Anda di halaman 1dari 32

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMAHIRAN DINAMIKA

TAJUK TUGASAN: PEMAKANAN SEIMBANG

PENSYARAH: EN. AZLI BIN MD. HASHIM

NAMA PELAJAR NO. MATRIK TUTORAN

1. MOHAMAD NUR AMIN SHAHRIL MS1023536193 F1P4


2. MUHAMMAD HAFIZ BORHAN MS1023536571 F1P4

DISERAHKAN PADA…………………………OLEH…………………………………………….

TANDA TANGAN…………………………………..

DITERIMA PADA…………………………………..OLEH EN. AZLI MD. HASHIM

TANDATANGAN……………………………………..

MARKAH:
Isi Kandungan

Isi kandungan. 1

Penghargaan 2

Pemakanan saintifik 3

i. Pengenalan 3
ii. Pengenalan kepada nutrien 3
iii. Piramid makanan 4
iv. Panduan tatacara pemakanan seimbang 5
v. Makanan segera 12

Pemakanan secara Islamik 17

i. Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.W sepanjang kehidupan baginda S.A.W 19


ii. Bandingan Pemakanan Secara Sunnah dan saintifik 27
iii. Kesimpulan 28

Bibliografi 29

Lampiran 30

2
Penghargaan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana kumpulan kami telah


berjaya menyiapkan folio dinamika yang bertajuk “Pemakanan yang Seimbang” pada tarikh
yang ditetapkan iaitu pada 21 Julai 2010. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan:

Pertama, Encik Azli bin Md Hashim iaitu pensyarah Dinamika kami yang sentiasa ceria
melemparkan senyuman manis yang ikhlas kepada pelajar-pelajar supaya lebih semangat dan
bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya folio Dinamika ini pada tarikh yang telah ditetapkan.
Selain itu Encik Azli juga telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan panduan kepada kami agar
dapat menyiapkan folio Dinamika ini tanpa sebarang masalah. Malah, Encik azli juga telah
memberi masa kepada kami iaitu sebulan untuk mencari maklumat-maklumat penting untuk
dimasukkan dalam folio agar folio kami kemas dan padat dengan isi-isi penting.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada ibu bapa kami semua kerana
telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada kami untuk menyiapkanfolio Dinamika
kami. Malah, ibu bapa kami juga memberi idea-idea untuk ditambahkan dalam folio dinamika ini
agar folio ini lebih mantap dan padat dengan isi-isi penting.

Akhir kata, penghargaan ini diberikan kepada rakan saya iaitu Mohamad Nur Amin
Shahril kerana telah bekerja keras siang dan malam dalam mencari maklumat untuk dimuatkan
dalam folio ini. Pada masa yang sama, saya juga telah membantu beliau menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

3
Pemakanan Secara Saintifik:

Pengenalan:

Pemakanan seimbang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral,
garam, gula dan serat....

APA itu pemakanan yang seimbang?

Pemakanan seimbang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral,
garam, gula dan serat. Pengambilannya adalah perlu mengikut kepada sukatan yang betul dan
sesuai kepada keperluan kalori individu masing -masing.

Pengenalan kepada Nutrien.

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh
manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang
diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu,
laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa
selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan
sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya
boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas
kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan
menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana
merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang
aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga
mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam
tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu
dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

4
Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh
mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah
vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam
system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak
membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan
protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan

Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.
Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Piramid Makanan

Piramid makanan ialah carta pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, garam galian, dan serat. Setiap aras mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk
mengimbangi cara pemakanan kita.

Aras 4 (Makan paling sedikit)


Lemak, Minyak, Garam, Gula

Aras 3 (Makan sederhana :2-3sajian)


Susu, Dadih dan Keju
Ikan, Ayam, Daging dan kekacang

Aras 2 (Makan banyak : 3-5 sajian)


Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Aras 1 (Makan paling banyak : 8-12 sajian)


Bijirin dan hasil bijirin serta ubi-ubian

Piramid Makanan

5
Panduan tatacara pemakanan secara seimbang:

ARAS: KHASIAT SARANAN CONTOH


KUMPULAN PEMAKANAN PENGAMBILAN SATU (1)
MAKANAN HIDANGAN

Aras 3: • Sumber penting 1 hingga 2 • 1 cawan


Susu dan kalsium dan hidangan susu atau
produk-produk protein • 1 cawan
tenusu (tetapi yogurt atau
tidak termasuk • 1 keping keju
susu pekat
manis,
mentega dan
krim)
Aras 4: • Lemak dan minyak Kuantiti
Lemak, mengandungi asid yang
minyak, gula lemak perlu (ALP) sedikit
dan garam dan vitamin A, D, E
&K
• Gula (seperti madu,
gula pasir, sirap, gula
merah dan glukosa)
membekalkan kalori
tetapi tidak
mengandungi zat
makanan lain
Aras 1: • Sumber baik 8 hingga 12 • 1/2 cawan nasi
Nasi, mi, roti, karbohidrat hidangan (putih atau
bijirin dan kompleks perang) atau
produk • Juga • 1 keping roti bijirin
bijirin, dan membekalkan penuh
ubi-ubian. vitamin, atau
mineral, • 1/2 cawan
gentian dan mihun/mi/pasta/
sedikit protein dan jenis mi lain atau
• Secara • 1/2 capati saiz kecil
umumnya, atau
rendah • 1 cawan bubur nasi
kandungan kosong atau
lemak • 1/2 cawan bijirin
sarapan
sedia dimakan atau
• 1 biji ubi kentang
saiz

6
sederhana atau
• 3 keping biskut
tawar
Aras 2: • Sumber baik 3 hingga 5 Sayur-sayuran
Buahbuahan vitamin, hidangan • 1/2 cawan sayuran
dan mineral dan berdaun hijau tua
sayursayuran gentian dengan
batangnya yang boleh
dimakan atau
• 1/2 cawan sayuran
buah
atau berakar atau
• 1/2 cawan ubi
keledek
atau ubi kayu atau ubi
keladi
Buah-buahan
• 1/2 biji jambu batu
saiz
sederhana atau
• 1 potong betik,
tembikai,
nenas atau
• 1 biji pisang, oren,
buah lai,
epal saiz sederhana
atau
• 1/2 cawan jus buah
Aras 3: • Sumber baik 2 hingga 3 • 1 ketul peha ayam
Ikan, ayam protein hidangan saiz
itik, daging • Kaya dengan sederhana atau
dan vitamin B, besi • 1 ekor ikan kembung
kekacang dan zink saiz
(misalnya • Legum juga sederhana atau
kacang soya kaya dengan • 2 ketul daging tanpa
dan magnesium lemak sebesar kotak
produknya, dan gentian mancis atau
kacang hijau, • 5 sudu makan ikan
kacang bilis
merah dan tanpa kepala atau
dhal) • 2 taukwa atau
• 2 biji telur atau
• 1 cawan kekacang
kering
atau
• 2 keping tempeh

7
Kelebihan pemakanan di tapak piramid makanan (Aras 1 dan Aras 2):

Makanan ini diutamakan di dalam piramid makan kerana ia membekalkan karbohidrat


kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang
penting untuk kesihatan.
Bijirin
Bijiran:
Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan
produk masing-masing adalah sumber
tenaga dan protein yang bagus. Produk
bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi,
fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin)
dan gentian.
Legum
Legum:
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, *Gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin
B). Kacang soya – yang sangat kaya
dengan protein tumbuhan – boleh
didapati dalam pelbagai bentuk
seperti susu kacang soya, tauhu,
tempeh, protein sayuran bertekstur
dan taugeh.
Buah-buahan & Sayur-sayuran
Buah-buahan dan Sayur-sayuran:
Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan
atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid.
Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan
kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai.
Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C
setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren,
mangga atau belimbing.
Untuk mendapat asid
folik, makanlah sayuran
hijau, kacang pea,
kacang bendi dan
jagung manis.
APAKAH GENTIAN?
*Gentian – jenis larut dan tidak larut – adalah bahagian
tumbuhan yang tidak boleh dihadam. Mengambil cukup
gentian (20 hingga 30 g sehari) membantu fungsi pelawasan
dan mengurangkan simptom sembelit, penyakit divertikular
dan buasir. Gentian juga mungkin boleh mengurangkan risiko
penyakit jantung dan kanser tertentu.

8
Kurangkan Penggunaan lemak dan kolestrol dalam penyediaan makanan.

Lemak dalam diet penting untuk kesihatan kerana ia membekalkan tenaga, pelbagai jenis asid
lemak (terutamanya asid lemak perlu atau ALP), serta vitamin larut
lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Lemak dalam diet juga menambahkan keenakan makanan.

