c
cc
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri -
ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan
mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan
dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru
mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia sebelum dia bol eh mengajar di sekolah kerajaan.
Dalaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau
tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran
yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid -murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap
yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti
kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan
seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu
termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak
serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan -peranan lain
yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti
ibubapa, menjadi penasih at dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid,
menjadi kaunselor kepada murid -murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai
kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada
masyarakat.
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru
diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari
penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia
kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu ker eta adalah satu
perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan
raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh
dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan
memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan
berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melaluai
pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu -isu semasa,
sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ja nayah : seperti
peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan
perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di
peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal
seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri
dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini,
profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak
yang terpuji.
"
Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim :
Quantum Books. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Awang Had Salleh, 1980. ³ Keguruan dan perguruan di
Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju´. KONPEN V, Johor Bharu 6 -8
Disember.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Sufean Hussin, 1993. Pendi dikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka