Anda di halaman 1dari 16

KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

Kuliah 5
Konkrit
Bahan-bahan kandungannya: simen, pasir, batu baur halus dan kasar.

Simen:
· Simen bertindakbalas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen
konkrit.
· Terdapat pelbagai jenis simen seperti:
§ Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;
§ Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)
§ Simen bewarna;
§ Simen cepat mengeras.

Batu-baur
· Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan
konkrit. Ia biasanya dibahgikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh
didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 – 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.
· Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

AIR:
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
2. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
3. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu dalam
bancuhan konkrit.

SIFAT-SIFAT KONKRIT
· Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam
pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
· Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga
lain.
· Konkrit boleh di bancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.
· Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

KUALITI CAMPURAN KONKRIT BERGANTUNG KEPADA:


· Kualiti bahan-bahan bancuhannya.
· Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu
baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.
· Cara mencampur dan mengangkut.
· Kualiti acuan yang digunakannya.
· Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.
· Pengawetan yang digunakan.

JENIS JENIS KONKRIT


Konkrit biasa:
· Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.
· Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive
stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).
· Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok,
lantai atas tanah.

Konkrit bertetulang:
· Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli
didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
· Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu:


· Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan di bina di dalam bengkel atau tapak
pembinaan dengan kuantiti yang banyak .
· Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu
dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

Konkrit tegas-dahulu
· Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.
· Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban
yang lebih tinggi.
· Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
· Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi
ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post- tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum
bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan,
meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.
· Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang,
struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan
· Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap
udara (spt CO<sub>2) supaya hasilnya lebih ringan.
· Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang
tidak memegang beban.
back
back to menu

Help - Help for Webmasters


« back to results for "bahan binaan keluli"

Below is a cache of
http://static.scribd.com/docs/twyi91dhz8nv.txt. It's a snapshot
of the page taken as our search engine crawled the Web. We've
highlighted the words: bahan binaan keluli
The web site itself may have changed. You can check the current
page (without highlighting) or check for previous versions at the
Internet Archive.

Yahoo! is not affiliated with the authors of this page or


responsible for its content.

BAB II

LITERATUR

2.1 Pendahuluan
Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain
dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai
nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang
lain (Breyer,Fridley dan Cobeen,1999)

2.2 Penggunaan Struktur Kayu

Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan bagi


pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur.
Penggunaan kayu secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau
pembinaan, bergantung kepada dua kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai
untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara penyambungan yang paling baik. Manakala
yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan mendapatkan gred kayu yang sesuai dan
betul.

2.3 Sifat Kekuatan Struktur Kayu

Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan kayu
merupakan faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang
dikenakan. Dengan erti kata yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya tahan
kepada kegagalan.[8].

2.3.1 Kekuatan Kayu

Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya
dalam menanggung beban. Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan
dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan,
kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan
terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan penekanan yang
mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan
struktur kayu sambungan jejari diberi penekanan.

2.3.1.1 Kekuatan Tegangan

Kekuatan tegangan kayu ialah kebolehan struktur kayu dalam menahan daya yang
merengangkannya dari kedua-dua arah. Kekuatan tegangan kayu yang selari dengan ira
merupakan kekuatan tertinggi kayu iaitu sehingga sehingga mencapai 40 kali ganda
pada keadaan kering udara. Kekuatan ini bergantung kepada kekuatan serat, panjang
dan tentu-arah serat tersebut [8].
Kekuatan tegangan dikaitkan dengan sifat mekanik struktur kayu yang meliputi
tiga keadaan iaitu rintangan terhadap ubah bentuk dan sifat kenyal, sifat kekuatan
dan sifat prestasi yang lain. Bagi menerangkan sifat mekanik, dua konsep digunakan
iaitu; tegasan (δ) dan terikan (ε).

Tegasan ialah nilai daya dalaman bagi dalaman bagi setiap unit luas yang
ditanggung oleh sesuatu bahan akibat beban luaran yang dikenakan ke atas bahan
tersebut. Terikan pula ialah ukuran keupayaan bahan keupayaan bahan untuk
mengalami ubah bentuk, iaitu sama ada secara memanjang atau mampat di bawah
tegasan.

