Anda di halaman 1dari 26

KUMPULAN

MAYABESTARI

1. PN. NORMAH BT. MOHAMAD ( SK. TANGGA BATU, MELAKA )


2. PN. SAPEIAH BT. SAID ( SK. CENDERAH, JASIN )
3. PN. PURA BT. AYIE ( SK. SERI BUKIT BATU, MUAR )
4. PN. MAHANI BT. JAIS ( SK. PARIT KASAN, MUAR )
5. CIK ROSLINA BT ALAN ( SK. PARIT NO. 5, MUAR )

Contoh p/p untuk 1 jam sahaja.


BAHASA MELAYU TAHUN 6

Tema
TOKOH

Tajuk
P.RAMLEE SENIMAN AGUNG
1. Soalan Penting

1.1 Mengapakah kita suka mendengar


lagu dan menonton filem?
2.Soalan Unit

2.1 Siapakah P.Ramlee?

2.2 Mengapakah beliau sangat diminati?

2.3 Apakah filem lakonan beliau yang kamu


minati?
3.Soalan Kandungan

Mendengar dan Bertutur:3.1. Apakah dialog yang telah


dilafazkan dalam sedutan filem
yang ditayangkan?

Membaca:3.2. Bagaimanakah melafazkan sajak “Lagendaku”


dengan sebutan
dan intonasi yang betul?

Menulis:3.3 Bagaimanakah membina ayat tunggal dan ayat


majmuk
menggunakan kata ganda?
Lakonkan semula dialog yang telah kamu dengar.
Lakonkan semula dialog yang telah kamu dengar.
Ringkasan Pelajaran:
Pelajaran ini mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan kemahiran
teknologi maklumat dan komuniksi (ICT).

Di samping itu, murid-murid menjalankan projek membuat buku skrap


tentang Seniman Lagenda Tan Sri P. Ramlee.

Tujuan utama pelajaran adalah untuk mendapatkan idea keseluruhan


bagi mengecam dan menyenaraikan isi utama dan isi sokongan, merujuk
kamus, mengamalkan gaya pembacaan prosa dan puisi dengan sebutan
dan intonasi yang betul, seterusnya menyatakan nilai daripada puisi.
Murid juga diminta membina pelbagai jenis ayat berpandukan peta
minda yang diberikan. Murid seterusnya diminta melayari internet untuk
menerokai maklumat tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan
tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.

Aras 1
(i) Menyatakan maksud pernyataan yang tersurat dan tersirat berdasarkan
intonasi.

Aras 2
(i) Menjelaskan maksud diksi, frasa, ungkapan dan ayat dalam sesuatu
pengucapan.

Aras 3
(i) Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan
gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera yang
dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.

Aras 1
(i) Mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan
menyatakan sebab.

Aras 2
(i) Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan puisi
dengan menyatakan alasan.

Aras 3
(i) Mengklasifikasikan pelbagai jenis ayat yang memberi kesan dengan
mengemukakan alasan.
Fokus Sampingan:

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1
(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Aras 2
(i) Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa:

1. Morfologi – kata kerja, kata ganda.


2. Sintaksis – ayat majmuk
3. Simpulan bahasa
Pengisian Kurikulum:
a) Penyerapan Ilmu:
Pendidikan Agama / Moral, Komunikasi, Kesusasteraan, Seni
/ Budaya.

b) Penerapan Nilai :
Bertanggungjawab, rasional, kesyukuran, kerjasama.

c) Kemahiran Bernilai Tambah:


Teori kecerdasan pelbagai, kecerdasan kinestetik, belajar
cara
belajar.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:

1. melafazkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. menunjukkan gaya pembacaan yang baik dari segi sebutan dan


intonasi bagi teks sastera yang beraneka laras;

3. menyatakan sekurang-kurangnya tiga nilai daripada sajak yang


dibaca; dan

4. membina sekurang-kurangnya sepuluh ayat majmuk menggunakan


kata ganda yang diberikan bagi menunjukkan kefahaman terhadap isi
sajak yang dibaca.
Prosedur:
Mendengar dan Bertutur:

1. Meminta murid memberikan maklum balas, idea keseluruhan


berhubung sajak yang dideklamasikan. Seterusnya, mengenal
pasti nilai yang dapat dikutip daripada sajak yang
dideklamasikan.

2. Murid diberikan pengukuhan dengan lakonan spontan


berdasarkan dialog dalam sedutan filem yang ditayangkan.
Membaca:

1. Murid diminta membaca dan mengenal pasti kata ganda yang


terdapat dalam sajak.