Walaubagaimanapun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan kita.


Oleh itu, pastikan pengambilan lemak adalah seimbang dan sederhana.

FAKTA TENTANG LEMAK

• Lemak tepu (terutamanya daripada sumber haiwan)


dan
lemak yang dihidrogenkan (dalam marjerin dan
lelemak)
boleh meningkatkan paras kolesterol darah dan
meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

• Kuantiti sederhana lemak politaktepu dan


monotaktepu
(terutamanya daripada minyak sayuran) disarankan
untuk
membantu merendahkan paras kolesterol darah.
Walubagaimanapun, pengambilan berlebihan asid
lemak
perlu untuk jangka masa yang lama mempunyai kaitan
dengan kanser, pembentukan karang hempedu,
perencatan pada sistem imun, penurunan kolesterol
HDL
dan peningkatan risiko pembekuan darah di arteri.

9
Pengambilan Garam dalam pemakanan.

Garam atau nama saintifiknya ialah Natrium Klorida. Natrium memainkan peranan penting
untuk badan kita berfungsi dengan sempurna. Namun kita hanya memerlukan sedikit
natrium sahaja.

Pengambilan natrium berlebihan dikaitkan dengan kejadian tekanan darah tinggi.


Natrium terdapat secara asli di dalam kebanyakan makanan. Ia juga boleh ditambah dalam
makanan sebagai garam halus atau mono-sodium glutamate. Kecenderungan makan di restoran
makanan segera, atau mengambil makanan yang diproses dan ditinkan, menyebabkan rakyat
Malaysia memakan lebih banyak natrium (daripada garam atau natrium klorida) daripada
yang diperlukan.
MENGELAKKAN
Cara mengurangkan pengambilan garam berlebihan.

• Pilih buah-buahan, sayur-sayuran dan daging yang segar, dan


bijirin yang tidak diproses, daripada makanan segera.

• Cubalah gunakan rempah ratus dan herba untuk menggantikan


garam.

• Belajarlah menikmati perisa makanan tanpa garam.

• Gunakan sedikit garam sahaja dalam masakan dan elakkan


daripada menabur garam di atas makanan.

• Hadkan pengambilan makanan terlalu masin dan perencah


makanan (seperti kicap dan sos tiram).

• Telitilah label makanan untuk menentukan jumlah natrium yang


terkandung dalam makanan diproses dan snek .

Pengambilan dalam badan.

Gula adalah bahan makanan yang amat berguna dan popular. Walaupun demikian, selain
daripada karbohidrat ringkas (yang membekalkan tenaga), gula tidak mengandungi nutrien lain.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan gula tidak harus menyumbangkan lebih daripada
10% tenaga.

Pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan pengambilan


makanan yang lebih berkhasiat dan menyumbang
kepada kekurangan pemakanan serta karies gigi, peningkatan trigliserida lipid dalam serum
pada sesetengah individu dan gangguan gastrousus.

10
Langkah untuk mengambil gula secara sederhana.
MENGELAKKAN PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN
• Galakkan pengurangan gula dalam makanan secara beransur ansur supaya sensori rasa dapat
menerima perubahan.

• Guna 1/2 atau 3/4 daripada kuantiti gula yang biasa digunakan dalam kek atau minuman.

• Gunakan buah-buahan segar atau buah-buahan yang ditinkan dalam sirap yang kurang pekat.

• Gunakan rempah, seperti kayu manis atau buah pala, untuk menambahkan rasa semulajadi
tanpa menambah gula.

• Minum air masak daripada minuman manis.

BERWASPADA AKAN „GULA TERSOROK‟!

 Gula ialah pemanis utama digunakan di dalam


kebanyakan pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri,
biskut, minuman ringan, minuman manis, kuih dan sirap.

 Gula juga biasanya ditambahkan kepada makanan


semasa pemprosesan dan persediaan.

Keperluan Air dalam kehidupan seharian

• Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda,


termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,
perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak.

• Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter
air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap
daripada paru-paru.

• Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan


cecair yang telah hilang dari badan.

• Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.


Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buahbuahan,
sayur-sayuran dan makanan lain.

