Anda di halaman 1dari 10

Satu Malaysia satu bahasa,

Menjadi penghubung pelbagai ungkapan;

Berbagai agama berbilang bangsa,

Rakyat didahulukan pencapian diutamakan.

Sayang Cik Nona berkebaya sendat,

Pandai menggubah jambangan bunga;

Jangan dilupa Budaya dan adat,

Barulah sejahtera satu Malaysia.

Cincin permata kilauan cahaya,

Cincin suasa pengikat mesra;

Berbeza Agama, adat, dan Budaya,

Bukan penghalang penyatuan bangsa.

Sungguh syahdu susunan irama,

Lirik digubah sungguh bermotivasi;

Rakyat didahulu pencapaian diutama,

Jadi pengangan cetusan inspirasi.

Peluk dan salam budaya melayu,

Inilah bukti peninggalan adat;

Rakyat Melaysia perlu bersatu,

Demi satu Malaysia kita sepakat.

1
Kalau gugur buah setandan,

Sampai ke tanah baru bergolek;

Kami bersyukur kepada Tuhan,

Rakyat Malaysia semuanya baik.

Kayu cendana dijilat api,

Api marak terasa bahang;

Rakyat Malaysia bersatu hati,

Barulah Negara akan dijulang.

Pungguk merindu sambil berangan,

Bulan juga ternanti-nanti;

Tapak tangan satu perjuangan,

Biarlah kekal bersatu hati.

Datang bertandang diminta menjamu,

Pelbagai juadah semua setuju;

Semua etnik berkongsi ilmu,

Mencapai wawasan Malaysia maju.

Cik Ani pergi ke pasar,

Pergi ke pasar bersama Cik Ali;

Satu Malaysia satu dasar,

Untuk kita kekal harmoni.

2
Duduk bersama rakyat jelata,

Raja dijulang tidak dipersia;

Berdiri teguh di bumi nyata,

Pupuk semangat satu Malaysia.

Anak Pak Abu suka berangan,

Sambil berangan mencuci cawan;

Satu Malaysia jadi pegangan,

Rukun Negara teras panduan.

Sambil berjalan melihat-lihat,

Hati berkenan si anak serama;

Perpaduan kami mendapat rahmat,

Toleransi kaum amalan bersama.

Pergi ke kedai membeli santan,

Santan dibeli hampir nak basi;

Dasar Negara membawa perubahan,

Satu Malaysia menjana tranformasi.

Pergi memburu membawa tongkat

Tongkat dibawa oleh Pak Samat;

Satu suara satu semangat,

Itulah sumpah warga berdaulat.

3
Adat disanjung semua bangsa,

Jadi teras bangsa mulia;

Menjadi amanah rakyat jelata

Kita bina satu Malaysia.

Satu Malaysia jadi pegangan,

Rukun Negara teras panduan;

Satu Malaysia membawa keamanan,

Rakyatnya makmur menjadi idaman.

Membuka luas mata dan minda,

Warisan penentu generasi muka;

Satu Malaysia lestarikan dijiwa,

Sepanjang hayat membangun nusa.

Duduk di anjung rumah Pak Sarman,

Duduk berborak hingga ke subuh;

Dasar Malaysia menjadi pegangan,

Bersatu teguh bercerai roboh.

Sedap dimakan kacang kelisa,

Buah peria pahit dan maung;

Bahasa menggabung etnik bangsa,

Satu Malaysia sama bernaung.

4
Cantik tertera potret warisan,

Pahlawan terbilang kita bersama;

Satu suara satu gagasan,

Malaysia gemilang impian bersama.

Pahit sungguh buah peria,

Tidak terbanding dengan manisan;

Pelbagai bangsa kaum dan budaya,

Bersatu berganding merealisasikan wawasan.

Membeli kasut di Negara England,

Hijrah ke kota bersama rakan;

Teguh bersatu menghadapi cabaran,

Bersatu hati membina perpaduan.

Pahlawan Negara empunya nama,

Segak bergaya menjulang senjata;

Pemimpin cemerlang berganding sama,

Memakmurkan Malaysia Negara tercinta.

Pahlawan Negara menjulang senjata,

Dikagumi teman sepanjang hayat;

Satu Malaysia sebulat kata,

Bukti persefahaman pemimpin dan rakyat.