Sifat kenyal dikaitkan dengan keupayaan bahan untuk ubah bentuk oleh tegangan
kepada keupayaan bahan untuk mengembalikan semula dimensi asalnya apabila tegasan
disingkirkan. Ciri untuk kekenyalan bukanlah amauan ubah bentuk, tetapi keupayaan
sesuatu bahan untuk mengembalikan sepenuhnya dimensi asalnya apabila tegasan
disingkirkan (Rajah 2.1). Manakala kelikatan merupakan kualiti sebaliknya yang
boleh dianggap sebagai keplastikan. Sesuatu benda yang betul-betul plastik adalah
yang tidak berupaya untuk kembali kepada dimensi asalnya apabila tegasan
disingkirkan.

Bentuk asal

Daya Daya
Tegangan Tegangan

Bentuk asal

Rajah 2.1 : Perubahan bentuk sampel kayu bila dikenakan daya tegangan [6]

Plastik merupakan suatu sifat bahan selepas satu tahap elastik dan takat
alah. Pada tahap plastik, bahan tersebut tidak akan kembali semula ke bentuk
asalnya setelah beban yang dikenakan terhadapnya tidak berubah. Manakala elastik,
ialah keupayaan bahan tersebut untuk kembali seperti tidak dikenakan daya lagi.

Dalam kejuruteraan, elastik dan plastik ini di istilah berdasarkan Rajah 2.2;
Tegasan-Terikan.
Tegasan
(δ)
plastik

elastik

Terikan (ε)

Rajah 2.2 : Gambarajah Tegasan Melawan Terikan Secara Umum

Tegasan dan keterikan merupakan dua keadaan yang biasa berlaku pada sesuatu
bahan. Keadaan ini hanya akan berlaku dalam keadaan plastik akibat dari daya
mampatan. Titik di mana ia boleh kembali kepada bentuk asal dikenal sebagai had
elastik. Rajah 2.2 menunjukkan hubungan antara tegasan dan terikan.[2].

Bagi meramal kekuatan struktur kayu bersambungan jejari dalam struktur


tegangan, ianya banyak bergantung kepada keadaan dedahan, jumlah masa pembebanan,
agihan beban, faktor beban, tegangan axial, dan tegangan lenturan. Secara
teknikal, kayu keras ia terlalu lemah dalam mampatan selari dengan ira. Walau
bagaimanapun, ia lebih kuat dalam tegangan.[8]

Bagi meramal kekuatan struktur kayu dalam struktur tegangan, ianya banyak
bergantung kepada keadaan dedahan, jumlah masa pembebanan, agihan beban, faktor
beban, tegangan axial, dan tegangan lenturan. Secara teknikal, kayu keras ia
terlalu lemah dalam mampatan selari dengan ira. Walau bagaimanapun, ia lebih kuat
dalam tegangan.[8]

2.3.1.2 Kekuatan Mampatan

Kekuatan mampatan adalah kebolehan kayu menahan daya yang cuba memampatkan
kayu dalam kedua-dua arah. Kekuatan mampatan sangat penting bagi penggunaan kayu
untuk binaan bagi struktur seperti tiang, dinding dan sebagainya. Kekuatan mampatan
kayu ini biasanya dipengaruhi oleh kandungan lembapan dalam kayu, di mana kayu yang
mempunyai kandungan lembapan yang kurang ataupun kayu kering adalah lebih kuat
berbanding kayu yang lembab. Kekuatan mampatan tegak kepada ira adalah antara 10%
hingga 30% daripada kekuatan mampatan maksimum selari dengan ira, dan mempunyai
kaitan rapat kekerasan kayu [7] berbanding kekuatan mampatan yang serenjang dengan
ira. Kekuatan mampatan selari dengan ira akan menghasilkan nilai kekuatan yang
tinggi dan baik. Ini adalah kerana struktur kayu mempunyai unit-unit sel yang
berbentuk tiub, dalam erti kata lain ia menyerupai 'straw' yang diikat dalam satu
kumpulan. Apabila dikenakan daya mampatan pada sesuatu arah, ia sukar untuk
menggagalkan kumpulan sel-sel yang telah diikat tadi.

