Anda di halaman 1dari 1

WONG WENG CHEN

780925-08-5561

Refleksi

Banyak perkara dapat saya pelajari melalui pertandingan bola tampar kali ini
antaranya seperti yang berikut:
Mula-mula jurulatih ajar kami bagaimana membuat servis. Pemain yang
membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di
sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam
tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir.
Setiap pemain, berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan
mata, akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika
markah diperoleh.
Seterusnya jurulatih mengajar kami bagaimana menyangga. Teknik untuk
menyangga ialah rapatkan kedua-dua ibu jari dan luruskan lengan untuk
menyangga dengan baik serta rendahkan badan supaya bola yang disangga
melepasi jaring.
Saya juga mempelajari pukulan mengumpan semasa mengumpan kita perlu
buka jari-jari supaya membentuk tiga segi dan sentuh bola pada ketinggian
kepala. Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat
membuat rejaman. Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan
dikeraskan.
Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua
pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam
orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Disini saya telah
mempelajari bagaimana berkerjasama dengan rakan sepasukan.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai pertanding kali ini
walaupun pasukan kami tidak dapat menang tetapi banyak ilmu saya dapat
perolehi daripada permainan ini. Saya berharap apa yang saya pelajari
daripada pertandingan ini dapat digunakan semasa saya mengajar di sekolah
rendah kelak.

Anda mungkin juga menyukai