Anda di halaman 1dari 2

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat 

sejauh mana kita


melaksanakan amalan yang telah ditetapkan  kepada kita dan sedalam mana pula
kita meninggalkan  larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan
mati,akan  melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya  dengan lebih
jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk  mendapat keredhaan Allah. Manusia
begini sentiasa merasai  setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT.
Dan ia juga  mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan 
ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat  dibayangkan
sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,  maksudnya: "Bahawa
Rasulullah mengingatkan tentang mati dan  keseksaannya, maka sabda Baginda:
Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan  pedang."  Bayangkanlah jika kita
ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan  mahupun besi bukan banyak, cuma
sekali saja, itupun sudah tidak  dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula
ditetak dengan tiga  ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada  isinya,pastinya


sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan  dilapah hidup-hidup, dahaga yang
amat sangat sehingga air  lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan  maut,malah beribu-ribu


kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh  itu, untuk meringankan keseksaan roh
ketika dicabut  oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu 
yang perlu diamalkan.
 
Antaranya:-

Sebelum tidur:
         1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
         2) Selawat ke atas Nabi
         3) Membaca tasbih

Amalan harian:
         1) Sentiasa membaca Al-Quran
         2) Memelihara solat terutama solat fardu
         3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
         4) Membaca tasbih
         5) Membanyakkan sedekah
         6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:


         1) Dusta
         2) Khianat
         3) Mengadu domba
         4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian  dari buang air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air
kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan  Nabi Idris as
lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut  mencabut nyawanya dan kemudian
Allah menghidupkannya kembali.  Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as
mengetahui  kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh 
lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada  malaikatul maut  supaya mencabut
nyawa nabi Idris dan  meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis
dan  memohon kepada Allah  supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali  Nabi Idris
lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul  maut


bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan
maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit  dalam keadaan


hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu
lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara  berhati-hati dan
tidak kasar yang telah saya lakukan khusus
mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku  lakukan terhadap seseorang
pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan  beberapa orang yang
telah mati dengan keizinan Allah. Maka 
sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah  menghidupkan
orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang
mungkin mereka itu belum benar-benar mati.

Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti  zaman yang awal
dulu." Kata Nabi Isa as: 
"Cubalah  kamu  pilihkan?"

Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin  Nuh)." Maka
Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan  solat dua rakaat dan berdoa
kepada Allah. Dan Sam bin Nuh  dihidupkan kembali, tetapi rambut dan
janggutnya sudah beruban.  Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya  mengira hari
kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya  berubah menjadi putih seperti
ini dari sebab takutnya hari  kiamat.

Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?"  Kata Sam:
"Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit  dari sakaratul maut."

Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan. InsyaAllah

Anda mungkin juga menyukai