Untuk menentukan kekuatan struktur kayu bagi yang mengalami mampatan,


pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Panjang Efektif- Panjang yang sesuai perlulah dikira berdasarkan susunan dan
keadaan sesuatu struktur tersebut.
b. Saiz kayu- Terdapat perbezaan dari segi kekuatan mampatan apabila kayu yang
digunakan adalah berbeza.

c. Nisbah Kelangsingan- Nisbah kelangsingan ialah nilai panjang efektif dibahagikan


dengan jejari struktur kayu yang mana nilainya tidak boleh melebihi 180. Nisbah
ini diperlukan bagi menentukan sama ada rekabentuk untuk struktur langsing atau
tidak langsing [7].

2.3.1.3 Kekuatan Ricihan

Kekuatan ricih ialah sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba untuk
menggelangsarkan sebahagian daripada di atas bahagian yang lain. Daya ini
dinamakan daya ricih. Dalam struktur kayu bersambungan jejari, ricihan boleh
berlaku dalam bahagian sambungan akibat daya tegangan yang di kenakan. Kekuatan
ricih yang selari dengan ira adalah lebih rendah berbanding keadaan serenjamg
dengan ira. Terdapat empat jenis ricihan yang boleh berlaku samada ricihan selari
dengan ira, ricih tegak kepada ira, ricihan serong dan ricih gelek.

2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Sifat Kekuatan Kayu

Sebelum menggunakan struktur kayu sebagai bahan binaan, beberapa faktor yang
perlu dipertimbangkan dari segi sifat kekuatan struktur kayu. Antara faktor-
faktor yang mempengaruhi nilai kekuatan kayu ialah sudut kecondongan ira,
ketumpatan, kandungan lembapan, buku, cerun ira, ciri ortotropik, dan saiz kayu
yang digunakan. Kesemua faktor tersebut memainkan peranan yang penting dalam
penentuan kekuatan dan ketegangan sesuatu kayu.

2.4.1 Pengaruh Sudut Kecondongan Ira

Untuk beberapa penggunaan kayu, pengaruh sudut kecondongan ira merupakan ciri
yang penting. Sudut kecondongan ira ditakrifkan sebagai perbezaan susunan di
antara ira kayu dengan paksi pugak kayu tersebut dan ia boleh dinyatakan dalam
bentuk darjah atau pecahan. Adi Khirazli bin Marji (2002) menyatakan nilai
kekuatan mampatan selari dengan ira adalah lebih tinggi berbanding kekuatan
serenjang dengan ira. Ini membawa maksud, semakin besar sudut kecondongan ira,
maka semakin kuranglah nilai kekuatannya.

2.4.2 Pengaruh Kandungan Lembapan


Kandungan lembapan adalah salah satu faktor yang penting dimana ia akan
mempengaruhi sifat kekuatan kayu. Kandungan lembapan didefinisikan adalah jumlah
air yang terdapat dalam sesuatu struktur kayu semasa pertumbuhan.

Peratus kandungan lembapan telah dinyatakan di dalam MS 758:1981 dalam


lingkungan 12% sehingga 15% bagi kepingan kayu yang berperekat. Perekatan yang
baik adalah pada kandungan lembapan kurang daripada 10%. Norshairulfadli bin
Hussin @ Hashim (2002) mendapati nilai kandungan lembapan untuk yang tetap untuk
pembuatan kayu yang berperekat adalah sukar di Malaysia kerana beriklim tropika
dimana kandungan lembapan adalag sangat tinggi dan mungkin mencapai takat tepu.
Pada keadaan ini, kandungan lembapan sangat cepat diserap oleh kayu. Kandungan
lembapan turut mempengaruhi ikatan antara perekat dan kepingan kayu.

2.4.3 Pengaruh Ketumpatan Kayu

Ketumpatan kayu ini sebagai indeks kepada kekuatan kayu bergantung kepada
ketebalan dinding sel. Ini memberikan maksud secara teorinya bahawa kayu yang
berada dalam kategori gred A misalnya lebih kuat daripada kayu dalam kategori gred
B dan sekaligus memberikan nilai kekuatan ricihan yang tinggi bagi gred A daripada
gred B. ketumpatan tinggi beerti kurang rongga-rongga udara di dalamnya dan
kekuatan kayu semakin meningkat [8].