11
Adakah Kita Memerlukan Nutrien Tambahan?

Dengan memakan pelbagai makanan setiap hari berpandukan Panduan Piramid Makanan, kita
akan dibekalkan semua tenaga dan nutrien (zat) yang badan anda perlukan. Ini
bermakna kita tidak perlu mengambil nutrien tambahan kecuali jika kita mempunyai keperluan
nutrien khusus seperti sedang pulih dari penyakit, mengandung, menyusu atau sudah lanjut usia.
Nutrien tambahan sepatutnya diambil menurut nasihat pakar pemakanan, pakar diet atau
profesional dalam bidang perubatan.

APA YANG ANDA PERLU DIKETAHUI TENTANG NUTRIEN TAMBAHAN


Apa yang perlu kita ketahui tentang nutrien tambahan?

• Nutrien tambahan tidak boleh diambil untuk menggantikan hidangan makanan yang tetap.

• Vitamin dan mineral tambahan tidak boleh membekalkan komponen lain dalam makanan yang
penting untuk kesihatan.

• Mengambil nutrien tambahan boleh membawa kepada pengambilan paras yang toksik bagi
sesetengah nutrien (seperti zat besi dan vitamin A). Risiko ketoksikan adalah lebih tinggi di
kalangan kanak-kanak.

• Sesetengah nutrien tambahan mungkin membuat tuntutan kesihatan atau pemakanan yang
belum dibuktikan.

Nutrien tambahan

12
Makanan segera

Makanan segera adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disusun dan disajikan
dengan cepat. Sementara setiap makan dengan waktu persiapan yang rendah boleh dianggap
sebagai makanan cepat saji, biasanya istilah ini merujuk pada makanan yang dijual di restoran
atau kedai dengan bahan dipanaskan atau dimasak, dan melayani kepada pelanggan dalam
bentuk pakej untuk take-out/take-away.

Kesan pengambilan makanan segera.

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini
kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang
dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia
boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan
anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan
tekanan darah .tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus
besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen
makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin
makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog,
makanan sejuk beku dan sebagainya. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara
hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa.
Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang
menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah
untuk d i pero1eh . Kunjungi sahaja mana-mana kedai 'fast food', pesan makanan yang anda
gemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja anda.
Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di
pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Nah!
Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa
yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak
nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif


Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan
aditifnya yang berlebihan. Apakah aditif? Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam
makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan
memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif
yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega
sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101
(Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin)
dan sebagainya.
Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium
glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang
MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang

13
sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai.
Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa nyeri di bahagian tengkuk dan belakang
tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik
gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh
MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir
pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai
digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemak-nya yang berlebihan. Ini
tidak boleh di sangka1 lagi. Sebagai contoh, sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35%
(atau mungkin lebih) lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik (dan segi khasiat)
daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak,
biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. di antara 11 dan 16 g lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia
bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid
laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula
boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori
dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh
tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan
kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat
diperlukan oleh badan.
Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula, dan air
sirap, air berkarbonat kerana ia tidak megandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang
perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan
makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat
tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan
protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna
kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna
keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memeriukan bahan pemekat kimia, penstabil dan

14
pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan
kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:


Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein.
Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari.
Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh
Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah
dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi permonitoran berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah
Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan
bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke
dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan
peranan penting di dalam perut. Sesetengah. serat melegakan sembelit, atau baik dalam
penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga
membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus.
Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak
terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan
manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit
serat.

Vitamin dan zat galian


Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera.
Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan
sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.
Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam
kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu
sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya
yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk
kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

15
Contoh makanan segera

Kesimpulan:

Makan secara sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenis makanan sambil
mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Makanan yang berkualiti dan seimbang
mampu menguatkan tubuh badan dan juga memanjangkan umur kita. Kita hendaklah
mengamalkannya dalam kehidupan kita. Selain itu, kita digalakkan untuk bersenam supaya ianya
dapat membantu menguatkan kesihatan kita. Akhir kata, sesuatu yang baik adalah datang dari
sesuatu yang baik. Pemilihan makanan terletak di tangan kita yang akan menentukan sesuatu
yang baik mahupun buruk kesan jangka panjang pemngambilan makanan yang kita pilih.

