Anda di halaman 1dari 2

Gejala sosial di kalangan remaja pada hari 

ini
Posted on 25 Mei, 2009 by admin

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan,
malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini
timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan
saksama lagi bijaksana.

Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap
perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa
mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan
bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu
memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan
anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh
diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual
mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut
mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka
mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja
menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep
melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan
ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq
(remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh
ibu bapa.

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan
kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan
sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai
`pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan
mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar
tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi
pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas
dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras,
seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video
lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini,
adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak
bebas di pasaran tanpa kawalan?

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan
akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti
sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti
remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.

Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua
pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi
yang lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai