Anda di halaman 1dari 7

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

TARIKH IKLAN : 11 Oktober 2010

JAWATAN

A1 - Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat)


Gred 31
(1 Kekosongan)

B1 - Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21


(39 Kekosongan)

B2 - Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21


(19 Kekosongan)

B3 - Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Gred 21


(1 Kekosongan)

B4 - Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 21


(4 Kekosongan)

B5 - Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21


(28 Kekosongan)

B6 - Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21


(3Kekosongan)

B7 - Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred 21


(24 Kekosongan)

KELAYAKAN

A1

Memiliki diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU

Memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan. Bagi
pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang tidak memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 2.70,
pegawai hanya layak memohon sekiranya telah berkhidmat 5 tahun dan ke atas;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B1

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;
ATAU

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (Simpan Kira) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau sijil penyimpan kira-kira dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan
dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B2/B3

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

B4

Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B5/B6

Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ATAU

Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B7

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;

ATAU

Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut
serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan memuaskan.

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.
DAN

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;

b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
menggunakan cermin mata atau kanta lekap; dan

e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup
iklan.

Bagi pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am adalah layak dipertimbangkan oleh
LHDNM untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir Gred 21 tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

a) mempunyai kelayakan akademik seperti di atas; atau

b) lulus peperiksaan khas yang ditetapkan (bagi bidang Penaksiran/ Perkeranian yang mana berkenaan);

c) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

BIDANG TUGAS

A1

Membantu Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 untuk mengkaji kemungkinan memperbaiki kecekapan program
komputer yang sedia ada.

Membantu dalam membuat persediaan untuk melaksanakan sistem aplikasi komputer seperti latihan kepada pengguna,
peralihan dan operasi serentak.

Membantu dalam penyediaan infrastruktur komputer bagi setiap projek yang dirancang.

Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan komputer peribadi di semua cawangan LHDNM.

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.
B1

Mendaftar dan menyelenggarakan fail Cukai Pendapatan dan menyemak indeks ke atas pelbagai dokumen yang diterima.

Memberi khidmat nasihat kepada pembayar cukai di kaunter atau melalui telefon.

Membantu operasi Banci Bisnes dalam lawatan ke premis-premis perniagaan.

Membantu mengeluarkan bil kompaun dan daftar kes saman .

B2

Mengendalikan urusan buku perkhidmatan dalam merekodkan perubahan dan pertambahan maklumat perkhidmatan dan
rekod cuti pegawai.

Mengurus dan mengemas kini fail-fail am pentadbiran dan kewangan.

Mengemas kini maklumat pegawai dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia dan statistik perjawatan bulanan.

Membantu dalam semua hal ehwal pembayaran gaji, elaun, tuntutan perbelanjaan, baucar bayaran dan urusan inventori dan
aset jabatan.

B3

Membuat kerja-kerja merekodkan bahan seperti buku, akta, terbitan bersiri, koleksi khas, laporan tahunan, CD, gambar,
tesis, kertas kerja seminar, nota kursus dan sebagainya

Melakukan tugas-tugas kaunter (menjawab pertanyaan rujukan, urusan pinjaman dan pemulangan bahan, tempahan, e-mel
makluman kepada pengguna dan menyusun kad pinjaman.
Membuat kerja-kerja memproses bahan seperti menaip kad katalog, kad pinjaman, poket, label dan juga melabel bahan.

Mengemas kini maklumat bibliografi koleksi Pusat Sumber ke dalam sistem perpustakaan.

B4

Memantau dan mengawal selia kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan awam untuk ruang pejabat
atau bangunan LHDNM.

Menerima, memeriksa dan menguruskan semua aduan kerosakan berhubung kerja-kerja elektrik dan lain-lain tugas yang
diarahkan.

B5

Bertanggungjawab mengendalikan semua urusan penyelenggaraan sistem peralatan komputer.


BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

Bertanggungjawab mengendalikan urusan penyelenggaraan aplikasi peralatan komputer.


Bertanggungjawab mengendalikan urusan Operasi Sistem Komputer.
Membantu mengurus urusan dan proses penyelenggaraan komputer / mesin cetak / peralatan yang masih dalam tempoh
jaminan dengan pembekal / petender yang berkaitan dengan urusan Rundingan Terus / Tender.

B6

Menjalankan kerja-kerja Batch Job INTACTSG, STS & Adhoc mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menjalankan kerja-kerja ‘backup’ harian dan mingguan secara robotik atau manual dalam masa yang ditentukan.
Menjalankan kerja-kerja pemindahan data (FTP), petikan data dan mengeluarkan ‘output’ serta cetakan laporan mengikut
keperluan semasa.
Bertugas sebagai ‘Help Desk’ bagi pihak JTM dan menyalurkan segala laporan kerosakan atau masalah kepada pihak yang
bertanggungjawab melalui Sistem Help Desk Automasi Pejabat.

B7

Membantu memantau disiplin anggota keselamatan.

Membantu menyelaras, mengatur, merancang dan mengendalikan latihan untuk pegawai dan anggota keselamatan LHDNM.

Mengawal selia tugas-tugas kawalan keselamatan di Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan LHDNM.

Mengawal selia dan memantau penyimpanan dan pergerakan senjata api dan peluru.

KRITERIA YANG DIPERLUKAN

 Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.


 Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
 Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
 Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

GAJI

Skim Gaji Jawatan :

A1
RM1998.00 – RM4950.00

B1 – B7
RM1370.00 – RM3417.00

FAEDAH

LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan
pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya, kursus-kursus untuk
kemajuan diri dan kemudahan sukan dan rekreasi.

CARA MEMOHON

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui
Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan)
hendaklah dibuat melalui melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan
dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui
maklumat berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

25 Oktober 2010

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA

Anda mungkin juga menyukai