlulah sentiasa memberi pendekatan
yang baik kepada pelajar tentang isu perpaduan di negara kita. Mereka haruslah sentiasa
mengutamakan perpaduan pelbagai kaum dalam apa sahaja aktiviti kelas yang
dianjurkan. Selain itu, mereka haruslah melayani semua pelajar dengan adil tanpa
mengambil kira kaum dan agama pelajar-pelajarnya. Selain itu, mereka juga
bertanggungjawab dalam menyemai nilai-nilai yang murni dalam jiwa pelajar-pelajar.

Guru juga berperanan memperkembangkan kemahiran dalaman dan luarannya.


Kemahiran dalaman merangkumi empat aspek utama iaitu
 Kemahiran Sikap Peribadi (personal antributes)
Kemahiran ini melibatkan kemahiran yang berpegang teguh kepada etika kerja,
kemahiran menghormati pelanggan dan orang-orang serta persekitarannya. Guru juga
perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi seperti guru
tidak sepatutnya mengaitkan kata-kata yang kasar dan boleh menyentuh perasaan secara
negatif. Guru juga tidak boleh mnghina dan memperkecilkan kebolehan murid-murid.

 Kemahiran Penampilan Diri (Interpersonal)


Kemahiran ini pula berkait dengan kemahiran seoramg guru dalam menyesuaikan diri
dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran ndalam proses
pengajaran dan pembelajaran, dengan kata lain kemahiran menggunakan alat-alat yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pengajaran. Guru harus
bijak memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan
kebolehan dan tahap pencapaian murid. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan

11
lebih menarik minat murid dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Sebagai seorang
guru haruslah mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu
terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan
seterusnya mencapai misi nasional.

 Kemahiran Menyelesaikan masalah


Guru juga harus bijak menyelesaikan masalah. Guru harus berfikir dengan kritis dan
kereatif untuk menyelesaikan masalah. Guru harus bijak menaakul, membuat andaian dan
menganalisis segala maklumat dan seterusnya menyelesaikan masalah.

 Kemahiraan Membuat Keputusan


Guru harus bijak membuat keputusan. Keputusan yang dibuat haruslah benar dan
tepat.Sebelum membuat keputusan guru haruslah memikirkan sebab dan akibatnya.

Berdasarkan Teori Perlaziman Cuba Jaya yang diperkenalkan oleh Thorndike


menyatakan bahawa prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda.
Sesorang akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya manusia
akan mengelakan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri.
Teori ini jelas menunjukan seseorang kanak-kanak akan membuat sesuatu jika mendapat
ganjaran. Di dalam bilik darjah guru haruslah sentiasa memberi peneguhan atau ganjaran
kepada murid yang bertingkah laku baik supaya tingkah laku ini akan berterusan dan
menghukum murid yang melakukan kesalahan supaya kesalahan tersebut tidak diulang.
Sebagai contoh semasa mengajar nilai yang berkaitan dengan diri dan alam sekitar, guru
harus meberi pujian kepada murid yang membuang sampah ditempat yang betul dan
mengenakan denda kepada murid yang membuang sampah di merata tempat.

(iii) Guru Sebagai Murabbi

Murabbi membawa maksud orang yang menjayakan proses pendidikan. Sebagai seorang
pendidik bukan sahaja bertanggungjawab membekalkan nilai luhur kepada generasi
seterusnya malah mereka juga perlu berusaha memperbaiki keadaan masyarakat. Dalam

12
konteks ini tugas pendidik tidak terhad di dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah
sahaja malah ia juga sebagai pendidik kepada keluarga dan masyarakat.

Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses
tarbiayah. Proses ini ialah dari mendidik kanak-kanak yang tidak mengenal huruf kepada
kanak-kanak yang boleh membaca dan seterusnya menjadi seorang pemimpin. Guru
murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk
mengajar, mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru murabbi juga
harus faham dengan tugasnya yang mulia. Beliau menjadikan tempat kerjanya sebagai
rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kelemahan dan kelalaian diri
dan murid-muridnya. Selain itu guru murabbi juga haruslah peka dengan perubahan.
Perubahan yang berkait dengan profesionya dan perubahan lain yang berlaku
disekelilingnya.

Guru murabbi haruslah mengajar murid nilai-nilai yang terdapat dalam bidang
pembelajaran Pendidikan Moral. Guru harus memilih aktiviti yang sesuai dan menarik
minat murid. Apabila murid minat belaja maka objektif pembelajaran akan tercapai.
Murid dapat menghayati nilai-nilai tersebut dan dapat membentuk akhlak murid
tersebut.Guru murabbi dapat melahirkan insan bermoral.

(iv) Guru Sebagai Mu’addib


Mu’addib dan bermaksud mendidik adab dan budi pekerti. Seorang guru
bertanggungjawab memupuk adab, akhlak ataupun proses pembentukan disiplin dan
sikap pelajar bagi membentuk sahsiah. Guru berperanan untuk mengembangkan potensi
individu yang berakhlak mulia, seimbang dari segi interlektual, rohani, emosi dan
jasmani (JERI) swelaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Guru mu’addib ialah guru
yang mengajar adab dan pekerti. Dalam hal ini guru haruslah memastikan yang adab dan
budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini kerana guru adalah model kepada
murid-murid dan masyarakat sekeliling.

13
Guru mu’addib bukan sahaja mengajar nilai-nilai murni malah patut mengamal nilai-nilai
tersebut. Antara nilai yang patut ada pada seorang guru ialah sifat daya tahan dan tidak
mudah menyerah kalah. Sikap inilah yang boleh memartabatkan seorang guru dijulang
tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam usaha
mendidik generasi akan datang.

(v) Guru Sebagai Mursyid


Guru mursyid ialah guru yang bertanggungjawab melahirkan peminpin bagi generasi
akan datang. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan ini
merupakan peranan dan tugas yang terletak pada seorang guru. Dilihat dari sejarah
negara kita, ramai pemimpin negara berasal dari seorang guru. Oleh yang demikian,
sejarah telah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpun dan pembentuk
kepimpinan insaniah.

Kurikulum Pendidikan Moral telah dirancang dengan rapi agar segala hasrat dan cita-cita
kerajaan untuk insan bermoral tercapai. Sebagai contoh semasa mengajar bidang
pembelajaran yang menunjukkan Nilai Berkaitan Diri dan Negara, guru harus merancang
aktiviti dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Guru
harus melatih murid supaya boleh menjadi pemimpin. Kaedah kumpulan juga boleh
digunakan kerana di dalam kumpulan pasti ada ketua. Ketualah yang bertanggugjawab
mengurus kumpulan mereka. Sedikit-sebanyak sifat kepimpinan telah pun diterap dalam
kaedah ini.

Kesimpulan
Peranan dan tugas seorang guru memanglah berat dan mencabar dalam membentuk insan
yang bermoral dan berakhlak mulia. Di dam masyarakat dan negara guru adalah
penyampai ilmu yang benar, pengamal sifat yang luhur, mengembang kemahiran
individu, menjayakan proses tarbiyah , pemimpin dan pengikut yang setia. Pemimpin
yang baik akan melahirkan pengikut yang baik. Begitulah sebaliknya. Dengan kata lain
guru adalah perubah zaman samada secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya

14
tugas seorang guru ialah membentuk muridnya sejak peringkat kanak-kanak lagi
hinggalah dewasa dan seterusnya dapat mengenali erti kehidupan. Peranan guru bukan
sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas
iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar,
pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen
perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan
membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara serta agama.

Rajah 6 ; Suasana di Sekolah

15