16
PEMAKANAN SECARA ISLAMIK.

Pengenalan:

Islam menitikberatkan soal pemakanan. Makanan yang baik menjamin akal yang sempurna sihat
dan sejahtera. Hal ini jelas diterangkan di dalam Al-Quran:

2:168 Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti
langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Dengan kata lain, kita digalakan memakan apa sahaja di bumi ini asalkan kita tidak menlanggar
hukum Allah S.W.T.

5:88 Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah
Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

Demikian pula,

5:3 Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang
disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang
jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu
mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi
dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak
percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah
Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan
rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa
yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

6:145 Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang
diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau
darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan
kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan,
dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."

Nabi Muhammad S.A.W merupa rasul yang terakhir yang di utus untuk umat akhir zaman ini.
Baginda merupakan manusia yang sempurna. Sunnah merupakan segala perbuatan dan perkataan
yang disandarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh itu kita hendaklah mencontohi dan mengamalkan segala apa yang ditinggalkannya iaitu
sunnah. Semenjak era globalisasi ini ajaran Islam semakin dilupakan jadi amat jarang kita
mendengar sunnah Rasullullah S.A.W di amalkan pada setiap muslim.

Sunnah pemakanan Rasullullah S.A.W mengandungi 1001 hikmah yang terkandung di


dalamnya. Wajar bagi kita mengamalkan sunnahnya untuk memperolehi pemakanan yang
seimbang.

17
Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.W sepanjang kehidupan baginda S.A.W.

Berikut adalah makanan yang diamalkan oleh Baginda S.A.W dan khasiat terkandung kebaikan:

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Adalah dikatakan epal boleh menguatkan
hati

Pistachio

Adalah dikatakan bahawa memakan biji fustaq ini dengan kuning telor membuat hati kuat.
Kulitnya yang kemerah-merahan itu menghapuskan cirit birit dab muntah-muntah.

Jintan manis (anisun)

Antara banyak khasiatnya ialah biji ini melegakan sakit dalam badan, menambahkan
aliran keluar haid, membanyakkan susu dan air mani dan membuang gas dalam usus. Boleh juga
digunakan dalam bentuk teh, sapu ke mata untuk menguatkan pandangan mata. Adalah
diberitakan bahawa ular keluar dari tempat kediaman musim sejuknya pergi mencari pokok
jintan manis dengan menyapukan matanya pada pokok itu, kerana penglihatannya lemah dalam
musim sejuk.

Asparagus (hiyawn)

Panas dalam lembab. Asparagus membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.

'Basil' manis (rayhan)

Menghidu 'basil' menguatkan hati, memudahkan tidur dengan menyapu kepala dengan basil dan
air.

Barli (sya'ir)

Barli dijadikan makanan. di syorkan bagi mereka yang mengidap penyakit yang membawa
panas. Barli direndam dalam air dan diminum untuk menghilangkan batuk dan sakit kerongkong.
Nabi Muhammad s.a.w. selalu memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

Lobak merah

Menaikkan ransangan jantina. Ia panas dalam darjah kedua. Gunanya mengalakkan aliran haid
dan air kencing.

18
Biji kopi (qahwah)

Kopi baik untuk mengubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji ketumbar (habb al-Suda)

Adalah dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, " Jadilah seperti biji ketumbar kerana
biji ini ubat semua penyakit kecuali bengkak (kanser) dan penyakit ini membawa maut" Adalah
dilaporkan juga bahawa Allah .S. W.T menunjukkan bahawa "ia" itu ialah ketumbar. Ketumbar
menghapuskan angin dalam usus dan demam. baik untuk merawat 'leukoderma" dan ia membuka
saluran urat yang halus. Lembab yang melampau dalam badan dapat di keringkan oleh ketumbar
dan ia juga menambah keluaran susu, kencing dan mani. Berguna sekali menghilangkan
penyakit selsema.

Ayam (dajaj)

Mudah hadam. Membetulkan imbangan intipati badan. Baik untuk otak dan mengelokkan rupa
paras. Tetapi terlalu banyak makan boleh membawa pirai (penyakit bengkak sendi) yang paling
baik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur ( ayam dara)

Timun (qitta')

Timun yang masak menghilangkan panas dan megalakkan keluar kencing. Makan kurma dengan
timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda: " Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada
bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri ada menanam tamar atau kurma. kurma hendaklah dimakan
dengan badam untuk menghapuskan kesan-kesan yang tak diingini. Kurma yang segar dimakan
oleh Mariam semasa beliau melahirkan Nabi Isa a.s. Sabda Nabi s.a.w. "Orang yang ada kurma,
bukalah puasa dengannya Jika tiada kurma berbukalah dengan air. Sesungguhnya inilah
kebaikan".