2.4.4 Pengaruh Saiz Kayu

Saiz kayu juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kekuatan
kayu yang digunakan. Ini kerana saiz kayu yang bersaiz besar akan memberikan tahap
kerintangan yang tinggi terhadap sebarang daya yang dikenakan berbanding bagi kayu
yang bersaiz kecil akan memberikan nilai kekuatan yang kecil. Selain itu,
kecacatan pada kayu juga menjadi menyumbang utama kepada ciri kelemahan kayu dimana
bagi kayu bersaiz besar berisiko tinggi berbanding kayu bersaiz kecil.

2.4.5 Pengaruh Ciri Ortotropik

2.4.5.1 Arah Ira dan Tindakan Beban

Kayu merupakan bahan yang mempunyai darjah anisotropik dan ortotropik yang
tinggi. Ini menyebabkan kekuatannya berubah-ubah bergantung kepada arah ira.
Apabila suatu daya bertindak terhadap kayu berira condong, akan terbentuk kompenen
tindakan terhadap kayu berira condong akan terbentuk komponen tindakan daya dalam
arah melintang iranya, sedangkan kayu terlalu rendah kekuatannya dalam arah
melintang ira.

2.4.5.2 Panjang Sel


Kekuatan kayu juga dipengaruhi oleh panjang selnya. Semakin panjang sel kayu
akan memberikan nilai kekuatan ricih yang lebih besar.

2.4.5.3 Pusaran

Pusaran mengakibatkan terjadinya perubahan orientasi ira. Ini menyebabkan


susunan ira bersudut dan berpusar serta mengakibatkan perubahan arah pembebanan.
Rajah 2.3 menunjukkan hubungan nisbah pusaran dan kekuatan [14].

Rajah 2.3 : Hubungan nisbah pusaran dan kekuatan [11]

2.5 Klasifikasi Kayu

Kekuatan kayu dapat diketahui daripada pengkelasan kayu. Selain dari


kekuatan kayu, ketumpatan kayu juga dapat diketahui. Kayu boleh diklasifikasikan
dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatan kayu lihat (Jadual 2.1).
manakala klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan sebagai kayu
keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu lembut [9]. Ciri
kayu keras mempunyai daun yang lebar dan biji benih berkulit manakala kayu lembut
daripada jenis tumbuhan berbentuk kon yang dicirikan dengan daun berbentuk jarum
dan biji benih tanpa kulit.

Jabatan Perhutanan Malaysia telah mengelaskan kayu keras kepada tiga


kumpulan berdasarkan ketumpatan dan kelasakan semulajadi kayu tersebut. Rujuk
Jadual 2.1[10].

Jadual 2.1 : Kumpulan kekuatan kayu dan ketumpatan kayu

Nama
Ketumpatan(kg/m3)
Kumpulan A
Merbau
800

Chengal
945

Tualang
835

Kempas
880

Balau
975

Bakau
1040
Kumpulan B
Resak
945

Kapur
755

Merpauh
755

Keruing
880
Kumpulan C
Meranti kuning
655

Gerutu
690

Meranti merah
705

Machang
560
Kumpulan D
Jelutong
465

Terentang
435

Pulai
465

2.6 Pemilihan Struktur Kayu

Dalam projek ramalan ini, kajian ditumpukan pada kayu Meranti Merah Tua (Dark
Red Meranti). Ini kerana kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti) mempunyai
keistimewaan yang tersendiri. Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti) adalah
dari kategori kayu keras dan berat di mana purata kering udaranya adalah sekitar
700 kg/m3 dengan 15% kandungan lembapan. Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti)
dikelaskan dalam kumpulan C iaitu kayu keras ringan, di mana ketumpatannya adalah
705 kg/m3 [11].
2.6.1 Sifat-sifat Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti)

Kayu Meranti tergolong dalam sepsis Shorea dan Parashorea yang di kelaskan
melalui nama dagangan. Spesis ini dinamakan Meranti di Malaysia tetapi di kenali
sebagai Gerutu apabila ia di eksport.

Kayu Meranti mudah dikenali. Kayu Meranti ini boleh dikelaskan kepada dua
iaitu Meranti Merah Muda dan Meranti Merah Tua. Bagi Meranti Merah Tua (Dark Red
Meranti) berkualiti baik, berat purata 710 kg/m3 dan kandungan lembapan 15%
manakala Meranti Merah Muda mempunyai berat purata 545 kg/m3 dan kandungan lembapan
sebanyak 15%.

