Anda di halaman 1dari 1

RESPIRASI ANAEROB DALAM YIS

Sel yis menjalankan respirasi anaerob semasa kekurangan oksigen. Proses ini dinamakan sebagai
penapaian. Dalam penapaian yis, glukosa diuraikan kepada etanol dan karbon dioksida sebagai hasil
sampingan dengan pembebasan tenaga.

Kebanyakan tenaga dalam glukosa masih terdapat sebagai tenaga kimia dalam etanol yang dihasilkan,
ini dapat dilihat pada rajah berikut ;

RESPIRASI ANAEROB DALAM OTOT

Semasa menjalankan aktiviti fizikal yang cergas, otot-otot mungkin menggunakan oksigen pada kadar
yang melebihi kadar pembekalan oksigen.

Ketika ini, respirasi aerob dan anaerob dijalankan serentak untuk menghasilkan tenaga yang
secukupnya.

Dalam respirasi anaerob, glukosa diuraikan kepada asid laktik, dengan pembebasan sedikit tenaga.

Pengumpulan asid laktik dalam otot akan menyebabkan kelesuan otot apabila kepekatannya bertambah.

Asid laktik boleh dioksidakan menjadi karbon dioksida dan air, sekiaranya oksigen mencukupi.

Jika bekalan oksigen tidak mencukupi , hutang oksigen akan terjadi di mana kadar pernafasan serta
denyutan bertambah. Tindakan ini menyebabkan percepatan pertukaran gas di peparu serta
mempercepatkan aliran darah untuk memperoleh lebih oksigen bagi pengoksidaan asid laktik.

Aliran darah juga menghantar asid laktik ke hati di mana ia ditukar menjadi glukosa.