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex
dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.
Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai
berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan
utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang
digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga
mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

19
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita
daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan
terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu
kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis
kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang
dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam
sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

19:25 Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam
nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan
lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan
unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di
dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan
yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan
zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik
daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh
mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi
bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka
dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan
dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara
kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas
diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke
bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya
berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma
sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka
Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka
puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata
: "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak
mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah)
sebelah buah kurma.

20
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah
sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan
baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka
khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah
sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Telur (baydah)

Telur yang paling baik ialah telur ayam, yang dikakan sebelum masak penuh (setengah masak
atau 3.4 masak) bukan di rebus keras. Putih telur melegakan keperitan pada kulit badan kerana
panas matahari, membantu menyembuhkan kulit yang terbakar dan terlecur dan mengelokkan
parut pada kulit. Telur meransangkan perasaan jantina (sexual).

Ikan (samak)

Ikan air tawar adalah yang paling baik terutama sekali yang makan tumbuh-tumbuhan, bukan
makan lumpur dan benda-benda yang seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam
dan mengeluarkan ketidak seimbangan balgam.

Bawang putih (thawn)

Bawang putih panas pada perengkat ketiga. gunanya membuang gas, mengalakkan keluar air
mani. Baik untuk membetulkan pembawaan sejuk, untuk kecairan balgam. Minyaknya
digunakan untuk merawat gigitan serangga. Memakan bawang putih mentah dan kemudian
masuk kedalam masjid di larang Nabi s.a.w.

Minyak Sapi (samm)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai campuran berupa ubat pada
makanan. Campuran dengan manisan, minyak sapi dikatakan sebagai penawar racun.

Halia (zanjabi)

Halia tersebut dalam Al-Quran. ( lihat ayat 17; Surah al-Insaan (76). Di sana disebut perkataan
halia. Halia panas dalam perengkat ketiga. Baik untuk melembutkan balgam. Juga membantu
penghadaman dan menguatkan kegiatan jentina (seksual)

Madu lebah ('asal)

Firman Allah. " keluar dari lebah itu minuman yang berbagai warna yang menjadi ubat padamu".
Madu atau manisan lebah dicampur dengan air panas boleh mengubat penyakit cirit birit. Sabda
Nabi s.a.w. " Demi Allah yang aku dalam gengaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang makan
madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya". Nabi s.a.w. sendiri
selalu minum segelas madu dengan air setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap sebagai

21
ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu menerbitkan selera makan, menguatkan perut
dan menghancurkan balgham, sebagai pengawet daging, mengelokkan rambut, ubat sapu pada
mata dan membasuh mulut. Madu yang paling baik adalah madu yang dikeluarkan dalam musim
bunga (spring), yang kedua baik dalam musim panas (summer) dan yang kurang baik dalam
musim sejuk (winter)

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.


2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.


2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

22
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.


b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung


dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam


madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.

2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan


menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.

4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh
para ibu yang mengandung.

23
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Kekacang ('adas)

semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Hendaklah dimakan sedikit kerana kalau banyak
tudak baik pada perut. Ada hadis menerangkan bahawa memakan kacang menerbitkan hati yang
simpati, mata berair dan meghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meski pun sejuk , salad dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan keadaan
tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad
melemahkan tenaga jentina dan mengeringkan mani. terlalu banyak makan salad melemahkan
penglihatan.

Parsley (karafs)

Ada hadis mengatakan memakan karafs (parsley) sebelum tidur akan mengharumkan nafas
tatkala bangun tidur dan menghindar sakit gigi. Karafs meransang kegiatan jentina (sex)

Pudina (na'na')

Pudina ini panas dan kering. Pudina menguatkan perut, menghilangkan sedu dan menguatkan
kegiatan seks. Jika dimasukkan kedalam susu mentah, akan menghindarkan susu menjadi keju.

