Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN HUJAN LEBAT YANG MENYEBABKAN

BANJIR KILAT DAN TANAH RUNTUH DI BEBERAPA


KAWASAN DI NEGERI PULAU PINANG DAN KEDAH

PADA 6 SEPTEMBER 2008

DISEDIAKAN OLEH

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

7 September 2008
1. Pendahuluan

Laporan ini disediakan berikutan kejadian hujan lebat yang


menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan di
negeri Pulau Pinang dan Kedah pada waktu lewat petang 6
September sehingga 7 September 2008.

Beberapa tempat di Pulau Pinang dilaporkan mengalami banjir


kilat dan tanah runtuh pada malam 6 September 2008. Antara
kawasan yang dilanda banjir kilat ialah di Bayan Baru, Pulau
Betong, Bukit Mertajam, Taman Siakap di Seberang Jaya dan
beberapa tempat di Georgetown termasuk Jalan P. Ramlee dan Sg.
Pinang. Kejadian tanah runtuh turut dilaporkan terjadi di Jalan Tun
Sardon, Jalan Tanjung Bungah-Batu Ferringhi, Jalan Teluk Kumbar-
Balik Pulau, Air Itam dan Bukit Bendera.

Di negeri Kedah, kawasan yang terlibat termasuk Kampong


Kaki Bukit, Kampong Teroi, Kampong Titi Laha, Kampong Kepala
Bukit, Kampung Sungai Pasir di Yan, Bedong, Kampong Pematang
Gedong di Kuala Muda dan Paya Mengkuang di Pendang.

2. Analisis Laporan Hujan Dari Stesen Meteorologi

Stesen Meteorologi Bayan Lepas, Prai, Butterworth, Alor


Setar, Chuping dan Pulau Langkawi telah mencatatkan turunan
hujan harian sebanyak 155 mm, 135 mm, 95 mm, 23 mm, 15 mm
dan 56 mm masing-masing pada 6 September 2008. Jumlah hujan
harian bagi tempoh 5 hingga 7 September 2008 adalah seperti
jadual berikut:

2
Jumlah Hujan Harian (mm) Purata Hujan
Hujan Bulanan
Stesen
Bulanan Tertinggi
Meteorologi 5 Sept 6 Sept 7 Sept
(mm) (mm)
2008 2008 2008
September September
Bayan Lepas 27.0 155.0 5.0 340.1 629.1
Prai 57.0 135.0 6.0 249.3 410.2
Butterworth 50.0 95.0 11.0 322.6 611.4
Alor Setar 8.0 23.0 1.0 279.8 634.2
Chuping 3.0 15.0 6.0 219.7 389.3
Pulau
28.0 56.0 18.0 334.1 729.2
Langkawi

3. Imej Satelit Cuaca Pada Sabtu 6 dan 7 September 2008

Imej-imej satelit cuaca MTSAT bagi tempoh dari 2.30


petang, 6 September hingga 6.30 awal pagi 7 September 2008
adalah seperti pada rajah 3a hingga 3c. Rajah-rajah ini
menunjukkan bahawa hujan di negeri Pulau Pinang dan Kedah
adalah sederhana lebat dalam jangka masa yang panjang. Awan
hujan dapat dikesan di kawasan perairan Pulau Pinang dan Kedah
pada 3.30 petang, 6 September 2008 seperti di rajah 3a. Intensiti
hujan bertambah kuat pada 5.30 petang seperti di rajah 3b.
Keadaan hujan ini berterusan sehingga malam dan intensiti semakin
berkurangan. Rajah 3c menunjukkan hujan telah berkurangan di
Kedah pada 6.30 pagi, 7 September 2008.

3
Rajah 3a - Imej Satelit pada 3.30 petang 6 September 2008 menunjukkan
lokasi awan hujan yang baru terbentuk di kawasan perairan Pulau Pinang,
Kedah dan Perlis. (warna merah = hujan lebat, warna biru = hujan
sederhana, warna putih = awan hujan dengan hujan sedikit).

Rajah 3b - Imej Satelit Pada 5:30 petang 6 September 2008 menunjukkan


intensiti awan hujan bertambah kuat di kawasan Pulau Pinang dan Kedah

4
Rajah 3c - Imej Satelit Pada 6:30 awal pagi 7 September 2008 menunjukkan awan
hujan telah berkurangan di negeri Pulau Pinang dan Kedah.

4. Gema Radar Cuaca Pada 6 dan 7 September 2008

Di negeri Pulau Pinang, awan hujan dapat dikesan melalui


imej Radar Cuaca pada jam 12.00 tengahari manakala di Kedah
pada 3.00 petang, 6 September 2008. Paparan imej radar cuaca
menunjukkan kelompok awan hujan terbentuk di kawasan perairan
negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara dan bergerak ke arah
timur. Intensiti hujan di Pulau Pinang didapati semakin berkurangan
pada 11.00 malam, 6 September 2008 manakala di Kedah pada
3.00 awal pagi, 7 September 2008. Rajah-rajah 4a hingga 4e
menunjukkan turutan gema radar cuaca dari jam 12:00 tengahari 6
September hingga 3.00 awal pagi, 7 September 2008.

5
Rajah 4a: Gema radar pada jam 12:00 tengahari 6 September 2008 menunjukkan kelompok
awan berserta hujan dan ribut petir terbentuk di perairan negeri Pulau Pinang dan utara Perak.

Rajah 4b: Gema radar pada jam 3.00 petang 6 September 2008 menunjukkan kelompok
awan hujan yang semakin membesar dan melibatkan kawasan di Pulau Pinang dan
Kedah.

6
Rajah 4c: Gema radar pada jam 6.00 petang 6 September 2008 menunjukkan intensiti hujan
yang masih lebat di negeri Pulau Pinang dan Kedah.

Rajah 4d: Gema radar pada jam 11.00 malam 6 September 2008 menunjukkan hujan semakin
berkurangan di negeri Pulau Pinang.

7
Rajah 4e: Gema radar pada jam 3.00 awal pagi 7 September 2008 menunjukkan hujan
berkurangan di negeri Kedah.

5. Amaran Hujan Lebat

Negara kita, pada masa ini, masih mengalami Monsun Barat


Daya. Pada musim Monsun Barat Daya ini kebanyakan tempat di
Malaysia telah mengalami keadaan cuaca yang lembap dan
menerima hujan yang sedikit melebihi paras purata.

Pusat Ramalan Cuaca dan Pejabat-Pejabat Ramalan Cuaca


Wilayah di JMM, MOSTI, sentiasa memantau keadaan dan
perkembangan cuaca di rantau ini secara berterusan untuk
membekalkan perkhidmatan ramalan cuaca kepada semua
golongan masyarakat serta mengeluarkan amaran cuaca buruk
kepada agensi bantuan dan pengurusan bencana.

8
Amaran hujan lebat dan ribut petir bagi negeri Pulau Pinang
dan Kedah telah dikeluarkan seawal jam 9:45 pagi, 6 September
2008. Amaran ini telah dikemaskini dan turut meliputi kawasan
negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak Utara pada jam 3.00
petang, 6 September 2008. Amaran hujan lebat tersebut
seterusnya dikemaskini dan dinaiktaraf kepada tahap Peringkat
Jingga pada jam 6.00 petang, 6 September 2008 dan turut meliputi
kawasan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara.

6. Tinjauan Cuaca

Kejadian hujan lebat di Pulau Pinang dan Kedah adalah


disebabkan pembentukan sistem tekanan rendah di kawasan Teluk
Siam. Sehubungan ini kelajuan angin barat/barat laut yang
bertambah kuat telah bertiup dari Lautan Hindi melalui kawasan
utara Semenanjung Malaysia ke sistem ini. Keadaan ini sesuai
untuk pembentukan awan hujan terutamanya di Perlis, Kedah,
Pulau Pinang dan Perak Utara serta Thailand Selatan. Angin yang
kencang ini juga akan menyebabkan laut yang bergelola di perairan
kawasan tersebut dan berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti
rekreasi dan sukan laut. Keadaan laut bergelora ini dijangka
berakhir pada hari Khamis,11 September 2008.

Musim Monsun Barat Daya dijangka berakhir pada hujung


bulan September 2008 dan diikuti dengan musim Monsun Peralihan.
Monsun Peralihan dijangka bermula dari awal Oktober sehingga
pertengahan bulan November 2008. Pada tempoh tersebut keadaan
hujan dan ribut petir akan bertambah terutamanya di negeri-negeri
di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada waktu petang dan awal
malam.

9
Di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah pula dijangkakan mengalami
keadaan cuaca yang lembap dan menerima hujan yang sedikit
melebihi paras purata untuk bulan September dan Oktober 2008.
Secara bandingannya, bulan September dan Oktober adalah
merupakan bulan yang lembap bagi kawasan Pulau Pinang, Perlis
dan Kedah.

10

Anda mungkin juga menyukai