2.6.2 Ciri Tumpuan

Salur sederhana besar, tilosis biasanya banyak, parenkima aliform-konfluen ke


konfluen, saluran damar tegak normal banyak, lebih kurang berterusan dalam siri
tangen, saluran individu lebih besar daripada kebanyakkan sepsis Shorea dan
kadangkala lebih kurang sama dengan salur, jelas sebagai garis putih-kuning pada
semua permukaan, seperti yang digambarkan di dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Keratan menegak kayu menunjukkan keratan rentas membulat bagi sel dan
membentuk ruang-ruang antara sel [8].

2.7 Tanggam Kayu

Tanggam kayu adalah bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau


menyambungkan struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap harus
dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan kayu yang
padu [9]

Dalam projek ramalan ini,penekanan diberikankan kepada sambungan jejari.


Penggunaan jenis tanggam jejari ini bergantung kepada jenis dan kegunaan.

2.7.1 Matlamat Penggunaan Tanggam


Penggunaan tanggam pada struktur kayu dapat memberikan altenatif yang baik
dalam memperbagaikan penggunaan struktur tanggam dalam sesuatu pembinaan. Antara
kebaikan penggunaan tanggam ialah:

a. Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.


b. Dapat menjimatkan kos dan bahan
c. Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan
d. Menambah kekukuhan binaan
e. Dapat menyambung struktur kayu

2.7.2 Kategori Tanggam

Tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembinaan bangunan dan pertukangan kayu


boleh dikumpulkan kepada empat kategori mengikut fungsinya [9].

2.7.2.1 Tanggam Melebar

Tanggam ini ialah untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk


menjadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot,
dinding dan sebagainya. Antara contoh tanggam melebar ialah tanggam glu gesel,
tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah dan tanggam tetingkat.

2.7.2.2 Tanggam Siku

Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat
sama ada penjuru ataupun pertengahannya, contohnya dalam pembinaan kotak dan
sebagainya. Antara contohnya tanggam temu, tanggam temu tetingkat, tanggam rencong
biasa dan tanggam bajang biasa.

2.7.2.3 Tanggam Pemidang

Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang.
Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi, contohnya ialah pada
pintu berpanel, pemidang gambar dan lain-lain. Antara contoh tanggam pemidang
ialah tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting.
2.7.2.4 Tanggam Memanjang

Tanggam ini digunakan apabila menyambungkan dua keping kayu untuk


menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan
bangunan. Ada tiga jenis tanggam memanjang yang sering digunakan iaitu tanggam
skaf, sambung jari, tanggam sambut lekap dan tanggam plat sambut. Dalam projek
ramalan ini, struktur kayu bersambungan jejari diberi penekanan.

2.8 Rekabentuk Tanggam Jejari

Dalam projek ramalan ini, sambungan jejari dibincangkan untuk meramalkan


kekuatan ricihan dan tegangan struktur kayu bersambungan jejari. Sambungan jejari
merupakan salah satu tanggam yang di kategorikan dalam tanggam memanjang.
Sambungan jejari merupakan tanggam yang sering digunakan dalam menyambungkan
kepingan struktur kayu dengan kepingan struktur kayu yang lain supaya menjadi lebih
panjang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5. Bagi
lukisan perincian struktur kayu bersambungan jejari seperti dilampirkan pada
lampiran A.

Rekabentuk tanggam ini dapat mengurangkan buangan kayu di samping memberikan


luas permukaan yang maksimum untuk perekatan. Tanggam jejari biasanya digunakan
pada kayu yang bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin.
Bagi menguatkan antara sambungan perekat di gunakan mengikut kesesuaian.

Rajah 2.5: Struktur Tanggam Jejari

2.9 Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Tanggam Jejari

2.9.1 Kandungan Kelembapan

Kandungan lembapan adalah jumlah lembapan yang terdapat di dalam struktur


kayu mengikut kategori kayu. Kelembapan pada kayu merupakan faktor yang penting
kerana kebanyakan sifat mekanik kayu bergantung kepada kandungan lembapan.
Keadaan persekitaran yang lembap akan menyebabkan kandungan lembapan pada kayu
meningkat kerana sifat higroskopik kayu. Kandungan lembapan yang stabil akan
memberi kesan kepada tisu-tisu struktur kayu semasa perekat disapu , ini
menyebabkan sambungan antara kayu kuat dan kukuh.
Berdasarkan kandungan lembapan seimbang untuk struktur kayu adalah sebanyak
19% sebagai garis pemisah untuk keadaan lembap dan keadaan kering. Bagi kandungan
lembapan yang melebihi 19% tegasan keadaan lembap hendaklah digunakan, dan
sebaliknya bagi kandungan lembapan yang kurang daripada 19% tegasan keadaan kering
boleh digunakan [10].

2.9.2 Buku (Simpulan)

Buku pada kayu mempengaruhi sifat kekuatan, bergantung kepada saiz, kedudukan
dan jenis. Kehadiran buku pada kedudukan yang tidak diingini iaitu pada
kecondongan ira boleh menyebabkan kayu gagal lebih awal.

2.9.3 Sudut

Sudut memainkan peranan yang penting dalam menentukan kekuatan antara


sambungan jejari. Ini kerana jika sudut bersaiz kecil maka cengkaman antara
sambungan adalah kuat berbanding dengan sudut yang besar.

2.10 Perekat

Perekat merupakan suatu bahan cecair yang dapat memegang struktur bahan di
antara satu satu sama lain melalui penyentuhan permukaan. Perekat di gunakan
untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya pada struktur sambunganjejari.

Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1958 oleh Sebo dan Knauss, perekat
"casein" di gunakan khususnya untuk pemasangan kayu lapis dalaman manakala perekat
"resin" di gunakan untuk kayu lapis kegunaan luaran. Perkembangan pembuatan bahan
asas perekat dapat memberi lebih kekuatan terhadap ikatan struktur bahan yang di
gunakan. Perekat ini dapat merintangi kelembapan dan keadaan cuaca yang berubah-
ubah [1]

Dalam projek ramalan ini, perekat jenis Phenol Resorcinol Formaldehyde (PRF)
di gunakan pada anggota struktur bersambungan jejari. Ini kerana berdasarkan
kekerapan penggunaannya dalam struktur yang berperekat.

2.10.1 Jenis-Jenis Perekat

Pada masa kini terdapat empat jenis perekat yang digunakan dalam kejuruteraan
struktur perekat yang memenuhi piawaian BS1204:Part 1 dan BS 4169:1988 iaitu:-[1]
dan[3].

i. Urea Formaldehyde(UF)
ii. Melamine-Formaldehyde(MF)
iii. Phenol Formaldehyde(PF)
iv. Phenol Resorcinol Formaldehyde(PRF)

2.10.1.1 Urea Formaldehyde (UF)

UF banyak di gunakan sebagai perekat untuk pembuatan papan lapis dan dalam
industri partikel kayu di Malaysia. Pemangkin di gunakan sebagai bahan yang
bertindak mempercepatkan perekat untuk mengeras.

2.10.1.2 Phenol Formaldehyde (PF)

Perekat PF ini boleh diperolehi dalam bentuk cecair likat, debu atau
"impregnated paper sheet". Bentuk debu adalah sesuai di gunakan kerana ia boleh
disimpan dalam satu tempoh yang lama. Perekat PF mempunyai kelemahannya yang
tersendiri seperti warnanya yang kegelapan mencacatkan permukaan kayu ia memerlukan
penjagaan yang sempurna.
2.10.1.3 Phenol Resorcinol Formaldehyde (PRF)

Perekat jenis ini digunakan adalah hasil tindakbalas "resorcinol" dengan


"formaldehyde". Perekat jenis ini disediakan dalam bentuk cecair likat, bewarna
gelap dan mengeras pada suhu 50C hingga 1000C.

Perekat PRF boleh menghasilkan kekuatan sambungan yang baik. Ini kerana
dengan sifat keperekatan yang baik dapat menahan dari serangan kulat, serangga,
bahan kimia keadaan suhu yang tinggi. Dalam bidang kejuruteraan struktur, kayu
yang dilekatkan dengan menggunakan PRF hendaklah mempunyai kandungan lembapan
kurang dari 15% pada masa perekatan.

24

Anda mungkin juga menyukai