Tembikai (battikh)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, " Apabila kamu memakan buah-buahan, makanlah tembikai kerana
buah itu buah syurga yang mengandungi seribu berkat dan serbu rahmat. Memakannya
menyembuhkan setiap penyakit". Buasanya semakin manis tembikai itu ianya semakin panas.
jenis yang hijau itu sejuk, jenis yang kunung itu panas. Nabi s.a.w. memakan tembikai dengan

24
kurma yang baru dipetik. Tembikai mencuci pundi-pundi dalam badan dan perut, membaiki
cecair tulang belakang dan membaiki penglihatan. jangan makan tembikai dahulu sebelum
makan. Nabi s.a.w. bersabda: perempuan yang hamil yang selalu memakan tembikai akan
melahirkan anak yang baik budi perkerti dan parasnya.

Buah Delima (rumman)

Buah delima manis lebih baik dari yang masam. Air buahnya menyembuhkan batuk, Semua jenis
delima meredakan debaran jantung ( hati). Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletak
dalam hati orang yang makan delima. Dikatakan juga barang siapa memakan 3 biji buah delima
dalam setahun akan terhindar darpada sakit mata bagi tahun itu. Nabi bersabda: "Delima
membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yang jahat selama 40 hari".

Susu (laban)

Perkataan susu ini ada disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah Muhammad (47) Ayat 15 dan
surah An-Naml (16) Ayat 66. Nabi s.a.w. bersabda: bahawa tidak ada penganti bagi susu dan
baginda s.a.w. sendiri gemar minum susu. Susu terdiri daripada lemak, air pepejal susu (keju)
benda-benda ini sesuai dengan keadaan tubuh manusia. Susu binatang yang tempoh masa
buntingnya melebihi tempoh masa hamil manusia janganlah di minum. Susu paling baik ialah
susu lembu, kerana lembu memakan rumput. Nabi s.a.w. bersabda: "Minumlah susu kerana ia
menyapu panas daripada hati seperti jari menyapu peluh didahi. Ia menguatkan belakang,
mengelokkan otak, meningkatkan kecerdasan akal, menajamkan penglihatan dan menghilangkan
lupa" Diet susu adalah rawatan paling baik bagi penyakit kembung atau busung. Walau
bagaimanapun, orang yang demam jangan minum susu.

Buah zaitun dan minyak zaitun (zayt dan zaytun)

Semakin lama minyak zaitun itu menjadi semakin panas. Minyak ini baik untuk rawatan kulit
dan rambut dan melambatkan tua. Perkataan zaitun ada tersebut dalam Al-Quran, surah An-Nur
ayat 35, buah zaitun hijau enak dimakan dan bertindak melawan mabuk sendirian
(autointoxication) buah zaitun hitam menyebabkan limpa mengeluarkan hempedu lebih dari
sepatutnya. Daun zaitun boleh dikunyah sebagai rawatan sakit perut sakit kulit dan kulit gatal.

Nasi (Aruzz)

Memakan nasi yang bercampur lemak hati kambing biri-biri adalah lebih baik dan lebih berkesan
daripada julap untuk membersihkan perut.

Kunyit (za'faran)

Baik untuk darah dan menguatkan jiwa. Ia mengurangkan sakit dalam sendi. boleh menyebabkan
kuat dorongan seks pada orang muda-muda.

25
Bayam (asfanakh)

Bayan adalaha sejuk dan lembab, menyebabkab radang (irritation) pada dada dan keorngkong.
Ia melembutkan isi perut.

Gula (sukkar)

Biasanya dicampur dengan lain-lain herba ubatan. Ini menjadikan kesannya sampai kehujung
anggota badan. terlalu banyak makan gula menimbulkan penyakit jenis lembab.

Cuka (khall)

Nabi Muhammad s.a.w. bersbda: bahawa cuka adalah bumbu (seasoning) yang digunakan oleh
para nabi sebelum baginda. Cuka itu sejuk dan padas, hampir seimbang antara sejuk dan panas
itu. Cuka dicampur dengan air ros baik untuk ubat gigi dan sakit kepala. Cuka melarutkan
balgham.

