Anda di halaman 1dari 5

Doa sujud tilawah

Maksudnya:

"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan


membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya
dan penlihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".

Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam

Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur,


aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam,
aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan
kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih
Dajjal".
Zikir pagi dan petang

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta
salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya".

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa


kesepian

Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah


yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya,
daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-
syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman

 Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.


 Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.
Kemudian baca:

Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.

dan baca:

Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan
Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau
permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya
Engkau kehendaki.

Doa ringkas selepas solat


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan
sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan


kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-
sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami


dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah
kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani
kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan


janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan
yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan


iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha
Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini


dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan


kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-
sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan
pentadbir seluruh alam.

Anda mungkin juga menyukai