Anda di halaman 1dari 10

10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

This is Google's cache of http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm. It is a snapshot of the page as it


appeared on 6 Oct 2010 20:51:03 GMT. The current page could have changed in the meantime. Learn more

These search terms are highlighted: matlamat kbsr Full version

2.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1. Matlamat Pendidikan Persekolahan

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk
membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan


dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian;

iv. menguasai kemahiran belajar;

v. menguasai kemahiran berfikir;

vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;

vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

webcache.googleusercontent.com/searc… 1/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan
dan produktiviti;

xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu
dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

xvi. membina semangat patriotisme;

xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas
bagi amalan hidup.

4. Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

i. Pendekatan Bersepadu;

ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv. Pendidikan seumur hidup.

v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran
dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti
pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat

vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar
pendapat dan kerjasama di kalangan murid

vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif
serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas

viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

Ciri-Ciri KBSR

5. Penekanan

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa

(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

webcache.googleusercontent.com/searc… 2/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;

iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;

iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6. Struktur KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i. Komunikasi;

ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR.
Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;

ii. Manusia dengan Persekitaran;

iii. Kesenian dan Kesihatan;

iv. Kerohanian, nilai dan sikap

v. Kemahiran Hidup; dan

vi. Kokurikulum

7. Bidang Pelajaran

Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2
Bidang Komponen
webcache.googleusercontent.com/searc… 3/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Bahasa Melayu Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Cina Bahasa Cina

Bahasa Tamil Bahasa Tamil


Matematik Matematik
Pendidikan Islam Pendidikan Islam

Manusia dan Sikap , Nilai Pendidikan Moral Pendidikan Moral


Persekitaran Sains
dan Spiritual Kajian Tempatan
-
Perkembangan - Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik
Diri Individu Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani
Seni dan Riadah
dan Pendidikan dan Pendidikan
Kokurikulum Kesihatan Kesihatan

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i. Bidang Komunikasi

1. Bahasa Melayu;

2. Bahasa Inggeris;

3. Bahasa Cina;

4. Bahasa Tamil; dan

5. Matematik.

ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

1. Pendidikan Islam;

2. Pendidikan Moral;

3. Sains; dan

4. Kajian Tempatan.

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu

1. Kemahiran Hidup;

2. Pendidikan Muzik;

webcache.googleusercontent.com/searc… 4/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
3. Pendidikan Seni;

4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

8. Peruntukan Masa

Mata Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan


Pelajaran Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2

Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
Bahasa 450 450 450 300 300 300 270 270 270 150 150 150
Melayu

Bahasa 240 240 240 210 210 210 60 90 90 90


Inggeris
Bahasa 450 450 450 300 300 300
Cina/Tamil
Sains 150 150 150 150 150 150
Matematik 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210

Pend. 180 180 180 180 180 180 150 150 150 150 150 150
Islam/Moral
Pendidikan 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Seni
Pendidikan 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Muzik
Kemahiran 60 60 60 60 60 60
Hidup
Kajian 120 120 120 120 120 120
Tempatan
Pend. Jas. & 90 90 90 60 60 60 90 90 90 60 60 60
Kes.
Perhimpunan 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30
Pilihan Guru 30 30 30 30 30 30
Besar
JUMLAH 1350 1350 1350 1440 1440 1440 1350 1350 1350 1440 1440 1440

9. Teras KBSR

i. Penggabungjalinan;

ii. Penyerapan;

iii. Penilaian;

iv. Pengkayaan; dan

v. Pemulihan.

10. Penekanan Dalam KBSR

webcache.googleusercontent.com/searc… 5/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i. Kemahiran asas;

ii. Kemahiran berfikir;

iii. Nilai Merentas Kurikulum;

iv. Bahasa merentas kurikulum;

v. Patriotisme merentas kurikulum;

vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;

vii. Penilaian berterusan;

viii. Pemulihan dan pengayaan;

ix. Prinsip mudah ubah; dan

x. Sains dan teknologi merentas kurikulum

11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;

i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;

Kemudahan fizikal kelas

· ruang pembelajaran yang selesa;

· sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;

· ruang pameran hasil kerja;

· bahan rujukan untuk penggunaan murid;

· bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial

· penggunaan bahasa yang mesra;

· keupayaan guru memahami muridnya;

· penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

· Melibatkan murid secara aktif;

· Menjalankan penilaian yang berterusan;

· Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;

· Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;


webcache.googleusercontent.com/searc… 6/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

· Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam


situasi yang berlainan;

· Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat


keputusan secara rasional;

· Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan


membina sifat berani, yakin dan daya juang;

· Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;

· Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan
menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.
Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu.
Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama
ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

· Simulasi

· Lakonan

· Permainan

· Tunjuk ajar

· Lawatan

· Bercerita

· Projek

· Sumbangsaran

· Main peranan

· Pidato

12. Penilaian

i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)

· Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

webcache.googleusercontent.com/searc… 7/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat
mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya.
Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020,
globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada
November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah

i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran

ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian

iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik

iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran

v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang,
ukuran panjang dan berat

vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan

vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi
Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta

viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan
Sains

14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)

Mentafsir adalah

memahami dan menhargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap positif, beriltizam untuk mengembangkan kurikulum :
membaca , memahami, organisasi pengalaman & menhargai objektif sukatan)

mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, panduan khas oleh PPK, mengubah suai dimana perlu)

memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan

Merancang adalah

rancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan pembelajaran, topic dan kandungan, strategi,
penilaian)

mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs,
1979)

pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang di
inginkan

webcache.googleusercontent.com/searc… 8/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Mengubah suai adalah

berdasarkan keperluan (murid , persekitaran)

sumber yang ada

penggunaan ICT

Melaksanakan adalah

Melaksanakan didalam bilik darjah

Penilaian adalah

untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi

analisis keputusan

mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

15. Rumusan

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan
penguasaan

3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan

dan kandungan sains yang kukuh

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif
Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.

Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk

menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.

| Pelajar | Peni lai an Kursus | Pelaksanaan Kerja Kursus | Kuri kulum | KBSR | Bi li k Darjah | Kembali |

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
y ang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

webcache.googleusercontent.com/searc… 9/10
10/13/2010 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 10 Mar 2007 oleh Pengendali@2006

Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists


Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing

powered by a free webtools company bravenet.com

webcache.googleusercontent.com/searc… 10/10

Anda mungkin juga menyukai