Sena (sana)

Jenis yang paling baik ialah sena dari Madinah al-Munawarah. Sena itu menguatkan hati. Boleh
juga di buat julap untuk membersihkan perut. Airnya boleh di rebus dan diminum, boleh juga di
buat pil dan boleh dibuat serbuk. Sena menyebabkan hempedu mengalir masuk ke sendi-sendi
untuk mengimbangi intipati dalam badan. Cara mengunakannya dengan paling berkesan ialah
dengan membuatnya seperti teh dan lebih berkesan lagi dengan mencampurkan kelopak bunga
'violet' dan kismis merah yang ditumbuk. Nabi s.a.w sendiri menyarankan penggunaan sena
seperti juga ketumbar - yang menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Walnut (jawn)

Inilah biji yang paling panas. Sukar dihadam. Apabila dimakan dengan kismis menjadi uabat
batuk musim sejuk. Ibnu Sina berkata bahawa 'walnut' itu penawar racun.

Gandum ( hintah)

Gandum agak panas dan mengimbangi antara kering dan lembab. memakan gandum mentah
menerbitkan cacing dalam usus dan mengeluarkan gas. gandum hendaklah ditumbuk pada waktu
siang.

Air (ma' )

Nabi pernah bersabda: " Minuman yang paling baik dalam dunia dan di akhirat ialah air" Air itu
lembab dan agak sejuk. Air menghilangkan dahaga dan memelihara kelembapan pada badan. air
membantu penghadaman makanan dan menyerap zat-zat makanan dalam badan. Nabi pernah
bersabda, "Apabila anda dahaga, minum air perlahan-lahan sedikit demi sedikit jangan diteguk
tergesa-gesa kerana dengan demikian menimbulkan sakit dalam hati (liver)

26
BANDINGAN PEMAKANAN SECARA SUNNAH DAN SAINTIFIK.

1. Kita diajar dalam buku biologi,


buku pemakanan bahawa kalau mahu mendapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita harus
makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana
semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
Kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan
madu.
(seperti yang diterangkan sebelumnya kebaikan biji kopi)

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,


namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diwar-warkan di iklan media massa bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan
paling banyak lemak tepu trans.

5. Untuk pengetahuan, kita juga dipromosikan kebaikan meminum soya. Namun sebenarnya
soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

27
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan
estrogen pada wanita. Kemudian soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kesimpulan:

Tidak dapat dinafikan lagi, contoh pemakanan Rasullullah S.A.W amat sempurna
sehingga terkandung seribu satu hikmah untuk kesihatan kita. Oleh itu, kita sebagai umat islam
wajib mempercayai dan menyakini serta berasa teruja akan keajaiban di sebalik pemakanan
Baginda S.A.W. pemakanan baginda juga turut melengkapi piramid makanan yang kita amalkan
hari ini. Jadi, tidak salah jika kita mengikuti diet yang diamalkan Rasullullah S.A.W demi
menjamin kesihatan yang sejahtera.

Begitu hebat mukjizat yang diturunkan Allah tentang Islam begitu universal sekali.
Sehingga para saintis barat begitu takjub dan ada di antara mereka yang sudah menerima hidayah
dan memeluk islam. Dari hal sekecil sehinggalah tentang bab pemakanan yang dititikberatkan
sekali, walau terdapat beberapa kekangan. Namun itu semua adalah untuk kebaikan dan
keunggulan umat Islam.

28
Bibliografi

Buku Rujukan:

Mufti E.M.H Salejee, 2003, Sunnah Harian, Johor Bahru, comtech marketing sdn. bhd.

Raisul Muhadditin Allama, Muhammad Zakariyya (RAH), Syaikhul Hadith, Mazahir’ulum,


2009 Fadhilat Amal, Era Ilmu Sdn. Bhd

Dr. Hamdan Mohd Nor, Choo Yan Thong, Wahida Abdullah, Kee Bee Suan, Quek Yoke Hua,
Focus Super Hot SPM Biology,2008, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

Laman Web:

http://en.wikipedia.org/wiki/Healthy_diet

http://en.wikipedia.org/wiki/Food_Pyramid

http://en.wikipedia.org/wiki/Fast_food

Rencana:

http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232
&sec=mstar_rencana

http://bestbio4life.wordpress.com/2010/04/25/5-rahasia-perencanaan-makan-sehat/

http://aina08.wordpress.com/2008/04/03/rencana/

29
Lampiran:

Makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.

Madu

Kurma

Biji kopi

Buah Zaitun

30
Barley

Epal

Susu

31
Timun

Habbatussauda

Gandum

32

Anda mungkin juga menyukai