Anda di halaman 1dari 8

Kandungan

Kesesuaian Tempat Latihan...........................................................................................4


Komen Tentang Jadual Latihan......................................................................................5
Masalah Yang Dihadapi Semasa Latihan.......................................................................6
Cadangan Untuk Memperbaiki Latihan.........................................................................7
Kesimpulan....................................................................................................................8
Penghargaan

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam
ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci
serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan,


rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri,
menyiapkan penulisan laporan ini dan seterusnya melayakkan saya untuk menerima
diploma.

Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan


laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat,
sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohaizi Bin
Mohamad, Pengurusi Geomatika yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi
membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Aisha
Rozaida yang dengan sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di
syarikat tersebut. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan
kepada semua pekerja yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh
latihan.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Saidah Binti Mohamed,
Penyelaras Program Kerjasama UTM-EDI yang telah bertungkus-lumus membantu
menjayakan program Latihan Industri ini, dan tidak lupa juga kepada Cik Rosmaini

2
Bt Sulaiman, Penyelia Latihan Industri yang juga telah banyak membantu
menguruskan hal-ehwal latihan industri.

Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan
seribu penghargaan kepada penyarah-penyarah, staf-staf EDI serta individu-individu
yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti pengajian saya selama 3 tahun
dalam kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di EDI.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli
keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Azhar Bin Shariff dan
Hamidah Bt Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian
juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Zuwairiie Bin Serajudin yang
telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan
terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mohamad Azri Azhar


April 2003

3
Kesesuaian Tempat Latihan

Kolej Teknologi Geomatika merupakan sebuah kolej yang baru ditubuhkan.


Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah pemilik kepada kolej ini (Kod Pusat
L00632). Ia merupakan kolej yang bersaiz sederhana dan kini sedang meningkat maju
mengikut peredaran masa. Dengan itu, kolej dan syarikat ini masih kurang
menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya. Kolej ini juga kurang mempunyai
kakitangan yang mahir dalam bidang teknologi maklumat. Oleh itu syarikat ini sesuai
untuk membuat latihan industri bagi penuntut untuk menimba pengalaman. Dengan
adanya penuntut menjalani latihan industri, maka dapatlah mereka mempraktikkan
segala pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Mereka dapat membantu dari
segi teknikal dan menyelesaikan masalah berkaitan komputer. Memandangkan kolej
ini tidak mempunyai sebarang sistem dalam menguruskan inventori dan perpustakaan,
maka penuntut dapat menyediakan sistem tersebut bagi membantu pengurusan.

Kolej Teknologi Geomatika juga sesuai dijadikan tempat latihan industri kerana
lokasinya yang terletak di kawasan bandar kecil iaitu Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Terdapat pelbagai jenis syarikat lain di kawasan tersebut yang memberi daya saing
yang sihat kepada kolej dan anak syarikatnya. Selain itu, segala kemudahan seperti
pasaraya, klinik, taman rekreasi dan sebagainya terdapat berhampiran dengan kolej
tersebut. Kemudahan awam seperti bas, LRT dan teksi juga mudah untuk didapati.

Kerjasama dan hubungan baik yang diberikan oleh kakitangan kolej telah banyak
membantu saya untuk menyesuaikan diri dan seterusnya membolehkan saya
menjalankan tugas dengan baik. Saya juga dapat menyiapkan projek yang diberikan
dalam masa yang ditetapkan malah kadangkala jauh lebih awal.

4
Komen Tentang Jadual Latihan

Semasa menjalani latihan industri di Kolej Teknologi Geomatika, saya diberi tempoh
selama 15 minggu untuk menghabiskan latihan industri. Jadual waktu bekerja adalah
seperti berikut:

Waktu Pejabat: 8.30 AM - 5.45 PM


Waktu Rehat: 1.00 PM- 2.00 PM
Cuti: Sabtu dan Ahad

Kerja-kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri ditetapkan oleh


penyelia kolej tersebut. Beliau akan memberikan tugas-tugas tertentu yang perlu
disiapkan. Kadangkala kerja-kerja yang tidak berkaitan langsung dengan kursus yang
diambil juga terpaksa dilakukan.

5
Masalah Yang Dihadapi
Semasa Latihan

Sepanjang menjalani latihan industri di Kolej Teknologi Geomatika, saya tidak


mengalami sebarang masalah yang merumitkan. Pada permulaan bekerja, saya
tertanya-tanya apakah tugas yang akan diberikan oleh penyelia. Namun begitu perkara
ini selesai setelah penyelia di kolej tersebut memberikan taklimat.

Tugas pertama saya adalah membaiki komputer-komputer yang rosak. Tugas


seterusnya adalah merekabentuk risalah-risalah kolej. Selain itu saya juga disuruh
untuk membina sistem perpustakaan, sistem inventori, rangkaian komputer, membina
laman web dan sebagainya. Kerja-kerja ini telah dilakukan dengan baik dan
memenuhi kehendak kolej serta syarikat. Sila lihat laporan penuh dan buku catatan
harian untuk keterangan lanjut.

6
Cadangan Untuk Memperbaiki
Latihan

Cadangan saya dalam memperbaiki latihan industri ini adalah syarikat perlu memberi
jadual dan penerangan terperinci kepada penuntut mengenai tugas-tugas yang bakal
dilakukan terlebih awal supaya penuntut dapat menilai sama ada syarikat tersebut
sesuai untuk dijadikan tempat latihan industri atau tidak. Jika tugas yang akan
diberikan tidak berkaitan langsung dengan kursus yang diambil, penuntut dapat
mencari syarikat lain yang lebih sesuai.

Disamping mempraktikan ilmu yang telah dipelajari di bilik kuliah, adalah penting
bagi syarikat untuk memberikan tunjuk ajar kepada penuntut-penuntut dan bukannya
menyuruh mereka menyiapkan sesuatu projek bulat-bulat. Ini bagi membolehkan
penuntut menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan baru yang mungkin berguna
pada masa hadapan.

Selain itu, adalah diharapkan supaya syarikat tidak mengambil kesempatan terhadap
pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri dengan menyuruh mereka melakukan
kerja-kerja yang tidak berkenaan langsung dengan kursus yang mereka ikuti.
Contohnya, kerja-kerja menghantar surat, menaip surat, memasukkan wang ke dalam
bank, mengangkat barang, menyusan kertas dan sebagainya.

Jangkamasa latihan juga seharusnya dilanjutkan, ini akan memberi pengalaman yang
luas dan penuntut dapat memahami serta menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang
sebenar setelah tamat pengajian.

7
Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara
yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar
sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan
berkesan. Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina
keyakinan din dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang
bakal ditempuhi pada masa akan datang.

Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang
selok-belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di
samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi
pelajaran-pelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari.

Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi
menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki
cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan
di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti
kerjasama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang
menjalani latihan industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan
pekerjaan di mana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai
jawatan yang kita mohon.

Anda mungkin juga menyukai