5
Hijrah ke kota bersama teman,

Membawa harapan tidak terkira;

Satu Malaysia satu perpaduan,

Mari kita hayati bersama.

Berbaju sedondon cantik dan gagah,

Tampak serinya cincin dijari;

Rakyat Malaysia bersatu megah,

Menunjukkan kami aman harmoni.

Potret hiasan di blok warisan,

Emas mutiara di atas dulang;

Modal insan penggerak wawasan.

Penyatu bangsa Negara terjulang.

Buah peria di tepi perigi,

Dicelur menjadi ulam-ulaman;

Negara Malaysia pertama di hati,

Maka rakyat mestilah diutamakan.

Batu permata terserlah nilai,

Dipakai gadis nampak ayu;

Malaysia gemilang aman dan damai,

Rakyat hidup bersatu padu.

6
Bunga berkembang mekar di taman,

Di paya jati bertemu kemboja;

Rakyat Malaysia generasi ilmuan,

Jaya wawasan satu Malaysia.

Tangis srikandi berduka lara,

Rindu dendam arjuna idaman;

Kikiskan dengki sengketa sengsara,

Bersatu bangsa membina impian.

Menyusun lirik indahnya irama,

Merdu bunyinya indah disanjung;

Semangat berpadu himpun sesama,

Malaysia di hati amanah dijunjung.

Anak itik berlari-lari,

Masuk ke reban mencari makanan;

Rakyat Malaysia bersatu hati,

Demi untuk menjaga keamanan.

Pokok semalu di tepi telaga,

Telaga pusaka milik bonda;

Rakyat Malaysia pelbagai bangsa,

Disatukan gagasan satu Malaysia.

7
Buah delima masak sebelah,

Makan bersama kaum keluarga;

Satu Malaysia dasar terarah,

Sebagai panduan bangsa merdeka.

Bina ampaian di tepi sumur,

Tempat menjemur kain dan baju;

Bersatu padu Malaysia makmur,

Berkat kepimpinan budaya maju.

Negara Malaysia pelbagai bangsa,

Melayu cina india bersatu;

Wawasan Negara inspirasi bersama,

Satu Malaysia menjana tranformasi maju.

Memandu kereta pergi ke pasar,

Pergi ke pasar membeli sembilang;

Satu negara satu dasar,

Malaysia gemilang rakyat terbilang.

Anak buaya turun ke sungai,

Sungainya dalam langsung tak nampak;

Dasar Malaysia diguna pakai,

Bersatu bangsa amannya kelak.

8
Masuk ke hutan menangkap rusa,

Rusa ditangkap simpanan manusia;

Semangat rakyat pemangkin Negara,

Memupuk bangsa satu Malaysia.

Buah kelapa tepi perigi,

Disimpan rapi oleh Mak Dara;

Bersatu hati bukanlah rugi,

Satu Malaysia aman sejahtera.

Simpan di peti si buah delima,

Delima disimpan masak nan satu;

Lain bangsa lain agama,

Namun Malaysia tetap bersatu.

Indah sungguh potret srikandi,

Buat tatapan kaum keluarga;

Malaysia di hati tetap bersemadi,

Negara berdaulat rakyat berbangga.

Makan rojak berkuah kacang,

Air minuman kelapa muda;

Negara Malaysia negara terancang,

Pengikat semangat generasi muda.

9
Anak rimau berlari-lari,

Terjumpa dengan si anak buaya;

Rakyat Malaysia berbudaya tersendiri,

Kemajuan Negara budaya bersama.

Hamba melukut tepian gantang,

Mohon belas kasihnya orang;

Negara Malaysia sangat terbilang,

Transformasi budaya pembangunan cemerlang.

Disemat budi budaya teraju,

Lagi berhemah cinta bersatu;

Matlamat menjadi Negara maju,

Mari semua kita menuju.

Nona manis memakai sanggul,

Kaki berjuntai mengayun buaian;

Amanah kerajaan sama dipikul,

Dahulukan rakyat utamakan pencapaian.

Buah betik dalam perahu,

Enak dimakan di hari petang;

Rakyat berusaha erat bersatu,

Rakyat cemerlang Malaysia terbilang.

10