Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan

Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, empat sub-NKRA berkenaan ialah


memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkat kadar
literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf
pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang.

“Objektif yang perlu dicapai ialah memastikan murid mendapat pembelajaran


optimum mengikut kemampuan mereka dan dapat memberikan sumbangan
berguna kepada masyarakat serta negara hasil persekolahan dan pendidikan
yang mereka peroleh,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan
Pendidikan RMK-10 di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, bagi menjayakan misi membangunkan model ekonomi


baru berasaskan inovasi, kreativiti serta nilai tambah tinggi, aspek
pembangunan modal insan akan dijadikan teras utama dalam perancangan
pembangunan pendidikan sepanjang RMK-10.

Katanya, pembangunan modal insan akan dilaksanakan melalui pendekatan


holistik merangkumi segala usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran, membentuk individu intelek dalam bidang sains dan teknologi,
menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk sikap, nilai dan etika
yang positif.

“Selaras matlamat melahirkan modal insan berkualiti tinggi, kerajaan


memperuntukkan RM30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah tahun
depan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.5 juta murid.

Ia termasuk emolumen operasi pendidikan sebanyak RM19.6 bilion, program


bantuan dan biasiswa pelajar (RM2.8 bilion), membina 80 sekolah baru, 1,100
blok tambahan dan 347 projek gantian (RM1.6 bilion) dan mengubah suai dan
menaik taraf sekolah daif di seluruh negara (RM1.1 bilion).
Pelan Tindakan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan

Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk


memperkukuh sistem pendidikan negara

Teras pertama: Membina Negara Bangsa


Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM
berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan
ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung
warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan
dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar,
menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
 
Teras kedua: Membangunkan Modal Insan
Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem
nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat
melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan
kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan
penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada
kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
 
Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya
sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat.
Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas
pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta
kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi
mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
 
Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah,
kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk
mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan
bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar
bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai
prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak
bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti,
mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi
mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
 
Teras kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan
Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik
taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan
kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem
pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.

 
Teras keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan
Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan
membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum
dan sukan atau bidang-bidang khusus (niche areas). Sekolah-sekolah terpilih
dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar
negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti
International Baccalaureate dan menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang
dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase
pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem
pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Pelan Tindakan PIPP Sekolah


Teras 1 : Membina negara Bangsa
1. 1   Karnival Bahasa
 
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
2.1    Motivasi Keibubapaan
2.2    Minggu 3K
2.3    Program Penyayang
2.4    Minggu Budi Bahasa
2.5    RIMUP Kelompok
 
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
3.1    Pemantapan Bahasa Malaysia
 
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
4.1    Menaiktarafkan Dewan Sekolah
 
Teras 5: Memartabakan Profesion Keguruan
5.1    Perkembangan Staff Sekolah
 
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
6.1    Program Pemantapan Headcount Guru

Anda mungkin juga menyukai