2. Murid diminta merujuk kamus untuk mencari makna perkataan


dan frasa yang sukar. Senarai kata dan frasa difailkan.

3. Murid dipertontonkan rakaman (VCD Cutter) pembacaan prosa


(dialog),dan puisi dalam slaid (Powerpoint).

4. Murid menonton tayangan video suatu aktiviti pembacaan puisi


(sajak) dan diminta melaksanakan aktiviti berpuisi mengikut
sebutan dan intonasi yang bersesuaian.

5. Murid mengaplikasikan teknik SQ3R (survey, question, read,


recite, review).
Menulis:

1. Murid diminta membina lima hingga sepuluh ayat majmuk dengan kata
ganda diberikan. Proses pembinaan ditunjukkan secara terus. Slaid ayat
majmuk contoh disediakan .

2. Murid digalakkan merujuk pelbagai sumber bacaan termasuk sumber


daripada internet, untuk merangsang minda dalam proses membina ayat.

3. Beberapa ayat majmuk dibacakan kepada kelas, dengan penambahbaikan


oleh guru. Sekurang-kurang sepuluh ayat majmuk ditaipkan dan disimpan
di dalam fail ayat.

4. Murid diminta menyalin kandungan fail perkataan dan frasa, dan fail
ayat (untuk dicetak dan diperbanyak jika diperlukan).
Pengetahuan/Kemahiran Sedia Ada:
1. Murid sudah mengenali Tan Sri P.Ramlee.

2. Murid sudah biasa berinteraksi dalam sesi pengajaran/.


pembelajaran berbantukan komputer

Bahan Bantu Belajar/SumberPembelajaran:

1. http://www,felix_entertainment.com/p_ramlee/s_azizah.htm.
2. http://www.google.com.my

1. Komputer
2. LCD
3. VCD
Latihan pengukuhan
Contoh ayat
a) Bintang-bintang
 Bintang-bintang bersinar di langit pada waktu malam.
 Bintang-bintang filem menghadiri majlis Anugerah Seri Angkasa di Dewan Perdagangan Antarabangsa.

b) Bunga-bunga
 Bunga-bunga mawar sedang berkembang di halaman rumah.
 Ibu membeli bunga-bunga plastik di kedai.

c) Hati-hati
 Hati-hati lembu yang dijual di pasar telah dihurungi lalat.
 Kita hendaklah berhati-hati ketika melintas jalan.

d) Doa-doa
 Doa-doa orang yang teraniaya itu mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
 Semoga doa-doa ibu saya dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

e) Warna-warna
 Adik amat menyukai warna-warna yang terang.
 Warna-warna kereta itu amat menarik.

d) Mimpi-mimpi
 Aisyah berharap agar semua mimpi-mimpinya akan menjadi kenyataan.
 Semua mimpi-mimpi itu hanyalah mainan tidur.
Lagendaku
Lagendaku, Lagendaku,
Lahirnya dikau ke dunia ini Lakonanmu menjadi mimpi-mimpik
Aksimu ibarat warna-warna kehidu
Bagai bintang-bintang bergemerlapan

Menerangi hati-hati yang suram Namun kini,


Menghibur hati yang lara Yang tinggal hanya pusaramu
Mengubat hati yang luka Yang ditaburi bunga-bunga Dan air

Lagendaku, Lagendaku,
Suaramu yang gemersik Walaupun kau telah tiada
Bagai buluh perindu Doa-doa itu tetap mengiringgimu
Amin…..

HASIL NUKILAN : MAYABESTARI


Fail Perkataan
Perkataan Maksud Perkataan

1. Bergemerlapan 1. Berkilau-kilau
2. Gemersik 2. Lunak, Merdu
3. Pusara 3. Kubur
4. Suram 4. Kelam
5. Menerangi 5. Menyinari
6. Lagenda 6. Sesuatu yang menjadi
ingatan/sejarah
Kata Kerja
1. menghibur
2. mengubat
3. menyinari
4. lakonan
5. doa
6. mengiringi
7. ditaburi
Ayat Majmuk

1. Bintang-bintang filem menghadiri majlis Anugerah Seri


Angkasa di Dewan Perdagangan Antarabangsa.
2. Doa-doa orang yang teraniaya itu mudah dimakbulkan oleh
Allah s.w.t.
3. Aisyah berharap agar semua mimpi-mimpinya akan menjadi
kenyataan.
4. Hati-hati lembu yang dijual di pasar telah dihurungi lalat.

Anda mungkin juga menyukai